April 4, 2023

Winter in Switzerland (Thun & Interlaken West) - Part 5

Assalamualaikum...

Sambungan dari day 3 di Siwtzerland..setelah bangun dari tidur..keadaan saya masih sama. Panadol tak memberi kesan pun. Saya gagahi untuk memulakan exploration. Saya request kat my sis untuk pergi Thun. My sis macam tak sabar dah nak explore Interlaken West..tapi saya pulak tak sabar-sabar nak pegi Thun...hehehe. My sis ikutkan saja kemahuan saya. 

Perjalanan ke Thun lebih kurang half an hour. Kami dapat layan keindahan tasik di sepanjang perjalanan. Terdapat dua tasik besar di situ. Satunya bernama Lake Brienz dan satu lagi Lake Thun. Dua-dua tasik ni dipisahkan oleh Interlaken. Maksud Interlaken adalah di between 2 lakes tu. Bila kita tengok map, kita akan nampak Interlaken berada di tengah-tengah antara 2 lakes tu. Walaupun 2 lakes tu terpisah, ada sungai mengalir dari dua tasik ni. Dan sungai cross di tengah-tengah Interlaken. Hotel kami stay tu pun tak jauh dari sungai tersebut.

Deretan kedai berhadapan dengan hotel kami stay.
Traffic area Interlaken West tak berapa busy. Boleh dikatakan Interlaken West ni amat tenang sekali.
Depan sikit tu adalah train station. Seminit dua jer berjalan dah boleh sampai train station.
Sebelum ke train station untuk ke Thun, kami stop jap layan view. Inilah sungai yang bersambung antara dua lakes...Lake Brienz dan Lake Thun. Tenang sungguh view ni. Terpaksa bersabar untuk explore Interlaken West ni.
Another side sungai tersebut.
Weather cun sangat that day.
Ada stall halal di train station
Tak terasa masa berlalu kalau tunggu train kat sini....cantik sungguh view.

Dah selesai explore sikit-sikit Interlaken West, kami terus menuju ke train staion. Kali ni kami try duduk di upper deck train. Jom tengok view sepanjang perjalanan.

 

Terasa tinggi duduk di upper deck...hahaha.
Dah datang time winter...semua view jadi black and white...hahaha

Bila ada awan biru...sedap sikit meta memandang view yang terhidang. Saya percaya yg lake ni adalah Lake Thun.

Thun yang kami tujui tu terletak di hujung Lake Thun. Time sampai di Thun, kami cari farmasi dulu. Saya time tu dah start batuk, selesema dan demam. Saya terpaksa beli ubat batuk. Terpaksa spent RM60 untuk ubat batuk. Nasib baik my sis dah bawa panadol dan diflam. Jom tengok photo sekitar Thun.

Ubat batuk RM60
Bila dah sampai di Thun train station, tercangak-cangak kejap...haha. Nasib baik ada tourist centre. Kami hanya perlu berjalan kaki untuk explore Thun ni. Dah sampai Thun jangan lupa snap train station..lawa.

 

Thun ni agak besar berbanding Interlaken West. 
Jalan punya jalan maka sampailah kat sini. Menurut tourist information tadi, kami perlu cross bridge ni untuk explore Thun.
Deretan kedai kat sini.
Bila tengok view ni....aduhai...cantik sungguh building kat situ. Castle tu kami decide tak pergi..macam agak jauh nak jalan kaki.
Wooden bridge ni ala-ala Capel bridge di Lucerne. Tak salah saya bridge ni berfungsi sebagai tali air.
Bila kenang-kenangkan balik...macam rugi pulak tak explore seluruh Thun ni. Saya suka sangat suasana kat sini. Air sungai emerald green tu cukup menawan hati. 
Zoom sikit rupa bentuk bumbung kat sini. Sisa-sisa snow terlekat di atas bumbung. Maybe snowing satu atau dua hari lepas.
I miss this moment. Setiap sudut di Thun make me fall in love with this place.
Street yang famous di Thun. Agak dull suasana kat sini.
Jika tak sejuk sangat mesti saya ajak my sis lepak lama sikit kat sini. 
Bila direnung-renungkan...Thun ni tak ubah seperti dalam cerita dongeng. I'm really fall in love!!!

Lepas dah rasa puas jalan-jalan di Thun, kami balik semula ke Interlaken West. Tak nak bazirkan masa sebab cuaca time tu sangatlah cantik. Langit membiru dengan tompokan awan. Jom kita layan view di Interlaken West pulak.
 
Cantiknya building tu...macam castle
Very peaceful neighborhood

Awan petang tu berkepul-kepul.

Jalan punya jalan akhirnya kami sampai area perumahan. Ada sungai area tu. Kami decide lepak kat kerusi sambil tengok orang melakukan paragliding activity.

Interlaken West ni sangatlah peaceful and surrounded with mountains. Sungai yang bersih sekali menjadikan tempat ni cukup indah sekali. 

Setelah penat berjalan, kami singgah Coop untuk beli junk food. Lepas tu kami decide nak makan cheese fondue. Restaurant tu sebelah hotel kami stay jer. Waitress mostly adalah chinese. Kami pun duduk lah di satu sudut.

Keadaan dalam restaurant.

Kami order cheese fondue bersama mixed vegies. Make sure inform waitress jangan letak wine yer!!! Dari pembacaan saya, cheese fondue ni bukanlah sejenis desert. Ianya sejenis savory. Terciptanya menu ni disebabkan lebihan roti yang mana menjadi agak keras. So orang Switzerland ni nak makan jugak roti tu...so dorang cicahlah dengan melted cheese.

Bila menu kami order sampai, saya belek-belek dulu roti yang dipotong dalam bentuk cube. Memang keras lah roti tu...hahaha. Kami mula mencicah roti ke dalam cheese fondue pot tu...bweekkk!!! Busuk!!! Rasapun macam pelik giler. Terus kami decide tak teruskan makan. Kami decide nak redha jer duit yang bakal melayang.

Cheese fondue yang langsung tak sedap!!! 

Kami terus ke counter dan complaint. Waitress tu asyik yakinkan kami yang cheese fondue memang macam tu. Dan syukur Alhamdulillah sorang waiter ni datang dan akhirnya kami tak perlu bayar. Syukur Alhamdulillah. Jika perlu bayar, duit kami akan melayang sebanyak CHF30.

Kami keluar dari restaurant tu dan terus menghala ke halal restaurant. Orang Africa melayan kami. Banyak jugak menu kat restaurant tu. Akhirnya kami memilih grilled fish bersama nasi dan share saja.

Lapar sungguh time ni sebab banyak jalan. Sedap betul meal ni. Restaurant ni tak jauh dari hotel kami stay tu pun.
Sebelum naik bilik, kami pekena kopi secawan kat lobby.
Sedap sangat snack ni. Lega sikit tekak bila telan benda ni. Must buy...sedappp!!!

Menarik betul experience kami that day. Ternyata cantik sungguh bumi Switzerland ni. Boleh dikatakan trip kami ni belum habis separuh lagi pun...ada lagi banyak kisak exploration kami. Doakan saya mampu menulis sehingga habis trip Switzerland ni.

Bila waktu malam, demam dan batuk makin teruk. Risau juga esok tu tak boleh nak sambung exploration. Esok kami bakal explore mountains pulak. Nantikan next entry..

Bai...

4 comments: