November 15, 2022

Summer in Egypt - Part 8

 Assalamualaikum...

That day adalah 31 August 2022. Sempena hari merdeka di Malaysia, saya bakal memerdekakan diri saya untuk overcome the fear...amboii...hehehehehe. 1st time in my life nak naik hot air balloon. My sis punya idea lah tu.

Seawal 3am saya bangun ke toilet. So sad takde water supply. Bila call front desk dia cakap dalam half and hour akan ok. Bila call lagi half and hour dia cakap 10 minutes. Lepas 10 minutes pun takde lagi water supply. Last-last kami turun lah. Panic la sebab kami bakal keluar seawal 4am. Beberapa kali jugaklah telephone ringing time kami kat bawah tu. Maybe guess lainpun complaint. Saya agak pihak resort tu sengaja tutup air untuk cuci tank...maybe jerlah. Dah bagi pressure kepada front desk..maka dalam 10 minutes macam tu water supply back to normal. Legaaaa...

Maka bermulalah kisah untuk naik hot air balloon ni. Sebuah van pick up kami dan juga beberapa orang lain yang stay di beberapa hotel. Kami diturunkan di tepi Nile River. Beberapa orang staff guide kami untuk naik boat. Tempat nak naik hot air balloon tu terletak di West Bank. So, boat digunakan untuk cross the river. Di dalam boat, ada sikit briefing dan kami di serve minuman. Kami adalah group pertama akan berlepas nanti. Amboi belepas ye...dah macam naik flight hahaha. 

Keadaan awal pagi tu langsung tak terasa sejuk. Boat menghala ke West Bank. Ada beberapa boat yang sama-sama menghala ke same location. Tour leader minta kami stay bersama-sama takut termasuk group lain. Bila sampai di West Bank, kami turun dari boat dan masuk pula ke dalam van. Sebelum bergerak, tour leader akan berurusan dengan pihak polis. Dalam 10 minit macam tu, van bergerak. 

Kami sampai di satu tempat lapang. Terdapat tentera bersusun di satu side. Bomba dan ambulance pun dah sampai. Terus rasa gabra. Ada sorang ni beberapa kali melepaskan balloon ke udara. Menurut tour leader step tu nak check angin. 

Suasana menjadi bingit sekali. Fan digunakan untuk kembungkan balloon tu. Bila dah kembung, baru api yang terhasil dari gas nitrogen dihidupkan. Bunyinya macam api nak goreng char kuew tew tu..hahaha. Saya berkesempatan melihat step air hot balloon tu pasang hinggalah siap sedia untuk diterbangkan.
Lapang betul area ni.
The balloon is so huge!!!

Tour leader ajar apa patut kami buat ketika nak landing tu. Kami perlu hanging di tali yang terdapat di basket. Saya cuak habislah. Macam-macam dah dok imagine. Time imagination tak sempat nak habis lagi..tour leader dah suruh masuk basket. Di dalam basket tersebut ada 5 compartments. Pilot akan duduk tengah. 4 compartments lagi akan diisi para peserta berani mati termasuk saya...hahaha. Setiap compartment tu ada 3-4 orang. 

Tangga di sediakan untuk masuk ke basket. Tinggi jugak basket tu..setinggi bahu saya. Haba panas dari burners betul-betul tidak menyelesakan. Terasa seperti bakal di grill gitu. Badan saya start menggigil dah pabila pilot dah nak mula terbangkan balloon tersebut. Tak sangka secepat itu..saya belum ready..hahaha. 

Tengok api tu...its so hot. Slow jer balloon tu naik ke atas. Dari atas kelihatan beberapa balloon masih dalam process setup. Menurut tour leader, time tu bukan peak season, so tak banyak balloon sangat. 
 Jelas kelihatan Valley of the Kings..gunung-ganang tandus. Kelihatan jua Hatsepsut Temple. Sehari sebelum tu saya explore on ground tempat-tempat tu, dan ketika itu pulak, saya explore dari udara. Saya try selesakan diri. Setiap moment tu saya nak rakam dalam minda saya. Matahari belum menunjukkan rupa. Aman damai West Bank. Bunyi burung dan keldai memecah suasana. Ladang menghijau. 

Dimana pulak kami nak landing nanti?? Menurut pilot..maybe di dalam ladang...maybe di East Bank dan maybe di dalam Nile River. Cuak lah saya...hahaha. Nile River tu bukannya river biasa-biasa..sangat luar biasa dengan luas dan dalamnya. 


Apa perasaan saya bila dah floating on the air?? Sangat amazing. Balloon tu stable tanpa goyang-goyangpun...hahaha. dalam awal 15 minit tu saya masih gabra. Lepas tu dah rasa ok dah....hahaha. 

Keadaan masih gelap ketika ini. 

Gunung tandus yang dalamnya terdapat 60 lebih tombs. Hatshepsut Temple sayup-sayup kelihatan di sebelah kiri tu. 

Balloon yang lain dalam process nak take off.

Kebun-kebun di sekitar West Bank

West Bank dan East Bank yang dipisahkan oleh Nile River.


Tiba-tiba semua orang teruja melihat view ni. Sayup-sayup kelihatan sunrise. Subhanallah cantik betul.

Ada island pun di Nile River ni.

Terusan untuk pertanian.

Pilot turunkan balloon agak rendah. Nyaman betul udara kat kampung ni. Saya agak ni dalah rumah petani. Ada bunyi perbagai jenis binatang kat rumah ni....hehehe. Ada kambing, keldai, ayam dan itik...Ya Allah bestnya lah lai suasana rumah ni. Keliling rumah pulak penuh dengan kehijauan.

Saat nilah perkara kelakar berlaku. Semua orang panic...ingat ke pilot dah nak landing..sebabnya basket dah cecah pokok tebu. Semuanya siap sedia hanging kat tali facing position yang tour leader explain tu. Saya pulak panic melampau...silap hanging position lain....hahahha. Kena gelak dengan orang lain..hahaha. Pilot gertak jer..tak landing pun. Cis. Ada kes kelakar no. 2. Tengah layan habis view kebun tebu tu...terdengar suara 2-3 orang di celah-celah pokok tebu. Cari punya cari nampak lah 2-3 orang tu terkinja-kinja. Syoklah dorang bila kami semua dalam basket lambai-lambat kat dorang...hehe.

Very beautiful sunrise. I love this moment so much!!!

Ladang jagung.

Kawasan penempatan di West Bank.

Balloon yang lain. Saya ingat pilot ni akan landing di area yang sama take off tadi. Rupanya tidak. Dia cross Nile River dan bakal landing di East Bank.


Tiba-tiba terdengan riuh-rendah. Rupa-rupanya ada pasar pagi area ni. 

Maka tibalah masa untuk landing. Saya perhatikan keadaan kat bawah. Agak menakutkan. Permukaan tanah penuh dengan batu-batu tajam. Macam-macam timbul di benak saya. Adakah saya bakal tercampak keluar dari basket??? Adalah kepala saya akan menghentam batu tajam bawah tu. Adakah itu?? Adalah ini?? Mata saya sempat menangkap lori dan van yang laju menuju ke ke arah tempat kami bakal landing. Saya pandang pulak pilot...muka pilot tak bertenang. Makin tak bertenang diri ini. Di celahan bawah basket boleh nampak dengan jelas permukaan tanah Tangan kejap memegang tali dan kekuda dipasang untuk support hanging process. Preparation nampak perfect noh..5 kaki di permukaan...4 kaki..3 kaki..2 kaki..1k kai..papppp...basket cecah tanah..para crew berlari ke arah basket. Agak tragis landingnya. Basket terbalik separuh. Beberapa orang crew bersusah payah tolak basket supaya tak habis terbalik.


Menurut pilot, landing process tu tak berapa smooth sebab tiada angin ketika tu. Syukur Alhamdulillah saya masih hidup. Tak sedar sport shoes saya tercabut...hahaha. Tapak tangan saya kemerahan akibat memegang tali terkuat kuat...haha. Minah salleh sebelah saya lagi teruk...tapak tangan dia sampai keluar kulit. Syukur sangat crew sempat sampai untuk selamatkan basket daripada terbalik. Time nak keluar dari basket, tiada tangga di sediakan. Kena panjat basket then crew standby nak support untuk turun. Saya orang last turun sebab taknak crew tolong....nak lompat sendiri...hahaha. Terkedek-kedek yang keluar basket pun...hahaha.

Inilah semua crew yang support basket tu tadi...hehehe. 

Apa-apapun...hot air balloon ni memang experience yang cukup meaningful. Terasa banyak betul perkara yang saya lakukan di dalam hidup saya yang tak pernah terlintas untuk dilakukan... Subhanallah!!! Alhamdulillah!!! Saya percaya dalam hidup semua orang lain jugak sama. Tak sangka bergaji besar..tak sangka berkeluarga bahagia...tak sangka berharta...tak sangka berumah besar dan sebagainya. Boleh dikatakan di dalam kehidupan seseorang tu... full of surprise. From where all the surprises came from?? of course from our Creator...Allah SWT. Always feel thankful and grateful to Allah SWT. Saya selalu remind diri saya supaya rasa bersyukur walaupun nikmat tu adalah small thing. Bila Allah SWT nak uji...saya akan remind diri saya untuk sedar yang ujian Allah SWT tu nak menjadikan diri saya lebih kuat..lebih mengingatiNya..menambah keimanan kepadaNya..serta mensyukuri nikmat-nikmat dariNya.

Ehh...sedih pula rasa...

Oh ye...lepas berjimba di atas udara, balik jer resort, terus breakfast dulu. Lepas tu naik bilik saya tidur 2 jam gitu..hahaha..tired. Next entry saya akan share experience saya ride felucca boat pulak. Esok tu kami bakal meninggalkan Egypt. 

Ok...bai 

1 comment:

  1. Allahuakbar....takut tapi nak rasa bagaimana pengalaman tersebut. Semuga tercapai impian ahkak nak naik air ballon nanti. Aamiin. Tahniah zila akhirnya berjaya.

    ReplyDelete