February 19, 2023

Winter in Switzerland (Lucerne) - Part 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Allah SWT beri peluang untuk saya and my sis explore negara baru..Switzerland. Beberapa Europe trip kami selalu skip Switzerland sebab kami berdua berimpian bila ada rezeki, kami nak concentrate negara itu sahaja. Last year kami confuse nak pilih Egypt atau Switzerland. Malangnya ketika tu ada news pasal monkey pox. So, kami memilih Egypt. Bila memilih Switzerland di waktu winter...kami berdua agree untuk accept suasana gloomy di sana. Sebabnya rasa tak sabar nak ke sana...hahaha. Untuk tahu gloomy atau tidak winter di Switzerland..silalah follow entry saya sampai habis...hehe.

Flight kami ke Switzerland adalah pada 18/1/2023...pukul 1am. Biarlah pukul berapapun flight...saya macam biasalah...makan apa saja yang disajikan....hahaha. Kali ni saya berpeluang naik Emirate. Ada dua deck flight ni. Upper deck untuk business class...dan lower deck economy class. Kagumlah saya bila tahu pasal 2 deck tu. Plane sebesar tu mampu terbang di udara...Kehebatan Allah SWT menganugerahkan manusia kecerdikan akal fikiran. Semua nampak baru. Space antara seat pun luas..boleh lah nak duduk silang kaki...hahaha.

Kali ni saya bawa sarung cushion sediri...haha. Masukan cushion kecik emirate dalam ni...baru selesa nak peluk....lemmbuiit.

Kami transit di Dubai selama 3 jam. Bagus lah waktu flight pukul 1am tu...sempat nak solat subuh di Dubai. Time dalam surau kami sempat bertegur sapa dengan beberapa akak yang nak attend convocation anak-anak di Cairo.

Suasana Dubai Airport. Dalam fligt kami naik tu ada group umrah pun. Maybe transit di sini.

2nd flight pun double deck...entah kenapa saya terasa impress betul naik double deck aircraft ni...hahaha. Semoga satu hari nanti saya berpeluang duduk di upper deck..aminnn...hihihi. Time ni my sis lena dibuai mimpi. Saya pula sibuk layan view Dubai. Sayup-sayup kelihatan Burj Khalifa.


Lunch kami sebelum touch down ke bumi Switzerland. Cukup menyelerakan. Roti tu dua-dua saya ngap..hehe.

Masyaallah..puji-pujian hanya untukMu Ya Allah
Kelihatan sudah bumi Switzerland.

Syukur Alhamdulillah..setelah macam-macam style tidur dalam flight akhirnya  kami bakal nak touch down. Excited bila tengok bumbung bangunan dan rumah memutih covered with snow. Ketibaan kami di sambut dengan light snow.

Agak jauh berjalan nak menghala ke immigration. Time kami Q untuk melepasi immigration, kelihatan para pegawai seolah-olah new staff yang sedang di trained oleh senior. Ada 4-5 counter. Saya ni jenis memerhati orang...so saya menyaksikan incident yang menyedihkan. Seorang pakcik dari India dilayan dengan amat kasar sekali oleh pegawai senior immigration. Kalau saya di tempat pakcik tu..maybe saya berasa ngeri dan taknak travel lagi...hahahaha.

Bila dah collect luggage, kami berjalan menghala ke train station. My sis dah beli Swiss Tavel Pass (STP) dari Klook. STP ni hanya untuk tourist. STP ni available untuk 3, 4, 6, 8 & 15 days. Kami pulak akan berada di Switzerland selama 10 hari. So, which STP sesuai untuk kami? Discuss punya discuss, kami memilih 8 days STP yang berharga lebih kurang RM1,810/per pax. STP kami bermula pada 2nd day kami di Switzerland. So that day kami terpaksa membeli train tix untuk ke 1st destination, iaitu Lucerne atau Luzern.

Dari airport ke Lucerne kami spent CHF30/pax untuk train tix. Jangan risau, mudah jer process nak beli tix dari machine. Signboard pun jelas untuk ke train station. Urusan sayapun mudah betul sebab my sis yang urus semua dari beli train tix hinggalah nak tunggu ke platform mana satu...just melenggang tarik luggage....hahahha.

Suasana di dalam airport untuk menghala ke train platform.

Train kami naik tu direct ke Lucerne. Train ke Lucerne agak kerap, tapi kena make sure yang direct. kalau tukar-tukar...agak menyusahkan lah. Train tu just stop di Zurich HB (main station di Zurich) dan kemudian terus ke Lucerne.

Coach kami tak banyak seat. Ruang nak letak luggage pun takde. Nasib baik orang tak ramai. So, bolehlah letak luggage di depan seat.

My first impression tentang Switzerland time layan view sepanjang perjalanan...hmmm Switzerland ni tak jauh beza suasananya dengan Germany dan Austria. Design rumah-rumah pun tak jauh beza dari Austria. Feel di Switzerland belum sampai time tu...hahaha. Makin mendekati Lucerne makin jelas kelihatan snow yang lebat sebab train tu makin slow. Indah betul bila snowing.

Nice to see you again....winter.
Tak sempat nak hayati rupa bentuk Lucerne HB, kami terus bergerak ke hotel. Distance ke Hotel Central Lucerne dalam 2-3 minit berjalan. Tak dapat nak menahan diri stop depan sebuah hotel mewah untuk snap area tu. Lawa betul lah. Tak sabar nak explore Lucerne. Disebabkan winter, pukul 5pm dah gelap. Time kami sampai hotel dah nak dekat pukul 4pm.

Layanan staff Hotel Central Lucerne tip top betul. Dia siap highlight dia sediakan kami bilik yang the best. Sampai jer bilik...fuhhh....keluar lift selangkah terus sampai depan pintu bilik. Betul-betul sebelah lift. Masuk pulak bilik...wahhh...helokkk. Sebelum buat apa-apa, saya terus masak nasi dulu. Agak lapar time tu.

Sebelum kami masuk bilik, staff hotel bawa kami ke sini. Kami akan breakfast di sini sepanjang stay di hotel ni . Dan yang paling best, kami boleh minum coffee anytime. Ada coffee machine di hujung sana. Happy giler lah saya. Save duit coffee....hahaha. Dan yang bestnya jugak...kami boleh bawa outside food untuk makan kat sini.
View dari bilik.
Luas bilik ni.
Ada meja..senanglah nak masak-masak...hehe.
Agaknya ni rupa Lucerne zaman dulu-dulu.
Toilet pun bersih.

Walaupun hari dah gelap, kami decide nak keluar jalan-jalan sekitar Lucerne. Energy pun dah ada selepas sepinggan nasi dan secawan coffee...hahaha. Kami ada info pasal light festival sekitar Lucerne. Lighting takde lah gah..biasa-biasa jer. Indah betul Lucerne waktu malam ditambah dengan snow yang turun halus-halus. Kami just jalan menghala ke Lucerne HB. Ada bridge dekat situ. Kami cross untuk ke seberang..ada Old Town.

Lalu di depan sebuah cafe...aduhaiii tak menahan tengok roti. Saya sabarkan diri dengan harapan breakfast esok pasti ada roti.


Jalan punya jalan...ehh...kenapa macam ada feeling macam dekat Salzburg, Austria? Takpe takpe..tunggu siang pulak...adakah perasaan itu sama?
Kami sampai di Old Town selepas cross satu bridge. Walaupun time ni belum pukul 7pm, keadaan town ni sangat lengang. Tak lama kami di Old Town, just nikmati keindahan snowing.
See?? Crystal snow!!!
Just strolling sekitar Old Town street. Feeling nak explore tempat ni belum rasa sepenuhnya. Maklumlah badan tired time ni.
Wahhh...lawa betul part ni.
I love this view so much. Terasa seperti berada di zaman lain.
Comel stall ni.
Kami decide ke seberang dengan melalui Chapel Bridge. Hebat lah bridge ni sebab diperbuat daripada kayu.
Snow yang halus-halus tu terlekat di atas bermukaan bridge.
Ternampak building bercahaya di atas bukit. Cahaya lampu building tersebut bertukar-tukar warnanya. Cantik.
Church berdekatan pun unik sekali lighting show. Warnanya dan corak bertukar jugak.

Berakhir sudah 1st day kami di Lucerne. Tak sabar untuk activity kami keesokan hari. Jangan lupa follow kisah seterusnya di bumi Switzerland..

Bai..


12 comments:

  1. Memang kelam. Melancong waktu musim sejuk memang tidak tahan sejuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis follow sampai habis ye kisah saya di Switzerland...hehehe

      Delete
  2. Allahuakbar....indahnya lucerne waktu malam. Akak pernah dapat naik kapalterbang 2 tingkat semasa buat umrah tahun 2017. Masa pergi dok kat tingkat bawah tapi bila tenguk tangga naik ke atas...cakap dengan kakak wah....bestnya kalau dapat duk kat atas...sekali baliknya Alhamdulillah Allah makbulkan kata-kata akak dapat merasa duk tingkat atas tapi kelas ekonomi le. Tapi masa tu tengah demam selepas penat buat ibadah umrah. Syukur. Lepas tu staf MAS bagi macam-macam sebab nak clearkan barang.

    ReplyDelete
  3. Terasa sejuknya menikam ke tulang tapi indah suasananya

    ReplyDelete
  4. bestnya ..confirm ciku follow baca entry seterusnya..nak terjah ke bumi swiss..ntahla bila.hhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ciku ni...berangan jer dulu...Insyaallah akan ada rezeki nanti2..follow ye jgn x follow...hehehe

      Delete
  5. Sy sdg merayap europe jg skrg..tp x reti ambik gbr syantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...bestnya...tulis blog banyak2 ye..nanti saya gi baca. sayapun tak pandai ambil gambar....hentam2 jer...hahaha

      Delete
  6. baru nk riki2 hotel yg sis stay tu, alamak mahal jugak ye. hotel monopol yg sis kata mewah tu murah la plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah namanya rezeki dik...setiap orang lain-lain rezekinya.

      Delete