November 12, 2021

Semporna - Sipadan - Mabul Trip (Part 1)

Assalamualaikum...

Wahhh dah lama tak update pasal travel sebabkan Covid. Sekarang baru berpeluang sebab saya baru balik dari Sabah...so adalah benda nak share. 4 days 3 nights yang sungguh special. Apa yang specialnya?? Trips2 yang sebelum ni activity mcm pack sangat..nak ke sana..ke sini...penuh lah itinerary nya. Tapi kali ni ala-ala chill2 gitu. Relax...makan...relax...makan..hehe. 

Macam biasa, my sis lah yang dulu akan usulkan nak kemanakah kami. Tahu jer dah boleh rentas negeri, terus dibelinya flight ticket ke Tawau. Maka terbanglah kami ke Tawau dari KLIA2. Segala booking membooking..semunya my sis uruskan. Agak kelam-kabut hari nak fly tu. Yela, pukul 5am mana nak ada Grab nyer. Akhirnya my sis terus decide naik kereta park kat KLIA2 jer. Berdesup dia drive. 

Sedia maklumlah keadaan kat KLIA2...jenuh nak berjalan. Part ni lah paling saya benci..process sebelum boarding. Dan dalam flight lagilah tak suka. Sekarangnya dah terbiasa pakai mask, so bila dalam flight tu saya takde lah nak terbatuk-batuk.

Oh ye, time nak online check-in tu kami dpt info nak kena buat RTK test. Nak tak nak terpaksa lah. Nanti ada orang check di KLIA2 dan Tawau airport. Sekarang ni clinic charge RTK test dah tak mahal..macam clinic saya pergi ni...RM39.

Paling tak sangka keadaan dalam flight...aduhh manusia penuh betul...full board. InsyaAllah takde pape kut sebab semua orang dah buat covid test kan. Kita fikir yang baik-baik jer...disamping pakai 2 pcs mask.

Selepas 2 jam 45 minit, akhirnya landing lah. Around 10.30am tak salah saya. Si steward ni memula announce nak bagi manusia dalam flight tu keluar 5 rows by 5 rows gitu...tapi.. eh...eh...dibiarnya semua orang berderu-deru keluar. Apa daaaaa....masuk building airport...Allahuakbar...area bawah bumbung semua bersawang. Burung-burung keluar masuk bercicit penuh girang...hahahahha.

Jom saya citer pasal accommodation pulak. My sis tak guna agent..semua direct booking dengan resort. Ada 2 resorts yang kami stay. 1st resort tu Sea Star Resort Semporna dan 2nd one Sipadan Kapalai Dive Resort. Sea Star Resort ni ada 8 bilik jer...so dia takde nak sediakan airport/ resort transfer. Nasib baik Sipadan Kapalai Resort arrange transport untuk kami dari airport ke Semporna Jetty walaupun hari 1st tu kami stay di Sea Star Resort. Bus khas dari Sipadan Kapalai Resort terus bawa kami ke private jetty dorang di Semporna. Dalam 2 jam lebih baru sampai sebab jem. Ada 2 roadblock. Sepatutnya 1 jam 45 minit boleh sampai.  

Dah sampai private jetty tu, my sis contact staff Sea Star Resort. Takut pulak dorang nak ambik kitaorang dekat private jetty tu. Saya tanya salah sorang pekerja yang tengah angkut bag masuk boat customer untuk ke Sipadan Kapalai Resort tu...dia cakap boleh jer boat nak ambil kitaorg tu datang jetty tu. Lepas dah inform Sea Star Resort, tak lama lepas tu satu boat datang. Bagus pekerja Sipadan Kapalai Resort, tolong muatkan luggage kami dalam boat tu. Ehhh....5 minit jer perjalanan, dah sampai resort..hahaha.


Resort ni kelihatan macam baru...saya agak jer lah. Memang kagum lah keadaan kebersihan resort ni. View keliling jangan cakaplah...indah sekali!!!



Inilah Sea Star Resort Semporna...ruang resort ni macam gambar atas ni...dan satu side lagi menempatkan restauran & reception. Tak besar manapun...sekali berjalan pun tak penat..hahahha. Time ni dalam pukul 2pm. Kitaorang tanya staff resort ni...boleh tak nak lunch...then dorang cakap boleh...lapar betul dah time ni. Jom masuk tengok bilik.





Buka jer pintu...wahhhh sana wahh sini..


Suka sangat tengok arrangement dalam bilik ni..sambil-sambil baring boleh layan view laut kat luar. Fabric untuk bedsheet and duvet ni...wow...my standard sangat...lembuiittt...poyooo!!
Ahhh besttttt...malangnya kitaorg stay just 1 night..

Buka pintu toilet..pandang kiri..ehh...pehal nak letak kerusi meja kat toilet??? hahahha

Pandang kanan nampak area sink. Shower dan toilet sebelah ni...ada cutain jer untuk tutup. Towel yang disediakan...my standard jugak...lembuiittt...poyooooo!!!

Masuk area shower dan toilet..wahhh....terus berlubang camgini..mintak2 xde lah lanun nak masuk...hahaha. Tengah malam bangun gi toilet pun teralit layan ikan berenang-renang kt luar ni...hahaha.



Ni area luar...cun nih nak layan sunset. Jangan nak main terjun laut side sini...tinggi jugak tau...ada kes orang patah kaki..staff resort yang cerita lah.

Disebabkan saya agak teruja dengan bilik yang saya stay ni..makanya saya nak tunjuk layout interior bilik ni...hehehe. Punya banyak tempat boleh lepak2. 1st, yang side kiri area sebelah katil tu..saya sebut built-in sofa lah...hehe...2nd, yang sebelah kiri hujung katil tu..yang 3rd, kat luar. Ada 2 kerusi kat luar tu..lupa nak lukis. 4th..ada dressing table pun. Yang last one, dalam area toilet tu...hehehe. Yang sempat duduk...kat luar tu dan kerusi area hujung katil tu...wakakakka.

 
Ni saya snap dari tingkat atas restaurant resort ni. Tak sabar nak terjun laut.

Jom tengok lunch kami...ada satu jenis lauk lagi...ayam masak apa ntah...sedappp. Banyak lauk yang disajikan...memang tak abis.          
Area resort ni memang busy...boleh tengok boat ke sana ke sini. Tapi don't worry...keadaan air laut kat sini clear dan bersih. Boat2 tu semua macam taxi boat. Photo kat atas ni, boleh nampak dari resort. Saya rasa rumah orang ataupun kelong. Saya pernah tengok orang kat sini jerit-jerit nak stopkan taxi boat tu...hehe...

Jom kita citer2 hal snorkeling pulak...hehehe. Walaupun saya ni dah pernah pergi Krabi, tapi tak pernah pun try snorkeling. Memang tak paham konsep snorkeling ni macam mana. Disebabkan saya dah pandai swimming, rasa macam nak try lah. Gigih la kitaorang ni gi Decathlon beli snorkel, aqua shoes bagai...hahaha. Tengok keadaan laut time tu...amboii bergelora sungguh. Time tu tak tersangka-sangka, 2-3 orang staff resort tu bersungguh nak ajar kitaorang...hahahhaa. Memula sorang ni duduk atas deck ajar itu ini...tup2 yg sorang lagi tu terjun..direct ajar...hahahha. Dia siap sediakan pelampung untuk kitaorang pegang dia slowly dia bawak kitaorg keliling resort. Memang syok lah time tu. 1st sebab dah paham konsep, 2nd sebab rasa selamat dengan adanya staff resort tu dan 3rd dapat tengok rumpai laut, nemo, sea star, ikan-ikan...ohhhh nikmatnya. Staff yang lagi sorang pegang jer phone kami dan snap dari atas. Sebelum sampai sini, saya berangan nak swimming tanpa safety jacket...malangnya jadi tak berani pulak...hahaha. Laut agak bergelora time tu...sedar tak sedar, 1 jam jugak kami ber snorkeling.  

 

Ok dah puas...matahari pun dah nak start terbenam

Indah betul alam ciptaan Allah...udara nyaman jer. 5.50pm dah maghrib kat sini.

Malam tu dinner kitaorang makan sikit jer..maybe dah makan banyak time lunch. Jangan nak fikir macam-macam activity boleh buat kat resort ni yer..kita hanya boleh jalan-jalan atas deck yang tak berapa panjang tu, then relax2 tengok view, tv pun takde ye...macam saya, saya suka bagi ikan makan..hehe. Walaupun sekitar resort ni adalah laluan pelbagai boat..bila dah tutup sliding door..tak dengar apapun. Malam tu hujan sampai ke subuh...memang sejuk giler lah. Aircod dan kipas langsung tak on.

Waktu malam yang cukup mendamaikan
Sebenarnya my sis nak book terus 3 nights kat sini..malangnya dah full..hanya boleh 1 night jer.
 
Ok guys...untuk next entry saya nak share pengalaman yang lagi menarik...baiii


1 comment: