December 31, 2022

Summer in Egypt - Part 10 (Final)

 Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah...ini adalah entry terakhir untuk Egypt trip. Berbulan-bulan lamanya nak habiskan cerita...hahaha. Berblog ni bagi saya salah satu cara nak make sure setiap kisah time sesuatu trip tu dapat diingati balik. Sampai sekarang saya asyik baca blog saya sendiri...kemudian sengeh sensorang....hahaha. Ehh...bukan saya je...mysis pun sama..hahaha.

Hari terakhir di Luxor, 1 September 2022. Flight kami dari Luxor ke Cairo adalah di waktu petang. So, kami decide bayar extra charges untuk bilik. Activity untuk that day pun kami dah deal dengan driver cab semalam. Sebenarnya hati dah berapa tak syok dengan driver smlm tu. Memikirkan dia boleh bawa ke tempat yang kami nak, kami pejam mata jerlah dengan hal berlaku malam tu.

Tunggu punya tunggu cab tu sampai tapi drivernya adalah orang berbeza. Mereka berdua adalah sepupu rupanya. Aircond pun tip top sampaikan tak tahan pulak sejuk...hahahaha. Driver cab kali ni lebih nampak soft. 

That day kami decide nak pergi lagi satu temple dan juga experience donkey ride. Temple yang kami tujui adalah Medinet Habu yang terletak di West Bank. Kami tahu pasal temple ni pun dari Ahmed 1st driver kami time di Luxor. 

Saya suka betul suasana di West Bank. Aman damai betul. 3 days di Luxor dan 3 days jua datang ke West Bank ni...hehehe. Jom tengok photo. 

Medinet Habu ni tak jauh pun dari Valley of the Kings. Patutnya time kami explore Valley of the Kings boleh jer singgah kat sini. Tapi time tu kami tired giler dan juga lapar. So terpaksa lupakan Medinet Habu. Disebabkan masih ada masa terluang, kami decide nak explore pulak Medinet Habu.
Selepas beli ticket kat sini, perlu masuk jauh lagi ke dalam. Kalau berjalan agak jauh lah. Kita akan melalui area kampung.
Banyak betul temple
Dah dapat ticket, driver cab tu drive melalui area kampung.
Pokok tamar berdekatan temple. 
Driver cab tu tinggalkan kami di depan temple dan terus berlalu ke parking area. Ada anjing hitam menghala ke kami time ni. Nasib baik ada beberapa orang pakcik, dorang tolong halukan. Nak luruh jantung dibuatnya...hahahaha.
Selepas tengok beberapa temple di sepanjang trip ni, rasa kagun lah skill orang zaman dulu..ribu-ribu tahun tu. Mana lah time tu nak ada teknologi canggih-canggih. Bata tersusun pun nampak kemas. berdiri teguh tanpa menggunakan apa-apa steel reinforcement mahupun high strength concrete. 
Macam biasalah...setiap dinding tak dibiarkan kosong...mesti akan diukir perlbagai jenis image yang satupun saya tak paham maksud..hahahha
Jom masuk!!!
Amazing construction. 
Sisa-sisa statue yang masih tinggal.
Tiang kat sini design yang sama seperti di Karnak Temple.
Berjalan depan sikit, boleh nampak tiang-tiang yang tinggal lebih kurang separuh ni. Saya rasa dulunya tiang ni support beams dan bercovered. Maybe structure tu dah runtuh. Belakang tu pula jelas kelihatan Valley of the Kings.
Saat terakhir menikmati keunikan tinggalan sejarah di Egypt.

Setelah puas hati explore Medinet Habu Temple, kami menyambung perjalanan ke sebuah kampung yang tak jauh dari dari Medinet Habu. Ketika menuju ke kampung tersebut, kami melalui jalan bersebelahan Nile River. Ketika ini saya perasan ada beberapa guesthouse. Tourist pun ramai area tu. Mata saya tertarik dengan sebuah cafe area tu. So, on the way balik nanti saya nak ajak my sis breakfast 2nd time...hehehe.

Rupa bakery di West Bank, Luxor.

Tujuan kami masuk kampung orang time tu adalah untuk nak experience donkey ride. My sis nyer idea lah tu. Sampai jer rumah tuan donkey tu, my sis terus cuak. Anak tuan rumah 2-3 orang tidur kat luar. Yelah, awal pagi lagi kut time tu. Ada seekor anjing milik tuan rumah menyalak-nyalak. My sis macam cuak giler. Nak pijak tanah pun dia jadi geli...hahaha. Barulah saya teringat, dia tak pernah duduk kampung...hahaha. Dia nak cancel dah plan donkey ride tu. Saya dan driver cab pujuk-pujuk, then dia baru nak ok. Anjing milik tuan rumah pun dengar cakap tuan dia. Takde lah dia nak datang dekat kami. Saya biarkan my sis cuak sorang-sorang, saya layan suasana area rumah tu.

Kesian anak-anak itik ni, jenuh berlari kena kejar dengan saya..hahaha..cute betul.
Macam-macam binatang tuan rumah ni beli. Ada itik, ayam, donkey, camel. Belakang tu ada tasik.
Maka bermulalah donkey ride activity kami....hahaha. Bila memula nak panjat dia...saya macam takut giler. Macam kes camel ride tu. Takut bercampur geli. Saya paksa jugak lah naik. Pelik giler lah..bila donkey mula bergerak, saya rasa tak balance...hahaha. Rasa macam nak jatuh ke sebelah gitu.
Budak ni anak jiran tuan rumah. Dialah yang ditugaskan teman saya. Umur dia kalau tak salah 13 atau 15 tahun. Pandai english speaking.
Donkey ni bawa kami masuk ke dalam kampung. Indah betul kampung ni. Kami melalui pelbagai jenis ladang. Tak lupa jua bertegur sapa dengan orang kampung.
Tak lupa juga melalui lorong-lorong begini.
Deretan rumah orang kampung.
Yang ni agaknya rumah orang kaya..hehe.
Terusan untuk pertanian. Saya agak punca air ni dari Nile River.
Keadaan jalan di dalam kampung ni. Takde proper premix.
Perjalanan bakal berakhir. 
On the way nak menghala ke East Bank, kami minta driver cab stop kat sini. Inilah cafe yang saya nampak on the way donkey ride tu. Time saya letak photo ni baru perasan yang dari cafe ni boleh nampak Karnak Temple...hehe. Time ni hanya kami berdua jer dalam cafe ni.
Best betul dapat breakfast macam ni.
Deratan guesthouse. Good bye West Bank.
Kami decide nak naik kuda pulak...hahahaha. Kami suruh driver cab tinggalkan kami di area yang boleh dapat horse carriage. Sampai jer area tu, kami dikerumuni mamat-mamat horse carriage. Kami nak pilih sorang mamat yang memula approach kami. Malangnya sorang lagi mamat bertegas untuk guna dia sebab dia boleh english speaking. Dah pandai english speaking, cakap banyak pulak. Jenuh nak hangguk dan ooo sana ooo sini dengar dia cakap...hahaha.
Di Luxor ni di mana saja ada donkey. Dia kecik jer, tapinya beban besar dia kena bawa...termasuk bawa saya...hahaha.
Panas sungguh time ni. My sis nak mamat ni bawa kami ke restaurant yang jual seafood. Dia minta mamat ni bawa ke atm. Bila my sis nampak atm dan suruh dia stop, boleh pulak dia cakap jangan sebab dia nak bawa ke atm yang lagi bagus. My sis bertegas pun dia still nak suruh ikut cakap dia...haishh.
Kat sini takde air tong, semuanya fresh juice.
Dah la panas giler, mamat ni stop pulak area ni. Dia nak tunjuk walkway ni. Kalau tak salah nak dekat 2km jugak walkway. Walkway ni hubungkan Karnak Temple dan Luxor Temple.
Mamat ni bawa masuk pula market.
Penjual area market ni semua sporting. Bila saya lambai dorang akan balas lambaian sambil tersenyum. My sis pula perli saya perasan princes Diana....hahaha.
Laluan market ni dah la kecik. Jammed jadinya disebabkan mamat ni. Time ni lah saya nampak juice menarik kat kedai tu. Siap boleh order dari carriage tu...hahaha.
Taraaa...campuran pelbagai jenis buah. Manis sungguh. Tapi sedap.

Oh ye lupa nak cerita kes atm tu. Mamat tu bawa ke atm yang bagi dia lebih bagus tu. Malangnya orang que panjang. My sis naik marah lah. Sampaikan my sis suruh lupakan hal seafood restaurant tu dan suruh hantar kami ke resort. Tadi punya atm dah ok, tapi mamat tu berkeras taknak stop. Tulah penyebab my sis rasa marah sangat. Tahan lapar lah kami hingga ke petang.

Kami check-out lebih kurang pukul 4pm. Time check-out tu staff resort tanya komen kami mengenai resort tu. So, kami pun komen lah hal water supply takde tu. Dan paling tak sangka, kami tak dikenakan extra charge untuk late check-out. Syukur Alhamdulillah. 

Kami ke airport dengan driver cab yang sama. Di Luxor airport ni, kami mengalami pengalaman yang tak pernah kami alami sebelum ni. Dah lepas pintu scan tu...kami perlu di scan lagi dengan alat canggih apa ntah...hahaha. Takut kami seludup barang ancient gamaknya....hahaha. Petang tu kami just makan pizza..kenyang jugaklah.

Bila sampai Cairo airport...lagilah berserabut. Ntah berapa kali passport kena check dengan askar. Semua airport staff boleh dikatakan kasar. Bila dah sampai airport Jeddah, terselah perbezaan egyptian and arabian. Di Jeddah airport, kami dilayan dengan penuh hemah dan senyuman. 

Fuhh..berjaya habiskan entry Egypt sebelum masuk new year...hehehe. So, apa pendapat saya pasal Egypt? Hmmm..perkara agak sedih bila ada orang kami deal tak jujur. Yang best adalah semua new experience...pelbagai animals ride, hot air balloon, try new food, melihat sendiri hasil tinggalan sejarah yang luar biasa. Pasal food pulak, tak berapa boleh puji. Keselesaan nak jalan-jalan pun tak berapa nak boleh puji..sebabnya, kebersihan agak teruk, tahi pelbagai jenis binatang di mana-mana saja, jalan berhabuk, dari satu tempat nak kesatu tempat takde proper public transport, hanya boleh guna driver, cab dan uber. 

Trip kali ni ada positive dan negative. Dan tak lupa, banyak pengajaran dari trip ni. Saya enjoy setiap moment kat Egypt ni. Saya lebih sukakan Luxor, kemudian Alexandria, Cairo dan Giza yang terakhir..hehe. 

Ok lah...sampai sini dulu ye. InsyaAllah berjumpa lagi kita di tahun hadapan. Jika Allah murahkan rezeki, boleh lah untuk next trip. 

Happy New Year everyone...

Bai..



4 comments:

  1. Pengalaman yang tidak dapat di perolehi seumur hidup. Terima kasih sebab bawa akak jalan-jalan kat Egypt. Rasa macam naik donkey sama-sama. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah akak, ada rezeki akak satu hari nanti...aminnnn

      Delete
  2. Hi, seronok baca cerita awak pergi Egypt. Sy mmg planning nak pergi, Tu yg Google Cari cerita pasal pergi Egypt. Best baca hehhe

    ReplyDelete