September 13, 2022

Summer in Egypt - Part 1

Assalamualaikum...

Patutnya dah excited sangat dah nak menulis entry Egypt ni. Malangnya saya demam start dari sampai Malaysia hingga seminggu. Maybe sebab perubahan cuaca. Untuk trip kali ni, agak sukar me and my sis nak pilih. Nak cari negara yang tak dekat dengan Russia dan Ukraine sebab takut perang. Lepas tu ada pulak monkeypox. Last-last my sis decide pergi Egypt jer. Maksudnya this year kami berdua berarabic countries lah sebab this year juga kami berdua pergi Saudi Arabia...hehe.

Persiapan sebelum bertolak, kami try dapatkan private tour untuk bawa kami berjalan-jalan di Egypt nanti. Adalah beberapa quotation kami dapat tapi agak mahal. Discuss punya discuss akhirnya kami nak tunggu sampai sana baru decide macam mana. 

My sis beli flight ticket pada bulan May. Lagi sekali naik Saudi Arabia Airline. Kami transit di Jeddah around 3 hours. Flight kami adalah pada 26th August 2022 at 3am dan tiba di Jeddah around 6.30am. 

Lebih kurang 2 jam flight dari Jeddah ke Cairo. Tak terasa lamapun sebab boleh layan amazing view muka bumi Saudi Arabia, Red Sea dan juga Egypt. Sebelum melepasi imigresen, my sis withdraw dulu duit dari ATM dengan menggunakan BIGPAYcard dia. Dia cakap conversion rendah guna card tu. Saya macam selalulah, tak ambik port hal cost..hahaha. Ohh ye, dalam banyak-banyak negara, imigresen Egypt lah 5 saat jer urusan..hahaha. Dia chop passport pastu siap. Senang betul. Imigresen paling susah adalah dekat Jeddah..ketaq tunggu turn bila tengok orang depan kena marah tak reti letak jari dekat scanner...hahaha. Tu kes time umrah aritu.

View muka bumi Jeddah

Ketika melalui Red Sea. Tak jauh dari tempat nilah berlakunya peristiwa Nasi Musa AS membelah Red Sea ketika di kejar oleh Firaun. Mesti semua orang tahu kisah ni kan??
Muka bumi Egypt. Kelihatan seperti lembah-lembah.
Saya dapat snap moment menakjubkan. Awan di desert ni setompok-setompok jer. Yang gelap-gelap atas tanah tu saya ingat kan pokok ataupun belukar, tapi salah. Sebenarnya yang gelap itu adalah bayang dari awan.

Nasib baik flight dari Jeddah ke Cairo ada sediakan breakfast. Dari KL ke Jeddah kan mengantuk, makan pun rasa tak berselera sangat. Makanan yang saya pilih ni macam kacang pool.

My sis punya makanan lagi sedap dari saya punya...hahaha.

Ok, time for landing...hai Cairo!!!

My sis dah siap-siap deal dengan hotel untuk pick-up kami kat airport. Sebelum keluar dari airport, kami siap-siap beli simcard. Amat penting ye ada simcard. Simcard yang siap dengan internet data kami beli berharga 208 EGP. Kalau tak salah saya ada 5 GB internet data. Yang kami beli ni kedua termurah. Memang tak habis pakai pun.  

Alhamdulillah kami berjaya di pick-up oleh staff hotel. Saya macam biasalah, tempat tak pernah datang kan..takkan lepaskan peluang tengok kiri dan kanan jalan. Otak bertugas merecord suasana di tempat baru itu. Kami bakal menuju ke kawasan yang dikenali sebagai Giza. Ada kisah hal nak book hotel sebenarnya. Memula my sis dah book satu hotel area Giza yang boleh nampak pyramid paling clear. Lepas tu saya complaint cakap area tu macam kotor..saya ajak dia book hotel area Cairo pulak. Dia pun booked. Tetiba trip dah nak dekat saya cakap pulak...sayang pulak tak duduk area pyramid. Tukar pulak hotel yang saya nak..hahahaha. Pening my sis melayan.

Lepas cross Nile River, terlihatlah area Giza. Perasaan saya time tu?? Hmmm...tak expect papepun..hahaha. Sebelum datang pun dah lebih kurang tahu rupa bentuk Egypt ni. Hmm..macam mana nak cakap ek..berhabuk dan nampak biasa-biasa saja. Bila sampai hotel, keluar jer dari kereta..ehh busuknya. Suasana macam indah tapi bau tak menyenangkan. Tanpa fikir apa-apa kami masuk lah untuk check-in.

View ketika on the way ke hotel

Di satu area ni saya perasan building banyak yang macam ni. Macam pelik lah sebab nampak ada orang tinggal. Tertanya-tanya lah kenapa. Adakah saya akan dapat jawapannya? Teruskan membaca.

Masuk jer bilik, 2-3 ekor lalat dok berterbangan. Buka sliding door dia degil tak nak keluar. Akhirnya saya bunuh lah..erkk. Saya guna tissue box hahaha. Kami elak buka sliding door. Masuk toilet..ehh dorang ni tak cuci ke. Ada bau tak menyenangkan. Kami sabar dulu. Nak lepaskan penat dulu..nanti nak complain.

Keadaan katil, cadar, pillow semua oklah jugak.

Toilet nampak macam bersih, tapi ada bau tak menyenangkan.

Ruang bilik besar.

View dari balcony bilik. Esok kami bakal visit pyramid. Saya terfikir-fikir, bau apakah kat luar ni. Fikir punya fikir saya agak area hotel ni terletak dekat dengan apa-apa kandang binatang. Sebab tu lalat banyak kat luar dan beberapa ekor tersesat dalam bilik. Tapi ketika itu saya tak nampak apa-apa kandang pun. Memang ada kandangkah?? Teruskan membaca.


Saya angan-angan that day nak rest jer kat hotel, sekali my sis ajak pergi mall. Luggage bag dia dah uzur. Satu roda dah rosak. Bila tarik satu airport dengar...hahaha. Time tu badan saya macam terhuyung-hayang sebab jet lag...hahaha. Dok fikir lunch belum makan apa-apa, saya agree jer. Saya ajak my sis makan dulu. Saya pernah street view area hotel tu dan tahu ada restaurant area tu. Dalam pukul 2pm kami berjalan keluar. Time nak cross jalan tu tetiba ada orang approach. Pakcik tu offer nak jadi driver kami, dia cakap dia ada cab. Kami tolak offer dia sebab dia macam memaksa. Ketika ni la kami menyaksikan keadaan jalan yang penuh dengan tahi pelbagai jenis haiwan..hahaha. 

Bila dah dalam restaurant, masalah communication pulak...hahaha. Saya dok tengok youtube pasal Egyptian food. So ada sikit-sikit tahu lah rupa makanan. Malangnya menu kat restaurant tu takde gambar makanan. Nasib baik ada internet data, boleh lah search dan tunjuk kat waiter. Jom tengok kami makan apa. Kemudian kami tunjuk tea o ice. Malangnya mereka takde cold drinks. 


Ini koshari namanya. Pelbagai nuts and pasta dalam ni. Cara nak makan dia, tuang salad dan tomato sauce dalam bekas pelbagai nuts dan pasta tu kemudiannya gaul sebati. Sedap jugak tapi tak boleh makan habis sebab cepat kenyang.

Ini pulak dipanggil creme pie. Saya main order jer. Saya ingat sejenis pie yang datang, tapinya macam roti canai. Subhanallah rasanya sedap sekali. Texture macam roti canai, tapi yang ni lebih nipis dari roti canai. Crunchy dan lembut bergabung. Bila terkena tang creme tu...aduhaiii sedap sungguh. Terus saya stop makan koshari dan concentrate makan ni. Berkali-kali saya tunjuk jari good dekat pekerja restaurant ni. Betul-betul fall in love dengan dessert ni.

Ohh ye..ada sorang pekerja restaurant tu pandai speaking english. Dia nak tolong kami book uber, tapi apps tak dapat nak detect location restaurant tu. Kami nak pergi mall beli luggage my sis. Akhirnya kami decide cari cab kat tepi jalan. Public transport di Cairo mostly adalah cab, tut-tut dan van. Kami tak berapa sure van tu systemnya macam mana. Banyak kami tengok van putih yang bawa local people. Ada satu van stop tapi disebabkan communication problem kami tak berani naik. Kami tahan sebuah cab. Pakcik yang drive. Kami minta bawa ke Egyptian Mall sambil tunjuk gambar mall tu dari google. Tanya dulu berapa harga. Dia keluarkan duit 100 EGP. Kami pun setuju. Nak mudah tahu in RM, saya bahagi 4 jer. Kena bahagi 4 point something. Tapi saya nak mudah saya bahagi 4.

Cab tu melalui area pyramids. Terdapat 9 pyramids di area Giza tu. Luas area tu. Tempat itu dipagar. Dalam setengah jam perjalanan, kami sampai. Walaupun ada masalah communication, saya mampu bercakap dengan pakcik cab tu...hahaha. 

Jalan punya jalan dalam mall tu, ada la kedai luggage bag. Harganya makk aiii mahai giler. Akhirnya kami keluar dari mall dengan hampa. Di entrance mall terjumpa pula driver uber. Dia offer naik kereta dia. Siap tunjuk harga yang dia charge sama dengan harga dalam apps iaitu 200 EGP. Discuss punya discuss dengan my sis, dia nak pergi naik boat di Nile River. Saya pun ok jer lah. Then discuss dengan mamat uber tu. Dia pun cakap ok. 

Mamat uber tu pernah kerja di Dubai, so dia boleh speaking english dengan ok. Kami menuju ke arah Cairo. Time ni lah saya tengok cara orang Egypt drive. Gila nak mati dorang drive. Hon sana sini. Cilok sana sini. Bukan setakat mamat tu drive macam tu, boleh dikatakan semua orang. Rata-rata kereta kemek-kemek dan calar-calar. Agak ngeri bila difikirkan. Mamat uber tu bawa kami area berdekatan Kasr Al Nile Bridge. Ramai pengunjung area tu. Mamat uber tu cuba deal dengan boat driver. Akhirnya kami perlu bayar 300 EGP untuk sebuah boat. Tak sangkat betul my sis nak chartered sebuah boat...hahaha. Kami minta mamat uber tu tunggu untuk bawa kami balik ke hotel.
Area ni lah kami naik boat.

Air di Nile River ni agak bergelora, maybe sebab angin petang. Driver boat ni on arabic music bergema segenap alam. 

Tak sempat nak duduk...hahahaha. Saya agak satu boat ni boleh muat 40-50 orang.

Best sungguh susuri Nile River ni dengan arabic music, angin bertiup segar...indah betul Nile River. Airnya jernih. Terus saya terlupa yang saya ketika itu jet lag...hahaha.

Kami pulang ke hotel dengan kepuasan. Mamat uber tunggu kami dengan sabar. Dalam perjalanan ke hotel, sempat kami bertanya harga dia charge kalau nak pusing Cairo esok. Harga dia boleh dikatakan murah. Tengok dia pun macam baik (ketika inilah. Teruskan membaca). Mamat uber tu stop di atas satu bridge. Subhanallah lawa giler view kat sini. Nile River ni lebar sungguh.

Dia tunjuk di bahagian kiri bridge. Area ni adalah island. Kena naik boat jer. Tertarik betul saya tengok area ni. Seperti perkampungan kecil yang ada rumah dan tanaman. Aman tenteram sungguh. 

Kami request kat mamat uber stop beli dinner. So dia bawa kami ke kedai kebab ni. Pernah nampak di youtube, kedai ni agak famous untuk tourist. 

Saya dah save no mamat uber tu. Boleh dikatakan kami macam pakai dia lah esok. Cumanya kami nak discuss lagi berdua malam tu. Oh ye, ketika kami nak bayar boat yg berharga 300 EGP tu, my sis bagi 2 keping notes 200 EGP kepada driver boat. Orang tu takde duit tukar 100 EGP. Mamat uber yang tunggu kami tu keluarkan 2 keping notes 100 EGP. Note 200 EGP kami beri kepada dia. Note 100 EGP dia bagi driver boat. Lagi satu note 100 EGP dia tunjuk kat my sis sambil kata, this 100 EGP for me to send you to hotel. So kami paham lah maksud dia. Rasa bersyukur lah dia nak ambil 100 EGP untuk tambang.

Sampai jer destination, kami nak turun...dia mintak 200 EGP. Hairan lah kami. Why??? Dia cakap uber fee. Then kami argue, just now you said 100 EGP. Boleh pulak dia pusing dia guna 100 EGP tolong kitaorang bayar kat entrance counter. Bila masa pulak. Bila ditanya kenapa dia bayar pulak. Dia boleh buat muka selamba dan menjungkit bahu sambil cakap I don't know. Ohh man....hari 1st dah kena scam...adoiii. Lepas tu asyik tanya esok nyer plan jadi tak. Sambil serahkan 200 EGP tu my sis yang tahan marah cakap..."No need to come tomorrow. Wait till we call tonight." Saya time tu maximum rasa melayang, so tak join my sis marah dia..hahaha. That day mamat uber berjaya buat duit 500 EGP. Pengajaran untuk kami berdua supaya berhati-hati sepanjang di Egypt. 

Malam tu kami tidur tanpa decide macam mana transport untuk esok. Hari pertama di Egypt kami sedar yang susah nak bergerak tanpa private transport. Apa akan jadi kepada kami untuk esok dan hari seterusnya di Egypt?? Nantikan kisah seterusnya...jeng jeng jeng..

Bai.


2 comments: