March 27, 2016

Hokkaido - Niseko (Part 5)

Assalamualaikum...

"Hah?? Dah day-4 cerita saya di Hokkaido?" Tanya my sis..hahaha...dia kalau boleh tak nak cerita tentang trip Hokkaido ni berakhir. Ayooo...hahaha. Kalau saya tak update blog dia asyik complain, bila saya update laju-laju dia sedih cerita saya ni bakal habis. Isk isk isk. Disebabkan trip kali ni memberi kesan dalam diri my sis, dia akan travel alone ke Japan beberapa bulan akan datang..fuhh sampai macam tu sekali lah..hahaha.

Entry ini adalah sambungan daripada hari ke-4 kami di Hokkaido. Selepas kami selesai di Otaru yang sangat best tu...kami perlu menyambung perjalanan kami ke Niseko. Di Niseko, kami akan ke Hirafu. Disebabkan tersalah paham yang Sapporo takde snow, kami terus book Owashi Lodge selama satu malam. Dah banyak hotel serta lodge kami nak book..mostly perlu book selama 3-5 hari minimum. Info dari internet mengatakan Niseko ni sampai bulan April pun still ada snow..so kami yakin la ke Niseko ni. Sekali sampai Sapporo, snow masih tebal dan still turun. Nak tak nak terpaksa jugak ke Niseko sebab hotel dah bayar.

Dari Otaru, tak salah saya sejam lebih gitu nak ke Kutchan Station. Disepanjang perjalanan, kami tido jer. Sesekali terjaga, boleh la tengok view yang sangat amazing. Snow memutih disepanjang perjalanan. View yang tak dapat saya lupakan.

Ni jer photo yang clear sikit saya snap time dalam train. Macam buih2 sabun...love it :)

Bila kami sampai di Kuchan Station, my sis terus menggunakan public phone untuk call pihak Owashi Lodge. Cost untuk dorang pick up kami adalah free ye.

Tempat ini cantik tak kira musim apa

Kuchan Station yang tak besar mana pun. Semua process beli ticket menggunakan counter. Ada sorang amoi dalam tu bagi free service untuk kita tanya apa2 mengenai Niseko. Boleh mintak dia recommend apa2 activity yang boleh dilakukan. 

Ada rumah comel tepi station tu..so cute..hehe

Saya berjalan dekat rumah cute tu..hasilnya photo ini..pokok ni ada di sebelah rumah cute tu..saya suka sangat photo ni

Kami dijemput dalam 10 minit gitu. Saya suka dengan view sepanjang perjalanan. Snow di situ lagi tebal berbanding di Sapporo. Keadaan yang diselaputi snow putih menjadikan tempat tu macam dalam movie yang say sebelum2 ni. Semua orang mesti melalui pengalaman saya ini...sangat berbaloi!!! Dan paling tak sangka..view area berdekatan lodge kami seperti di Switzerland..hehehehe

Foreigner ramai sangat di Niseko ni..perkerja Owashi Lodge yang ambik kami pun minah salleh. Kami seolah-olah bukan berada di Japan…berbeza betul keadaan di situ. Kami dah terbiasa dilayan dengan mesra di Sapporo dan Otaru, bila sampai di Niseko ni..keadaan tak berapa bagi kami selesa. Mat salleh di Niseko ni tak berapa nak polite. Pekerja Owashi Lodge tu semua mat salleh..dari cara percakapan mereka..macam orang US. 

Inilah kenderaan yang membawa kami ke Owashi Lodge

Bilik ni 1 malam lebih kurang RM400 lebih. Toilet di luar yeee!!!

Bila keluar dari bilik…boleh nampak view ni dari tingkap

Lepas dah rehat sekejap, kami pun nak jalan-jalan area lodge. Saya plan nak main snow rafting dan snow mobile..bila tengok harga..oh no..mahal giler. Kami tak mampu!!!

Kalau zoom sikit sekitar bukit tu...boleh nampak orang tengah berski

Bestnya kalo nilah rumah saya…hehehhe

Laaa...sini pun ada..ingat ke kat Sapporo jer. Saya suka sangat tart ni..terus beli!!

Time kami keluar ni, hari dah mula nak gelap pada hal time tu baru pukul 5pm

Kami plan nak makan kat restaurant warna hitam tu...rupa-rupanya kami jumpa makanan yang lagi best dan halal

Taraaaa...Ya Allah syukur sangat. Memang saya pernah jumpa info dalam internet pasal van Taj Mahal ni....tapi dalam info ni, van ni dah takde. Kena take away ye. Taj Mahal ni ada restaurant jugak..tapi jauh sikit..perlu nak kereta.

jalan sikit ke depan sana…jumpa lah Owashi Lodge. 

Nilah dinner kami. Sedap sangat roti nan tu. Saya yang order nasi …my sis roti nan. Sekali saya pulun makan roti nan tu. Berganda sedap nak compare roti nan kat Malaysia ni. Bersama nasi tu saya order chicken masala...and my sis order chicken tikka..chicken tikka paling sedap

Kami dah tak kemana-mana lagi lepas tu. Nak kemana-mana pun tak tau…saya pulak tak study sangat pasal Niseko ni…kenapa ntah terlepas pandang. Nak tanya orang Lodge tu..semua berlagak. Last-last esok tu kami decide nak balik ke Sapporo jer.

Esok tu..awal-awal lagi kami dah keluar. Kami nak naik train yang pukul 9am lebih. Dengan bayaran 1,000 Yen..kami dihantar ke station. Agak kelakar pulak kami ke Niseko ni sekejap sangat. Apa-apapun kami ada pengalaman..cukup lah kan (pujuk diri sendiri...hahaha)

Inilah keadaan Niseko time kami nak balik tu. Pandangan sedikit terhalang. 

Bai Niseko…walaupun sekejap, jadilah. Akan saya ingat pengalaman ini sampai bila-bila.

Nantikan next entry..saya akan share pengalaman saya seolah-olah berada di fantasy world :)

5 comments:

  1. Zila, tempat mcm nih adalah resort utk orang main ski & snow boarding, sama mcm di Hakuba, Niigata, Shiga Kogen dll. Kalau tujuan kita bukan utk snow activities mmg mati kutu. Mat Salleh pi tempat2 ini siap utk happy hours.

    Yang snow mobile tu mmg mahal dlm RM300 lebih utk half hour seorang. Samalah kalau utk main ski - ski wear dan ski sets boleh cecah kat RM400 tu tak masuk utk naik ski lift dan lesson lagi.

    Sebenarnya tahap kita setakat Kitano Suzuran saja - nak free segala benda hehe

    ReplyDelete
  2. ramainye g main salji..bestnye..salji yg kt pokok tu nampak cantik giler..haha..mesti gayat klu g time salji, tgk gmbr pokok pun dah teruja..

    ReplyDelete
  3. Ya allah ... Cantiknya view sajli ... Ada plan jugak nak ke sapporo jepun ... Boleh baca experience awak dan dapat info ... Tq for sharing =)

    ReplyDelete
  4. Akak Nori --> :( betul semua cakap akakkkkk

    Yayan --> Nanti turn Yayan pulak

    Nadia --> Nadia mesti pergi time winter..baru best

    ReplyDelete