Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita untuk perkongsian kisah saya and my sis di Egypt. Our day two in Egypt adalah pada 27.8.2022. Subuh di Egypt adalah pada pukul 4am lebih ye. Tak sabar betul nak breakfast pagi tu. Sebelum 7.30am kami dah ada kat roof top. Sebelum breakfast, kami layan dulu view atas roof top tu. Jom tengok photo.
|
Pantulan cahaya sunrise di permukaan pyramid.
|
|
Time ni lah saya baru perasan ada kandang kuda. Ini di bahagian belakang hotel. Bahagian depanpun ada kandang kuda.
|
|
Disebelah kanan pulak terdapat kebun mango kalau tak salah saya. Time ni belum rasa panas terik matahari. Sejuk pun tak rasa. Saya suka view area hotel ni, nampak macam aman tenteram. Terus lupa pasal bau busuk tu. Lalat pun lebih kurang banyak area ni.
|
|
Hotel ni namanya Nine Pyramids View Hotel. Dikatakan boleh tengok kesemua 9 pyramids. Kalau saya kira boleh nampak dalam 5 pyramids jer.
|
|
Breakfast kat sini tak banyak pilihan. Hari-hari menu yang sama...hahaha. Staff hotel ni semua nampak polite. Saya perhatikan, staff di waktu pagi dan petang adalah berlainan. Hal tu saya cerita kemudian ye. Sambung pasal breakfast. Kesemua makanan terhidang ditutup kecuali buah. Setiap kali nak ambil, staff hotel ni akan tolong bukakan. Time ni takde guest lain, kami jer..hahaha.
|
|
Kalau ada black pepper sauce maybe sedap sikit nak makan mashed potato ni.
|
|
My sis suka mixed veggie grilled tu dan saya pula suka sausage ni. Tiga hari breakfast kat sini, benda yang sama saya makan..hahaha.
|
|
Omelette ni membantu untuk saya berselera sikit. Boleh pilih nak filing apa. Saya nak senang, terus suruh letak semua...hahaha.
|
|
Asyik tengok dekat youtube roti ni. Tak sabar betul nak rasa. Malangnya roti ni keras. Tak sedappun.
|
|
Pelbagai roti dan cheese.
|
|
Rezeki my sis dapat makan fig yang dia suka sangat.
|
|
Kami memilih makan di dalam restaurant. Walaupun di bahagian dalam, still boleh nampak view.
|
Lepas breakfast, kami bersiap lah untuk tengok pyramid dari dekat. Kami decide nak tanya staff hotel berapa cost untuk 1 day private driver. Kalau harga ok, kami nak on jer. Bermulalah sesi my sis nego dengan hotel staff. 1000 EGP dipersetujui dengan syarat menggunakan outsider driver dan bukannya hotel driver. Maksudnya, apa-apa yang tak diingini berlaku, hotel tu tak nak bertanggungjawab. Kebetulan owner hotel tu lalu area tu dan tanya staff dia apa hal dan dia explain lah. Syukur Alhamdulillah owner tu arahkan staff dia tu untuk call hotel driver. Tak sampai 5 minit hotel driver pun sampai.
Sharif
adalah private driver kami untuk that day. Saya agak dalam half and
hour jugak dia drive untuk sampai ke entrance Pyramids of Giza tu. Nampak macam dekat jer.
Sebelum sampai, dia singgah belikan kami mineral water. Sharif ni cakap bila perlu sahaja dan tak bz body nak tanya hal personal kami berdua.
Walaupun time tu
adalah summer, manusia boleh tahan ramainya. Bila dah sampai entrance,
kami Q beli ticket. Barulah saya boleh sedar betapa nightmare nya jika
kami datang sendiri guna uber atau cab. Sebab apa? Lepas beli ticket dan
scan handbag semua, nak jalan ke arah pyramid agak jauh. Disebabkan
kami ada private driver, dia guide kami beli ticket untuk kami juga
untuk kereta. Kemudian dia akan pick-up kami setelah kami melepasi
ticket checking. Dan lagi satu, saya ingat unta ada berdekatan pyramid,
rupa-rupanya nuuu haa belakang pyramids dan agak jauh kedudukannya.
|
Kalau ke Giza, tak sah tak nampak kuda, unta dan keldai. Dan tak sah juga untuk hadap dengan habuk, bau busuk dan lalat..hahaha.
|
|
Tempat ni macam main station untuk transport jenis van berwarna putih. Banyak giler van putih tu kat sini.
|
|
Bila dah hampir dengan tempat yang bakal kami tuju tu, Sharif explain apa yang patut kami buat.
|
|
Dari ticket counter boleh nampak view city.
|
|
Inilah
rupa ticket untuk masuk ke Pyramids of Giza. Ticket untuk kereta just 10
EGP. Sharif ambil ticket untuk kereta dan berjanji akan tunggu kami di
dalam.
|
|
Finally sampailah saya di tempat yang mana salah satu dari 7 keajaiban dunia. Untuk tahu nama setiap pyramids di Giza ni, boleh google ye.
|
|
Hat my sis tu terbaik betul. Boleh cover kepala dengan elok. Cap saya tu langsung tak sesuai.
|
|
Rasanya di permukaan pyramid ni asalnya seperti di bahagian puncak pyramid ni. Maybe sebab factor masa dan cuaca, permukaan tu dah terhakis. Beribu-ribu tahun ni usia pyramids kat sini.
|
|
Kami request dekat Sharif nak pegi dekat dengan pyramid. Dia suruh kami naik kereta. Nampak macam dekat, sebenarnya jauh katanya.
|
|
Nampak macam lubang sikit tu kat pyramid? Itulah entrance. Jenuh jugak tu nak panjat naik ke situ. Saya just posing jer depan ni..hahaha.
|
|
Saya mendekati pyramid ni. Pegang-pegang sikit bongkah batu...lagak macam pakar geology...hahaha. Dari pandangan mata saya, saya tak nampak cement motar dicelah antara bongkah batu ni. Menakjubkan. Utuh pyramid ni berdiri. Kuasa dari Allah SWT yang menganugerahkan kepada manusia untuk berfikir.
|
|
See the shape...ngam betul linenya. See the stone...besar sungguh..hampir setinggi manusia.
|
|
Nak naik carriage macam ni pun boleh.
|
Sharif bukan saja berperanan sebagai driver kami, dia juga bersama-sama kami time explore tempat tu. Dia tolong snapkan photo kami berdua. Lepas dah puas bergambar, dia bawa kami ke area camel ride. My sis paling excited nak try camel ride tu. Saya pulak, bila tengok ketinggian camel tu, terus cuak. Macam-macam saya fikir. Bila request nak naik dua orang, tak boleh. Takut patah kaki camel tu kut...hahaha. Kalau tak nak naik, nanti my sis tinggalkan saya kat situ, lagi takut.
|
Kena hati-hati nak berjalan kat sini. Takut terpijak tahi camel.
|
|
Kamu ni tak pernah mandi eh??
|
Last-last saya beranikan diri. Camel tu akan duduk time kita naik panjat dia. Walaupun dia tengah duduk, masih tinggi keadaannya. Ada satu pocket di badan camel tu yang kita boleh jadikan sebagai support nak panjat camel tu. Terhegeh-hegeh saya panjat akhirnya berjaya berada di atas camel tu. Camel tu masih dalam position duduk. Perasaan saya time tu adalah takut dan geli. Macam-macam saya imagine fabric yang saya duduk tu..sebab tu geli..hahaha. Takut pulak, saya imagine camel tu bangun dan bawa saya lari ke desert..lepas tu saya mati kehausan...hahaha.
My sis masih nego harga saya dah duduk atas camel tu....hahaha. Dan...ketika camel tu nak bangun. Dia akan naik kaki depan separas lutut dia diikuti belakang. Dan kemudian kaki depan straight dan kaki belakang straight. Boleh imagine?? Ketika ni saya jerit bergema sekian alam. Tak pernah imagine keadaan sengeri itu. Camel saya ride tu memang sungguh tinggi. Terus rasa tak nak teruskan ride.
My sis dah nak suruh tokey camel tu turunkan saya. Lagi sekali saya try lawan ketakutan. Saya cakap kat my sis, takpe saya nak teruskan. Camel guide tambatkan dua-dua camel kami bersama camel dia. Camel tu berjalan slow jer. Sepanjang di berjalan tu, tak rasa relax langsung. Dua-dua belah paha dah rasa cramp...hahaha. My sis relax sungguh..hahaha. Ohhh ye...kami dikenakan harga sebanyak 700 EGP.
|
Kami di bawa ke area ni. Terketar-ketar keluarkan hp nak snap view ni. Saya imagine camel ni akan bawa saya sampai dekat dengan pyramid, salah rupanya. Just jalan-jalan area ni then patah balik. Tapi takpe lah, lagi cepat siap lagi bagus...hahahha.
|
|
Camel guide kami. Baru halfway dan minta tips. My sis cakap later i give you. Rata-rata lelaki kami jumpa di Egypt ni, semuanya gigi berkarat...hahaha. Maybe suka smoking dan kerap minum coffee.
|
|
So far camel saya ni naik behave. Dia jalan pun slow jer. Walaupun dia slow, saya masih tak boleh nak buang perasaan cemas tu. Nasib baik hasil photo ni boleh tahan...hahaha.
|
|
Sentiasa pegang handle kat depan tu..hahaha.
|
Ngeri kedua bakal berlaku. Saya cakap kat my sis saya takut sangat time tu bila fikir camel tu nak duduk untuk saya turun. Saya siap minta tokey camel tu biarkan camel tu duduk slow-slow....hahaha. Tak tahu lah macam mana rupa saya time tu. Panic habis. Semua orang kat bawah dok pujuk..hahaha. Saya terfikir nak terjun, tapi agak tinggi..nanti patah kaki pulak...hahaha Akhirnya process duduk camel tu berlaku. Memang tak boleh tak jerit...kena jugak jerit...hahaha. Hasil camel ride tu, paha saya sakit satu hari. Silap urat rasanya....hahaha. Nak naik tangga paling hazab. My sis cakap sepanjang camel ride tu muka saya cuak saja...hahaha. Dah turun tu, dia pegang tangan saya yang ngeletar. Tak sangka betul saya penakut sebegitu rupa. Faktor umur agaknya....hahahaha.
Syok-syok pegi tengok pyramid bagai, tau ke pyramid tu apa?? Hahaha. Saya pun confuse dengan info-info yang saya baca. Ada ustaz ni cakap sebelum zaman firaun dah dibina pyramid tu bertujuan nak simpan segala macam perkara penting seperti ilmu math, geometry and etc bagi persediaan menghadapi banjir besar yang bakal berlaku. Banjir besar yang dimaksudkan itu adalah banjir ketika zaman Nabi Noh AS.
Info lain pulak dibina ketika zaman firaun yang mana para petani dikerah membina pyramid tersebut. Ada info cakap bongkah batu diheret dengan menjurus air dipermukaan tanah untuk memudahkan pergerakan bongkah batu seberat bertan-tan tu. Ada info cakap menggunakan Nile River dimanakan bongkah batu diikat bersama perut binatang yang membolehkannya floating. Laluan air dari Nile River di korek hingga sampai ke area pyramid yang dibina. Bongkah batu tersebut dihanyutkan ke laluan tersebut. System laluan air connect hingga ke atas binaan. Boleh tengok youtube untuk lebih paham.
Ada info lain, bongkah batu tersebut diperbuat dari clay. Maksudnya pembentukan bongkah batu tu terus casting di tempat setiap kedudukan bongkah itu di tempatnya. Memang hebat pembinaan pyramid yang berusia beribu-ribu tahun ni. Menjadi tanda tanya semua orang. Banyak pihak yang membuat kajian.
Dikatakan pulak, pyramid ni merupakan tomb firaun. Selalunya firaun akan di kebumikan bersama harta karun yang mana dikatakan akan dinikmati oleh firaun tersebut di dunia selepas mati. Terlalu banyak info untuk saya ceritakan...hahaha.
|
Sharif bawa kami ke area Sphinx. Dekat sini macam boleh terus masuk jer. Tak perlu ticket. Ada banyak sovenir stall area ni. Pengunjung pun boleh tahan ramai. Ni time summer, kalau winter ntah ramai lagi kut. |
|
Kerusi ni saya agak untuk tengok light show di waktu malam. Malam pertama di hotel, saya ada selak curtain tengok light show tu...alahaiiii...malap jer lampunya...hahaha. Kejap hijau kejap putih kejap takde lampu. |
|
Kami tak pergi dekat pun. |
Dah puas berada di situ, kami mintak Sharif hantar kami ke hotel dulu. Lagipun untuk ke Cairo, kami akan melalui area hotel. Boleh puji lah location hotel ni. Nasib baik ada letak mineral water dalam fridge. Lega bila dapat minum air sejuk. Panas betul lah Egypt ni...hahaha. Kami bergerak ke tempat seterusnya. Kami dah tengok hasil tinggalan di zaman firaun, kemudian kami nak tengok pulak hasil tinggalan zaman pemerintahan islam di Egypt. Amboiii...dah macam pengkaji sejarah....hahaha.
Sampai di sini dulu lah ye. Nak sambung sampai habis activity kami that day macam panjang pulak jadinya. Jumpa di next enty..
Bai..
No comments:
Post a Comment