Assalamualaikum....
Kisah di Finland bakal berakhir..huhuh. Kami masih ada 1 full day di Helsinki. Esok dah nak fly balik Malaysia. Pagi tu saya ajak my sis breakfast di cafe tak jauh dari City Box Hotel. Cafe tu namanya Restaurant Flät no 14. Bila dah sampai, alamak ramai pulak orang queue. Saya baru jer google cafe tu semalam. Maybe cafe tu viral sebab tu orang ramai. Tak perlu risau sebab ada cafe best tak jauh dari situ. Jom tengok kami breakfast apa.
Small cafe with a good breakfast. Cafe ni saya jumpa di beberapa tempat. Maybe jenis franchise.
Always good and soooo good!!!
Time ni saya teringin nak makan roti with butter spread. Tapi tiada.
Saya memilih cinnamon bun tapi akhirnya saya lebih suka Laskiaispulla. Akhirnya saya order pulak Laskiaispulla tu hehehe.

Dah kenyang, kami pergi mart sebelah cafe tu dan beli day pass.
Nampak lengang...maybe sebab sunday.
Building digunakan untuk tram cable.
Another tram cable.
Menghayati keunitkan church architecture. Nampak snow halus atas rumput tu? Maybe light snowing malam semalam.
Kami just strolling sambil layan view pelbagai jenis building architecture.
Sedar-sedar dah sampai Helsinki Cathedral. Ada sebuah cafe menarik depan church ni. Saper yang duduk tepi tingkap cafe tu sure cun. Macam saya pulak masuk ke building cafe tu untuk ke toilet....hahaha. Asalnya nak masuk lah minum coffee tapi manusia punya ramai.
Kami berdua ni macam dah tak tahu mana nak hala...hahahha. Saya cuba-cuba cari mana lagi boleh kami terjah. So, masuk google map dan search 'attraction places around me'. Ada banyak lah choice tapi saya lebih tertarik dengan lake yang namanya Toloviken.
Lake ni tak jauh dari tram station. Boleh dikatakan 50% lake ni adalah beku. Ketika ni pun snowing halus-halus.
Aman damai walaupun sejuk membeku
Saya ada bawa biskut...kami lepak kejap sambil bagi burung-burung ni makan.
Crystal snow atas snowcap my sis
Nampak tak snow kat situ?
Inilah activity saya dekat lake tu...hehe
Again on my sis snowcap
This is magical
Crystal snow dari tram station punya bench. Memang beria betul saya dok snap crystal snow sampaikan jadi ikutan group remaja dekat tram station...hahaha
Perut mula minta diisi. Saya just search dari google map 'vegetarian food near me'. Then here we are.
Setelah mendapat kepastian bahan yang digunakan, akhirnya kami order burger. Roti burger ni lembut, sos sedap. Creative betul lah sampai boleh cipta veggies burger sehingga seperti the real beef burger.
Snowing makin rancak. Dah kenyang kami terpandang belakang restaurant...ternampak tempat lapang ni. So, bergambar lah kejap.
Kami dah termiss day market area Citybox hotel. Ada la 2-3 stall belum tutup.
Roti ni nampak menarik. Makcik stall explain bahan-bahan dalam roti ni. Alhamdulillah sesuai untuk dimakan. Tapi besar sangat pulak. Nasib baik ada yang kecik. Kami decide nak makan dekat hotel. Ada coffee machine dekat hall.
I love snowing so much
Tiada benda free ye dekat hotel ni...hehehe.

Kemas.

Ngam lah pekena roti ni dengan hot latte.
Antara makanan yang dalam fridge. Dalam bilik memang tak disediakan kettle atau coffee machine ye. Breakfast pun tiada. Tapi bagi saya hotel ni selesa sangat.
Malam tu kami shopping sikit untuk bawak balik. Stock roti ni boleh la tahan 1-2 minggu untuk breakfast saya. Untuk officemate, saya just bagi chocolate. Oh ye, geisha ni sedap jugak. Tak lah terlampau manis.
Time to leave Finland. Kami guna uber untuk ke airport. Tak sangka saya jumpa fridge magnet ni di airport. So cute. Dan tak sangka saya jumpa ketika saya berjaya explore negara terakhir Nordic country. I'm so blessed by Allah.
Saya suka la turkish airline ni, roti dipanaskan dan lembut.
Makanan dekat istambul airport ni memang harga tak logic...mahal betul.
Banyak cafe jual benda ni dekat airport ni. Saya pun teringin lah
Akhirnya dapat lah makan. Mati-mati saya ingat sejenis dessert. Rasa dia macam masam-masak sikit maybe cheese lah. Rasa dia biasa-biasa jer.
Masa untuk pulang. Dalam flight tu ada lah mamat entah negara mana duduk di seat antara saya dan dia ada lorong untuk berjalan tu. Macam-macam peel dia jadi tumpuan saya...hahahaha. Memula dia keluarkan slipper hotel tu dan pakai. Asyik lah show off kat kawan-kawan dia. Kemudian dia time orang busy masuk dan simpan bag dia, dia busy mix orange juice dan alcohol dalam thumber. Tetiba tertumpah kat kasut mamat melayu belakang. Kalut pulak dia ada wet tissue tolong lapkan. Hahaha. Flight pun take off. Mamat ni around 45-50an gitu. Dia macam dok syok lagi dengan slipper dia tu...hahaha. Kemudian dia ke toilet. Lepas tu saya tengok dia sesat tak jumpa seat...hahahha. Akhirnya mamat seat sebelah dia tolong panggil dia. Hahaha...kelakar giler. Masa berlalu. Saya tengok dia tidur selepas meal. Cabin krew belum collect. Mamat seat tengah iaitu sebelah dia nak ke toliet kut. Kejut tak bangun. Kuat giler dia kejut. Maybe kesan campuar alcohol dan orange juice...hahaha. Mamat tengah tu macam tak tak tahan kut, dia sampai berdiri atas seat dia nak langkah...hahaha. Lastly dia give up sebab impossible untuk dia langkah atau lompat,...hahaha. Kali ni di kejut sambil goncang badan mamat tu. Terjaga akhirnya. Tapi gaya terjaga tu amat kelakar. Reaction dia macam orang nak tembak dia gitu...aduhaii. Sampaikan balance air dalam tray tu tumpah kena jeans dia. Ada jugak lah hiburan untuk saya..hahaha.
Ok lah, jom buat conclusion sikit untuk trip kali ni. Saya bagi 100 markah untuk trip kami ni...haha. Rasa best lah activity pelbagai. Yang paling memory unik sikit bila kami berkesempatan stay dalam small cabin. Saariselka pulak so peaceful. Makin usia meningkat makin rasa nak explore tempat aman damai. Peluang tengok aurora depan mata pun cukup nikmat. Semua kesempatan sepanjang trip kami ni cukup membuatkan saya rasa amat bersyukur. Bersyukur dengan peluang yang Allah bagi...bersyukur dengan kemudahan dan bersyukur dengan ketenangan. Ikutkan target saya nak complete 30 countries. And now dah completed. Tapi hati saya ni masih ada impian nak terjah ke beberapa countries lagi. Kalau ada rezeki, masih lah bernyawa blog ni...hahahha.
Di sini dulu kita bersua. Murah rezeki bersua lagi lah ye.
Bai...
No comments:
Post a Comment