June 15, 2023

Winter in Switzerland (Zurich) - Part 11

Assalamualaikum...

Ini adalah entry terakhir untuk kisah di Switzerland. 

That day adalah hari ke-9 kami di Switzerland dan esok bakal fly balik ke Malaysia. Kami decide nak explore tempat yang tak perlu entrance fee. So, kami pilih untuk ke Rheinfall. Our 8 days Swiss Travel Pass akan berakhir that day. Maka, kena guna sebaiknya. 

Bagus hotel ni sediakan coffee machine. Coffee capsule pun diberi lebih daripada cukup...siap boleh bawak balik...hahaha. Milk capsule pun ada dalam fridge.
Biskut ni dah jadi favorite saya. Very buttery and crunchy. Inilah breakfast kami. Hotel ni memang tak sediakan breakfast. Takde pun ruang untuk breakfast. Yang ada adalah pub kat bawah tu..air mabuk ada la...hahahha.  
Dari experience lepas-lepas...bila travel time winter...kulit akan kering..lepas tu gatal. Bibir akan kering dan pecah-pecah. Dua products ni sangat membantu. Sebelum keluar dari hotel...saya make sure lumur satu badan body butter tu. Dan lip balm ni sentiasa make sure apply kat bibir. Syukur Alhamdulillah...kulit dan bibir saya elokkkk!!!
Untuk ke Rheinfall, kami perlu naik train di Zurich HB. That day kami berjalan jer sambil layan suasana pagi di Zurich.
Keadaan di Zurich ni saya rasa tak banyak beza macam di Frankfurt ataupun Copenhagen.
Tak ramai pun orang dalam train ni..kami duduk di upper deck.
Melalui kawasan perumahan.
Dah tak jauh dari Rheinfall..maybe air sungai yang sama yang mengalir dari Rheinfall. Ohh ye...tempat yang kami bakal pergi tu adalah sungai. Nak tahu sungai yang macam mana...teruskan membaca.
Boleh dikatakan perjalanan kami ke Rheinfall ni macam melalui countryside.
Ok dah sampai....jom. Kami stop di Neuhausen Rheinfall.
Kena turun dengan jalan ber slope macam ni..turun ok lagi....nak naik balik tu yang seksa.
Sunyi sepi area ni...kami berdua jer...hahaha. Yelaa...sejuk-sejuk saper lah nak datang..hahaha. 
Orang buang syiling dalam sungai ni...macam rupa gold pun ada.
Nampak castle tu? Kejap lagi kita ke sana yee..
Waterfall ni tak lah tinggi macam Niagara Fall...tapi laju waterfall tu lebih kurang sama....ehh....macam dah sampai Niagara Fall pulak...hahaha. 
Saya beranikan diri turun ke bawah dan paling hampir dengan sungai mengalir deras ni.
Nampak building tu?? Kelihatan orang bertumpu kat situ. Maybe ada cafe dan view dari situ lagi cun. Nak menapak ke situ agak jauh.  
Information board.
Dah puas layan view dari tempat tadi....kami mula berjalan kaki ke arah castle atas bukit tu. Niat kami adalah...nak tengok castle tu dari dekat dan naik train dari castle tu ke Zurich. Tak boleh nak berlama-lama sangat kat Rhienfall ni sebab takde satu cafe buka pun untuk kami relax. Sejuk giler lah kat sini. 
Saya snap dari bridge. Bridge tu adalah rail untuk train. Disediakan juga laluan penjalan kaki. Agak ngeri berjalan atas bridge tu..bila train lalu...lagi ngeri..hahaha. My sis asyik tenangkan saya jer. 
Dah sampai castle...sunyi  betul kat sini...ada la sorang dua pengunjung.
Jalan-jalan sikit area castle ni...agak boring lah. So, kami decide terus balik ke Zurich.
Moss 
View dari time...bai Rheinfall.
Dah sampai Zurich...kami terus ke Old Town nak cari lunch. Takde banyak choice...so kami pilih fast food. Keenakan makanan di Switzerland boleh dikatakan agak kurang....taste yang tak melekat di minda..haha. Apa-apapun...kami tak lah kebulur tak cukup makan....hahahaha.
Lapar punya pasal...sebakul makanan kami order. Macam-macam lah ada..fried chicken, chicken finger, fries dan burger. Kekenyangan lah.
Dah kenyang...sambung explore Old Town. Layan view buildings kat sini.
Merenung saat-saat akhir di Switzerland....esok nak balik dah.
Rail untuk tram 
Not much to see kecuali buildings..haha.
Malam tu kami lepak kat cafe juice ni. So fresh. 

Our day 10 di Switzerland dan last day di Switzerland. Dah make sure barang tak tinggal dan kemas-kemas sikit bilik..kami memulakan perjalanan ke airport. Amat penting download SBB Mobile Apps. Kita boleh plan perjalanan kita. Apps tu boleh check dulu tram dan train timetable. Kami pilih ke airport dengan menaiki tram. Perjalanan tak sampai setengah jam pun. Tram ni akan akan banyak stop. Tapi tak kisahpun sebab boleh layan view sepanjang perjalanan.

Lorong untuk ke hotel. Laluan sebelah kanan tu menuju ke laluan tram. Dekat sangat dengan tram station.
Sebelah kanan tu adalah pub yang my sis masuk untuk urusan check-in...time ni belum bukak sebab masih awal pagi. Kami just drop kunci dalam post box.
Entrance Stat Hotel. Hotel ni ada lift...lift tu comel jer.

Perjalanan ke airport so smooth. Perlu transit di Dubai. Jom tengok kami makan apa di Dubai Aiport.

Kami landing di Dubai around midnight. Terus rasa dahaga. So kami just makan light jer malam tu. Tak salah saya kami berada di Dubai airport lebih kurang 8 jam...hahaha. Mengantuk giler. Tidur kejap dalam surau...kena halau dengan cleaner.
My breakfast
My sis breakfast. Harga makanan di Dubai Airport terlampau lah mahal. Untuk 2 kali makan di sana..lebih kurang RM400 semuanya. Fuhh...
Kami landing lebih kurang 10pm kalau tak salah. Sampai jer rumah my sis...simpan luggage semua...terus turun kat bawah pekena nasi kandar. 2 gelas teh ais saya minum....hahaha.
Borong snacks dari Coop...hehe.

Syukur Alhamdulillah dapat siapkan semua entry Switzerland. 4-5 bulan jugak lah nak habiskan. Setiap satu trip benda yang paling best adalah..memory yang kita bawak balik. Kesemua memory ni saya jadikan dalam bentuk penulisan agar dapat kekal selamanya. Bila lupa...boleh baca balik...dapat imbas balik. Dalam masa yang sama...kongsi bersama pembaca semua. 

Di Switzerland ni...there are lot of things to see...mountains...lake...river..beautiful houses etc. Dan percayalah...kita tak kan rasa jemu pun. Trip kali ni terasa seolah slow or no rush. Takde apa nak kejar..train dan tram terlalu kerap dan on time. Tak perlu nak beli apa-apa ticket in advance sebab dah ada Swiss Travel Pass. Suka sangat trip yang free and easy macam ni...tenang dan senang lenang...hahaha.

Ok lah....i hope pembaca semua enjoy the story. Kepada yang bakal ke Switzerland...please enjoy your trip. Kepada yang terdetik nak pergi Switzerland selepas terbaca blog saya ni...syukur Alhamdulillah...and please go...you will get the precious memory. Kepada yang dah baca dan teringin nak pergi tapi tak mampu....saya doakan one day diberi kesempatan oleh Allah SWT. 

Selepas ni saya akan cerita trip Phuket pulak ye. Just a short vacation...

Thanks

Bai....

14 comments:

  1. Termasuk dalam wishlist akak tapi semuga Allah limpahkan rezeki dapat berkunjung ke switzerland. Aamin. Seronok baca tulisan zila umpama ikut sama mengembara walaupun dalam angan-angan. Apa pun tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn....tq akak sabar follow kisah saya di Switzerland...i'm really really really appreciated!!!

      Delete
  2. Replies
    1. tak dapat nak duduk upper deck kt flight...duduk upper deck train jadi lah...hahaha

      Delete
  3. always look fwd your cerita. very interesting.

    ReplyDelete
  4. Best best trip ni, kalau dapat one fine day travel sama, syok jgk kan.

    ReplyDelete
  5. Biskut tu lah saya beli banyak gak aritu bawa balik. Sedap sangat buat cicah hot drink. Haritu jumpa kat Spain. Tapi saiz besar. Pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...lepas ni nak cari biskut tu kt spain pulak...hahaha

      Delete
  6. Betul la tu bila dah sejuk mana ada org nak jalan2 kat luar terus nampak mcm pekan zombie huhuu.. suka dgn building kat sana walau dah berusia mereka tetap jaga dan bersih kawasan sekitar..

    ReplyDelete
  7. Assalam..enjoy sangat baca sis punya ceritaaa..sy yg baca ni pn keep on berzikir lihat keindahan alam. Subhanallahhhh..so cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :)))))

    sbnrnya sy tgh survey nk ke swiss awl bln 2 thn dpn, tp dunno how to start. baca2 je dlu..if kite bw kids10yrs old & toodler 2yrs old ok ke sis time winter2 ni eh? tmpt mana yg should go & shouldnt go sis? kot sis boleh advise berdasarkn exp tarvel swis sis..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...sori lah sis baru nak reply. Termiss sis punya komen. Macam sis nak ke Zermatt tu agak mencabar lah dengan anak-anak. Tapi best bila dah sampai sebab anak2 boleh pergi playground dan jugak main snow. Selain tu semuanya ok sis. Ok maksud saya kalau bawak luggage dan anak2 senang nak uruskan untuk keluar masuk train. Macam pergi zermatt tu saya sendiri rasa susah walaupun nak uruskan diri sendiri jer hahaha.

      Delete