March 18, 2023

Winter in Switzerland (Interlaken West) - Part 4

 Assalamualaikum..

Banyak entry lagi untuk saya habiskan kisah di bumi Switzerland. Walaupun dah nak dekat 2 months trip ni berlalu...Insyaallah...masih terpahat di minda saya segala suasana dan view kat sana. Sesungguhnya... Allah SWT menganugerahkan nikmat keindahan di bumi Switzerland. Dan yang paling saya bersyukur... Allah SWT berikan kesempatan untuk saya menyaksikan keindahan yang Dia ciptakan. 

That day adalah 20/1/2023. Perjalanan dari Lucerne ke Interlaken West membuatkan saya terleka sekali. View sepanjang perjalanan cukup indah sekali. Perjalanan lebih kurang 2 hours terasa seperti half and hour sajer...haahaha. Coach kami naik pun tak ramai orang. Ada sorang makcik ajar kami simpankan luggage. Just sumbat luggage di antara seat. Tak boleh imagine kan?? Hehehe. Macam ni, setiap seat adalah facing each other. Seat yang membelakang each other tu ada space di celah. Baringkan luggage menegak...tolak masuk ke dalam....sekian....hehe.

Inilah makcik tersebut. Tengok photo ni boleh lah imagine kedudukan seat dalam train.

Nasihat saya, jangan letak luggage jauh dari kita. Ada pernah follow trip ke Switzerland satu family ni dari IG. Dia pernah cerita yang dia kena pick pocket...dan ada pulak follower dia comment di IG dia yang luggage dia kena curi dari dalam train. Menurut mereka, polis kat sana tak bersungguh nak membantu. Bila dah tahu kisah tu....memang kami berdua berhati-hati sungguh lah. 

Train yang kami naik tu tak sure berapa stop. Kami perlu turun di Interlaken OST dan tukar train ke Interlaken West. Jom tengok view sepanjang perjalanan.

Train ni melalui tasik yang kelihatan sungguh tenang sekali.

 

Best betul suasana perumahan di sini. Hari-hari boleh layan view gunung-ganang. Keadaan ni mengingatkan saya view sepanjang perjalanan ke Halstatt di Austria.
Lawa sangat area ni...aman-tenteram sungguh. Di sepanjang perjalanan, asyik jumpa tasik saja.
View ni macam tak banyak beza dengan view ketika nak ke Gudvangen untuk saksikan keindahan fjord di Norway. Amazing sangat perjalanan kali ni...train ni seolah-olah memanjat gunung. Slow jer pergerakan train ni. Sepanjang perjalanan asyik jumpa tasik jer...dan tak lupa gunung-ganang penuh dengan snow


Boleh dikatakan saya tak nampak small town pun di sepanjang perjalanan. Tertanya-tanya dimana penduduk-penduduk ni beli barang keperluan.

View di lake Brienz. Lake paling cantik saya saksikan di sepanjang perjalanan ke Interlaken west.

Sampai jer Interlaken OST, kami perlu bertukar train ke Interlaken West. Paling tak sangkanya, keluar jer dari train tu...train seterusnya dah standby di platform sebelah. Just beberapa langkah jer kami dah masuk ke dalam train seterusnya. Setiap train yang kami naik setakat ni adalah tanpa bertangga...sangat mudah bila luggage kami berdua berat sungguh...hehe.

Disebabkan Interlaken West dan Interlaken OST ni tak berapa jauh, saya ajak my sis berdiri jer dekat pintu.  After 5 minutes...sampailah kami di port kedua. Kali ni hotel kami stay dekat sungguh dengan train station Interlaken West...Hotel Bernerhof. Sebenarnya lambat lagi nak check-in. Kami sampai dalam 12pm. Check-in adalah pada pukul 3pm. 

Kami just berjalan dalam 2 - 3 minutes untuk ke Hotel Bernerhof. Saya duduk melepas lelah dan my sis deal dengan hotel staff. Layanan staff yang merupakan seorang pakcik...sungguh mesra. Saya perhati jer my sis bercakap-cakap dengan dia. Sungguh tak sangka pakcik tu bagi kami early check-in. Bersyukurnyaaaaaa. Dekat hotel ni pun sediakan free coffee...hehehe. Coffee machine terletak di lobby. 

Kami berlalu ke bilik. Aduhaiiii....syukur Alhamdulillah....luas betul bilik kami. Siap ada balcony. Apakah view kami dari balcony??? Jom tengok photo.

Tempat saya lepaskan lelah...hehee. Kat sini dok aim dah coffee machine tu...hahaha. So far free coffee di hotel hanya boleh minum black coffee. Nasib baik susu pun diberi free...boleh lah jadi hot latte...hehe.
Puas hati betul dengan bilik ni.
Balcony ada di sebelah kanan. Small table tu cun sangat untuk kami buat tempat makan minum hehehe.
Lagi cun bila sambil makan layan view dari sini.
View dari balcony...its crazy beautiful.
Toilet besar dan bersih.
Sebelum explore apa-apa...kami perlu makan dulu. Bekal nasi goreng berlaukkan kebab ayam yang saya mix sekali dalam nasi goreng tu. Saya masak sebelum check out dari Hotel Central Lucerne. Terus masak air dan buat milo panas. Lunch kami berviewkan gunung-ganang. Nasi goreng yang saya letak dalam bekas thermos masih panas. Berseleralah kami makan....hehehe.
Makan macam ni pun dah terlalu nikmat ketika travel...hehe.

Perkara yang tak best berlaku ketika travel berlaku kat saya..saya dah start rasa tak sihat. Tekak dah start perit dan batuk-batuk. Selalunya jika saya sakit macam ni, agak susah nak baik jika tiada antibiotik. Bila ada infection di tonsil, saya akan demam, batuk etc. Sebelum kami start exploration, saya tidur sekejap selepas telan panadol.

Adakah saya akan enjoy di 2nd port di Switzerland?? Nantikan next entry..

 Baiiii....



3 comments:

  1. SubhanaAllah indahnya ciptaan Tuhan. View balcony pun ohsemnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul...setiap ciptaan Allah sungguh indah sekali

      Delete
  2. Memang cantik bumi Allah ni kan.

    ReplyDelete