October 28, 2024

Maldives ~ Heaven on Earth (Part 3)

Assalamualaikum..

Sambungan kisah di Maldives. Alhamdulillah malam tu Sand Drop dah confirmed Fish Tank akan on. Kami pun tidur lena lah malam tu. Our day 4....bermulalah experience Fish Tank. Apa tu fish tank? Kami bukan bakal berenang di dalam tank ye...kami bakal berenang bersama stingray dan pelbagai jenis ikan di lautan...hehe.

Pagi tu lepas settle breakfast, kamipun berjalan menuju ke Sand Drop. Girang gembira bila tahu group kami hanyalah seramai 6 orang. Kami antara ahli group yang terawal. Kemudian datang lah seorang encik ni. Sementara tunggu ahli group lain sampai, sembanglah kejap dengan encik yang saya agak-agak berusia 50an. Saya tengok encik tu dari segi rupa, senyuman, cara cakap, saiz badan...tak jauh beza dari pakcik saya kat Penang nuuu. So, jadi selesa bila bercakap. Wife encik tu tak suka water activity..time di Phuket dia kena duri landak laut...terus fobia. 

Kemudian ahli group yang lain tiba...dua mamat dari China dan minah dari Serbia. Guide kami adalah Bangla dan assistant pun Bangla, cuma captain sajer Maldivian. Untuk activity kami that day, kami akan visit Gulhi Island..island yang sama kami visit the day before...no choice. Then, fish tank, ship wreck dan sandbank.

Comel jer boat ni.
Parasailing
Cantik betul warna air laut di Guilhi island ni. Hopefully island keindahan island ni terpelihara selamanya
Kami diberi lebih kurang 1 hour kat sini. Disebabkan semalam dah pulun swimming, kami decide nak relax jer kat island ni. Kami lepak di buaian bawah pokok sambil layan perasaan. Tenang kat island ni.
Kemudian kami explore sikit island ni. Kami berjalan melalui lorong-lorong perumahan ni.
Pokok bunga sekitar Gulhi island. Syukur Alhamdulillah...sepanjang kami di Maldives cuaca cerah. Walaupun dikatakan May - November adalah monsoon season, saya perhatikan takde pun hujan atau ribut. Nak rasa angin menderu pun takde. 
Kami sampai di pantai bahagian belakang island. Kami lepak dekat sini.
Tak puas menikmati keindahan air laut di island ni. Let's go to next destination...the highlight of the activity...fish tank.
Baru beberapa minit meninggalkan Guilhi island tetiba saya perasan minah Serbia tu bangun dan diikuti mamat-mamat China..eh dah kenapa? Rupa-rupanya ada dolphins. Jenuhlah saya perhati nak tengok yang dikatakan dolphins tu..tetiba tinggal saya dengan encik tu. Yang lain termasuk my sis dah berada di luar boat dibahagian depan tu...hahaha. Saya perasan bila guide panggil suruh join yang di depan boat tu. Encik tu badan besar sikit, macam tak sesuai nak ikut sekali. Bersila lah saya atas depan boat tu..boat pun dah stop nak bagi peluang kami tengok dolphins. 
There are so many of them. They moving and jumping freely.
Satu saat tu ada dua ekor dolphins ni berenang betul-betul depan boat dan jumping serentak...so beautiful. Akibat teruja sangat sampai record pun nampak sipi-sipi jer hahaha. Untuk watching dolphins ni boleh dikatakan semua pakej akan ada activity ni...ianya dipanggil lucky dolphins watching. Nasib tak baik tak dapat lah tengok.
Perjalanan diteruskan. Boat ni melalui lautan yang pelbagai warna airnya...ada yang berwarna deep blue..turquoise, crystal blue, crystal green..so many more colors. Tanpa sedar makin menghampiri Male city.
Male city yang juga terletak di sebuah island. Sungguh berisland-island Maldives ni.
Boat ni park berhampiran small island bersebelahan Male city. Air laut dekat sini MasyaAllah begitu bergelora sekali.
Assistant guide start menjamu pelbagai haiwan di lautan ni. Saya start gerun...hahaha. Minah Serbia dah start turun. Dia dapat special service dari captain boat. Captain boat tu entertain dia sajer. Kami berlima ni entertain by mamat bangla. My sis turun kemudiannya.
Dari atas saya snap my sis yang syok snorkeling. Stingray tu MasyaAllah besar betul. Ada satu part my sis usap-usap permukaan body stingray tu...hahaha. Giler lah. Mamat bangla ni akan bawa one by one untuk experience snorkeling. Dia tak prefer kami snorkeling sendiri sebab laut bergelora sangat.
Besar teramat yang ni. Gerun saya tengok. Selepas my sis settle...turn mamat China pulak. Dah settle mamat China yang kedua, encik tu pulak. Saya makin suspend sebab turn saya akan selepas encik tu. Si assistant guide tu asyik lah suruh saya turun standby kat bawah...haha. Tidak mungkin lah. Saya make sure encik tu naik dulu then baru saya turun. Si mamat bangla tu siap sedia tunggu saya.
Bermula lah experience snorkeling bersama giant stingray dan pelbagai jenis ikan. Tersenget-sengat dilambung gelora...hahaha. Snorkle saya asyik masuk air jer sebab laut bergelora sangat.
Keadaan di permukaan laut. Photo dan video di dalam laut diambil oleh guide tu dengan menggunakan gopro.
MasyaAllah..what the incredible experience!!! I have never imagined i can do this crazy thing. Really really crazy!! There are so many fish swimming around me. Perasaan saya time ni adalah sangat-sangat scary. Saya tak mungkin buat ni kalau bangla tu takde. Hahaha. And he did a good job. Quality photo dan video yang dia ambil so beautiful!!!
Ada part stingray dah terkena kaki saya...haha..menggelupur kejap..hahaha. Takut...geli..macam-macam perasaan betul time ni.
Love this photo..
Kalau stingray dekat macam ni saya menggelabah..hahaha. Berapa kali mintak bangla tu stop dan bawa saya balik ke boat..haha.
Buat macam-macam gaya nak cool down diri sendiri...hahaha.
Sampai menyenget ye...hahaha.
Love betul lah bila fikir-fikir balik moment ni. Most of the activities sepanjang di Maldives..this one yang paling best. At first saya ingat boleh bergambar dengan stingray dekat beach jer...sekali boleh snorkeling bersama stingray ni..hahaha.
Sebelum naik boat, mamat bangla tarik saya ke area jauh sikit dari boat. Dia buat gaya di perut yang bermaksud pregnant. MasyaAllah semua stingray yang berada di dasar laut ni sedang tunggu masa bersalin. Mamat bangla tu dive ke bawah untuk snap photo menarik ni.

Puas hati betul experience kali ni. I overcome my fear. Compare snorkeling with nurse shark, this one more challenging. Impian saya sebelum saya tua, saya nak datang lagi dan cuba free diving pulak. Saya pernah snorkeling di Semporna dan Phuket..tapi di Maldives is more fun and exciting. Encik tu pulak cakap di Pulau Perhentian ikan lebih cantik compare di Maldives. So maybe ada rezeki saya nak snorkeling di Perhentian pulak. Mana tahu time tu boleh berlajar free diving...hehehe. Perjalanan diteruskan untuk ke ship wreck pulak.

Ship yang bawa pokok kelapa..nak tanam di mana-mana island lah tu.
Coral di ship body.
Dari ship wreck kami bergerak ke sandbank untuk lunch dan swimming. Time snorkeling with shark saya baru tahu ada original dan artificial sandbank. Then saya pun google lah apa tu artificial sandbank. Rupa-rupanya jika ada shallow area, sand dari dasar laut berhampiran area tu disedut dan di backfill hingga terbentuk sandbank ni. Ada juga diletakkan ketulan batu untuk kuatkan sandbank ni dari ombak laut. Teknik yang sama digunakan di water resort. Hulumale adalah salah satu artifical island di Maldives. So interesting right?
Guide dan assistant dia pacakkan payung untuk kami menikmati lunch.
Kami berdua cepat-cepat makan sebab tak sabar nak swimming.
Best lah swimming dekat sini sebab tak terlalu deep.

Puas hati betul activity kami that day. There are so much things to do in Maldives. Bila sampai Maafushi kami berdua pengsan. Memang sungguh tired...hahaha. Petang tu adalah petang terakhir kami di Maafushi. So masa yang ada kami just berjalan-jalan di area yang belum kami pergi sambil cari restaurant untuk dinner.

Terjumpa bakery. Kek pisang dekat sini sedap.
Kami singgah lagi Sultan Mahal. Kami order pelbagai sikit untuk celebrate kegembiraan kami that day...hehehe. Macam reward lah sebab overcome the fear. The mussel is so delicious. Green curry chicken tu tak sedap sangat...boleh la makan kuah..ayam tu keras. Ikan goreng tu disalut garam dan dan digoreng...sedapp.

Selepas selesai dinner, kami menuju ke Sand Drop nak ambil photo dan video. Kami tanya lah bangla guide tu apa activity yang tak perlu basah pakaian. Then dia cakap parasailing. Katanya kami akan naik benda tu dari speed boat dan akan turun juga di speed boat. My sis terus bersungguh-sungguh nak ajak saya esok. Dia dah keluarkan nak bayar 100 USD tu. Baru jer settle gerun snorkeling dengan stingray saya mula gerun untuk esok tu...hahaha. Pakcik yang incharge parasailing tu suruh bayar esok jer. 

Nantikan next entry untuk tahu saya dan my sis akan beractivity parasiling atau tidak.

Bai...

No comments:

Post a Comment