September 27, 2022

Summer in Egypt - Part 3

Assalamualaikum..

Entry ini adalah sambungan dari hari ke-2 di Egypt.

Next attraction place yang kami terjah adalah Citadel of Cairo or Citadel of Saladin. Saya nak cerita sejarah citadel ni takut saya pulak tertidur. Saper pulak nak menaip entry ni kan...hahaha. Sebenarnya purpose kami visit Egypt ni bukannya nak ikuti sejarah negara tu yang complicated itu. Purpose kami adalah untuk melihat negara orang, try local food, talk to local people dan try perhatikan cara hidup orang di negara itu dan create a good memory

Sampai jer depan citadel tu, driver tinggalkan kami jauh dari entrance yang mana di situlah tempat paling dekat dia boleh drop kami. Kamipun berjalan lah ke arah gate citadel tu. Ada beberapa orang tentera berkawal area tu. Seorang driver cab approach kami. Dia offer nak bawa kami ke dalam dengan harga 20 USD = 400 EGP. Menurut cab driver tu, citadel tu luas dan kami pasti tak mampu berjalan. Disamping jadi driver kami, dia juga akan berperanan sebagai tour guide. Discuss punya discuss akhirnya kami setuju. Keadaan panas yang mencecah 48 deg membuatkan kami berdua rela keluarkan duit. 

Dari sini kena berjalan nuu haa round tower area tu. Kami jumpa pakcik cab tu selepas melewati gate depan tu sini.

Tinggi melangit pokok-pokok ni.

Apa yang pakcik cab cerita, tak semua boleh ingat..hahaha. Kami lebih teruja tengok architecture di citadel tu. Dengan adanya pakcik cab tu, ternyata mudah betul nak explore dalam citadel tu. Luas betul. Itu adalah kali kedua kami naik cab ketika di Egypt. Dua-dua cab tersebut tak sempurna keadaannya. Takde aircon, keadaan kereta yang daif, seat yang lusuh, etc. 

Ketika ni matahari tegak di atas kepala. Bahangnya jangan cakap lah. Pakcik cab janji pick-up kami selepas kami beli ticket dan selepas kami settle melalui ticket checking. Stepnya sama seperti gi Giza Pyramid cumanya cab pakcik tu tak dikenakan apa-apa bayaran.

Jom kita tengok ada apa dalam ni
Citadel ni dibina beratus tahun dulu..nampak utuh berdiri.

Tempat 1st kami singgah. Masjid ni ditutup sebab renovation kalau tak salah. Pakcik cab cerita-cerita lah pasal masjid ni...hmm...masuk telinga kanan keluar telinga kiri...hahaha.

Citadel ni luas betul. Pelbagai jenis era pemerintahan ada kat sini dan semuanya kisahnya adalah complicated untuk dipahamkan..sayalah yang tak paham...orang lain maybe paham...hahaha. Pakcik cab cerita mengenai perang perebutan area Sinai. Pada mulanya Israel berjaya rampas Sinai dari Egypt dan kemudian Egypt fight dan akhirnya dapat balik Sinai. 
Kami berjalan ke atas dataran lapang ni. Excited tengok view depan tu.
The view is wow...building color sama jer. 

Zoom sikit Madrasa of Sultan Hassan. Ada renovation depan tu.
The other side of view. Padat betul building area ni.
Tempat last kami singgah. Area ni dah dekat dengan entrance/exit. Mosque of Muhammad Ali ni bercirikan Blue Mosque di Istambul. 

Nampak usang tapi masih teguh berdiri.

Masuk jer dalam....Subhanallah...sama dengan interior Blue Mosque. Yang berbeza adalah lantai. Tiada carpet lembut tebal dilantai seperti Blue Mosque dan tiada seorang pun nampak solat di sini. Saya begitu terpegun dengan architecture masjid ni. Dikatakan structure dibina dari limestone yang mana sama jenis digunakan untuk bina pyramid dan kemudiannya final touch dengan menggunakan alabaster. Nanti sampai enty Luxor saya akan tunjuk apa itu batu jenis alabaster.

Domes from inside...crazy architecture. Its so beautiful. 

Hasil pembinaan yang sangat details dan elok semuanya. See the small windows?? Lawa sangat color dia. Percaya atau tidak dalam masjid ni tiada aircond atau kipas tapi sejuk jer. 

Pintu ni boleh keluar ke arah dataran yang nampak view of Cairo tadi.

Courtyard ni pun sama macam Blue Mosque. 

Pakcik cab sabar tunggu kami di pintu masjid. Setelah pusing-pusing di seluruh citadel ni, saya rasa attraction paling best di sini adalah Mosque of Muhammad Ali dan dataran untuk tengok view of Cairo tu. Dua-dua tempat ni adalah sangat berdekatan. 

Berakhir sudah exploration kami di citadel itu. Pakcik cab hantar kami hingga ke main road. Kami tunggu driver kami di tempat yang sama dia drop kami. Ada la dalam 10 minit kami tunggu. Panas dan berhabuk keadaan sekitar. Kenderaan di jalan raya pun cukup buzy. Saya perhatikan di Cairo, traffic sangat sesak. Di Giza pula, area hotel kami stay tu traffic agak lengang. Tapi di area yang banyak hotel di Giza tu, traffic super sesak. Boleh dikatakan hotel kami stay tu aman tenteram, cuma bau kat luar jer agak tidak mententeramkan....hahaha. 

Driver pick up kami dan bergerak ke menuju ke museum. Amboii bukan main lagi nak pergi museum hahaha. Time nilah kami ber argue dengan si Sharif ni. Dia degil nak bawa kami ke Egyptian Civilization Museum dan kami nak pergi ke Egyptian museum. Agak bengang lah sebab dia nak kami ikut mana dia nak bawa. Perjanjian asal dia yang kena ikut mana kami nak pergi. Last-last kami decide tak nak ke mana-mana museum dan pilih untuk ke Khan El-khalili. Bengang kali kedua, sebenarnya dia tak plan pun nak bawa kami ke sana. Eh..my sis bertegas akhirnya dia akur. Barulah tahu kenapa dia tak nak bawa kami ke Egyptian museum mahupun Khan El-Khalili, area tu amat dasyat sesaknya.

See...jammed.

Rasanya ni high class condo.

Tak sure ni jenis apartment atau office.

Architecture ni macam ada sikit-sikit pengaruh Europe.

Si Sharif stop di tepi jalan dan tolong kami cross jalan yang busy. Kami mula explore Khan Ek-Khalili. Tempat tu merupakan bazaar besar jual souvenior, pakaian dan macam-macam lagi. Terdapat sebuah masjid yang bernama El-Hussein Mosque. Arwah Hussein ni adalah cicit Rasulullah SAW. Terdapat makam arwah di dalam masjid ni. Tengok orang ramai pakat masuk dalam masjid tu, kamipun tak ketinggalan lah nak masuk. Time masuk tu lah baru tau ada makam Hussein.

Jadi tempat burung relax tempat ni

Makam tersebut amatlah cantik pembuatannya. Ramai merintih-rintih dekat makam tu. Dikatakan arwah ni mati syahid. Dah sedekah al-fatihah, kami tinggalkan makam arwah Hussein. Terdapat payung seperti payung di Masjid Nabawi, Madinah di sini. Ada tiga sahaja. Kami mula explore Khan El-Khalili tu. Hati-hati memijak, dimana-mana saja ada kesan ludah dan kotor. Peminta sedekah pun tak sure mana satu. Nampak macam bukan peminta sedekah tapi adalah peminta sedekah...ehh...paham tak?? Hahaha. Setiap kami peminta sedekah approach, my sis cengkam tangan saya kuat. Sama ada dia panic atau panic saya diapa-apakan..hahaha. Nanti saya tanya dia..hahaha.

Cantik betul makam ni.

Inilah satu-satunya makam yang pernah saya visit. Nak tengok dekat pun tak boleh.

Street food.

Roti arab kembung


Most of kedai jual benda yang sama. So colourful.

Semua kedai menjual souvenir di sini sama jer. Setiap barang jualan adalah sama. Saya tak nak pening-pening, masuk satu kedai terus beli. Agak rimas orang asyik panggil masuk kedai dorang. Tujuan kami ke situ nak beli souvenir dan juga lunch. Susah betul nak jumpa restaurant yang sesuai. Mostly restaurant tak berapa nak bersih dan kucing sana-sini. Akhirnya kami berjaya jumpa restaurant mengikut piawaian kami. Restaurant ni berada di rooftop sebuah hotel. Waiter resaurant tu iring kami sampai ke rooftop. Hanya kami berdua customer di situ. 

Lama juga tunggu makanan siap. Masa yang ada kami guna untuk lepaskan lelah. Yelah, berpanas di pyramid dan citadel..badan rasa melekit. Saya berdoa agar my sis decide balik ke bilik selepas kami makan..hahaha. Jom tengok view dari roof top.

Kalau tak salah saya, restaurant ni terletak di rooftop hotel El Hussein.

View from roof top. Payung di perkarangan masjid sama seperti di Masjid Nabawi.

The other side of view. Boleh nampak Al-Azhar Mosque dari sini. Lawa sungguh.

Kami order mixed grilled, nasi sumbat dalam sejenis terung tapi bukan terung..hahaha. Dan juga salad. Sepanjang di Egypt, kami tak pernah jumpa nasi dari beras panjang mahu pun dari beras biasa. Ketot-keto je nasinya....hahaha. Nak kata beras jepun...tak melekit pun. 
Yang sebelah kiri tu adalah lemak yang membalut daging dalamnya. Sedapppp....control tak makan banyak takut high colestrol...hahaha.
Takde pereasaan makan makanan ni...hahaha. 

Dah kenyang, kami turun sendiri. Lain macam lift hotel tu...hahaha. Dah la kecik, pintu nak kena bukak dan tutup sendiri. Macam daif jer.

Kami berjalan menuju ke tempat yang dah janji dengan Sharif. Ada la dalam 10 minit menunggu. Sesak betul jalan area tu. 

Menurut Sharif, main road yang menghubungkan antara Cairo dan Giza dulunya sangat lah jammed. Kemudian jalan baru dibina. Tak salah saya satu hala dalam 5 atau 6 lanes. Time kami menghala ke hotel tu jalan agak sesak. Dah ada lane punya banyak gitu pun masih sesak dan hon sana-sini. Rata-rata yang drive semuanya tak bertenang...hahaha. Macam negara kita ni pemandu akan hon pun bersebab jer. Macam di Egypt ni hon tak tau sebab apa...hahahaha. 

Cerita pasal enlargement main road tu, asalnya tanah tu ada banyak perumahan jenis apartment. Goverment ada bayar pampasan. Ada apartment hanya separuh di runtuhkan dan separuh lagi dibiarkan...macam pelik lah. Nampak kesan kena hack tanpa di touch up elok-elok. Menurut Sharif, yang masih stay kat situ adalah orang yang tak nak pindah dan tak nak terima offer government. Kesian lah tengok rumah dorang, macam tak sempurna. 

Ketika melalui satu fly over, saya ternampak sebuah pasar yang cukup besar. 100 kali ganda besarnya dari pasar malam kat Malaysia. Tak sempat nak snap sebab dok excited. Sharif tak recommed kami pergi pasar tu..tak sesuai untuk orang luar macam kami kecuali ada local people teman, maybe ok. 

Satu area tu, Sharif tunjuk pula penempatan orang yahudi. Dia cakap orang yahudi di Cairo around 500 orang jer. Tak kisah apa jenis agama rakyat di situ, kelebihan diberi sama rata katanya. 

Sampai jer kat hotel, tengok jam 5pm. Eh...ngam-ngam pukul 5pm seperti yang yang dijanjikan dengan staff hotel. Ketika melalui reception, kami tanya sama ada bilik kami dah dicuci betul-betul atau belum. Dia beri kami kunci bilik baru, dia cakap, kalau masih tak ok, kami boleh pindah bilik baru. Wahhh so good. 

Kemudian my sis discuss pula pasal activity untuk esok. Kami decide nak pergi Alexandria esok. Lepas dah agree harga semua, kami bergerak ke roof top dulu sebab saya nak ice latte. Pekerja di restaurant dah bertukar orang lain. 

ice latte siap. Kami bergerak ke bilik sambil saya pegang gelas ice latte saya. Sedut sikit. Ehh..apa hal rasa ice blended ni. Bila masa saya order ice blended latte. Kami masuk bilik dan tengok keadaan masih sama. Terus kam angkut barang-barang ke bilik baru. Bilik itu terletak di bahagian atas bilik lama. Keadaannya lebih bagus. Lagi sekali nak kena bunuh lalat..hahaha.

That day saya berkesempatan layan sunset. Indah betul suasana senja di area tu. Riang ria betul burung-burung berterbangan. Terdengar pula azan maghrib bersahut-sahutan. Sebentuk awan pun tak kelihatan. Just pagi tu jer nampak sikit awan. Tak sabar nak tunggu esok. 


Aman tenteram betul suasana kat sini. Sambil dengar kicauan burung..angin sepoi-sepoi bahasa. Bau berkurang sikit..maybe kedudukan bilik kami tinggi dari bilik sebelum ni. Sebelum ni kami stay di 1st floor. Kemudian berpindah ke 2nd floor.

I love this view so much. Ada sebatang pokok kurma di hotel ni. Dekat jer dengan balcony. Syok tengok pokok tu tiup angin. Burung-burung pun kerap betenggek di pokok tu.

Akhirnya matahari hilang dari pandangan. Yang tinggal hanya lah cahaya oren yang mengasyikan.


Kerajaan di zaman apa pulak bakal kami tengok esok?? Nantikan lah next entry untuk kisah sejarah yang tanpa dijelaskan oleh saya...hahaha.

2 comments: