October 6, 2022

Summer in Egypt - Part 4

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita untuk cerita seterusnya. Macam hari sebelum tu, kami lah selalunya orang terawal naik ke roof top untuk breakfast. Selepas breafast, akan bermulalah journey kami ke Alexandria. Patutnya journey boleh start dari pukul 7am. Disebabkan kami nak breakfast dulu, kami memilih untuk start journey pada pukul 8am.

Ada falafel..nyam nyam nyam.

Turun ke lobby, tunggu dalam 10 minit camtu, Sharif tiba. Rupa-rupanya Sharif jua akan jadi driver kami that day. My sis sebenarnya macam dah tak bekenan dengan di Sharif ni sebab hal dia yang tentukan nak ke mana sekitar Cairo semalam tu. So, my sis minta saya communicate dengan Sharif sepanjang trip kami that day. 

Sharif singgah workshop untuk check tyre pressure. Sambil tu boleh layan suasana sekitar Giza. Donkey ni walaupun nampak kecik, mampu bawa beban yang berat.

Ni pulak horse carriage..lagi banyak ada di area pyramid.

Mostly kedai runcit rupanya adalah begini. Jangan terkejut kalau benda yang kita nak beli tu berhabuk...hahaha.

Van putih ni banyak sungguh di jalan raya. Penuh padat dengan penumpang.

Ohh ye...sebelum start journey Sharif explain mana dia akan pergi dulu. Dah make sure tempat-tempat bakal dia bawa kami seperti dalam pamphlet hotel, dia pun start drive. Sepanjang kt Egypt tak pernah lagi nampak accident berlaku walaupun semua drive macam orang gila...hahaha. Tapi that day saya menyaksikan accident. Bukannya antara kenderaan tapinya ada orang kena langgar. Kesian tengok pakcik tu. Berdarah kaki dia. Hopefully pakcik tu sihat dah sekarang ni. 


Dalam setengah jam perjalanan, kami mula melalui highway. Baru nampak tenang sikit traffic. Di sebelah kanan jalan menyajikan pelbagai jenis kebun. Ada kurma, grapes, olive, pisang, jagung dan pelbagai lagi. Subur tanah area ni walaupun jauh dari Nile River.

Sesekali jumpa rumah bak mahligai..maybe owner kebun.

Banyak betul saya nampak benda tinggi ni. Nak tanya Sharif dia kusyuk drive. Baru-baru ni baru saya tahu apakah bendanya ini...saya terbaca blog Azila's Travels. Rupa-rupanya inilah reban burung merpati. Orang Eypt makan merpati ye...sayapun ada makan...hahaha. Sis Azila menulis dengan sungguh detail..boleh visit blog sis Azila ye.

Perjalanan dari hotel ke Alexandria adalah lebih kurang 3 jam. Separuh perjalanan si Sharif stop di R&R. Dia nak minum coffee dan smoking. Saya pun nak minum coffee. Sementara my sis tunggu coffee saya siap, sayapun pergi lah toilet. Masuk jer, di tegur dengan mesra oleh beberapa orang cleaner. Terpakulah saya...hahaha. Siap sorang cleaner ni iring saya ke cubicle yang dia cakap baru cuci..hahaha. Dah lagak macam saya ni princess...hahaha. Saya pun terfikir nak bagi choki-choki kat cleaner-cleaner tu. Kononnya tanda penghargaan dilayan seperti princess lah....hahaha. Dah selesai tunaikan hajat, saya keluarlah. Terpacak sorang cleaner depan pintu cubicle...hahaha. Terus saya sua choki-choki..happy lah dia. Kemudian saya sua lagi kepada 4 orang lagi cleaner. Time tulah baru saya perasan, dorang ni baik sangat seperti dayang-dayang bersebab rupanya. Dorang nak duit. Choki-choki yang saya bagi tu murah jer..hahaha. Kalau tak salah 1 pack tu RM2.20..ada 10 pcs kut. Saya beli snack dari Ninso untuk bawa ke Egypt. Macam-macam coklat saya beli...hahaha.

R&R kat sini besar, bersih dan ada banyak kedai. Kami singgah kedai cookies ni. Recommended sangat cookies kat sini..sedappp sangat. Saya  jenis tak suka manis. Cookies ni manis ok ok jer. Rasa rugi beli sikit.

Sharif meneruskan perjalanan. Boleh dikatakan 80% perjalanan menggunakan highway dan 20% tu perjalanan adalah di jalan biasa. Kesesakan di Alexandria lebih kurang sama macam Cairo. Alexandria ni kedudukannya adalah di utara Egypt dan di persisiran Mediterranean Sea. Sebelum ke sini, saya tak pernah terdetik nak study tempat ni. Sebabnya, ikut plan asal, kami memilih day trip ke Fayoum. Macam-macam factor kami fikirkan, makanya kami kuburkan niat ke sana dan memilih Alexandria. And this place surprising me. Jom tengok photo.

Apartment ni nampak baru.

1st attraction Sharif bawa kami adalah Catacombs of Kom el-Shuqqafa. Blur lah, ada apalah kat situ kan. Egypt ni adalah negara yang mempunyai sejarah yang cukup complicated. Orang blur sejarah macam saya ni memang akan bertambah blur kalau cuba-cuba nak tau sejarah Egypt ni. Yelah...kejap firaun, lepas tu Mohammah Ali dan tetiba di Alexandria ni ada pulak pengaruh dari Rome. So, saya ambil jalan mudah...don't pening-pening..enjoy the view...enjoy all the attraction..enjoy all the moment during my Egypt exploration...hahaha.

Ada tram rupanya di Alexandria ni. Keadaan tramnya agak daif lah. Lagi teruk dari tram di Sarajevo, Bosnia.

 

Untuk ke Catacombs of Kom el-Shuqqafa ni, perlu melalui lorong-lorong sempit di antar building yang kemungkinan adalah apartment.

Jom beli ticket

Keranda agaknya ni.
Cactus
Dikatakan Catacombs ni dijumpai ketika seekor donkey terjatuh dalam lubang. Maybe time nak selamatkan donkey tu, orang jumpa spiral staircase. Lepas tu korek-korek, jumpa lah tempat tu. Staircase tu lebih kurang 4-5 tingkat bulding ke bawah tanah. Dalam 4 - 5 step saya turun, gayat pulak rasanya. Cepat-cepat naik balik. Tak tau lah gayat ke atau mahkluk halus kacau...hahahaha. Sebenarnya, bila dah sampai bawah, ada laluan ke makam Kom el-Shuqqafa.

 

Akhirnya kami round area atas jer lah..hahaha.

Kami rasa tepat tu membosankan...terus call Sharif ambil kami. Bila Sharif sampai dia cakap cepatnya kami siap dan terkejut bila tau kami tak turun ke tomb pun...hahaha. Dia siap tunjuk secawan kopi yang tak sempat nak minum. Nasib baik dalam kereta dia dah siap cup, dia transfer coffee tu dalam cup dia. 

Tadi kami tengok area crowded dengan apartment dan melalui lorong-lorong sempit di situ...dah sekarang kami bakal melalui jalan di persisiran pantai. Keadaan berbeza betul. Seolah-olah saya bukan berada di Egypt tapi di sesuatu tempat di Europe. Sharif stop di tepi jalan.


Saya agak area ni seperti bay. Air laut nampak bersih dan jernih.Walaupun time ni sungguh panas keadaannya, ada jer orang mandi-manda.

Zoom sikit...Subhanallah awan tu..indah betul ciptaan Allah SWT.

Dah bergambar di tepi persisiran pantai tu, kami bergerak ke next attraction, Qaitbay Citadel. Sharif tak kan ikut kami sebab dia hanyalah driver dan bukannya guide. 

Rupa bentuk citadel ni betul-betul mengamit memory di Dubrovnik. Entrance bukan depan ni yer...perlu menghala ke arah kanan. Entrance ni tak salah saya adalah aquarium

Jarang jumpa awan camgini...excited sikit...hehe.

See...boulders ni nak protect beach daripada berlaku hakisan jika ombak besar melanda. Besar sungguh benda ni.

 

My sis ajak naik sampan. Belum sampai area boat, dah ada remaja lelaki approach. Deal lah harga dangan dia. Nego-nego dapatlah 50 EGP. Saya fikir-fikir balik, agak murah tu. Jenuh dia kayuh sampan bawak saya nanti...hahaha. Remaja lelaki tu bawa kami ke tempat boat. Yang mengayuhnya sampan itu adalah remaja sorang lagi. Saya bagi remaja memula tadi choki-choki. Happy bukan main dia. 

Banyak betul boulders tu..
Pengayuh sampan kami dah ready.

Kesian tengok remaja yang mengayuh sampan tu. Berhempas pulas tengok dia mengayuh. Badan sampai condong 45 deg....hahaha. Nasib kita kat dunia ni tak sama...ada yang ada rezeki naik perahu layan view...ada yang nasibnya menjadi pengayuh sampan. Apa yang Allah dah takdirkan kepada seseorang tu ada keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh remaja yang mengayuh sampan tu.  Walaupun bersusah payah mengayuh dan mendapat upah yang tak seberapa, hari-hari dia indah sebab boleh hayati view laut yang indah dan hirup udara segar. Yang naik perahu tu pulak, bukan selalu boleh hayati keindahan tempat tu...bila pulang ke negara asal, stress dengan kerja dan kena hadap jem hari-hari..hahaha.

Air laut ni agak bergelora. Warna airnya...Subhanallah.. emerald green yang jenih.

My sis berani betul nak ubah-ubah possition dalam perahu kecik tu. Saya ni tegak jer duduk...hahaha. Dah puas bersampan. Kami bergerak ke Citadel. Bila berada dalam citadel tu, rasa sejuk jer. Citadel tu berperanan sebagai kubu untuk perhati musuh datang. 

Dah beli ticket...jom masuk.
Entrance Qaitbay Catadel.
Terbayang pulak king and queen kat tingkap tu sambil lambai-lambai kat rakyat jelata..haha.

Susunan bata cukup kemas sekali...amazing.

Saya suka sangat tengok langit yang biru pekat macam ni.
 
Ini namanya gaya ntah apa-apa...hahaha.

Perasaan yang sama ketika di Neuschwanstein Castle, Germany...dari hujung sana nu saya dengan gaun kembang Cindrelela berlari-lari menuju ke prince charming...hahahaha.
Lubang gini agaknya port penempak tepat.

Setiap sudut citadel ni lawa-lawa.

Saya tercari-cari manalah arah nak naik ke atas di bahagian luar. Tanya lah di mamat ni. Dia tunjuk satu arah dan berlalu. Lagak macam nak ajak saya pergi sama..tup tup hilang. Kami turun semula ke bawah. Si mamat tu muncul...rupa-rupanya dia laju sangat dan patah balik cari saya...hahaha. Kami beriring untuk ke tempat saya nak pergi tu. My sis ketinggalan ke belakang. Dia suruh saya jalan dengan mamat tu sebab dia dah tak larat. Mamat ni travel sorang kut. Dia dari Oman. Kami berdua macam ayam dan itik. Kejap-kejap dia nak selfie dengan saya...saya layan jer lah. My sis just duduk. Kami berdua beriring explore tempat tu. Active betul mamat tu. Asyik snap sana-sini..tolong snap photo saya lah. 

Walaupun masalah bahasa, kami mampu paham satu sama lain..hahaha.

Penat pulak saya melayan dia...hahaha. Dia nak ajak pusing lagi then saya cakap tak nak. Dia tak paham. Dia tunggu saya bergerak ikut dia. Last sekali satu tunjuk isyarat tangan potong leher..maksudnya nak mati dah...hahaha. Dia paham. Nampak dia macam murung jer berlalu dari situ...hahahaha. 

Mamat Oman tersebut berjaya bawa ke tempat yang saya nak pergi tu. Paling atas tu saya tak sure boleh naik ke tak.

Rupa sekitar citadel.

Lama jugak kami di area citadel tu. Tak sedar masa berlalu. Panas ketika itu seperti duduk di sebelah dapur roti nan. Sharif bawa kami ke library. Sepanjang travel, inilah 1st time visit library...hahahha. Last masuk library rasanya berbelas-belas tahun lepas...hahahah. Masuk lah kami ke dalam library tersebut. Memula hand bag nak kena check. Buka handbag ada coklat saya beli dari Ninso. Coklat sejenis waffel tu. Brand cloudnight. Sepeket tu ada banyak lagi. Tak boleh bawa masuk. Bagi kat budak-budak depan pintu tu, sorang pun tak nak. Anak orang berada gamaknya. Nak letak jap kt meja orang check tu pun tak bagi. Sayang betul kena buang dalam tong sampah. 

Bila dah lepas tempat checking handbang tu, kena scan pulak handbag dan diri sendiri. Macam-macam lah. Sebenarnya macam orang yang tak minat museum patutnya tak payah masuk tempat ni pun takpe. Kat sini display banyak barang ancients. Asyik menguap jer..hahaha.

Masuk library pun kena bayar. Apa ni??

Ticket booth dan library ni agak jauh kedudukannya..pelik jugak..hahaha. Habat giler lah dinding library ni.

Keadaan di dalam. Tengok jer ye...tak boleh baca buku pun..cis...dah bayar tak boleh pulak baca buku...hahaha. 

Macam-macam art di display di dinding.

Bukan buku ye ni...kerusi.

Kalau senyum sikit..maybe nampak ok.

Galak pulak saya suruh my sis beli ticket dua jenis museum ni.

Dah galak nak masuk museum..snap la sana sini.

Kertas koyak pun saya snap.

Sungguh berseni orang dahulu kala. Dilukis atas tulang. Tulang manusia kah??

Sharif bawa kami makan. Kira ni 2nd part yang best...1st part yang best time kat citadel tu. Masuk jer restaurant ni, wahhh...lawanya. Begitu tread mark seafood. Yang paling menarik perhatian saya adalah roti.. Aduhai...fresh from the oven. 

Sharif iring kami ke restaurant. Lepas make sure kami ok dengan restaurant tu, dia tinggalkan kami.


Tak salah time ni dah pukul 3pm. Lapar sungguh kami time ni. Agak lengang restaurant ni. Di sebelah kanan tu kita boleh pilih seafood apa yang kita nak, kemudian tengok menu dan pilih masakan apa yang kita nak.

Betul-betul tepi laut. Sukanya tengok awan kat sini.

Doh yang dah dileperkan, dimasukkan ke dalam oven ni...kejap jer dah boleh nampak roti-roti tu kembung. Aroma dia sooo good!!!
Waiter akan bawa pelbagai spread flavor. My sis serahkan untuk saya pilih. Pantang disuruh...laju jer..haha.
Roti akan di server sebakul tanpa diminta. Dua-dua spread yang saya pilih tu sedap giler. Yang 1st tu saya ingatkan hummus, tapinya adalah tahini. Rupa dan texture adalah sama seperti hummus, tapinya tahini ni sedikit masam dan rasa salai. Dan lagi satu adalah spread yang bagi saya sejenis mayonies dicampur dill, beberapa lagi herbs dan smoked herring. Tanpa sedar saya dah makan 3 bijik roti...hahaha. Roti panas-panas gitu sedap sungguh dimakan. My sis pun berselera jugak menjamah. Asyik puji saya pandai pilih spread yang ada smoked herring tu. Teringat trip Norwey, dia cukup suka smoked herring sampaikan kitaorang tapau bawak hingga ke Copenhagen...hahaha..its very good memories.
Seafood soup. Ada isi ikan dan udang. So fresh!!
See bahagian dalam roti ni!!!
Grilled fish ni sangatlah sedap. Semua seafood kat sini fresh belaka. Boleh rasa kemanisan isi ikan ni.
Order nasi sangkakan besar portionnya..sekali datang kecik jer. Terpaksa order satu plate lagi.
Udang grilled ni pun sedap. Besar sungguh udangnya.

Sambil makan boleh hayati keindahan persisiran pantai Alexandria. Lega betul rasanya dapat duduk di restaurant yang bersih, view lawa dan makanan yang sedap.

Tired betul my sis, sepanjang perjalanan ke Giza dia tidur jer. Sharif ni bila sembang, nak kita dengar dia cakap jer...hahaha. Tapi kalau kita tanya, panjang lebar lah cerita. Beberapa kali dia asyik puji product proton. Dia pernah drive Gen-2 dan wira kalau tak salah. Dan di jalanpun saya ada terjumpa beberapa kereta proton. Yang paling surprise, dari hotel kami stay tu, boleh nampak workshop dengan logo proton...wow.

Bila menghampiri Giza, traffic sangatlah jammed. Menurut Sharif, jika sunday traffic akan sangat jammed. 1st day of the week hari bekerja adalah pada that day iaitu sunday. 

Saya snap time traffic jammed. Ada construction untuk underground metro kata Sharif.

Esok adalah our last day di Giza. Kami bakal fly ke Luxor pulak. Nantikan kisah last day kami di Giza dan Cairo.

No comments:

Post a Comment