April 13, 2021

Throwback Part 1 : The Best Photos

Assalamualaikum...

Masih ada lagi hamba-hamba Allah yang jengok mana-mana blog termasuk blog saya ni??? Hehehe...Saya ni hamba Allah yang dah jarang berblog dan boleh dikatakan tak berblog langsung..hehee..rindunya keadaan beberapa tahun lepas yang kita semua saling berkongsi travel experience. Tak perlu lah kita banyak mengeluh..tak boleh travel la..tak boleh bercuti nak tenangkan fikiran lah..dan sebagainya. Semunya ni ada hikmahnya. Macam saya, tengok travel photo dapat jugaklah cover perasaan rindu nak travel, nak try makanan, nak snap photo, nak posing etc...hehehe.

Nak serikan blog saya yang makin muram ni, saya sesaja nak share photo-photo saya snap yang paling saya suka....hehehe.

  

Photo ni saya snap time journey from Bosnia ke Croatia by bus. Cahaya matahari yang menembusi awan terus ke Mediterranean Sea. Subhanallah..itu saja yang asyik keluar dari mulut saya. Travel ni betul-betul membuka mata saya tentang Kebesaran Allah SWT. Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi serta isi kandungannya, dan setiap satunya penuh keindahan.
 
Ada satu kebenaran tentang saya, most of the places yang saya dah pernah pergi sebenarnya saya tak pernah tahu menahupun tempat itu wujud. Semua ni disebabkan sikap saya nak depend to my sis untuk atur semua trip. Hahaha. Saya ambil kesempatan dengan sikap dia yang suka explore itu ini. Dan..bila sampai kat satu-satu tempat i'll sooooo surprise. Macam gambar atas ni. Inilah adalah Old Town di Mostar, Bosnia. Tak pernah imagine ada tempat sebegini unik. Seolah-olah saya di satu zaman lain.

Photo ni saya snap time tunggu ferry nak ke Flam, Norway. View gunung belakang tu so incredible beautiful. Sebenarnya agak sukar saya nak pilih photo yang saya nak di Norwey, sebab semuanya lawa-lawa hahahaha. Yang mampu saya kata....i love this photo so much!!!
 
 Photo ni saya snap time dalam bus nak ke Hallstat, Austria. Time betul-betul awal pagi saya bertolak. Suka sangat tengok suasana countryside Ausria ni. Yang paling saya kagum sampaikan suka sangat photo ini adalah...morning mist tu...Subhanallah...tengok lah terapung macam tu...indah betul lah. Dengan pula cahaya sunrise..crazy beautiful.

My sis snap photo ni tanpa saya sedar..and i love it. Suka sangat kegebuan photo ni...gebu snow yer...hahaha. Struggle sangat time ni sebab kesejukannya sangat melampau dan masih gigih nak tengok Neuschwanstein Castle...hahaha. 

Ok...sambai di sini dulu ye...jumpa lagi..bai

11 comments:

  1. Subhanallah indahnya ciptaan Tuhan. Selamat berpuasa zila.(silent reader selalunya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai notie...selamat berpuasa..tq luang masa masuk blog saya :)

      Delete
  2. salam zila ..bertahun juga baru up storykan .
    dapatlah melepaskan rindu dgn cerita zila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...hehehe...InsyaAllah saya cuba banyakkan menulis lepas ni..hehhe

      Delete
  3. Wah setahun cuti dari update blog kan Zila. Hahah cakap orang, sendiri nye blog sampai dah lupa password ha. Saya selalu je singgah blog awak, baca semula cerita2 lama. Best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat blog tak berupdate.....bertegur sapa dgn rakan2 blogger pun tak lebih setahun..rindunya keadaan dulu2

      Delete
  4. Rindu nak travel lagi kan.. Flam Norway..!! Rindu..

    ReplyDelete
  5. Suka baca trip europe.. ntah bila dapat jejak...
    ada je kita jenguk2 sini klu zila ada update hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh yeke...hehehe..insyaallah one day sure ada kesempatan..simpan duit byk...heehehhe

      Delete
  6. wah salah satu yang menjadi cita-cita keharusan sebelum melapor kepada yang Maha Kuasa, harus menginjak benua eropa

    ReplyDelete