October 7, 2024

Maldives ~ Heaven on Earth (Part 2)

Assalamualaikum..

Sambung kisah di Maldives. Our 3rd day yang full of excitement. Tak sabar nak guna skill snorkeling yang kami belajar...hahaha. Dah siap breakfast, kami pun bergerak ke Crystal Sand..kiosk  yang entah berapa kali kami kunjung sepanjang di Maafushi...hahaha. 

Kami bersama 1 group dari Indonesia. Adalah around 10 orang dalam group tu. Saya imagine kami naik speed boat..entah kenapa boat kami ni tak jauh beza dari fishing boat semalam tu..haha. Slow giler lah boat tu sampai saya hampir tertidur...hahaha. Yang si guide merupakan bangla tu buka  music rancak giler lah. Berjoget sakan lah si Indonesia ni. Saya pulak hentak-hentak kaki sikit jer follow melody...hehe.

Inilah boat yang kami naik tu..hahaha.
Perbezaan colour air laut. Yang colour gelak tu adalah laut dalam..yang crystal blue tu laut cetek berpasir

Perjalanan pertama adalah menuju ke shark point. Nak snorkeling bersama nursing shark. Jauh jugak lah perjalanannya...mengah menunggu nak sampai pun. Bila ada speed boat lalu tak jauh boat tu, rasa jealous betul lah..hahaha. Seolah-olah speed boat tu dah sampai destination kemudian patah balik..kami pulak tak sampai-sampai lagi..haha.

Akhirnya sampai di shark point. Location tu terletak tak jauh dari sebuah water resort sayup-sayup ternampak Male city. Saya mula cuak time tu bila nampak nursing shark berjamu selera dengan makanan yang dilempar dari speedboat berhampiran.
Nursing shark yang menghampiri boat kami

Ahli group yang lain dah terjun..my sis pun dah terjun. Tinggal saya seorang ngeri nak terjun. Si driver boat dok bagi semangat..haha. Snorkeling mask entah berapa kali bukak dan pakai...haha. Tetiba salah seorang dari guide mendekati my sis, saya pun berani lah terjun. MasyaAllah..meriah betul nursing shark dan ikan-kan kecil berparty kat dalam laut tu...hahaha. Alhamdullillah teknik snorkeling saya sudah improved..hehe. Satu tangan my sis pegang dan lagi satu saya record guna hp. Photo saya share time snorkeling ni maybe tak clear sangat sebab saya screen shot dari video yang saya record.

Seriously...nothing to be scared. Shark ni bukan makan orang ye. Dia makan crab, shrimp, squid. Perasan tak ada ikan-ikan kecik follow rapat nurse shark ni? Saya pernah tengok documentary, ikan-ikan kecik tu nakkan protection sebab ikan yang nak makan depa tak berani lah nak dekat dengan nurse shark. Yang nurse shark pulak tak kisah sebab ikan-ikan kecik tu akan berperanan makan parasites kat body dia. So depa ni macam give and take lah untuk menjalani kehidupan di lautan. 
Di dasar laut samar-samar kelihatan coral yang tak lah banyak sangat.
Cahaya matahari yang menembusi permukaan laut menghasilkan corak menarik di permukaan laut dan di permukaan badan ikan-ikan ni. Pengalaman ni tak pernah pun terdetik berlaku dalam hidup saya. Saya cuma tahu ada activity swimming with nursing shark ni setelah study pasal Maldives..60 USD yang saya spent adalah berbaloi betul.

Dah puas melihat shark, kami dibawa ke sebuah island...Gulhi island. Keadaan air laut di jetty island tu masih tak tercemar seperti di Maafushi. Di Maafushi jelas kelihatan permukaan laut yang berminyak. Kalau di Gulhi island pula, bersih sehingga nampak dasar. Kami diberi masa selama 1 jam di island tu. Kami perlu berjalan ke bikini beach. Niat kami berdua time tu adalah nak swimming jer..hahaha. 

This beauty is beyond imagination!!!
Betapa bersihnya air laut di Gulhi island ni. Ni belum sampai bikini beach..baru jetty.
Bersih betul
Penduduk island ni ambil kesempatan menjual souvenir berhampiran bikini beach. Saya perasan ada juga hotel-hotel menarik kat sini.
Ada buaian dekat beach ni...tak teringin nak bergambar pun..hahaha. Kami lebih tak sabar nak swimming.
Maybe i can call this crystal green colour...too clear!!! Ombak pun tak berapa kuat sangat. Kami berdua mesti standby goggle kalau holiday macam ni...hehe. 40 minit macam yang diberi memang rasa tak cukup.
Bila naik boat, makanan dah tersedia. Tak berapa nak berkenan saya dengan company boat ni..ada ke suruh makan dalam boat yang bergerak..patutnya tenang-tenang lah bagi kami makan di beach Gulhi island tu. Nampak sangat nak tergesa-gesa. Makan belum siap, dah sampai next point...coral snorkeling.
MasyaAllah...colour apa pulak air laut ni?? crystal turquoise?
Coral kat sini dah macam bentuk otak
Nampak tenang kan? tapi sebenarnya arus agak kuat time ni. Nasib baik bukan area dalam sangat...taklah ngeri sangat...hehehe
Semua photo ni saya screen shot dari video saya record. Dari start saya terjun dari boat hinggalah naik boat...saya on jer hp saya tu.
Everything is so beautiful...small fish..coral..the ocean..
Cahaya matahari menambah lagi keindahan dasar lautan ni..so miracle.
Antara ciptaanNya
They move freely..love it!!!
Tak berapa dalam kan? So interesting!!!

Patutnya our final point is sand bank. Bila boat tu sampai sand bank tu...alahai...sand bank tak jauh dari Maafushi tu...hahaha. Sand bank tu penuh dengan lalang. Rupa-rupanya artifical sand bank..apa ni?? Baru jer nak park tetiba tak jadi...takpe lah tak jadi pun....balik pun tak pelah..hahaha. Malas nak tanya kenapa tak jadi. My sis tak berapa selera nak jamah makanan yang disediakan...so lepas dah mandi, solat etc...kami keluar cari makanan sambil nak cari water activity untuk esok.

Kami pergi cafe favourite kami yang milik Icom hotel. Saya order Sri Lanka food....kottu rotti dan my sis order seafood spagetthi. Kottu rotti tu sedap giler. Waiter tu explain makanan tu diperbuat dari flat bread yang dipotong-potong then goreng macam mee goreng tu. Saya recommend sangat untuk try makanan ni. Spagetthi my sis ada banyak betul seafood. 1st time makan spagetthi ada tuna...hmmm....sedapppp!! Jangan order ice latte kat sini....dia akan blend...tak sedap..hahaha. Kalau hot latte sedap...perfect!!
Dekat sini takde dessert menarik...my sis nak juga dessert..order lah chocolate mouse ni. Perasaan saya makan ni...kalau bekukan maybe sedap..hahaha!!
Dah kenyang kami lepak bawah pokok tepi boat parking. Ada beberapa orang makcik Maafushi berborak kat situ...makin lama makin ramai. Walaupun mereka rancak berborak, saya sempat terlelap...hahaha. Seriously syok pulak tidur kat situ..hahaha. Dari sini boleh nampak Lagoona Sunset. Kiri kanan new hotel under construction. Saya agak Lagoona Sunset ni tak cukup budget nak tinggikan hotel ni..jelas kelihatan steel bar tercacak atas bumbung tu...means nak extend lagi lah tu.
Ni pula Icom Marina dan depan tulah cafe favourite kami tu.
Me and makcik-makcik Maafushi. Kerusi macam saya duduk tu ada dimana-mana saja di island ni. Selesa sampai tertidur lah saya...hahaha.
Kami meninggalkan makcik-makcik Maafushi
Senja

Kami berjalan menuju ke kioks water activity. Lalu jer depan Cyrstal Sand kiosk yang ntah berapa kali kami singgah tu, mamat tu panggil sambil tanya macam mana activity kami that day. Saya just buat isyarat tangan yang memberi maksud kami tak berapa nak puas hati. Then dia panggil kami datang dekat...nak tak nak terpaksa pergi jugak lah. Saya pun ceritalah hal yang boat tu buat saya mengantuk...hahaha. Si mamat jetski pun ada situ...saya pun say thanks lah kat dia sebab cara dia ajar snorkeling tu buat saya confident tadi. Dorang tu tahu yang kami masih ada 2 hari kat island tu dan masih mencari water activity lain sebab tu berbaik dengan kami...hahaha. Kami plan nak experience fish tank dan dorang takde activity tu. 

Kami pun terus bertanya ke semua kiosk yang ada. Mostly takde fish tank activity. Dan akhirnya kami jumpa di kiosk Sand Drop. Lembut jer adik perempuan tu layan kami. Untuk fish tank activity tu kami hanya boleh tahu on ke tak on selepas 10pm malam tu. Sebabnya nak cukupkan quota activity tu. Kiranya hanya kami berdua yang confirmed. Kalau ada 6 orang atau lebih, baru on. Kami pun berdoa la agar ada orang lain join. 

Sebelum balik bilik, kami singgah lagi Crystal Sand untuk ambil photo dari gopro. Excited lah nak tengok photo  tu...alamakkk...pehal semua video slow motion? Photo pun takde. Hahahha. Hampeh betul. Nasib baik saya ada jugak record video...hahaha. 

Nantikan next entry adakah niat kami nak join fish tank tercapai? Dan apakah fish tank tu??

Bai...