July 2, 2021

Throwback Part 2 : The Best Photo of Flowers

Assalamualaikum...

Entry kali ini kita cuci mata uols dengan melihat keindahan bunga ciptaan Allah SWT. Saya ni suka jugak pilih spring kalau nak travel.....sebab utamanya adalah boleh snap gambar bunga..hehehe. Tapi kadang-kadang travel time spring ni, selalu hujan. Kalau ada cahaya matahari....itu adalah satu nikmat yang tak terhingga. Jom kita layan... 

 

 Ini adalah hyacinth...kelopaknya belum kembang. Cantik sungguh bunga ni. Saya jumpa bunga ni dekat Bergen. 1st time saya tengok rupa bunga ni...terus fall in love.


 

Saya rasa ini pun hyacinth tapi bunganya agak kecil dari yang photo 1st.

 


Inilah rupa selepas hyacinth kembang....cantik sungguh. Hyacinth ni saya tak pernah jumpa dia negara lain...hanya trip Scandinavian saja saya jumpa...


 

Bunga ni tumbuh segar walaupun time ni adalah penghujung autumn...susah nak jumpa bunga time ni


 

Paris adalah tempat paling susah jumpa bunga...orang jer ramai sungguh...hahaha. Kalau tak salah saya, inilah adalah poppy flower



Time ni gigih betul berjam-jam perjalanan dari Bangkok ke Loburi untuk tengok sunflower....hahaha.



Dekat Copenhagen banyak betul bunga yang cantik-cantik...sungguh colourful



Tengoklah...betapa banyaknya kelopak bunga ni....sangat-sangat indah


Cherry blossom ni saya snap time dekat Stockholm. Lawa giler....tak tentu hala snap sana sini...hahahha. Time ni saya perhatikan macam takde daun langsung. Seluruh ranting penuh dengan bunga. Boleh tengok entry Sweden untuk tengok keseluruhan area pokok2 ni...deretan pokok ni tak panjang. Lebih kurang 500m kalau tak salah saya. Manusia ramai giler..memang takde kesempatan nak relax-relax berpicnic bawah pokok ni macam Korea dan Japan...hehehe.



Sampai jer Yangshuo terus saya nampak ladang bunga daisy...lawa sangat. Bunga ni tak tinggi mana pun…teknik saya snap nampak cun kan??? Macam dia tinggi kan?? Hahahahaha



Cherry blossom ni ada banyak jenis...setiap satu ada namanya. Jenis macam ni selalunya ada 5 kelopak.



Bunga di Melbourne tak kurang cantiknya.




Kesempatan pergi Keukenhof adalah satu pengalaman bermakna buat saya. Keinginan nak tengok tulip jadi kenyataan. Indah betul taman tu.



Another type of cherry blossom. Tone color yang cukup mengasyikkan. Time snap ni, ada kelopak yang gugur..tak tergambar betapa indah ciptaan Allah. 

 



Bunga ni macam palsu...hehee. Saya snap depan rumah orang...heehe


Percaya atau tidak saya berkesempatan menyaksikan antara bunga-bunga ni di Singapore? Pada masa-masa tertentu, kita boleh tengok di Garden of the Bay. Taman tertutup itu membuatkan bunga-bunga dari negara 4 musim dapat tumbuh segar. Cherry blossom pun ada. Malangnya saya lupa nak share gambar-gambar dalam pc....dah factory setting hp then dah jual. So sad. Betul-betul lupa. Entry untuk 3rd trips Singapore pun lupa pulak nak menulis dalam blog. So careless. Kalau my sis ada simpan photo dia...nanti saya ingat nak buat entry dlm blog ni.
 
Ok guys...nanti kita throwback lagi.... 

Bai

4 comments:

  1. Lawa-lawa nye bunga tu semua. Paling suka sunflower & hydrangea. Tapi tengok hyacinth pun lawa. Teringin nak layan wisteria kat Japan. Moga2 ada peluang kita travel lagi kan Zila. Amin, amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...banyak impian kita ni..moga Allah panjangkan umur kita serta kemampuan untuk kita teruskan niat kita ni.

      Delete
  2. PKP ni, abis beribu² gmbr kena bongkar cari gmbr bunga pulak.
    Almaklum lah, dah kena perap kat umah 1+ tahun.

    ReplyDelete