June 8, 2023

Winter in Switzerland (Zermatt & Zurich) - Part 10

Assalamualaikum...

Sikit jer lagi ni nak settle entry Switzerland. Day 8 kami di Switzerland. Kami bakal tinggalkan Zermatt yang bagi kami memberi memory indah. Tenang jiwa dan minda ketika di Zermatt. Sebelum check-out, saya masak dulu nasi goreng mix bersama sambal Siti Nordiana. Time trip ni Siti Nordiana belum keluarkan product paru sambal. Kalau dah ada, sure best giler lah. Setakat ni saya dah makan 3 boxes paru sambal....sedapppppp!!!

Oh ye, nasi goreng tu saya siap-siap masak untuk dimakan di dalam train nanti. Kami bakal tinggalkan Zermatt dan akan menuju pulak ke Zurich. Kami akan stay dua malam di Zurich sebelum bergerak balik ke Malaysia.

Ruang breakfast..i love this hotel...bilik besar...macam-macam boleh makan bila breakfast..very clean...smell nice.
Round area sekitar untuk kali terakhir. Thank you Zermatt for being nice to me.
Ok...ready nak gerak ke Zurich. Ngeri bila fikir nak tukar-tukar train nanti...hahaha!!
Train dari Zermatt ke Visp sangat selesa dengan large window. Untuk ke Zurich rupanya agak mudah. Kami just perlu sekali tukar jer train. Train dari Visp akan direct ke Zurich HB. Dan nasib baik betul, train tu tak bertangga...mudah nak naikkan luggage. Tak salah saya perjalanan memerlukan masa lebih kurang 4 jam.
View sepanjang perjalanan
Nasi goreng mix bersama sambal Siti Nordiana dan juga telur. Crossaint  tu tapau dari hotel.
Melalui area penuh dengan awan.

Kita pendekkan cerita lah. Dah sampai Zurich HB..tercangak-cangak kami cari exit untuk naik tram pulak...besar jugaklah station tu. Bila nampak police terus tanya lah. Kami bakal naik tram untuk ke hotel yang namanya adalah Hotel Statthotel Zurich. Kami agak susah nak dapat hotel yang dekat dengan Zurich HB...makanya, kami terpaksa pilih hotel di Old Town area. Agak jauh kalau nak menapak ke hotel tu...kami terpaksa naik tram yang mana ada 2-3 stop sebelum sampai ke Old Town.

Nasihat saya, kalau perlu bawak luggage naik tram, tunggu lah tram yang nampak baru. Yang agak antic tu ada tangga ye. Kami tak tau...susah payah naik dan turun tram tu....hahaha. 

Bila dah turun tram, ngeri pulak tengok corbel stone. Agak susah nak tarik luggage di permukaan corbel stone. Google map dah tunjuk kami dah sampai...tapi mana hotel?? nampak macam lorong gelap jer...hahaha. Rupa-rupanya hotel tu berada di atas sebuah pub. Dan receptionnya pulak adalah pub tersebut....hahaha. My sis masuk dalam pub tu saya just tunggu kat luar. Dia urus hal check-in. Location hotel tu bagus jugak. Tak jauh pun dari Rathous tram station...around 1-2 minutes. 

Agak terkejut tengok bilik ni..hahaha. Agak sempit untuk buka luggage besar gedabak tu. Kami terpaksa tutup luggage dan buka bila nak ambil pakaian. Ruang nak solat cukup2 jer. Bila pandang kat luar tingkap cinonet tu...viewnya adalah bumbung..hahaha. 
Coffee machine pun ada...best best best!! 
Ruang nak masak pun ada...hehe. Comel jer.
Toilet comel dan bersih. Boleh dikatakan bilik ni cukup puas hati walaupun kecik. Macam hotel di Interlaken West dan Zermatt...saya boleh zumba...hahaha!!! Lupa nak snap area hang jacket dan shelf comel area pintu.
Petang sikit...kami mula explore area belakang hotel yang mana terletaknya Old Town. 
No mountain view anymore...just buildings.
Lorong sempit
One day kalau ada rezeki bukak cafe...nak buat board macam ni.
Tak jauh beza building di negara-negara lain di Europe.
Jalan punya jalan...jumpa polybahn ni..macam panoramic train. Naik jom.
Tak sure STP cover ke tak...kami just beli ticket di machine. Takde orang check ticket pun. Tak nampak sorang staff pun. Train tu automatic. 
View bila dah sampai atas. Zurich sangat gloomy that day. Ada la snow halus-halus turun.
Perjalanan turun atau naik sekejap sangat. 1-2 minutes macam tu. 
My sis ajak singgah restaurant Mark Weins pernah pergi. Kenal Mark Weins?? Saya suka tengok youtube mamat ni....bila dia makan...fuhh...semua nampak sedap...he  travels for food!!! Ohh yee...My sis masih berharap dapat makan cheese fondue yang boleh diterima tekak. Kami dilayan oleh indian waiter. Dia recommend cuba cheese fondue dan juga creamy pasta. 
Taraaa...kami just add on baby potato. Kali ni cheese fondue ni boleh diterima tekak. Tapi kalau cheese ni bukan sejenis savory tapinya sejenis dessert....maybe lagi sedap dimakan. Tak boleh nak makan banyakpun sebab cepat kenyang. Potato, cheese, bread dan pasta...makanan yang sangat mengenyangkan. Oh ye....remember untuk pesan kat waiter jangan letak wine yee.
Creamy pasta ni so simple. Fried onion tu bila dimakan sekali bersama pasta...so nice. Saya lebih suka pasta ni dari cheese fondue.
Roti keras. Bila cicah dalam cheese...ok ok jer rasanya.

Not much activity untuk day 8 kami. And sorry for the short entry unutk kali ni. Nantikan next entry maybe untuk final entry kisah di Switzerland...InsyaAllah. Thanks kepada yang masih follow cerita saya.

Ok..baiii

4 comments:

  1. Salam sis. Sy tgh tour blog sis ni especially part2 europe. tgh study nk ke sana. cuma ada satu persoalan. sis masak nasi tu kan, beras tu bawa dari Malaysia ye? lepas ke kastam kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far beberapa kali saya pegi europe, beras...bawang...garam....gula..makanan segera...semua lepas. Nasi impit dah masak pun lepas....hahaha.

      Delete
  2. ok baik tram baru takde tangga so kene avoid yg lama..
    bawa luggage dan bertukar2 transportation.. mmg jiwa kental :D
    Bilik comey tingkap nmpak bumbung, okla tu sekejap jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun bilik mcm tu...selesa jer semuanya. Tapi agak terkejut bila viewnya adalah bumbung hahahha

      Delete