November 20, 2021

Semporna - Sipadan - Mabul Trip (Part 2)

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di 2nd day in Semporna, Sabah. Kami bakal check-out pagi tu. Kemudian nak island hopping dan check-in di Sipadan Kapalai Dive Resort. Subuh pagi tu dalam pukul 4.40am. Tak susah nak bangun pun sebab malam tu pukul 9pm dah tidur...hahaha. Hujan masih turun time tu. Selalu dengar bunyi hujan jatuh ke tanah, kali ni boleh dengar hujan jatuh direct ke laut. Suasana tu 1st time saya rasa. Diluar dah mula sibuk dengan boat ke sana ke sini. Paras air laut makin berkurang...dah hampir nak nampak dasar. Laut yang berwarna emerald green cukup mengagum kan. Kalau tengok dekat-dekat, kelihatan air laut tu seolah-olah crystal emerald green. 

Time ni masih hujan...dengan keadaan langit macam ni, saya yakin that day cuaca akan lawa. Kalau awan tu cloudy dan gelap...means akan hujan dalam masa yang lama dan mungkin sepanjang hari.
Bila langit dah kelihatan bersinar..saya jalan-jalan kat deck luar bilik. Pihak resort maybe busy nak sediakan breakfast. Can't wait for breakfast...another 1 and half hour. Disebabkan kami nak berkemas untuk check-out...saya mintak staff resort hantarkan breakfast ke bilik. Resort ni agak plain di bahagian luar. Sepatutnya kena deco sikit...letak pokok bunga ke sikit..baru lawa..hehehe 
Cloudy..still beautiful..Subhanallah!!!
Menawan betul warna air laut ni. Ohh ye..yang bawa anak memang bahaya tempat ni...kena sentiasa jaga-jaga. Kita yang dewasa ni kalau naik boat lama-lama..naik atas ni pening-pening boleh jatuh dlm laut ni hahahaha.
Sementara tunggu breakfast siap, saya asyik bagi ikan makan...hahaha. Paras air laut makin surut...naaahhh...nampak segala hidupan di dasar. Baru clear nak tengok sea star..hehe. Emerald green yang pekat bertukar menjadi crystal light green. Bila matahari bersinar terang, terhasil lah crystal color yang saya tak reti nak explain. Cantik sangat!!!

Resort ni ada sediakan arissto coffee. Kat rumah memang ada guna arissto coffee machine...so syok lah dapat minum LUNA sehari dua tu..hehehe. Dan tak disangka-sangka, time nak check-out tu resort ni charge RM70 untuk drinks kami dari lunch semalam tu sampai ke breakfast. My sis tak tengok bill terus bayar...hahaha. Esok tu baru perasan. Dia pun whatapps staff resort yang dia deal tu..last-last dia cakap ada salah paham antara staff...so dia refund balik RM70 tu....lega.

Dan siap breakfast, sehingga pukul 9am tak muncul-muncul boat yang nak ambik kami. Pagi tu kami bakal check-out dan terus pegi island hopping. Disebabkan boat ke Sipadan Kapalai Dive Resort hanya ada pukul 10am jer dari Jetty Semporna..my sis decide nak chartered 1 boat untuk island hopping dan hantarkan kami ke Kapalai Resort. Malas nak tunggu dalam bilik, saya jalan-jalan keliling resort yang entah berapa kali dah round hahahhaa. Tertanya-tanya, macam mana rumah ni berdiri utuh...ada piling kah??







Malam-malam bukan main meriah deretan rumah tu..menurut staff resort, situ pun ala-ala resort tapi yang murah katanya.
So cloudy...hope tak hujan.

Air laut dah surut hingga cecah parah betis jer. Apa lagi...terus saya terjun hahahha. Geram tengok sea star. 1st time tengok sea star rupa camgini. Saya test snap guna hp yang saya letakkan dalam waterproof casing...quality nya boleh la tahan dari takde hihihi.
Boat yang ditunggu sampai..saya bayangkan ada driver boat jer...rupanya ada sorang lagi mamat yang merupakan tour guide kami. Cakap pukul 9am..pukul 10am baru datang...apa daaaa. Nasib baik service bagus sepanjang snorkeling..
Thank you all...love the service...tiptop!! 

Lama betul tak naik boat. Last naik time trip gi KK...island hopping beberapa island time tu...rasanya dah 3-4 tahun dah. Yang tak bestnya naik boat ni...malam atas katil still rasa macam atas boat hahaha. Island 1st yang kami stop snorkeling adalah Pom Pom Island. Bukannya nak boleh pijak pasir pun...private island agaknya kut. Hanya dibenarkan snorkeling jer. Gabra nak terjun laut sampaikan lupa nak snap rupa island tu.

Dari atas boat dah boleh nampak ikan dan corals. Tak sabar lah time tu nak bagi ikan makan time snorkeling. Ada beberapa boat dah ada kat situ time kami sampai. Meriah lah tempat tu. Si mamat tour guide kami turut turun dalam laut. Bagus lah dia encourage kami berdua. Memula tu agak kekok lah...lepas tu macam confident sikit. Terkedu betul tengok coral pelbagai warna dan bentuk. Selama ni dok tengok aquarium jer...kali ni tengok yang original...Subhanallah. Ikan-ikan perbagai rupa berenang-renang sama-sama kita. Lepas agak selesa..saya pun ambil la roti nak bagi ikan makan. Time ni lah jadi geli..hahaha..sampaikan ada ikan dah tersentuh muka time tu....hahaha. Terus stop dan simpan roti hahahha. Ada satu part tu, kaki saya sampai boleh cecah coral yang bentuk bulat dan bergerutu...jadi geli dengan rupa coral camgitu. Terus panjat naik boat...ntah pape jer hahaha. My sis rancak lah bersnorkeling. Si mamat tu asyik panggil dia sajer bila dia lajak ke tempat yang dalam mencuram tu. My sis lah paling excited snorkeling. Saya yang kat atas ni asyik baling roti kat ikan hahaha.

See the ocean color...cantik sangat color ni. Semua orang wajib tengok dengan mata sendiri keindahan air laut kat sini. Lagi jauh ke bahagian tengah laut, lagi pekat deep blue ocean color ni.
See biasan sunlight tu..amazing. Maybe photo saya snap ni tak berapa nak berquality..tapi nak juga share hahahaha
Bila ikan banyak camgini...nampak meriah jer kt dalam..ohhh....syok sangat!!!
Info from google : Coral reefs begin to form when free-swimming coral larvae attach to submerged rocks or other hard surfaces along the edges of islands or continents.
Banyaknya ikan..
Tour guide kami show off..hahaha. 



 
Kami bergerak ke next location, Mataking Island. Time dekat island ni saya terus tak snap apa-apa..betul-betul hayati saat snorkeling tu. Lepas dah puas, driver boat nak bawa kami makan di Mataking Island beach. Time tu memang lunch time lah. Banyak giler boat park dan ramai giler manusia lepak-lepak. Terus kami rasa tak selesa lah kan. Saya nak pijak beach...hahaha...last-last kami dibawa ke sebuah sand island yang tak jauh dari situ. Lagi sekali saya lupa nak snap...arrghhh so sad.

Disebabkan nak penuhi kehendak saya...slow2 boat ni nak dekati sand island tu. Yelah penuh coral..takut sangkut engine lah kan. Cantik sungguh lah hai. Makin mendekati beach..makin banyak coral yang mati.

Next snorkeling location....berdekatan Timba Timba Island. Time ni saya start nak rasa gerun. Kami bukannya tepi island...tapi jauh dari island. Seolah-olah di tengah lautan. Hanya boat kami jer kat situ. My sis time ni excited betul...hahahaha..berani dia main humban badan dia dalam laut. Kaki saya mengigil time nak turun..ntah nape..hahaha. Masuk ke laut..saya start menyelam...Subhanallah...tingginya. Maksud saya dalamnya. Coral nun jauh ke dalam..seolah-olah setinggi 2 tingkat bangunan. Saya gagahkan diri snorkeling. Ikan sekor pun takde. Sunyinya...MasyaAllah...betul-betul rasa takut. My sis syok pusing sana-sini...dah lupa kut saya ni wujud...hahahah. Terus saya panjat boat. Syok lah my sis boleh berenang dengan penyu..hahaha. 

My sis tak puas-puas nak snorkeling sampaikan tour guide kami beberapa kali ajak naik lah...hahahaha. Saya ni tak sabar dah nak gerak ke next resort. Badan melekit...matahari pun seharian membahang..tired semua ada. Time boat mula gerak ke Sipadan Kapalai Dive Resort (saya pendekkan jadi Kapalai Resort jer lah ye). Sepanjang perjalanan tak nampak pun daratan mahupun boat-boat yang lain. Rasanya lebih dari setengah jam jugaklah nak sampai. Si tour guide pun sampai tertidor. 

Ada beberapa peristiwa yang cukup mengasyikkan buat saya. Saya menyaksikan ikan terbang...hahaha. Fin ikan tu dah macam sayap kecik. Dalam 4m - 5m jugaklah dia terbang dan akhirnya masuk balik ke dalam laut..Subhanallah. Dan kemudian satu lagi kejadian...burung tengah buru sekumpulan ikan. Ikan-ikan tu bergerak nak selamatkan diri dan kumpulan...boleh imagine tak??? Hahahaha.

Syukur akhirnya sampai di Kapalai Resort. Jangan susah-susah hati nak angkat luggage..semua pihak resort buatkan. Kami diiring ke arah reception untuk check-in. Mamat yang uruskan check-in mintak kami duduk di restaurant untuk dia buat briefing. Time ni lah tetiba ada orang bawa lunch kami and welcome drink. Saya cepat-cepat cakap...boleh tak packkan lunch tu sebab tak selesa nak makan dengan keadaan masih ber swimming suit dan belum mandi...hahahaha. Mamat yang bagi briefing tu explain time bila breakfast, lunch, tea time and dinner...kemudian area-area yang tak boleh snorkeling. Menurut mamat tu, ada 50 orang army + marine dekat resort tu. Setiap sudut ada port untuk army berjaga. Dalam setiap bilik pun ada emergency alarm button untuk kita tekan kut-kut ada perkara yang tak diingini berlaku..maksud dia tu..refer kes yang pernah berlaku dulu tu..lanun ke apa ntah tu...saya tak follow sangat kisah dulu tu. Oh ye sambung pasal alarm tu...lepas kita tekan, alarm tu akan bunyi kuat..tak sampai 5 minit army sampailah kat bilik kita..gitulah ceritanya..

Color air laut kat sini lain pulak...turquoise...
Nasib baik lah ada buggy ni..kalau tak jenuh nak menapak. Bilik kami dah nak dekat hujung-hujung.
Kalau tak salah bilik kami terletak di no S130. Kalau kat sana no bilik adalah 86. Memang jauh nak berjalan dari location no. 7 tu.
Ni dah dalam bilik..tu pintu masuk. Abaikan socks yang tersidai tu hahaha.
Sink dan toilet sebelah kiri
Bath tab dan shower sebelah kanan. Bath tub ni dipandang sepi..memang kami sejenis tak suka berendam dalam bath tub hotel atau resort.
Jalan ke depan sikit..baru jumpa bilik yer. Besar bukan main biliknya...hahaha. Saya nasihatkan bawa towel sendiri. Towel resort ni tak lembut..berhabuk semacam. Standby baju nipis-nipis...sebab time tengahari panas berhaba bilik ni walapun dah pasang kipas dan aircord. Air shower pun jadi panas.
Ni bahagian balcony. Resort ni tak sediakan slipper macam kat hotel tu ye...so standby bawa slipper sendiri. Berkaki ayam nak pijak lantai kayu kat balcony dan area toilet tu macam tak berapa nak syok. 
Di hujung tulah terletaknya restaurant tadi tu.

Bagus staff resort ni...tapaukan lunch termasuk makanan untuk tea time untuk kami. Meriah lah lauknya. Makan sambil layan view laut memang terbaik lah.

Dari balcony boleh nampak sand island buatan hujung tu...nak layan sunset dari balcony pun boleh. Kami decide nak jalan-jalan area sand island tu.

Saya sungguh-sungguh tired time ni. Nak bercakap pun tak larat hahahha. Muka sunburn teruk. Dahi sampai tak boleh nak sentuh..sakit. Time sujud pun tak boleh nak sentuh sejadah..pedih tak tau nak cakap. Saya agaklah, rubber dekat snorkel mask tu bila terdedah dengan matahari dia panas dan grilled dahi lonjong saya ni hahahaha. Dah membengkak bahagian dahi.

Cantik sungguh resort ni...saya tertawan.

Fresh betul udara kat sini...tenang...indah...mendamaikan

Kagum tengok pokok-pokok kat sini...walaupun resort jenis camgini..semua pokok-pokok tumbuh dengan elok sekali.

Kagum jugak dengan idea sand island buatan ni

Kami takde lah berjalan sampai hujung sana...yang bergambar dengan drone hujung tu terjerit-jerit..."welcome to Maldives" eh...Maldives?? Tak tau nak cakap tempat ni sama ke tak dengan Maldives sebab saya belum pernah sampai hahahaha.

Pantulan golden color ni cukup menawan hati...

Malam tu walapun tired, kami gagah berjalan ke restaurant. Buggy service takde waktu malam. Saya lupa nak snap photo keadaan kat restaurant. Memang ramai betul orang time nak ambik makanan tu. Semua orang saya tengok macam kebulur hahahha. Maybe seharian ber scuba diving. Staff resort tu kejap-kejap refill makanan. Kalau ke sini nanti, ambil dessert dulu sebab cepat habis hahahha...lauk-lauk tu memang banyak.

Malam tu tidur awal giler..time baring sementara nak terlelap tu, dok terasa atas boat..hahaha. Untuk next entry...saya nak share experience snorkeling area resort...bai.


No comments:

Post a Comment