Dah sampai part 3 rupanya kita kan?? hmm..entry ni saya nak cerita hari ke-3 kami di Pulau Hokkaido ni. Ketika hari ke-2 di Sapporo, kami dah expert dah pasal subway. Dah agak familiar dengan Odori dan Sapporo Station. Dah tahu dah perilaku orang Japan. terhanguk sana sini dah jadi tabiat. Apa taknya..orang Japan ni sangat-sangat lah polite. Berbeza betul dengan orang Japan yang menjajah Malaya dulu-dulu..tengok movie EMBUN dulu..geram betul dengan orang Japan nih..rogol orang sesuka hati....tembak sana-sini.
Apa-apa hal yang perlu communicate dengan orang Japan, mesti kami dilayan dengan sangat baik. Tunduk hormat tu memang dah jadi kebiasaan. Kalau lalu depan staff subway, mesti dorang tunduk hormat kepada setiap orang. Saya tak mampu nak jadi macam tu..heheheh. Satu lagi yang saya respect orang Japan ni, dorang tak memaksa orang beli barang dorang. Kalau masuk dalam kedai nak belek sana-sini dan dorang layan..kalau tak jadi beli..dorang senyum dan tunduk hormat. Kat Sapporo, susah nak jumpa tong sampah…takde pula jumpa sampah dibuang merata-rata...hmmmm...pelik tu. Homeless pun tak nampak. Pesanan saya, kalau time nak naik subway atau keluar subway….jangan nak jalan lengkang-kangkung di tengah-tengah jalan..sebabnya orang Japan ni semuanya jalan laju macam masa tu emas bagi dorang. Nak jalan slow..duduk tepi-tepi ye.
Satu lagi perkara saya perhatikan..pergilah mana-mana kedai, ada bekas kecik untuk kita letakkan duit kalau nak beli apa-apa. Naik cabpun sama…dari kedai sekecik-keciknya dan sebesarnya shopping complex serta restaurant. Tak tahulah syarat kerajaan ke apa...heehe.
Berbalik kepada kisah yang seterusnya. Ikut planning saya, that day adalah hari untuk kami ke Hokkaido Historical Village yang kita boleh tengok macam-macam jenis rumah dari seluruh dunia. Bila tengok cuaca that day, saya tukar planning. Cuaca that day agak heavy snow. Sejuk jangan cakap lah...mengigil-gigil..lenguh gigi sebab terketar-ketar..hahaha.
Ini my 1st snow experience . Don't want to force myself nak cover all Hokkaido. My sis yang pernah bertahun-tahun experience snowpun tak tahan sejuk..apa tah lagi saya..hahaha. Boleh dikatakan my sis berbungkus sampai nampak mata jer..haahaha. Kekadang saya snap photo dia dengan keadaan tu..saya akan cakap..ntah saper ntah dikla snap ni..hahaha. Saya bahasa diri saya dikla dengan dia..Zila = dikla. Kalau kat kampung, orang panggil saya dengan nama tu. Kalau yang lebih muda akan panggil saya kakla..lalalalala..hahaha.
Ok sudah…celoteh panjang pulak. Pagi tu saya plan nak makan seafood. Kami nak ke Nijo Market. Kami pun naik subway ke Odori Station. Dengan guide dari information table..kamipun ikut exit paling last sekali…tak salah saya exit no. 43. Syok-syok berjalan..tersinggah kat Manumarai Shopping Complex.
Perkara wajib sebelum tinggalkan hotel...mesti bergambar depan hotel. Malam tu snow sangat heavy sampaikan jalan di selaputi snow..ada jentolak yang angkut snow ni supaya jalan tak ditimbuni snow. Bila jalan dah penuh snow..berjalan takdelah nak licin.
Tak jauh dari hotel saya stay...ada rumah style lama ni...cantik kan??
Nampak tak dahan pokok di ikat tali?? Saya rasa tujuannya adalah untuk support dahan daripada patah bila snow bertimbun-timbun atas dahan tu. Ada yang siap cover pokok dengan plastic.
Sungai yang kami lalu hari-hari nipun dah beku permukaannya
Masuk jer dalam shopping complex yang merupakan 9 tingkat kalau tak salah saya. Complex ni berapa 2 tingkat ke bawah..boleh masuk dalam complex ni dari Odori subway station. Masuk jer…wahhh….food paradise. Semua makanan kat situ saya rasa nak makan!!! Saya ambik beberapa biskut yang saya yakin aggredientnya. Lepas tu kami beli biskut famous di Hokkaido sebagai souvenir.
Entrance...boleh nampak ketika nak berjalan ke exit no. 43 di Odari Station.
Giler tengok kek dan biskut kat sini
Banyak sangat biskut dan coklat yang di pack cantik2...sesuai untuk souvenir. Amoi ni pandai sangat speaking..dia bagitahu ingredient semua..yakin nak beli
Kuih panas-panaspun ada kat sini..saya beli yang inti kacang merah tu...letak dalam poket jacket..bila teringat nak makan...dah tak sedap sebab sejuk..yang inti lagi satu tu..inti sejenis nut..
Kami diberitahu oleh sale girl biskut tu supaya nak 9th floor untuk claim back tax yang kami bayar untuk biskut. kami beli. Kami pun naik la..sekali naik..wahh….food paradise lagi. Kali ni boleh siap rasa lagi.
Bukan setakat kami jer dok try makan makanan yang dijual kat situ…malahan local pun…hahahah. Makan sampai kenyang lah kami kat situ…hahaha. Kemudiannya saya kata kat my sis..dah alang-alang kita kenyang sekarang..jom jalan-jalan dulu lah. Then dia pun agree.
Nyonya ni suruh kami rasa ikan bilis ni..saya drama korea dan jepun...ikan bilis memang dorang rasa mentah-mentah gitu...kamipun rasa la..crunchy dan lemak-lemak sikit rasanya..kami beli 500 Yen..balik Malaysia saya goreng cili dan bawang...perhhh..sedap...rugi beli sikit
Oyster dan sotong ni sangat sedap...orang yang jual ni cakap dia letak kicap jer. Bila saya tanya benda apa dalam sotong tu..dia siap lukis sotong dan tunjuk bentuk adalah dalam badan sotong tu...maksudnya telur sotong lah...apa lagi...terus ngap..fuhh sedap sangat
Sweet potato yang digaul dengan gula sira...sedapnyaaaaa...nak try buat lah pasni
So cute...inipun sejenis makanan jugak...tapi takleh try rasa
Lepas dah puas round Manumarai..kami sambung perjalanan ke Nijo Market..tak sabar nak makan king crab..hehehe. Dekat nak exit tu...nampak orang yang masuk penuh snow di jacket dorang. Maknanya snow turun macam 2nd day kami di Sapporo tu. Oh no!!!! Seksa berjalan kalau snow turun...sejuk sampai tak leh nafas. Nasib baik jacket saya hari tu ada cover. Dari exit tu just 500m jer berjalan. Lepas cross Odori Park..nampak lah Nijo Market...yeeee!!!
Nak berjalan dari Sapporo TV Tower pun dekat...taman ni saya rasa sebahagian daripada Odori Park.
Lepas jer cross sungai kecik tu...tu ha sebelah kanan tu..tu la Nijo Market
Dalam buiding ni ada beberapa lot kedai..setiap kedai menjual seafood. Cari kedai yang jual seafood fresh..iaitu yang hidup-hidup lagi. Kami berjalan ke hujung sebelah kiri building ni...dan jumpa satu kedai yang jual seafood hidup-hidup. Mission kami ke sini adalah untuk try king crab.
Mostly kedai jual makanan yang adalah raw...tekak saya ni jenis tak boleg terima makanan gitu. Pernah try...tapi nak keluar balik..hahahah
6000 Yen untuk king crab ini adalah mahal. Dah la tak fresh..boleh dapat harga lebih kurang gini untuk king crab yang hidup. Kedai yang jual seafood ni ada juga yang sediakan meja untuk kita makan seafood yang dipilih sendiri..sangat menarik!!!
Tak salah saya crab ni dipanggil hairy crab...kat kulit dia ada bulu-bulu
Oyster...ada yang masih hidup...yang ni dah mati
Time nilah baru kami tahu yang 1st day di Sapporo yang kami makan landak laut. Time tu kami sangkakan telur ikan...hahahaha
masih hidup..
Di kedai yang kami pilih ni, penuh dengan king crab yang duduk di dalam aquarium..bro ni amik crab dan timbang..kalau boleh nego lah sikit ye..yang kami pilih ni lebih kurang 8000 Yen. Discuss punya discuss, kami agree memandang kan ini 1st time kami nak makan. Kami memilih untuk rebus..boleh juga minta dia bakar ye.
Hot tea diberi free. Kedai ni hanya ada 1 meja makan yang boleh muatkan 6 orang gitu..bila dah 6 orang ada kat meja tu..seolah-olah datang makan sama-sama jer..hehe. Mamat jepun sebelah saya kekadang terlanggar tangan...asyik tunduk bermakna sorry..hahahaha. Bila makanan sampai..orang ni tengok makanan orang tu...orang tu tengok makanan orang ni...hahaha.
Kami dapat crab betina rupanya...hahaha..nampak ada telur tu..
Setiap kepit crab ni dorang dah gunting kan...senang sangat nak makan...isinya memang manis dan fresh...tak perlu tambah makanan lain dah..terlebih cukup dah crab ni. Kalian kena try kalau ke Hokkaido ye....really recommended.
Kenyang sangat time ni..
Dah kenyang..kami decide nak ke Daiso. Manager saya cakap Diaso Japan lagi best dari Malaysia...dan lagi murah. Sayapun tanya la kepada owner restaurant tu macam mana nak pergi...laa...dekat jer rupanya..dia tunjuk building color oren yang just 500m dari Nijo Market. Kamipun berjalan ke Daiso.
Pokok berdekatan Nijo Market
Jom shopping!!! mak aiii....best giler shopping di Daiso ni...ada 5 tingkat tau!!! Setiap satu barang adalah 100 Yen!!! 100 Yen!! Maksudnya just RM3.61 jer!!! Kalau kalo kat Malaysia adalah RM5.30!!! Hahahahh...saya punya shopping sakan!!!
Lepas dah shopping..kami masih ada masa lagi. So, saya decide kami ke Hokkaido Former Government Building. Ntah apa yang saya baca kat singboard..kami sampai ke tempat lain....hahaha.
Bila dah silap tempat..kami pergi jugak lah..sebab tak jauh berjalan. Just 250m dari subway station Nishi.
seksa juga meredah snow yang turun...oksigen terasa tak cukup..haha...
i missed this moment
Sampai sudah...ini Sapporo, Japan...bukannya Europe ye!!!
Design building ni memang cantik
Bahagian dalampun cantik...ada cafe dalam building..kami pekena coffee secaweeee..
Memandang keluar jendela..i really missed this moment. Pengalaman yang tak dapat dilupakan..impian selama ini menjadi nyata. Dengan berkat impian, usaha dan doa...akhirnya saya di sini...melihat keajaiban ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Keindahan yang tak dapat di sangkal..betapa halusnya snow ini dan memenuhi bumi Hakkaido ini.
zila,
ReplyDeletenampak gaya memang kene g sapporo la cmni....baru berkira-kira nak ke xnak nak ke xnak....tp tengok awk dengn snow, ok la...next winter sapporo plissss
hew hew hew
alamak kena repeat
ReplyDeletetak merasa king crab
seolah-olah tepung gandum yang turun dari langit
hehe
Emy --> Amboi...hehehe..i wish u can go next winter..hehehe
ReplyDeleteAkak coconut --> Tudiaaa nak repeat sebab nak makan king crab..hehehe.
Assalam. Kat tempat makan king crab tu, ada sotong hidup x?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Hazwani, kalau tak salah saya takde sotong hidup
ReplyDeleteAs salam..saya sekarang tengah bercuti di sapporo...mcm mana nak tahu biskut tu halal ye? Memang terliur tengok tp x sure..
ReplyDeleteAzlina
Wsalam...salesgirl tu pandai speaking...dia tlg bacakan ingredient. Awak belikan sebagai souvenir memang cun sangat..ramai kwn2 saya suka.
DeleteAssalam, nice trip n sharing... tapi kan sis , kasut tu tak basah ke
ReplyDeletesyukur tak basah pun..cuma kaki rasa nak beku lah..kena pakai socks tebal skit
DeleteHello nice bllog
ReplyDelete