March 13, 2023

Winter in Switzerland (Lucerne) - Part 3

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di kisah seterusnya. Sampai jer di Lucerne, kami terus start explore small town tu. Niat kami nak shopping jacket atau boots jikalau harga murah lah. Jom tengok photo sekitar Lucerne.

Kami tak berpeluang nak naik ferry di tasik ni.
Syok tengok burung berterbangan dan itik berenang-renang di tasik ni.
Cun photo ni...hehe..bukannya saya yang cun yer....hehe. Tq to my sis sebab snap photo ni
Nak ke seberang sana yang mana terletaknya old town.
Building di sekitar Europe memang lebih kurang sama jer.
Luas betul tasik ni.
Jernih betul airnya.
My sis akhirnya jumpa jacket yang lawa. Nasib baik besar juga jacket tu...boleh la saya pun turut bergaya dengan jacket baru...hehehe. Next entry saya share rupa jacket tu yerr. Di area ni juga kami decide nak beli sim card. Kami memilih Sunrise. Sim card ni berharga CHF 19.90. Dengan harga tersebut, kami hanya boleh guna selama 7 hari. Hmm...kami masih ada 9 hari di Switzerland. Adakah kami top up the credit? Kena ikuti entry terakhir nanti yer..
View sekitar old town.

Keadaan town ni memang aman damai. Terpahat di sanubari suasana kat sin.

Keadaan makin menganjak ke senja.

Sisa-sisa snow...cantik betul!!! Kami balik ke bilik dulu dan akan keluar di waktu malam untuk dinner.

Ada banyak halal restaurant di sekitar Lucerne....tapi saya terpilih Little Istanbul ni. Kedudukan kedai ni adalah di bahagian basement Lucerne train station. Hanya meja disediakan tanpa kerusi. Tak baik makan berdiri..so, kami take away jer lah.

1st experience beli makanan...agak terasa mahal cost makanan. Harga makanan ni boleh dikatakan bentuk harga seperti di Malaysia...tapi bila di convert CHF....aduhaiii...mahal betul. CHF14.50 x 5 = RM75.

Makanan yang kami pilih. Dua menu macam ni...kami spent RM150 lebih. Tepuk dahi...hahaha.
.
Bukan main dasyat ni...hahaha. Memang tak mampu habis. Kami makan di ruang breakfast di hotel. Nasib baiklah hotel ni sediakan free coffee...hahaha. Kami tak mampu habiskan makanan kami tu. Daging ayam kami simpan untuk mixkan dengan nasi esok. Ohh ye...esok kami bakal berpindah ke Interlaken West. Saya plan nak siap-siapkan bekal untuk lunch di Interlaken West.

Hari terakhir kami di Hotel Central Lucerne..hari terakhir jua nak breakfast di sini...dan menjadi orang terawal untuk breakfast...hahaha. Lemon cake ni sedap...siap minta izin dengan pekerja hotel untuk tapau hahahaha. Rajin betul warnakan telur ni...hahahaha.


Sempena hari terakhir breakfast kat sini....saya make sure makan banyak-banyak roti kat sini...hahahaha. I really miss all these breads!!!!

Kami tak rush untuk ke Interlaken West. Kami gunakan masa yang ada sebelum check-out untuk jalan-jalan sekitar hotel. 

Snow dua hari lepas masih bersisa...

Playground. 

Cantik betul cahaya sunrise di permukaan building ni. Keemas-emasan.

Walaupun ketika lebih kurang masa untuk pergi kerja, traffic lengang jer.

Snow membentuk ice. Best betul morning walk kami sekitar hotel. Tanpa sedar jauh jugak kami berjalan.

Sebelum check-out, kami check dulu waktu train yang sesuai untuk ke Interlaken West. Kami memilih train yang tidak memerlukan kami bertukar banyak sangat train. Apa pula experience kami seterusnya...jangan lupa tunggu next entry.

Bai...

7 comments:

  1. Panorama yang indah bila ada back ground burung berterbangan. Cuaca biru cantik sekali

    ReplyDelete
  2. Ya ampun harga macam biashe2 je tapi bila convert...baik buat bekal sendiri lagi jimat.

    ReplyDelete
  3. bestnya tgk mkanan.... cantik jugak lucern ni. simcard tu kalau kat hello1010 website boleh dpt 50GB unlimited call.

    ReplyDelete
  4. Yang akak beli tu pun unlimited...tak terpakai pun sebab bz hayati keindahan alam. Just guna untuk google map dan check train timetable.

    ReplyDelete
  5. Tq sis...last2 jumpa jugak blog yg mcm ni. seronok membaca pengalaman sis. keep up d good work!

    ReplyDelete