Hokkaido - Shiroi Koibito (Part 6)

April 26, 2016

Assalamualaikum...

Train yang kami naik dari Kutchan akan stop di Otaru..kami perlu tukar train untuk ke Sapporo. Bila sampai jer Sapporo Station, tanpa membuang masa kami terus nak ke Shiroi Koibito. Kami menggunakan Tozai Line dan stop paling last. Bila keluar jer dari Miyanosawa Station yang merupakan station terakhir tu..kami tengok ada cab tersusun tunggu customer. Kami belum pernah naik cab lagi…so kami decide nak naik cab. Saya just tunjuk location Shiroi Koibito tu yang saya snap dari map dalam Miyanosawa Station. Pakcik cab tu tahu tempat tu. Dalam 5 minit jer kami dah sampai...hehehehe. Meter pun tak sempat nak gerak....hehehe. Pakcik cab tu terus hantar kami ke dalam building Shiroi Koibito. Masuk jer dalam tu…wahhh….macam baru sampai fantasy world. Menarik sangat suasana di luar building. Jom tgk photo.


 
Kalau ke Hokkaido ni..don't worry..takkan sesat..InsyaAllah sebabnya dalam semua subway ada map..kalau tak paham map..boleh tanya staff subway. Macam kes kami...kami snap map yang dalam subway..dan tunjuk kat driver cab.  


Tak sampai 5 minit dh sampai..heheh..meter pun tak gerak lagi. Pintu cab siap dibuka oleh uncle ni...wahhh..


 Saya rasa Shiroi Koibito ni best kalau datang time winter..kena pulak maksud  Shiroi Koibito ni adalah White Lover. Tempat ni adalah factory untuk menghasilkan Europe style biskut femes di Hokkaido ni. Ishiya namanya.


Di bahagian luar Shiroi Koibito  ni dihiasa seolah-oleh kita berada di fantasy world.. 


 
Senibina building nipun macam Europe Style


Rumah cute. Saya nak share satu benda..ketika di Sapporo ni saya ada 2 kasut..1 sport shoes dan satu boots. Kalau pakai sport shoes..memang tak tahan kaki tu..macam beku jer bila berjalan..haha. Bila pakai boots saya rasa sikit selesa. 


My Giant Snowman...hehehe


Jom masuk..nak buat apa masuk dalam building tu?? Kita boleh visit museum dan juga melihat macam mana biskut Ishiya dihasilkan.


Setiap mengunjung akan dapat biskut ni..biskut yang rangup dan ada white chocolate ditengah2nya 


 Sebahagian daripada musem..ada benda sangat saya snap sebab perut tengah lapar time tu. Tak sabar nak sampai ke cafe.


 Step-step biskut dihasilkan


 
Factory yang menghasilkan biskut..so clean!!!


Dan akhirnya kami sampai ke cafe. Punya ramailah orang dok tunggu..rupa2nya dorang nak tunggu turn boleh duduk di tepi cermin..ahhh...saya takde masa nak tunggu2..tak kisah lah duduk mana sebab lapar sangat..hehehe


Rupa-rupanya ramai orang tunggu turn nak duduk dibahagian tepi cermin ni. Walaupun saya tak duduk dibahagian tepi..saya boleh juga snap view ni..


Semuanya dessert..


Saya pilih yang ni..cicah2 coklat...air pun coklat..hhehe


Ni my sis punya..jenuh nak habiskan..hehehe


Jemput makan semua...hehehe


Lepas dah kenyang sampai muak..kami sambung jalan-jalan. Memang akan melalui semua bahagian sebab dah disediakan arrow. Toilet kat sini pun bersih2..


Aikkk...rumah saper tu?? hehehe

 I love snow!!!


I really love snow!!!

Time nak balik ke Miyanosawa Station kami blur mana nak dapat cab ni. Depan Shiroi Koibito tu ada pump station. Saya nampak ada cab tengah letak petrol..saya gamit2 tangan panggil driver cab tu..tapi pekerja station tu yang nampak. Pulun lah dia wat bahasa isyarat dengan saya..iaitu sama ada saya nak cross jalan ke pump station tu atau cab tu nak cross ke sana..saya wat isyarat saya ada cross sebab saya boleh agak nak Miyanosawa Station ada arah dari pump station tu. Tak sangkat betul dengan bahasa isyarat boleh communicate..hahaha 


Kami kembali semula ke Odori Station..sebelum balik ke hotel kami dinner ke tempat kesukaan saya..prawn curry kat sini memang sedap!!!


 Kami ada trip ke Asahikawa Zoo keesokkan harinya. Kami cuma book online Chua Bus..free booking yee..then boleh collect ticket anytime before trip. Time tu baru bayar. 


Counter ticket tu dekat jer dengan JR Tower ni

Untuk next entry..saya akan share experience kami di Asahikawa Zoo. Tempat tu sangat lah best..dan view sepanjang jalan sangatlah awesome!!! 


You Might Also Like

0 comments