Assalamualaikum...
2nd day kami di bumi Switzerland. That day bermulalah exploration kami yang betul-betul. Kami akan conquer puncak gunung....amboi conquer ye...haha.
Subuh di sini adalah around 6.30am. Pagi tu saya tak sabar dah nak breakfast. terbayang-bayang dah roti dan hot coffee...haha. Sebelum breakfast, saya masak nasi dulu. Just letak perencah nasi goreng bersama beras dan air....jadilah nasi goreng hehe.
|
Banyak jugak pilihan kat sini |
|
Wahhh...i'm so happy!!! |
|
Spread pun ada macam-macam. Raspberry paling sedap |
|
Nyum nyum nyum!!! ni baru 1st round...then 2nd round makan cereal. |
|
3rd round pulak ni...hehehe |
|
Makan macam ni..hehehe |
|
Lepas dah kenyang kami lepak jap dalam bilik sambil layan view kat luar. Oh ye....pasal nasi goreng segera siap tu...buka jer pintu bilik...fuhhh...bau semerbak. Dah banyak trip saya masak dalam bilik...syukur....belum ada kes kena sound atau kena denda. Dan suka sangat masak-masak time travel, kenapa tak stay jer di air B&B? Jawapan saya ataupun my sis, kami prefer hotel dari air B&B. Sebabnya kami boleh breakfast macam-macam, lepas keluar jalan-jalan..bilik akan kemas.Selalunya hotel akan berada tidak jauh dari train station berbanding air B&B. Dan saya rasa kalau duduk hotel baru rasa macam kita tengah travel...hahaha. Lain orang, lain cita rasanya.
|
|
Zoom sikit. |
|
View dari luar hotel. Aman tenteram jer pun area ni. |
|
Kami mula berjalan menghala ke Lucerne HB. Kami bakal ke Engelberg. Di Engelberg kami bakal conquer puncak Mount Titlis. Amboiii....hahaha. |
|
Suasana di Lucerne BH. Kami memilih train ke Engelberg pada pukul 9am kalau tak salah. Train ini akan bermula di sini dan berakhir di Engelberg. Time ni rasa macam dejavu. Perasaan time ni sama macam perasaan saya nak ke Fussen untuk tengok Neuschwanstein Castle. Perjalanan dari Lucerne ke Engelberg tak sampai 1 jam pun. Around 40 minutes macam tu.
|
|
Disebabkan train ini bermula di Lucerne BH, kami boleh naik awal. Dengan adanya Swiss Travel Pass (STP)...tak perlu beli ticket lain. Dah included dalam STP. Sepanjang di Switzerland, setiap kali nak train..akan ada jer ticket conductor akan check ticket kita...kalau tak beli ticket, dia akan suruh beli dari dia. |
|
Train bergerak keluar dari platform...terus teruja tengok gunung bersnow tu. Time ni tak tau lagi view bakal terhidang lagi lawa dari ni...hahahaha!! |
|
Refer weather forecast...that day weather cun. Tapi time ni masih cloudy. |
|
Makin jauh meninggalkan Lucerne...makin banyak kelihatan tempat penuh dengan snow. |
|
Love the view so much. Disebabkan coach tak ramai orang...galak lah snap..kejap duduk seat kanan kejap seat kiri....hahahaha. |
|
Macam buih sabun |
|
Small stream |
|
Clear blue sky...love it!!! |
|
Macam fairy tale movie. |
|
Masyaallah....puji-pujian hanya untukMu wahai Ya Allah!!! |
|
Akhirnya kami sampai Engelberg train station. Small town ni surrounded by mountains. Tenang betul tempat ni. Bila dah sampai sini jangan lenggang kangkung..sebabnya ada free bus tengah tunggu untuk bawa kita ke tempat seterusnya. Bus yang kami naik tupun adalah 2-3 minutes dah sampai cable car station. Kami queue untuk beli ticket ke Mount Titlis |
|
1st time in my life nak sampai ke summit dengan ketinggian 3000m ++ dari atas laut. Tinggi tu....3km kalau jarak on ground. Now...how can we reach the summit?? Hehehe..Dengan adanya STP, kami boleh dapat 50% discount ticket ke Mount Titlis. Nak tahu dalam RM, lebih mudah times dengan 5. Sepanjang di Switzerland, my sis akan gunakan Big Pay card untuk semua payment...makan, hotel, souvenir and etc. |
|
Taraaa...inilah tempat bermulanya perjalanan ke summit. Kena pandai naik sendiri yer...takde orang nak monitor pun. |
|
Beriaya nak menuju summit bagai..duduk saja dan sampai..hahaha. Saya ni seorang yang gayat. Kecut perut tau. Punya best lah boleh conquer satu cable car tu kami berdua jer. Baru jer beberapa saat cable car ni bergerak...tudiaaa view lawa sungguh!!! Kami menduga suasana gloomy..syukur Alhamdulillah...dengan izin Allah...matarahari bersinar indah. |
|
Kami dua-dua blur-blur jugalah kat mana summit...hahaha....stop kat sini. Pastu terperasan cable car tu bergerak ke depan lagi...baru lah sedar summit belum sampai lagi...hahaha!!! |
|
Dah terlanjur turut kat situ. Kami keluar jap tengok apa yang ada. |
|
Zoom sikit. Kami naik semula cable car. |
|
Cable car ni lalu di celah-celah pokok gini...MasyaAllah cantik sangat!!! |
|
Pandang belakang...makin tinggi...arrghh..gayat |
|
Kami akhirnya sampai di last station untuk cable car. Bila dan turun..belum lagi sampai summit. Kena pulak naik rotair yang merupakan cable car jenis berpusing. |
|
Parking utk rotair tu. Satu side untuk orang keluar dan satu side untuk orang masuk. Ada 2 bijik jer rotair ni. |
|
Saya agak rotair ni boleh muatkan dalam 20 - 30 orang. Rotair ni akan bawa kita ke last station untuk ke summit. Tak lama pun...maybe around 5 - 10 minit. |
|
Rotair ni memberi peluang untuk kita hayati 360 deg view. Dia berpusing tanpa kita terasapun dia tengah berpusing....hahaha. |
|
3 cables ni mampu menanggung rotair yang berpusing serta manusia di dalamnya...menakjubkan. |
|
Indah betul view gunung-ganang kat sini. |
|
Dan sampai station rotair ni....ada 5 level building. Kat sini ada macam-macam jugak. Cafe, souvenir shop, glacier cave dan banyak lagi. |
|
Glacier cave ni dari lantai...ceiling certa dinding adalah ice. Agak licin untuk berjalan. Tak besar mana pun...boleh la. |
|
Fridge magnet mahal betul. |
|
View dari souvenir shop. |
|
Kami terus menuju ke level 5...Dekat sini boleh ke cliff walk. Saya agak dalam 500m nak berjalan ke situ. Sayapun berjalanlah dari sini ke arah cliff walk tu. Ditakdirkan Allah saya tak boleh nak bernafas dengan betul. Dah la sejuk...berangin lagi. Kaki di dalam yang hanya beralas 2 layer sock dan juga sport shoes dah macam beku...hahaha. Akhirnya saya give up nak meneruskan niat. Patah balik masuk ke building. |
|
Rasanya tak naik cliff walk pun takpe. Dah cukup puas view saya saksikan. |
|
I miss this moment so much |
|
Betapa tingginya level saya berdiri ketika itu sampaikan boleh nampak puncak gunung-ganang ni. |
|
Inilah area yang saya tak cukup nafas tu |
|
Berjalan balik masuk ke bulding. Ada satu area dalam building ni kita boleh lepak sambil layan view. Ada meja dan kerusi. Ramai budak sekolah kat situ sambil makan bekal mereka. Kami pun ada bekal..tapinya kami nak makan sambil minum hot coffee. |
|
Kami beli coklat sorang satu kat sini. |
|
Akhirnya kami jumpa port boleh buka bekal kami. Cafe ni ada coffee dan ice cream. Pekerja cafe ni orang chinese Malaysia dari Penang. Nasi goreng kami ni berlaukkan telur rebus dari hotel..hehehe. |
|
Coklat ni saya mampu makan sikit jer...sebab manis. My sis habiskan. Dah kenyang, kami decide nak balik ke Lucerne. Bila check train terawal kami boleh naik...alamak sempat ke tak? Tak salah saya dalam setengah jam lagi kut. Kami perlu naik rotair kemudian cable car dan kemudian lagi adalah bus untuk sampai ke train station Engelberg. Kalau tak salah saya train dari Engelberg ke Lucerne every 1 hour. |
|
Pine tree di kaki gunung...yang ni view dari dalam cable car. |
|
Rasa masa berlalu dengan cepat bila berada kat sini. Tak sedar pun yang kami dah berada di sini around 10am hingga ke 2pm. Tak buat papepun...just tengok keindahan alam ciptaan Allah.
|
|
Gunung menghalang cahaya matahari...MasyaAllah!!!
|
|
Tasik agaknya tu.
|
|
Makin nak mendekati cable car station.
|
|
Berakhir sudah mountain exploration. Kami keluar dari building untuk tunggu bus ke train station. Dalam gambar ni adalah parking area. Baru tunggu 2-3 minit dah risau bus tak sampai-sampai....hahaha. Hampir nak ajak my sis jalan jer ke train station. Lagi 10 atau 15 minutes macam tu untuk kami kejar train ke Lucerne. Syukur dah nampak bus. Bus tu pusing town tu pulak. Alaaaa...kalau kami terlambat jenuh nak tunggu next train. Syukur akhirnya kami sempat. Ngam-ngam train nak jalan!!! Jom tengok photo sepanjang perjalanan ke Lucerne.
|
Sampai jer Lucerne, kami decide taknak balik bilik dulu. Dengan cuaca yang sangat cun, kami taknak lepaskan peluang explore Lucerne di waktu siang pula. Tak sangka sungguh, suasana di Lucerne tak jauh beza dari Salzburg. Nantikan next entry saya ye..kita sama-sama hayati keindahan Lucerne yang disimbahi cahaya matahari yang indah.
subhanaAllah indahnya ciptaan Tuhan. Cantik time winter ni tapi tak tahan sejuk.....walaupun banyak lemak...ahakss hehehe
ReplyDeleteHehehe....bukan setakat x tahan sejuk...sesak nafas pun ada.
DeleteYA Allah cantiknya pemandangan
ReplyDeleteBetul-betul...Allah Maha Bijaksana!!!
DeleteSubhanallah. Ohhhhhh cantik nya semua foto, sedapppp nya food.
ReplyDelete:-)
DeleteWah pemandangan sgt cantik...kami skrg di europe juga..mgg dpn akn ke iceland
ReplyDeleteWahhh merata-rata yer encik pergi...hehehe...happy holiday
Deletesis. kalau dah beli STP, every train kena book dulu ke or naik je ikut timetable yg kita nak?
ReplyDeleteTak payah book...saya pernah check kalau guna STP untuk glacier express..kena book dulu. Utk train sepanjang trip saya ni...tak payah book.
DeleteBerapa lama ambil masa dari bawah naik ke atas dan dari atas turun ke bawah. Maksud saya complete semua
ReplyDeleteHmm....rasanya to and fro dalam 1 hour. Jalan2 atas tu pulak kalau tak salah 1-2 hour
Delete