March 17, 2019

Europe Trip - (Austria - Salzburg) Part 1

Assalamualaikum...


Habis sudah cerita di Munich, Germany. Sekarang ni saya nak cerita kisah di Salzburg, Austria. Macam biasalah saya ni...tak pernah dengar pun tempat nama Salzburg...hahahahah. Teruk kan?? Tujuan utama kami ke Salzburg ni adalah untuk ke Hallstatt iaitu kampung yang cantik giler dikelilingi oleh gunung-ganang dan tasik. Nantikan kisah seterusnya untuk tempat bernama Hallstatt tu ye.


Kami sampai di Salzburg Hauptbahnhof around 4pm gitu. Hotel yang my sis booked pun memang tak jauh dari Salzburg Hauptbahnhof. Kami just berjalan tak sampai 5 minit dah sampai. Saya time tu dah tahap kebulur. Motif saya bila sampai jer bilik..saya nak masak air buat milo dan makan bekal yang kami beli di Munich.



Besar betul lobby A&O Hostel Salzburg. Patutnya kami just stay di A&O Hostel Salzburg ni 2 malam jer. Entah kenapa saya rasa nak stay lama sikit..saya request kat my sis tambah lagi satu malam then kurangkan 1 malam hotel di Vienna. My sis agree. 

 Library turut disediakan...saya tak sure kitchen ada ke tak sebab saya just masak dalam bilik.

Saya puas hati dengan keadaan bilik ni..luas. Kami diberi bilik yang boleh stay 4 orang.

Nak makan pun selesa sebab ada meja dan kerusi.

Ok...time to eat. Mee tarik saya beli tu tak soggy pun...kenyal macam biasa..cuma sejuk arr..


Lepas dah rehat-rehat sekejap, kami keluar untuk ke Salzburg Hauptbahnhof. For info, susah nak jumpa kedai runcit kalau stay berdekatan Hauptbahnhof. Especially kalau di Munich atau Salzburg. Kalau nak beli roti, buah atau sayur...silalah ke Hauptbahnhof.. macam-macam ada jual.

Timetable ni disediakan oleh pihak hostel..maybe tak larat dah nak menjawab guess dok tanya macam mana nak ke Hallstatt..hehehe

Salzburg Hauptbahnhof. Time ni tak salah saya baru pukul 6pm.


Mall berdesebelahan Salzburg Hauptbahnhof

Hasil shopping di dalam Salzburg Hauptbahnhof. Dua packs saya beli Lavazza coffee tu..1 pack baru 5 euro. Murah tu.

Malam tu kami tido kami agak terganggu sebab bilik sebelah tu bising. Dari suara kami dengar..macam suara budak-budak Korea atau dari China..geram betul!!!

Hari untuk explore Salzburg bermula. Kami memilih untuk jalan-jalan di Salzburg dulu then baru esok tu ke Hallstatt. My sis cakap biarlah ke Hallsatt esok tu sebabnya birthday saya 6 Feb tu adalah esok tu..hehehehe. Camgituuu...


Sepanjang kami di Salzburg...takde snow turun pun..agaknya snow yang ada ni adalah snow yang turun maybe 1-2 hari lepas.


Sebelum mulakan exploration..singgah dulu Salzburg Hauptbahnhof untuk beli 24 hours day pass ni. Cari kedai nama Tabak Trafik...dekat cashier tu cakap nak 24 hours ticket. Ticket ni boleh digunakan sekitar Salzburg je. Bila naik bus pertama nanti..sila validate kat machine dalam bus tu. 


Saya agak clear dengan tempat-tempat menarik di Salzburg ni sebab saya paling banyak study pasal tempat ni berbanding yang lain. Time study tupun hati saya dah start tertawan dengan bandar ni. Apatah lagi bila sampai..very peaceful place. Continue reading guys :)



Inilah tempat pertama kami singgah bila dah naik bus...Mirabell Palace. Hohensalzburg Fortress nun dipuncak bukit memanggil-manggil kami untuk ke sana.

Kami bergambar-gambar kejap jer area Mirabell Palace garden ni.

Ehh..jangan fikir saya terapung di udara ye..hehehe...ini gambar yang menghiasi lantai Mirabell Palace ni.

Kami berjalan mengikut langkah kaki. Saya agak-agak jer arah yang kami lalu tu boleh menuju ke old town. Senang jer nak explore Salzburg ni..jadikan Hohensalzburg Fortress nun dipuncak bukit tu tanda arah untuk ke Old Town.

Hai semua :)


Admired betul design cafe gini..i want one


Jalan punya jalan...sampailah kami di bridge sempit ni. Ada beberapa bridge untuk cross Salzach River ni. Old Town nu ha di seberang sana.


Lovely weather..


Dekat sini saja macam-macam style posing ada..hahahaha


Ayuh kita ke seberang.Menggigil kaki time cross bridge tu...hahahhaha. Time tu jugak my sis nak suruh snap photo dia..hahaha.

Kata orang Salzburg ni tempat lahirnya Mozart..


Ada banyak souvenir shop area old town ni. Souvenir camgini cost around 7-8 Euro. Kalau fridge magnet pulak around 3-5 Euro


Attraction di Sazburg ni boleh dikatakan dengan berjalan jer dah boleh cover semua tempat.


Disebabkan kami dah banyak sangat berjalan..perut dah mula minta diisi. My sis asyik sebut Nordsee sebelum sampai Salzburg lagi..akhirnya sampai jua kami di sini. Restaurant seafood ni just bersebelahan rumah Mozart..


Taraaa Mozart house...dia takde kat rumah..dah meninggal lama dulu. Rumah Mozart ni tak penting..yang penting tu ha Nordsee..jom masuk.

Rambang mata nak memilih seafood kat sini. Oh ye..tak dibenarkan snap photo tau..saya sempat snap yang ni jer.


My sis cakap..ambik jer apa yang nak makan. Jangan kisah harga..dia cakap pepandai dia lah nak adjust budget nanti....hahahha.


Puas betul makan kat sini..jom saya perkenalkan seafood yang kami order. Yang salmon  saya agak dimasak bersama cheese then bawah salmon tu ada spinach..lazat rasanya..hehehe. Baby potato sebelah salmon pun sedap betul rasanya. Grilled lobster dengan nasi pun sedap..dan menu terakhir adalah mixed seafood dimasak bersama dill. Bila dah kenyang mata mula berat..so coffee lah penyelamatnya.


Bila keluar dari Nordsee..kami melalui Getreidegasse. Tempat ni yang best adalah signboardnya..so classic.


Dalam deretan bangunan di Getreidegasse, terdapat pulak lorong-lorong kecil gini...menarik


The classic signboards.


Kami berjalan mencari funicular untuk ke Hohensalzburg Fortress. Ada benda tragis time nak cari station funicular tu. Kami masuk dalam sourvenir shop yang area ni sebab nak tanya camner nak cari funicular tu. Saya dulu masuk dalam kedai tu and my sis follow kat belakang. Tetiba yang muncul dalam kedai tu adalah anjing setinggi pinggang saya. Kedudukan dia just beberapa kaki dari saya. My sis dah spontan lari keluar tanpa toleh kebelakang...hahaha. Mengigil saya lari keluar..tak berani nak toleh belakang sebab saya fikir anjing tu ikut keluar sekali. Syukur saya sempat tutup pintu kedai tu dan dia tak sempat keluar...adoiii macam nak luruh jantung...hahahah.

Nasib baik ada orang ni lalu area tu dan kami tanya arah nak ke funicular tu. Dan kebetulan dia pun nak kearah yang sama...kami just follow dia. Lagi separuh perjalanan dia just suruh masuk area kubur then station funicular tu just sebelah kubur jer. Tanpa fikir pape kami masuk jer kubur tu bersama-sama sorang pelancong ni...diapun kebetulan nak ke tempat yang sama. 1st time in my life masuk kubur christian..haahaha.


Ok dah dapat ticket..jom naik. Alaa..tak sampai seminit dah sampai atas..heeheheh. Kalau nak naik free...memanjatlah tangga yeee. Castle ni dalamnya takde lah menarik apapun...yang menariknya...the view yang boleh nampak dari atas castle ni...jom layan photo

Keluar jer funicular terus nampak view ni...time ni dah wow-wow dah...sebenarnya yang lagi wow ada lagi pasni..hehehe


Inilah view paling wow kat atas castle ni. Kabus di kaki bukit tu cukup menawan hati...


Time ni matahari memancar dengan teriknya..hilang kejap rasa sejuk.

Realy enjoy the view :)

Inilah bangunan-bangunan yang terdapat di Hohensalzburg Fortress yang kita nampak dari bawah tu. Tak salah saya kat sini ada museum dan juga church jer

Dari atas ni boleh nampak tempat-tempat yang kami dah menapak sepanjang hari tu...hehehehe.

Bila kami turun dari castle tu..kami decide nak minum petang merangkap dinner di Mozart Cafe. Kata orang kat Autstria ni mesti try apple strudel

Apple strudel tu agak mengecewakan...muak. Yang membukit ni adalah Salzburger Nockerl. Kononnya dessert ni represent 3 gunung di Salzburg...ehh..ntah-ntah gunung yang saya nampak dari Hohensalzburg Fortres tadi..eh boleh jadi ni..hehehe. Dessert ni dibuat dari telur putih dan dalamnya ni ada cranberries. So boleh agaklah kan rasanya cmner kan. 

Kebetulan Nordsee tak jauhpun dari Mozart Cafe ni...kami singgah lagi di situ untuk tapau seafood. Bukannya nak makan that day..tapi nak buat bekal esok tu bila ke Hallstatt. Kami bergerak pulang ke hostel..1 full day kami jalan-jalan di Salzburg ni. Lebih dari cukup rasanya.

Nak bergambar atas bridge nipun dah tak lalu dah sebab terlalu tired. 

Untuk next entry...saya nak share pulak kisah di kampung indah dan permai.

See yaaa...baii




No comments:

Post a Comment