Assalamualaikum semua..
Masih ada lagi ke pembaca di blog saya ni? Hehehe. Ada kisah terbaru untuk saya share. Trip baru-baru ni berbeza sedikit dari trip2 yang sebelum2 ni. Apa yang bezanya?? Kali ni trip saya adalah ziarah atau umrah. Alhamdulillah me and my sis berkesempatan melaksanakan melaksanakan ibadah umrah bersama.
Kisah untuk saya melaksanakan ibadah umrah ni agak tragis. Semua orang mesti terkesan disebabkan pendemik kan? Sama juga kepada kami berdua. Sebenarnya kami berdua dah fully paid umrah cost kepada agent A ni. Dan kami bakal fly ke Madinah 13/3/2020. Dan malang sekali terpaksa postpone disebabkan MCO di Malaysia. Kami redha. Paling kasihan adalah saya, sebab itu merupakan umrah pertama saya. My sis dah berkesempatan melaksanakan umrah tahun 2019.
Masa berlalu ke tahun 2021.
Kerap jua kami contact agent A ni untuk minta refund. Yalah, duit tu kalau letak dalam ASB kan akan bertambah dengan jayanya. Kami risau jugak agent tu bankrupt ke apa kan.
Penghujung tahun 2021...pembukaan semula ibadah umrah. Agent tak contact pun. Masuklah dalam fb agency A ni. Dah buat promotion besar-besaran dalam fb dia. Saya buat-buat contact agency A tu seolah-olah saya ni customer baru. Saya whatapps tanya bila trip paling cepat. Terkejut bila dia ckp haritu pun dah ada 1 group baru fly. Apakah?? Saya terus explain saya saper dan kekecewaan saya. Dipendekkan cerita, agent tu inform dari payment kami tu, 60% dah burn. 60% tu adalah flight, visa dan insurance.
Selepas argue semua, agency owner still berkeras takkan bayar full amount. Akhirnya kami terpaksa redha dan terima 40% tu. My sis terus deal dengan agency lain. Kami dijangka fly bulan January 2022. Sekali lagi kami diuji. Kerajaan Malaysia stop penghantaran jemaah disebabkan omicron yang banyak dijangkiti oleh jemaah umrah.
Penutupan itu tak lama. Setelah dibuka semula, sekali lagi ujian. Slip dics my sis makin teruk. Semuanya gara-gara dia jogging sambil berlari. Keadaan my sis memang tak membenarkannya travel. Semua ujian ni langsung tak menghalang saya untuk giveup. My sis pernah cuti 3 bulan disebabkan slip disc 10 year ago. Dalam sebulan lepas tu my sis decide nak on. Dia macam ok sikit. Maybe jugak dia kesian kat saya yang tak senang duduk sebab tak sabar nak pegi.
22/3/2022...bermulalah perjalanan kami ke Tanah Haram. Preparation kami mudah jer...semua persiapan 90% dah tersedia since tahun 2020...hahaha. Oh ye...dalam beberapa hari nak berangkat tu, kami telah diberitahu yang kami akan ke Mekah dulu dan kemudiannya Madinah yang mana sebelum ni adalah sebaliknya. Kalau tak salah disebabkan issue hotel di Madinah. Apa-apapun saya bersyukurlah kalau ke Mekah dulu. Maklum lah orang perempuan...paham-paham jerlah ye. Flight kami that day adalah pada pukul 6.30pm. Pukul 1.30pm kami dah dikenakan berada di KLIA.
Sebab semua jemaah bag yang sama, so perlu letak ribbon untuk senang trace. |
Ketika driver Grab nak ambil luggage kami masuk kereta, dia bagi salam kat saya dan saya jawab. Sekali pandang...eh chinese lah. Bila masuk kereta saya perasan dia gantung Allah dan Muhammad di kereta. Rupa-rupanya dia muaalaf. Dia dah 20 tahun masuk islam. Sembang-sembanglah sekejap dengan dia.
Bila dah sampai KLIA, kami berkumpul di tempat yang dijanjikan. Group yang saya join ni ramai giler. 74 orang. Asalnya 25 orang jer satu group. Tak sangka seramai tu. Ini antara perkara yang kami agak frust mulanya....kemudian punya saya cerita kemudian yer...hehehe. Ketika ustaz ni nak bagi briefing dan boarding pass & passport, jenuh nak teka apa yang dia cakap. Ada speaker dan mic, tapi tak dengar. Saya dok imagine, nanti mutawif nak bagi tazkirah ke apa ke...boleh ke saya nak hayati?? Macam-macam lah yang saya imagine.
Kami minta izin mutawif untuk kami bergerak ke boarding gate. Dan dia benarkan. Tempat paling tak suka adalah flight. Bosan betul. Flight kami smooth jer. Flight selama 8 jam lebih tu melalui waktu malam sahaja. Kami tiba di Jeddah airport lebih kurang pukul 11pm waktu Saudi Arabia.
Jemaah umrah....hehe |
Senja nan indah di bumi Malaysia |
Bila nak ke immigration, fuhh...ramai giler. berebut-rebut nak naik train. Dah keluar train, satu group dengan mutawif sekali dok nganga tak nak jalan. Kami nak pandai-pandai kang orang cakap apa pulak kan. Sampai kena halau dengan staff airport Jeddah tu, baru lah nak bergerak. Dah settle immigration, kami pun nak collect luggage. Lepas ambil luggage, kat area yang sama mutawif tu nak asing jemaah dalam 2 group. 1 group satu bus. Agency kami join ni ada sorang mutawif dan 3 orang staff. Bila sampai Jeddah, 2 orang student Mesir akan assist dia jugak. Oh yee...walaupun duduk lama dalam flight, keadaan my sis agak ok...syukur.
Bila dalam bus, beberapa orang arab naik untuk edarkan simcard. 90 rial ye. Tak salah saya lebih dari dua jam dalam bus tu. Tired giler. Bus bergerak. Bila sampai Mekah, student Mesir ajak bertalbiah. Malangnya kejap jer. Tak menusuk dalam hati langsung. Dulu my sis citer, time talbiah..mostly jemaah menangis. Time tu....ala apa ni...nak moment macam my sis. Sebenarnya my sis tergerak jugak nak buat umrah DIY dengan saya. Tapi dia kesiankan saya kut tak berkesempatan seperti pengalaman dia. Nampaknya niat my sis tak kesampaian...hahahah.
King Abdul Aziz Jeddah Airport ni lawa giler, nanti last entry saya share banyak-banyak ye photo airport ni. |
Menunggu lagi kami lepas tu dekat lobby nak tunggu dapat kunci bilik. Tengok jam time tu nak dekat 5am. Fikir-fikir balik, jarak dari airport ke Mekah dalam sejam lebih jer. Bila dihitung-hitung, masa dah berlalu 6 jam sejak kami landing. Oh ye, hotel kami di dalam building Safwah Tower jer. Royal Dal Al Eiman nama hotelnya. Seperti di janji, luggage akan dihantar depan pintu bilik. Kami pun bergerak ke bilik lepas dapat kunci. Tunggu nyer tunggu takde pun luggage. Nasib baik ada telekung, boleh lah solat subuh. Subuh time kat sana adalah 5am.
Kami perlu mandi. Tak tahan menunggu, saya whatapps student Mesir. Laaaa...suruh ambil di level 8. Time kami gi ambil tu, banyak giler luggage lain. Dalam group whatapps takde inform apa-apapun. Agak terkilan dengan incident tu. Kami ada beberapa jam lagi nak menunaikan umrah. Tak mampu nak lelapkan mata time tu. Tak sabar. Masa yang ada saya pasangkan tali ampaian...nasib baik ada floor lamp yang agak heavy duty, boleh la nak ikat. Nanti pakaian ringan, boleh hang..hehe.
Lampu kiri dan kanan tulah saya hang ampaian hehheh |
Overall bilik kami memang selesa dan luas |
Seperti masa yang ditetapkan iaitu 8.30am kami dah berada di lobby. Semua jemaah berpakaian serba putih memenuhi lobby. Semua assistant mutawif mengedarkan receiver yang mana jemaah boleh dengar instruction mutawif time menunaikan ibadah umrah. Dah semua siap pasang earfon kat telinga, mic pulak hilang...laaaaaa. So terpaksa pulak return receiver tu. Time tulah mutawif tu divide 3 group jemaah. Kiranya 1 group dia akan guide, dan dua group lagi by student Mesir. So...bersedia nak bergerak ke Masjidil Haram.
Keluar jer dari building, SubhanaAllah...sejuk. Leka saya dengan sejuk yang menyenangkan tu. Talbiah kedengaran. Saya ikut sekali. Tapi kejap jer tak dengar dah...hahaha. Saya and my sis bertalbiah bersendirian. Perasaan bercampur baur time tu. Saya sampai dataran Masjidilharam yang my sis pernah cerita tu. Bersih...tiles putih dan bersih. Tak jauh pun untuk masuk ke Masjidil Haram. Saya kira-kira dalam 2-3 minit berjalan saja.
Saat jejak kaki di Masjidil Haram, debaran makin terasa. Ketika turun escalator, Kaabah kiblatku dah kelihatan dengan di halang sedikit oleh tiang-tiang. Saat itu tanpa disangka air mata berjujuran. My sis kuat gengam tangan saya. Mutawif entah ke mana. Bila Kaabah dah di depan mata. Makin berjujuran air mata. Building empat segi di cover dengan kain hitam tu cukup indah. Syukur sangat time tu sebab Allah hadirkan my sis dalam hidup saya. Dialah yang guide saya satu persatu. Seperti mana dia guide saya dalam hidup saya sebelum-sebelum ini...macam tu juga dia guide saya melaksana ibadah umrah. Saya masih ingat time kursus para jemaah takde diajar amali umrah. Semuanya diberitahu akan cerita time dah sampai. Saya berharap jemaah lain dapat laksanakan ibadah umrah dengan sempurna.
Bermulalah ibadah tawaf saya..my sis langsung tak lepaskan tangan saya. Dari niat, zikir berlainan untuk setiap pusingan, apa yang perlu disebut ketika melalui Rukun Yamani serta Hajarul Aswad semuanya saya mengikut my sis. Bacaan semuanya dia baca kuat-kuat untuk bertujuan saya dapat mendengar dan mengikut sekali.
Setelah selesai tawaf, my sis cari port terbaik untuk kami tunaikan solat sunat. Berkali-kali saya sedarkan diri saya yang saya bukannya bermimpi dapat ke sini. Lama kami duduk berdoa di tempat kami solat. Saya memandang Kaabah di depan saya. Kelambu hitam yang menyelimuti Kaabah berwarna hitam pekat. Saya yakin kainnya jenis baldu. Seluruh permukaan kain itu ditekap dengan ayat-ayat Al-Quran. Di bahagian keliling pula terdapat ayat A-Quran yang di sulam dengan benang emas. Timbulnya benang emas itu sampai membuatkan burung kecil boleh hinggap..Subhanaallah. Dari jauh kain itu seperti tiada sambungan benang. Sehinggalah ketika saya tawaf wida (last day) baru saya nampak kesan cantuman kain. Kemas betul pembuatan kelambu Kaabah. Keunikkan ini susah nak dirasai jika kita hanya melihat dari gambar atau video. Mesti tengok dengan mata sendiri. Berkali-kali my sis pesan, jangan snap photo atau video ketika melakukan ibadah tawaf. Saya ingat pesanan tu. Ketika habis berdoa baru dia benarnya saya snap dan bergambar.
Saya
pandang pula ke atas..terbayang-bayang masjid di mana terletaknya
Baitul Makmul. Dikatakan para malaikat tawaf di situ. Baitul Makmur
terletak di langit ketujuh. Rasulullah SAW pernah menyaksikan tempat ini
ketika berlakunya israj mikraj. Menurut Baginda SAW, terdapat 70,000
malaikat bertawaf dalam satu masa. Bila dah siap, para malaikat itu
takkan kembali lagi. Kemudiannya diganti dengan 70,000 lagi malaikat
untuk bertawaf dan seterusnya.
Saya
pernah menyaksikan pelbagai building hebat di negara-negara yang saya
dah jejak. Tapi Kaabah paling hebat. Setelah minum beberapa cup air
zamzam, kami bergerak untuk menunaikan saie. Disebabkan takut slip disc
my sis makin teruk, kami memilih melakukan saie dengan menaiki skuter.
Setelah complete saie dari Safwa ke Marwah 7 kali, kami melaksanakan
perkara terakhir iaitu tahalul atau bergunting. Penghargaan kepada My
sis tak terhingga banyaknya. Umrah pertama saya yang sungguh bermakna.
Photo Kaabah ni saya snap time selesai solat sunat dan berdoa. Ramai tentera berkawal dalam Masjidil Haram. Tali dipasang mengelilingi Kaabah untuk menghalang jemaah menghampiri Kaabah. |
Kemudian my sis ajak tengok tapak kaki Nabi Ibrahim AS. Saya cukup suka kisah-kisah para nabi. Sejarah pembinaan Kaabah juga cukup menarik. Nak diceritakan di sini, panjang pulak entry saya...hehehe |
Pancuran
emas yang mana merupakan juga tempat mustajab doa. Ketika my sis
tunaikan umrah, dia berpeluang solat sunat di dalam Hijir Ismail. |
Ada kisah menarik mengenai menara jam yang mana jua dikenali Zam Zam Tower. |
Ruang untuk jemaah menunaikan ibadah Saie. |
Ruang mengerjakan ibadah Saie dengan menggunakan skuter. Skuter ni slow jer hahaha. Harga untuk Saie saja 115 Rial untuk 2 seater. Kalau single maybe half price kut. |
Ayam terbaring sebelah pun ada |
Kami memilih ikan grill, kebab, roti canai dan humus. Oh ye, saya ada beli jus oren..MasyaAllah sedap giler. Humus tu memang favourite saya, tapi tak ngam cicah dengan roti canai. Ngam bila cicah dengan roti arab. Ikan grill tu terbaik!!! |
Setelah re-charged, kami menuju Masjidil Haram untuk menunaikan solat mahgrib. Itulah solat jemaah saya pertama di Masjidil Haram. Subhanallah...syoknya solat berjemaah di sana. Bacaan imam sungguh menusuk dada. Asyik betul bacaannya. Alunan surah yang agak panjang pun terasa singkat. Rindu sungguh bila diingat kembali.
Kami balik ke hotel dengan tenang. Manusia berpusu-pusupun takde beri apa2 kesan ke atas ketenangan kami. Angin malam tu agak sejuk dan segar. Segalanya indah. |
Selepas isyak kami kembali ke bilik, kami sempat komen-mengomen pasal mutawif yang tak cekap uruskan jemaah. Dan time tu lah saya batuk dan bila berlari masuk toilet kami tersepak besi penahan pintu dalam toilet. Ngam-ngam kena dekat ibu jari kaki dan sikit berdarah. My sis cepat2 letakkan plaster. Start dari incident tu saya taknak dah komen-komen pasal mutawif tu dan kami juga decide takkan join apa-apa ziarah...istighfar banyak saya time tu.
Nantikan entry seterusnya dari saya...ada moment yang cukup mengasyikkan...
Bai..
Allahuakbar....rindunya Tanah Haramain. Semuga Allah rezekikan di jemput lagi ke rumahNYA. Aamiin.
ReplyDeleteAminnnnnn...sama2lah kita berdoa
DeleteTerima kasih untuk catatan nie.....rasa macam dekat sangat dengan Tanah Haramain....Moga ada peluang untuk jadi tetamu Allah nanti ......Aamiin
ReplyDeleteSama-sama...saya sendiri menulis untuk diri sendiri membacanya pada masa ke se masa...Semoga kita semua berpeluang lagi di jempuan Allah ke sana...aminnnnn
DeleteMasyaAllah..sukanya tengok gambar2 terbaru Kaabah & Masjidilharam..
ReplyDeleteAlhamdulillah, setelah pelbagai rintangan & halangan, dapat jadi tetamu Allah di tanah suci..
Syukur sangat diberi peluang menyahut panggillah Yang Maha Esa.
DeleteAssalamualaikum, seronok baca kisah awak. jika awak berminat bolehkah awak berkongsi pengalaman yang memberi iktibar untuk awak sepanjang umrah untuk saya bukukan dalam e book saya
Delete