Assalamualaikum...
Hari ke-4 kami di Hokkaido, Japan. Plan that day adalah nak ke Otaru kemudiannya terus ke Hirafu, Niseko. Idea sayalah nak ke Niseko ni. Sebabnya nak experience snow. Dari pemahaman saya, Sapporo takkan ada snow lagi time kami pergi tu, so saya decide nak stay di area yang penuh dengan snow satu malam. Perkiraan saya salah rupanya..Sapporo penuh dengan snow dan snow masih lagi turun. What do to, hotel dah bayar full..terpaksa la pergi jugak.
Saya cerita pasal Otaru dulu yer. Nak ke Otaru ni kita perlu naik JR train. Subway hanya cover area Sapporo sajer. Nak ke Otaru ni lebih kurang 1 jam tak salah saya. JR train dari New Chitose airport, boleh terus ke Otaru ni dengan melalui Sapporo terlebih dahulu. Pagi tu kami keluar dalam pukul 8am gitu sebab nak kejar masa..lepas Otaru nak terus ke Niseko.
Sebenarnya untuk lebih save, kita boleh beli Otaru Day Pass di airport. Kami tidak memilih untuk membeli day pass tersebut sebab tak sesuai. Sebabnya kami takkan balik ke Sapporo in same day. Please remember, beli yang reserve seat yer...takut nanti kena berdiri pulak.
Ada peristiwa kelakar time naik JR train ni. Kami terconfuse...hehehe. Bila sampai Otaruchikko, terus kami turun. My sis pulak sebut dah sampai dah Otaru..ada sorang amoi ni terjaga dari tidur terus ikut kami turun. Bila jer turun...eh..macam pelik jer. Patutnya station tu crowded ada station terakhir..tapi tidak. Masih ramai belum turun dari train tu...hahaha. Sayapun gi tanya staff station tu...laaaa...kami silap la..hahaha..Ada lagi 2 station baru sampai rupanya. Si amoi tupun tersilap daaaa...maybe gara2 my sis cakap Otaru Otaru...hahaha. Nasib baik train seterusnya datang hanya lepas 1 minute lepas tu...nasib baikkk.
Apa yang ada di Otaru ni?? Di Otaru ni kita boleh tengok canal dan juga gudang lama di tepi canal ni. Untuk sejarah gudang lama di Otaru ni, boleh search dari google. Saya tahu serba sikit sejarah Otaru ni..dulu2 tempat ni dijadikan port. Sebabnya Otaru ni hanya disebelah laut. Gudang-gudang lama tu digunakan tempat simpanan barang dagangan. Sekarangpun gudang-gudang lama ini masih digunakan. Ada yang di convert sebagai restaurant dan sebagainya. Semua info ni saya tahu daripada mamat yang tarik kami menggunakan rickshaw. Teruskan membaca untuk mengetahui experience kami naik rickshaw.
Bila dah sampai Otaru Station, 1st sekali yang kami buat adalah, simpan bag dalam locker. Kemudian lepas keluar dari station, kita hanya perlu jalan straight sampai jumpa canal. Dalam 5-10 min juga la berjalan. Dalam berjalan tu, dapatlah tengok keadaan bandar Otaru ni..besarnya boleh tahan..ada building-building tinggi jugak lah.
Jalan sepanjang walkway..nanti jumpalah Otaru Canal
Ada tourist information dalam building yang dulunya dijadikan sebagai gudang. Masuklah dalam ini untuk dapatkan map. Staff dalam ni very helpful.
Bila dah settle di tourist information tu..just cross jalan...depan tulah canal yang kami nak tujui itu. Time ni langit masih biru...tak lama pastu dah bertukar sendu..hehehe
Seperti yang dirancang, kami nak naik beca yang ditarik oleh manusia..yang dipanggil rickshaw. Kalau berkesempatan ke sini, cari mamat ni..dia sangat bagus. Dia masih mudah dan berlajar di university dan juga berlajar english language untuk improve english dia. Service rickshaw ni dia hanya buat untuk partime..gigih betul mamat ni. Dia cover kami dengan blanket..best betul sebab tak sejuk..hahahaha.
Kami memilih untuk naik rickshaw ni selama 30 min dengar charge sebanyak 9,000 Yen. Dia akan bawa sampai area yang agak jauh. Menurut dia tak ramai orang boleh jalan ke area kami lalu sebab jaraknya adalah jauh. Dia bukan bawa di tepi-tepi canal, malahan area bandar pun. Traffic di Otaru ni tak busy..so, senang la dia nak tarik kami area jalan raya.
Jika tak naik rickshaw ni, maybe kami tak mampu nak berjalan disepanjang canal ni. Time ni tersangat lah sejuk. Walaupun tangan dalam glove, seolah-olah beku. Nak snap guna camera pun susah nak tekan. Handphone pun susah nak keluarkan. Hot pad saya gunakan untuk panaskan handphone, takut hang. Photo ni saya snap before naik rickshaw.
Inipun photo my sis snap before naik rickshaw
Menurut mamat tu...building ni kira advance lah time ia dibina dulu. Tak salah saya 100 tahun dulu kut.
Dihujung sungai ni, adalah port. Kesian betul mamat tu, kejap tarik kami kejap stop nak cerita. Walaupun stop, dia bukannya letak rickshaw tu..sangkut pulak kat belakang pingang dia dan pandang arah kami..betul2 respect lah!!!
Gudang-gudang lain sepanjang canal
So fun...heheheh
Gudang yang di convert menjadi theater
Boleh lihat ni di setiap bumbung gudang-gudang dan building lain. Kalau ice ni jatuh atas kepala, mahu tembus..gggrrrr
Bangga betul mamat ni tunjuk office dia...hehehe...so cute
Kami berpisah dengan penarik rickshaw tu di sini iaitu tempat kami berjumpa. Time ni sejuk sangat melampau...macam give up jer nak berjalan hingga ke bridge sebelah kanan tu. Kami gagahi jugak sebab di bridge tu lah port untuk bergambar yang cun.
Oh My God...snow turun...grrrrrrr
Burung ni tahan betul dengan sejuk...hehehe
Akhirnya kami sampai di bridge ntah mana apa ntah..see?? Suhu -2.4°....grrrrr....patut la sejuk sangat. Saya masuk jap dalam pondok tourist information tu...nak panaskan badan skit...tak lama pastu ramai pula masuk sampaikan berhimpit dalam tu...geram betul
Otaru map
Kesian my sis time ni...dia sangat tak tahan sejuk time ni. Gigih dia snap photo ni...hehhee
Jalan sikit di bahagian belakang tourist bulding tu, jumpa kedai ni. Boleh la pergi toilet jap
Dah puas jalan-jalan area canal..kamipun bergerak balik ke JR Station. Memang seksa betul berjalan time tu...kaki macam dah leh nak melangkah dah. Terasa macam bekupun ada dah kaki time tu. Nak berjalanpun agak jauh. Photo memang dah stop snap. Jari telunjuk nak tekan camera pun dah tak function....hahaha. 1st time in my life betul la keadaan in....hahaha. Time ni kami tersangat lah lapar. Nasib baik dalam Otaru station ada restaurant yang sesuai untuk kami makan. Jangan lupa sebut...NIKU DAMEK time order makanan yer.
Veggie spaghetti dan scone. Kami hanya share spaghetti tu. Sedap betul semua ni tau!!!
Ok guys, next entry saya nak cerita experience di pergunungan...walaupun menyesal pergi tempat tu..tapi ada juga yang baiknya...nantikan next entry ye!!! Bai!!
Gambar awesome dan superb.
ReplyDeleteNora bagi 5 bintang.
Beca tu WIN!
ReplyDeletehaha.....baru rase seksanya travel musim beku !!!
ReplyDeleteZila, Thanks for dropping by blog akak. Otaru canal tu sebenarnya paling cantik utk pi ialah pada awal bulan February semasa dorang buat Otaru Snow and Light Path Festival. Waktu nih mmg peak period bagi Sapporo & Otaru dgn bermacam2 events yg diadakan.
ReplyDeleteSelain tu kalau Zila berjalan along Sakamachi Street ada banyak kedai chocolate spt Royce sebab Royce nih dihasilkan di Japan. Di Japan boleh dapat dlm RM26 sekotak berbanding dgn RM50 di Malaysia. Di airport pun boleh jumpa chocolate Royce nih tapi di Otaru lagi banyak pilihan.
Selain tu Kalau Zila berhenti dari Minami-Otaru station boleh jalan dlm 10 minit utk pi ke Music Box Museum. Bolehlah kalau nak beli souvenir yg cantik2 di sini. Glass Museum pun tak jauh dari sini.
Kalau Zila tak sempat utk explore tempat2 di Otaru nih semua boleh lah buat lagi sekali lagi trip ke sana kan hehe
Leez --> Terima kasih Nora..wakakakak
ReplyDeleteSS --> Hahahaha
ASP --> betul betul betul..tapi saya tak serik..nak wat lagi..hhahaha
Nori Roppongi --> Tudia aiih nama akak...dasyat..hahhaa. Tu la akak...terima kasih banyak2 ye. Menyesal betul tak baca blog akak betul2. Tak sedar pulak ter skip entry akak yang penting. Bila sampai sana pelik jugak..awat tak nampak apa2 museum. Bila dah sejuk sangat, tak terfikir nak caripun. kalau ada rezeki pergi lagi, saya rasa nak stay 1 atau 2 malam di Otaru tu..best sangat!!!
bestnyaaaaa saliji!!!!
ReplyDeletehehehee
DeleteAssalam.. cantik dan menarik gambar2 tu..
ReplyDeleteMakanan tu kalau di letakkan sekali harga nye bagus juga.. boleh lah dapat idea berapa bajet kalau nak pegi sana lain kali..
Begitu juga kos atau tambang pengankutan ke tempat2 yg di lawati..
Sekadar cadangan..
T. Kasih..
Waalaikumsalam..tq
DeleteKekadang saya lupa nak take note harga makanan dan sebagainya. InsyaAllah lepas ni saya cuba detailkan penceritaan saya :)
Thks for the opinion :)