June 27, 2024

A Short Trip to Western Australia - Part 2

Assalamualaikum...

2nd day di bumi Western Australia. Nyenyak betul betul tidur malam tu. Maybe keletihan. Pagi tu kami breakfast toast bersama butter spread dan salad. Dengan kemudahan yang ada dekat cabin tu patutnya kami boleh siap-siap prepare bekal untuk hari tu. Malangnya beras tak bawa dan apa-apa sambal segera pun tak bawa. Pendek kata trip yang sekejap sangat ni kami tak prepare pun makanan dari Malaysia. Ada lah kacang, saya dah hentam habiskan dalam flight....hahaha.

Pagi yang hening.
Kami tak lah berlengah pagi tu sebab kami nak menempuhi perjalanan yang jauh ke Pinnacle desert dan return kereta di Perth. Cun betul cuaca sepanjang haritu. Aman damai jer tempat ni.
Macam guest yang datang by caravan, camping atau cabin tanpa kitchen, boleh masak-masak kat sini. Malam tu saya tengok agak meriah area ni.
Ni jenis guest yang datang by caravan yang duduk sini terus tak balik-balik kut...hahaha.
Perjalanan ke Pinnacles desert dari Ledge Point lebih kurang 1 hour. 90% view macam ni lah sepanjang perjalanan. Kiri kanan pokok renek setinggi saya. Saya yakin tempat ni menjadi habitat macam-macam jenis haiwan.
Jumpa beberapa signboard ni tapi tak nampak pun haiwan-haiwan ni. Just jumpa bangkai kangaroo jer.
Jika kita tengok google map, Indian Ocean Dr bersebelahan lautan hindi. Dari Ledge Point kami tak nampak apa-apa rumah mahupun petrol pump. Internet connection pun kejap ada kejap takde. Kalau ada pun slow giler. Then saya tanya my sis, kita ni takde cash langsung. Nanti nak bayar entrance fee boleh guna card ke kalau internet pun takde? Hahaha. My sis yakin jer boleh guna card.
Jangan nak risau-risau macam saya. Boleh jer guna card. Entrance fee ni adalah per car ye. Jangan nak pandai-pandai jalan kaki...hahaha.
Laluan berkereta ni adalah sepanjang 4km.
Tak dibenarkan guna drone di sini.
Saya memang tak pernah tahu menahu tempat ni wujud. Bila start study untuk trip ni baru tahu..haha. 
Cuaca time ni memang panas cumanya tak membahang seperti di Pyramid Giza tu. Dan yang paling menjadi kepelikan, lalat banyak giler. Memang rimaslah lalat menghurung muka. Patutlah pekerja kat sini berselubung dengan net. Nak kata tempat tu bau busuk tak pun. Nak kata ada sisa makanan terbiar, pun tidak. Saya agak terer membunuh nyamuk dan lalat. Dapat jugak sekor dua mati di tangan saya...hahaha. 
Part yang ni maybe tak lama lagi hilang dari pandangan mata disebabkan hakisan dari tiupan angin.
Nak bergambar pun kena cepat-cepat takut lalat masuk hidung hahaha. Make sure standby cap, sunglass dan lagi bagus pakai mask sebab nak elak lalat yang dok hurung muka kita walaupun kita wangi...haha.
Memang unik lah tempat ni. Kami turun dari kereta adalah dalam 2-3 kali. Dalam photo ni antara batu yang agak tinggi sizenya. 
Dari lookout area boleh nampak laut, dan dua permukaan bumi yang berbeza jenis materialnya...amazing betul.
Kena hati-hati drive sebab ada part yang sempit macam ni. Kalau accident masalah besar jadinya. Dah la tempat jauh dari segala kemudahan. Dah habis 4 km kami jelajah, kami mula meninggalkan tempat ni. Next location nak tujui adalah Yanchep National Park.
Memang sungguh menakjubkan tetiba ada kawasan berpasir membukit begini. Bukan tepi laut pun...ditengah-tengah hutan belukar. 

Halfway my sis mengantuk. Nak cari kopi memang mimpi lah hahaha. So ada chance lah saya take over drive. Turn saya drive jalan bengkang-bengkok sikit. Dan kerap jumpa lori. My sis yang tengah terlelap tak senang hati nak lelap. Iskkk. Dan akhirnya Alhamdulillah saya drive sampai lah ke Yanchep National Park dengan selamatnya. Bukan senang my sis nak bagi saya drive..geram betul la...hahaha. Sampai entrance national park tu baru tau nak kena bayar 10 AUS. Dan nasib baik minah tu tanya ada pergi Pinnacles desert tak. Dia nak kami show ticket. Entah mana saya hilangkan...hahaha. My sis show MBB payment proof dalam apps...then masuk free lah kami...hehe.

Akhirnya saya dan pokok rambut cacak bersemuka...hahaha. Sehari dua ni asyik pandang dari jauh. Saya pegang cambut cacak tu..rapuh bila dipatah-patahkan. Bukan macam lalang. Lebih kurang macam lidi nipis gitu. Sori lah saya patah-patahkan rambuk cacak awak tu..hehehe.
Kangaroo dibiarkan bebas dalam park ni.  
Kalau malam-malam nampak pokok ni dah macam-macam difikirkan hahaha.
Ada inn kat dalam ni. Kalau stay semalam dua bolehlah buat macam-macam activity macam jungle tracking gitu.
Bunga atau buah ni pun saya asyik sepanjang jalan ke Pinnacle desert. Makanan burung rupanya. Jom layan wild flowers sekitar national park ni.

Pokok rambut cacak yang belum tinggi.
Ada kami jer dalam garden ni. Ada macam-macam jenis burung dengan pelbagai jenis bunyi.
My sis beli ice cream. Konon-konon nak lepak lah atas rumput ni. Malangnya entah tahi haiwan apa penuh atas rumput ni...hahaha.
National park ni memang terjaga lah. Semua wild life tak dikurung pun.
Halooo koala.
Kami bergerak menuju ke car rental company. Kali ni kami dah tak melalui jalan yang kiri kanannya adalah hutan pokok renek. Kena drive hati-hati takut kangaroo melintas. Bila sampai area Perth, perut mula minta diisi. Saya dah guna google map untuk search nearest halal food. Alhamdulillah tak jauh pun dari kami ada halal food.
Cafe ni terletak di Merriwa Plaza.
Kami hanya order 1 meal dan share. Jenuh jugak lah nak habiskan. Sedap menu ni. Bahagian dalam ada chicken kebab, bayam dan cheese. Pastry tu memang crunchy. Sedap makan panas-panas. Time kami nak tinggalkan Merriwa area ni, eh Ains Kitchen?? Alaaaa...nape tak nampak tadi. Cafe tu luar dari mall tu. Dalam google pun tak tunjuk cafe tu. Kalau tidak sure dah pekena nasi campur ke apa ke kat situ....hehehehe. Ehhh...tak baik nyesal-nyesal. Dan kenyang kan?? hahahha. Ohh ye...dah tak jauh tempat tu untuk ke car rental company. Kami siap-siap isi petrol dan menyambung perjalanan.
Dipendekkan cerita, process pulangan kereta smooth. Kami terus dihantar ke airport. mamat driver tu ok jer nak drop kami kat train station di airport tu. Kami stop di Mclver station dan berjalan ke Pensione Hotel yang terletak di Murray Street.
Ada NGO sedang distribute makanan kepada kepada homeless.
Hotel untuk 3 malam kami di Perth City. Saya nak cerita sikit hal mistery yang berlaku dalam bilik ni. Malam tu saya nyenyak tidur. My sis jer tak boleh tidur sebab asyik dengar seperti pintu bilik air dipulas gitu. Kejap-kejap jer bunyinya. Bila dia bangun amati bunyi tu tak pun berbunyi apa-apa. Perkara yang sama berlaku kat saya di malam terakhir. Saya siap bangun berdiri lama lama dekat ruang pintu tu..takde pun bunyi. Setiap kali nak terlelap jer bunyi lagi. Dan akhirnya saya asyik lah spend masa lapang tengok orang lalu-lalang kat luar hotel..haha.
Malam masih muda..kami round Murray and Hay Street. Banyak kedai dah tutup walaupun belum 7pm.
Kami share jer peach tea ni..sedap.
London Court. Sebelum kami balik ke bilik, kami singgah Ikhwan cafe yang hanya beberapa lot dari hotel kami stay tu. Kami makan tomyam dan telur dadar. Sedap betul telur dadar..tebal dan cukup rasa..bawangpun banyak..hehehe.

Tujuan utama kami ke Perth ni adalah nak enjoy autumn season. Boleh dikatakan kami belum pernah menikmati autumn peak di dunia ni...hehehe. Beberapa tahun lepas kami pernah ke Tokyo malangnya autumn ketika tu bukan peak season. Adakah mission kami tercapai?? Nantikan next entry untuk kisah seterusnya.

4 comments:

  1. Best best. Syok baca. Seronok ke Australia ni tak jauh tapi visa tu lah takut stuck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sis...macam manapun kena uruskan visa dulu sebelum beli flight ticket

      Delete
  2. Wah seronoknya. Autumn season best sebab daun warna warni. Unik sungguh desert tu

    ReplyDelete