May 24, 2015

China (Guilin City) - Part 5

Assalamualaikum...

Entry kali ini adalah untuk membuktikan kepada my sis walaupun saya slow sangat nak update blog tapi saya masih boleh ingat apa yang terjadi sepanjang trip kami tu. Cumanya saya belum ada masa nak abiskan entry China ni. Ok..jom sambung.

Day 3 di Yangshuo..that day kami perlu bergerak ke next destination iaitu Guilin City. Dengan bantuan staff hotel, dia membawa kami ke main road dan menahan sebuah tuk-tuk. Kami sangat-sangat berterima kasih kepada staff hotel yang langsung tak tahupun nama dia. Sepanjang di Yangshuo dialah yang paling banyak bantu kami walaupun ada masalah communication.


Mamat ni memang helpful dan tak pernah giveup untuk paham apa saja soalan kami.


 
terlepas peluang nak berbasikal di Yangshuo sebab masa sangat limited


Driver tuk-tuk tu bawa kami ke bus station dan bantu angkat bag-bag kami..bagus betul. Keseluruhan…saya amat sukakan Yangshuo dan penduduknya. Kamipun menuju ke counter ticket..time tu lebih kurang 9am…tengok time table..hah?? Pukul 11am baru ada bus?? Biar betul. Rupa-rupanya counter tu untuk bus express..ada bus lain selain bus express tu. Bus tu dah siap nak jalanpun...fuhh...nasib baik betul kami sampai ngam-ngam.

Oh ye..lupa nak citer. Tetiba jer that day sejuk. Si staff hotel tu yang hari-hari pakai singlet dan seluar pendek bertukar pakai baju tebal dan jeans. Kami tak jangka pulak nak sesejuk tu..semua jacket dalam luggage bag. Boleh lah jugak tahan..sejuk ala-ala spring di Korea. Perjalan ke Guilin adalah lebih kurang 1 jam 30 minit.

Sampai jer bus station di Guilin..kamipun  mencari la arah tujuan iaitu hotel. Nak minta la sorang akak driver cab tu antar..sekali dia cakap jalan jer leh sampai..tak jauh katanya. Di Guilin jangan nak risau dah..ramai yang tau cakap english yer. Jalan punya jalan..tanya sana sini..sampai lah kami kat hotel yang namanya Greenleaf Hostel....alamak ada tangga pulak...staff hotel tu tengok wat tau jer. Hegeh-hegeh la saya angkat bag.


  
Hotel ni berada di 1st floor.


 
Bahagian untuk lepak-lepak


Sepanjang trip kami ni...inilah hotel yang saya tak berapa nak selesa. Disebabkan locationnya bagus dan juga harga murah..sebab tu kami pilih hotel ni. Nasib baik 1 malam jer. Apa yang saya tak suka? Contohnya bilik hotel ni nampak lama...perlu upgrade rasanya. Sarung bantal koyak-koyak. Belakang hotel ni pulak makcik dan pakcik berjudi…wakakakaka. Biasa la orang berjudi..bising. Nasib baik siang jer..malam dorang main dalam kedai judi pulak. Yang best pulak…bilik kami bersebelahan sungai..syok jer dengar deruan air sungai mengalir.


 
 Bilik ni berlantaikan tiles...dah la sejuk..bertambah sejuk bila pijak lantai ..tak tahan betul sejuk. Ikut-ikutnya nak tarik selimut jer..bila fikirkan masa kami kat Guilin tak berapa lama, makanya kenalah paksa diri supaya tak berlengah dalam bilik. 


Makan timeeeee....terfikir-fikir la nak masak lauk apa time tu. Stock makanan masih banyak tapi tak beapa nak lalu dah lauk Brahim ni. Nak buat macam mana..terpaksa jugak lah untuk lapik perut. Hotel ni ada cafe..siap dapat coupon untuk drink. Saya ni bab-bab coupon ni memang tak boleh dilepaskan..so my sis dengan relanya nak gi beli coffee untuk saya sementara saya masak nasi.


 
Nasi panas-panas....memang kenalah time sejuk-sejuk tu...


 
Brewed coffee yang sangat sedap...3 cupsjugaklah saya minum sepanjang di hotel ni....hehehe


Bila dah makan..kamipun start la explore Guilin. Ikut plan my sis..kami akan ke Reed Flute Cave. Ala..cave yang dalamnya ada lampu warna-warni tu. Menurut my sis naik bus lebih murah. Bila sampai bus stop yang tak jauh pun dari hotel..kami jumpa sorang amoi tuk-tuk. Amoi ni langsung tak tau english. Tapi kami guna juga service dia. Kami tunjuk gambar cave yang kami nak pegi tu...tapi dia pulak tunjuk catalog pagoda atas gunung. Kamipun terpaksa lupakan hasrat nak ke Reed Flute Cave.



 
Bila jer tengok ni..terus melompat nak pergi...macam best jer. Lepas kautim harga tambang iaitu 5CNY..kamipun bergerak ke tempat tujuan.  Tempat yang dia bawak tu dalam 15 min la baru sampai. Saya baru dapat tahu yang tempat kami dibawa itu adalah Tunnel Hill Park.

Entrance fee sebanyak 80CNY dikenakan. Jarak dari entrance ke tempat yang bakal kami pergi tu agak jauh...agak nahas la kalau amoi tu tinggal kami kat entrance tu jer...hehehe. Amoi tu arahkan kami Q sama-sama pengunjung lain.


 
Bergambar sebelum berpisah...communication bukanlah masalah ye..sampai juga kami ke tempat tujuan


Entrance ticket...cantik kalau datang waktu sunset


Pandang belakang ticket...ehhh...cave?? Ehh..kami nak gi mana ni sebenarnya..bukan naik atas pagoda atas gunung tu mehhh?? Then kami baca pulak map kat  dinding tempat Q tu.


 
Lahhh..kami bakal masuk cave rupanya...hahahahha..Barulah kami paham...amoi tu prefer kami ke cave ni sebab lagi dekat dari Reed Flute Cave tu...saya agak la...hahaha. Kami agak time tu pas kuar cave tu leh terus masuk pagoda atas gunung tu...time tu giler confident lah benda tu akan berlaku...hahahaha...jom ikuti cerita seterusnya....


 
Untuk masuk ke dalam cave ni bukannya boleh sewenang-wenangnya masuk jer..perlu ikut tour guidenya dan dalam berkumpulan lebih kurang 50 orang gitu. Kami nganga jer ikut group tu sebab tak paham apa tour guide tu cter sebab dia explain dalam Mandrain. Saya dan my sis make sure duduk ditengah-tengah group tu sebab takut nenek kebayan muncul...hahaha.  


 
Masuk gua ni tak lah macam masuk Gua Tempurung tu..panjat sana sini..redah gelap gelita..menyeramkan..gua ni ada lampu warna-warni dah lantai semuanya rata..ada tempat yang bertanggga..maybe nak memudahkan pengujung berjalan-jalan


 
Perbentukan batu-batuan dalam gua ni mempunya bermacam-macam maksud..kagum jugaklah tengok



Tertanya-tanya tak kenapa berlaku perbentukan batuan yang pelik dalam gua?? Dulu-dulu saya ada belajar sikit-sikit pasal geology..formation kata orang putih..terhasil disebabkan air hujan. Air hujan ni bila bercampur dengan udara akan jadi asid yang boleh serap dalam tanah mahupun batuan. Dalam gua ni tak salah saya adalah limestone...bila acid bercampur dengan limestone..terjadilah formation yang pelik-pelik dalam gua. Process ni bukan jer baru jadi ni..maybe dah beribu-ribu tahun...siapa tahu kan? Saya explain cara bodo jer ni sebab saya punya pengetahuan tak berapa cukup..hehehe


 
Menakutkan pulak tengok gambar ni...eeeeiiiii


 
Terasa macam Angelina Joli dalam citer Tomb Rider pulak...hahaha



 
Percaya tak batu besar ni adalah hollow?? Bila ketuk-ketuk boleh tahu ye


 
Saya tak beapa nak sure macam mana terbentuknya kristal 

Keluar jer dari cave tu...kami terus masuk dalam sebuah souvenir shop....aikk..takde pergi pagoda atas gunung tu meh?? Amboii...berangan tak sudah...haahahhaha. Keluar jer dari souvenir shop tu..hah?? Si amoi tuk-tuk tu tunggu kami?? Memang tak dapat nak percaya...haahahaha. Kami ingat kami akan bermasalah untuk keluar dari tempat tu memangdangkan perjalanan keluar dari tempat tu adalah jauh...syukur sangat amoi tu tunggu kami. Kamipun terus tanya dia mana pagoda tu...baru lah tahu rupa-rupanya tak boleh masukpun pagoda tu...tengok dari jauh jer...wakakakaka. Tengok dari jauhpun jadilah...


 
Amoi...amoi...nasib baik ada kamu..hehehehe



 
Abis-abis kami ingat lepas keluar cave boleh masuk pagoda ni....hahahahah


 
Lagi cantik kalau time sunset
 

 
Photo terakhir sebelum keluar dari  Tunnel Hill Park

Bila naik jer tuk-tuk...si amoi tu suggest kat kami untuk pergi Yoa Mountain. Asalnya kami tak teringin nak ke situ. Sayapun asalnya tak berapa nak suka ke situ. Bila fikir-fikir tak banyak tempat untuk pergi...kami just pergi jerlah. Tempat tu agak jauh dan amoi tu lagi sekali cas murah jer...10CNY. Bila sampai tempat tu kami macam kecian pulak kat dia sebab dia bawak tempat jauh siap nak tunggu kami sampai abis spend kat situ. Tuk-tuk amoi tu ditinggalkan agak jauh dari entrance..amoi tu iringi kami masuk. Dia yang tolong deal time nak bayar entrance fee tu. Dia tinggalkan kami selepas kami Q untuk naik cable car. Entrance agak mahal iaitu 140CNY sorang. Time Q tu ada mamat cina ngan awek dia...walaupun dorang tu tak pandai english still berminat nak bercakap dengan kami...hahaha. Bila tengok orang lain pakai sewa jacket tebal, kami tanya la mamat tu..kena sewa jacket tu ke...dia cakap tak payah. Saya sikit-sikit la boleh paham bahasa cina..contohnya meyoo..tak payah atau tak mau...tancheee...tunggu...hahaha


 
Terjumpa bunga cantik ni time nak ke entrance


 
Amoi tu cakap boleh makan bunga ni...pakat-pakat rasalah kami...hehehe. 

 
 
Bila tengok cable car gini...menggigil saya hahaha. Memula kena sedia kat tempat yang dah ditanda...kena standy cable car yang datang dari belakang...kemudian cepat-cepat duduk bila masa yang sesuai. Time tu saya suspend la...takut my sis yang sempat duduk then saya tertinggal...hahahaha. Takut tau. Bila dah duduk..kena tarik turun palang besi untuk kita letakkan kaki dah sebagai handle. 


 
Alhamdulillah berjaya naik cable car tu..jom lah kita


 
Saya ni gayat...aduii...duduk tegak sebab takut cable car tu bergerak-gerak...angin pulak agak kuat...suspend tul la.


 
Nampak pulak foundation tiang cable car tu...hah?? crack??


 
Bunga yang kami makan tu..hehehe. Kalau larat...boleh jalan jer untuk naik atas ni


 
Great view from here..


 
Nak snap photopun teragak-agak sebab takut nak bergerak. Lama jugak atas cable car tu...1 way dalam 30 min tak salah saya. Agak berkabus..tapi tak hujan.


 
Bila dah sampai atas...aduhhh....sejuk giler. Oh ye...bila sampai atas ni...kita boleh beli gambar yang di snap di pertengahan perjalanan. 30CNY....gambar kami dua orang tu suka sangat tengok. So..kami belilah. 


 
View dari puncak Yao Mountain


 
Layan tradisional performance. Boleh try pakaian tradisional kat sini. Kena bayar lah ek



 
menuju ke spot view


 
kalau cuaca lebih baik..maybe view ni lagi cantik
 
 

 
Dah puas bergambar di puncak Yao Mountaian, kami turun dengan menggunakan cable car separuh jalan...kemudian sambung perjalan turun dengan naik slide yang sangat terbaik!!! Sorry takde gambar macam mana slide ni function. 

Kami agak suspend takut-takut si amoi tu tinggalkan kami. Yala..lebih kurang 2 jam lebih kut kami kat situ. Takut dia fikir rugi jer tunggu-tunggu kami gitu. Sekali lagi kami bersyukur sebab dia tunggu. Kalaulah dia tinggal..jenuh jugak nak balik ke hotel sebab main road memang jauh giler..rasanya 5km kut. Disebabkan amoi ni senangkan kerja kami...kami decide nak berlanja dia. Kamipun call restaurant dan pass phone kepada amoi tu..diapun clear la kami nak pergi makan kat mana. Sorry ye...saya lupa nama restaurant tu.



 
Perkakas untuk makan semuanya di pack gini.


 
Chinese tea ni free jer
 

 
Saya order ni...ala-ala rasa karipap...intinya adalah ayam dan bawang yang dimasak bersama blackpepper
 

 
Saya bagi peluang amoi tu pilih 1 menu...dia pilih lauk ayam ni..ayam ni datang bersama mee yang berbetuk slices. Bila saya makan nasi bersama kuah ayam ni...adoiiii pedas sampai kebas mulut saya. Selera saya terputus..saya just boleh makan pancake ala-ala karipap tu. My sis dan amoi tu ok jer makan...hahaha
 

 
My sis pulak pilih ikan bakar dan sayur. Ikan ni punya la banyak tulang.

Lauk-lauk tu portion agak banyak..saya buat isyarat untuk amoi tu tapau semua lauk-lauk tu dah bawak balik. Dia paham...dia terus gi ambik tupperware untuk tapau. Semua lebihan lauk dan pancake dia ambik..1 pun tak tinggal...hahaha. Bagus la dia tak suka membazir.

Amoi tu hantar kami ke hotel. Malam tu kami plan nak jalan sendiri-sendiri jer. Dari hotel tak jauhpun nak ke 2 Pagodas. Amoi tu dah bawak kami kesitu sebenarnya...tapi kami nak layan view waktu malam. Dari situ kami taulah 2 Pagodas tu tak jauh dari hotel kami. Lepas dah puas rest di hotel...kamipun mulakan perjalanan berjalan kaki ke 2 Pagodas. Dah half way berjalan...eh..macam sesat pulak. Nasib baik kami terjumpa sorang amoi cute...dia sebenarnya tengah berniaga...bersungguh-sungguh bawak kami ke tempat kami nak pergi tu. Tak jauhpun dari situ. Baik betul dia. Dia tau english sikit-sikit. Seronok dia sebab dapat tolong kami...lebih syok dari kami pulak tu..hahaha.


 
 View tak jauh dari hotel kami


 
Eh...1 jer pagodanya...mana lagi satu?? Don't worry...jalan sikit lagi mengusuri tasik ni.
 

 
View another side...so colorfull with light. Sangat tenang kat sini...angin pulak sepoi-sepoi bahasa. 


Menyusuri tasik melalui deretan pokok penuh dengan lampu-lampu yang colorfull

 
Haaaa....jumpapun...gah betul pagoda ni
 

Apa lagi...possing sikit :P


 
Kami berjalan pulak ke arah bawah bridge. Lampu bridge ni bertukar-tukar warna lampu..teringat pulak macam stream dekat Korea tu....cantik


 
Taj jauh dari situ...nampak pulak  crsytal bridge...pun bertukar-tukar warnaa lampu.

 Haiih...penat tul taip untuk entry ni....panjang betul. Ok lah...jumpa next entry..kami bakal naik sleeper night train yang sangat best.

6 comments:

  1. Assalam

    Cantik pinggan !!
    Bagus amoi tu, siap tunggu uols.
    Tapi tu la kan. transport murah TAPI entrance fee mencekik !!!

    ReplyDelete
  2. cantik city ni. mmg tetiap mlm pasang lampu colorful tu ke or ikut musim?

    ReplyDelete
  3. Berbaloi taip penat penat ... sebab kami enjoy membacanya !!! terima kasih !!!

    Seronok baca !!!!

    ReplyDelete
  4. Hotel tu nampak menarik dari tingkap. Ada sungai pulak tu...mesti best...
    Biasalah orang tua-tua di China main judi tak kira masa.

    ReplyDelete
  5. tak pernah lg smpi sna...teruja tgk gmbr2... huhuhuhu...tq for the nice pics.... ;)

    ReplyDelete
  6. CT datang singgah.. hehehe cepat2 sambung cerita..
    menariknyaa journey Guilin.. mungkin bleh jadi nxt stop hehe..
    kena tnggu duit mesia kembali stabil..

    ReplyDelete