Tips Travel di Musim Sejuk

June 28, 2016

Assalamualaikum..

Kesempatan yang ada ni..saya nak share tips yang bermanfaat untuk semua. Disebabkan saya berkesempatan ke Hokkaido, Japan pada musim sejuk, so saya akan share tips based on my experience lah ye. Check it out…

1) Cost
Saya boleh katakan trips ketika winter agak memerlukan cost yang agak mahal. Cara nak atasi dibeban membeli bermacam-macam keperluan ketika trip, silalah beli barang berperingkat. Contohnya sekali dapat gaji, beli lah 1 barang seperti jacket. Gaji seterusnya beli pula boots dan seterusnya. Yang ada duit banyak memang no problem dah. Anytime nak shopping barang memang langsung takde masalah.

2) Kepenatan
Roda luggage bag kita tu takkan function bila ditarik ketika dibawahnya ada snow. Snow tu akan melekat-lekat di roda akan menyebabkan kita menarik beban yang berat. Kena pulak menilau cari hotel tak jumpa-jumpa..memang seksa lah. Ni saya cakap bila kita baru sampai di Hokkaido lah. Untuk elak masalah begini, naik lah cab. Kalau rasa boleh tahan, make sure tahu nak cari hotel supaya tak menyeksakan diri.

3) Kasut
Mesti ada boots!!! Baru-baru ni ke Hokkaido, rasa macam pakai sport shoes dah ok dah. Sekali sampai sana..kaki saya seolah beku bila asyik berjalan dalam keadaan sejuk. Nasib baik my sis suruh saya bawa boots yang asalnya saya nak pakai bila pergi site saja. Bila dalam luggage pun ada space lagi..saya bawa jugalah. Ala..beli kat Guilin..duit kita dalam RM70 kut. Hehehehe

Elak memakai spot shoes yeee

4) Handphone
Saya dengar dari kak Azian yang dia pergi Kashmir time winter kut..handphone dia asyik off. Lepas dia letak portable charger, boleh on. Saya fikir maybe sebab sejuk sangat. So, handphone akan off sendiri. Memang terjadi kat saya. Saya guna satu cara ni. Beli hand warmer. Kalau beli kat Daiso boleh dapat 1 pack tu dalam 4 pcs kut..lupa la saya.Letakkan hand warner tu dalam handbag dan tepi handphone. Dari kata lain kita panaskan handphone la..ternyata handphone saya panas dan tak off sendirinya.

5) Warmer
Jangan beli hand warmer banyak-banyak. Kadang-kadang takde masa nak letak tangan dalam pocket..kalau letak dalam glove pun susah gak...nanti nak buka glove, jatuh pulak.. Belilah body warmer banyak-banyak. Ia sangat-sangat membantu. Stick di bahagian belakang baju.
Contoh hand warmer



6) Penjagaan kulit
Untuk elak bibir kering dan pecah serta luka, tolong sediakan lip balm. Bila dah dalam bilik nak tidur waktu malam tu, lumur lah kat bibir dan kawasan luar bibir. Sediakan juga moisturiser cream. Sapukan bila nak tidur dan juga ketika nak keluar jalan-jalan tu. Saya letak seluruh badan. Saya guna product Himalaya..memang bagus. Badan saya tak terasa kering dan saya rasa selesa.

7) Kesejukan
Kalau boleh sila beli jacket yang ada hood. Bila snow tengah turun tu….aduhaiii..sejuk mencengkam otak. Nafas terasa tak cukup. Nak bercakap pun tak mampu. Walaupun dah pakai snowcap..memang tak membantu. Dan lagi satu..pakailah long jonh. Dulu time pergi London, saya ada beli long john, tapi saya tak selesa pakai. So bila di Hokkaidopun saya tak pakai. Seriously saya memang tak tahan sejuk.

8) Coffee
Coffee adalah minuman yang boleh memanaskan badan. Vending machine di Japan ada di mana-mana sahaja. Saya baru tahu yang ada vending machine yang di dalamnya ada minuman panas di dalam tin. Hahaha..jakun betul. Disamping minum coffee..boleh la pegang tin minuman yang panas tu.

9) Snap Photo
Tangan sejuk bila dikeluarkan dari glove untuk snap photo dari handphone?? Kalau camera, tangan berglove pun takpe nak snap photo. Kalau handphone?? Sekarang ni ada glove yang boleh touch screen handphone. Tak payah dan nak buka glove untuk touch handphone. Tapi untuk pengguna iphone, anda boleh gunakan volume button tu untuk snap. Saya pernah mengalami keadaan yang amat sejuk di Otaru. Tangan di dalam glove terasa tak function. Nak tekan button camera pun tak mampu nak bengkokkan jari. Untuk keadaan gini memang takde solution...hahahaha.

10) Underground Station
Di Sapporo contohnya, ada underground station yang begitu banyak exit. Kita hanya perlu berjalan melalui underground tersebut untuk kemana-mana attraction places around Sapporo. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan sedikit kesejukan. Mesti ada orang cakap...eh..dah pergi time winter..mesti la layan view snow bagai. Ni berjalan dalam underground pulak. Alaa….ikut suka la selesa yang macam mana kan. Ikut kesesuaian ye.

Kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat pembaca blog saya serta kawan-kawan yang sesekali jenguk blog saya..hehehe. Saya balik penang..uols?? Hati-hati di jalan raya yeee..

Ini dulu dari saya..ada umur jumpa lagiiiii...baiii

You Might Also Like

11 comments

  1. awalnya ucapan hari raya tu zila hehehe..

    saya suka winter tapi saya tak suka sejuk..

    ReplyDelete
  2. Yela ucapan raya awal..saya x update blog selalu2..ehehehhe..advance kan?? hahaha. Malangnya winter memang sejuk..

    ReplyDelete
  3. aku suka winter sebab selalu jakun dengan snow tapi cuaca yg sejuk sangat memang susah gak

    ReplyDelete
  4. Firdaus --> sama la kami pun..

    Dede --> memang licin Dede kalau pakai sport shoes..kami ada beli snow pad yg berpaku di 7Eleven. Memang tak licin la lepas tu..yang tak bestnya, bila pad berpaku tu pijak lantai sangat tidak best.Tapi bila pakai boots, rasa ok sikit berjalan, tak licin sangat. Tips nak elak licin, jalan atas snow yang dah ada orang lalu...hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. salam perkenalan. saya nur. seronok baca blog yang tuan punya blog minat sama macam kite..hehe..

    ReplyDelete
  6. MKL --> TQ heheh

    Nur --> Waalaikumsalam..ye x ye la..sama la minat kita hehehehe...selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
  7. niceee.. CT suka la sejuk2 ni. tapi belum puas jumpa snow. tak ada rezeki snowfall.. share laaaa citer Hokkaido hehe..

    ReplyDelete
  8. haaa ritu beli banyak gak hand warmer Daiso tu. penuh bag.. yang badan tu ada la sket tapi lebih sejuk kat kaki. badan ok lagi.. tepek la banyak2..

    ReplyDelete
  9. Salam Aidilfitri ye...

    Thanks for tips tu...insyaallah..cik-anne pulak menyusul ke Japan...

    ReplyDelete