September 20, 2015

China (Guilin City) - Part 6

Assalamualaikum...

Lama betul tak menulis..hopefully semangat nak berblog takkan berakhir....hehehehe. Masa menulis betul-betul limited disebabkan kerja office yang melambak. Untuk entry nipun asyik tersekat-sekat menaip selama beberapa bulan...hahahaha. Siap 1 paragraph..bulan depan pulak sambung..hahaha. Apa-apapun memory untuk trip yg dah lepas beberapa bulan ni..InsyaAllah saya masih ingat..suasana tempat saya pergipun InsyaAllah masih merasainya sampai sekarang :)

Sambungan dari entry lalu. Seharian explore Guilin City memang memenatkan. Cuaca pulak best sangat..sejuk ala-ala jer..tak terlampau sangat. Berbeza betul dari Yangshuo yang sangat panas. Keesokan harinya kami perlu collect train ticket dari train station. Menurut hotel staff, kami perlu berjalan kaki saja untuk ke station tu. Keesokan harinya kamipun standby lah nak berjalan ke train station setelah breakfast ala kadar di bilik. Best jugak berjalan awal pagi di Guilin City..cuacapun nyaman sekali. Agak lama berjalan sebab kami singgah shopping bagai..hehehe. Tak plan nak shopping sangat pun...tapi kebetulan jumpa barang yang murah dan berkualiti..rembat lah kan..hehehe. Saya berjaya rembat winter jacket dengan harga RM70 jer. Design yang saya dapat tu kalau kat Malaysia dah cecah RM300 - RM400


Breakfast kami...saya betul-betul fall in love dengan coffee hotel kami stay tu


Activity awal pagi penduduk Guilin


Saya ada la nak snap street food..sekali kena marah dengan tokey dia..bukan main lagi dia tak bagi snap. Suspense jugak lah kan. Berjalan punya berjalan..jumpa pula restoran yang bahagian depannya ada org jual roti nan. Peniaga tu ala-ala mongolian pun ada. Kami disapa oleh sorang makcik...maybe owner restoran tu. Excited betul dia sebab jumpa orang seagama. Restoran tu lebih kurang depan train station jer..disebabkan saya dah penat berjalan, saya request kat my sis untuk duduk kejap kat restoran tu. Kami order sebijik jer roti nan. Pekerja restoran tu sorangpun tak pandai english. Ada la mamat ni cakap cina.,.saya agak jer dia tanya kami dari mana..hehehe. Bila cakap dari Malaysia..dia angguk-angguk..maksudnya betullah sangkaan saya tu...heheheh. 



Roti nan yang crunchy..sedap bila makan panas-panas


Air dihidangkan dalam bowl


Makcik yang excited jumpa kami


My sis tak berapa nak tenang relax2 dalam restoran tu...sebabnya mission kami belum siappun iaitu nak collect train ticket untuk digunakan pada malam tu. Akhirnya kamipun sambung perjalanan. Station tu tak jauhpun dari restoran makcik tu...just 2 min berjalan..memang nampak dari restoran tu. Process untuk collect ticket berjalan lancar tanpa perlu Q panjangpun. Memula tu blur jugak lah nak Q katna..disebabkan my sis ni suka bertanya, kami Q tempat yang sepatutnya.


Guilin Train Station


Train ticket ni my sis dah book lebih kurang beberapa minggu sebelum kami ke China. Mahal jugak lah...dalam RM300++ sorang. Nanti saya share cost ye


Selepas keluar dari station tu...my sis decide nak ke tempat jual souvenir...akhirnya kami pilih cab jer sebab macam tak mampu nak berjalan dah. Sayapun dah lupa tempat apa yang my sis minta driver cab tu bawak. Bila jer sampai...alamak...mana ni?? Yang ada cuma shoplot2 yang jual product2 makanan, kedai runcit serta kedai ubat. Stress betul sebab habiskan 20 CNY untuk ke tempat yang ntah mana-mana tu. Diskas punya diskas...my sis cakap jom balik hotel..check out dulu..pastu baru keluar balik. Naik cab lagi...aduhh..




View berdekatan our hotel. Tenang jer tengok air sungai yang tanpa pencemaran


Kami duduk diskas lagi...nak kemana next?? Macam dah takde apa untuk explore lagi kecuali yang paling dekat adalah Elephant Trunk Hill. Kami nak try naik bus pulak. Banyak dah duit abis naik cab. Lagi sekali kami lalu di depan kedai yang saya beli winter jacket...amoi yang layan saya tu sampai keluar kedai sebab nak pujuk my sis beli jacket...hahaha. Dia sampai follow ke bustop. Dia jugak yang bagi direction untuk kami stop kat mana...tak sia-sia kenal amoi tu..hehehe. Setelah bus sampai..kamipun berdiri dekat driver sambil tunjuk gambar Elephant Trunk Hill dalam map kepada driver bus tu...dia angguk-angguk sambil tunjuk jari di depan. Maksudnya tak jauh lah kan.

Setelah beberapa stop..boleh nampak dah Elephant Trunk Hill. Saya tunjuk la kat driver tu..dia macam suruh tunggu 1 stop lagi...sampai jer stop untuk kami turun..saya dah lepas turun dari depan..my sis pulak ada sorang amoi pegang tangan dia surun turun dari belakang..ngarut tu..dah la orang berdiri penuh sampai nak berjalan pun tak boleh..apa salahnya kami turun di depan yang hanya selangkah jer boleh turun. Nasib baik my sis berdegil.


Dari bus stop..tak jauhpun nak jalan masuk


Guilin..Yangshuo..dua-dua tempat ni memang menelan duit untuk entrance fee. Berbeza betul kalau ke Europe..banyak attraction places yang free. Macam Korea contohnya...entrance fee mana-mana palace tak mahal manapun dan banyak juga tempat yang tak perlu entrance fee. Untuk isi masa sebelum bertolak ke Shenzen..kami gamble lah keluar duit lagi untuk masuk Elephant Trunk Hill tu.

Landscape di Elephant Trunk Hill yang paling menarik adalah sebuah gunung yang menyerupai bentuk belalai gajah. Gunung itu terletak disebuah taman tertutup. Perlu masuk keadalam taman itu untuk lihat sendiri bentuk belalai gajah itu. Gunung tersebut amat besar sekali. Bentuk landscape semulajadi itu nampak lebih menarik dengan kewujudan sebatang sungai. Terdapat juga service bamboo rafting di sungai tersebut tapi saya tak sure dimana stationnya.


Dah ada ticket...jom masuk


Kalau berkesempatan masuk Elephant Trunk Hill, layan lah jugak landscape kat sini ye...banyak yang menarik


Bunga pasti menarik perhatianku :)
  
 Hehehee


Taraaaa...sampai sudah..Gunung ni tersangatlah besar. Saper larat boleh panjat sampai ke atas...ada disediakan tangga ye.


Saya sikit pelik..bentuk gunung batu menyerupai gajah ini adalah semulajadi...kenapa nak kenakan entrance fee mahal2?? Tak paham betul. 


Anak gajah main air...hehehe


Pagoda atas gunung yang kami visit 1st day di Guilin. Boleh refer previous entry. Tengok gunung betuk gajah tu dah macam rupa gajah dalam cter Ice Age animation movie tu...hehehe


Lepas dah puas..kamipun keluar dari tempat tu. Terpaksa guna cab lagi sebab kami kejar masa untuk makan serta untuk ke train station. Bila naik cab...my sis call restaurant yang bakal kami pergi dan serahkan phone kepada driver cab. Dengan cara tu saja driver cab tahu kami nak kemana.

Driver cab hantar kami betul-betul depan restaurant. Sepanjang di Guilin, kami berkesempatan makan di 2 buah restaurant halal. Kedua-duanya macam grand jer restaurant tu. Terpaksa lah spent banyak duit skit sebab takde choice. Nak memesan makanan kami dibantu oleh waitress. Dia recommend saya cuba rice noodle manakala my sis dia minta order ikan steam. Alasan dia, kami boleh cuba 2 jenis makanan. Good idea betul. Ikan yang kami order tupun besar..memang lebih dari cukup untuk dua orang.


Biskut bijan tu macam sedap..sayapun rasa lah 1..tak berapa nak sedap..keras dan manis sangat.


Rice noddle ni biasa jer...tapi noodle tu sangat lembut...lagi sesuai kut kalau makan bersama kuah laksa


 
Ini paling sedap...combination with rice is perfect. Tak perlu lauk lain pun. Ikan ni agak banyak tulang...bila dia dah siap-siap potong slice macam ni..amat senang nak makan. Atas ikan ni ditabur garlic yang digoreng garing..sos ala-ala kicap dan ntah apa-apa lagi tu sangat sedap!!!



Photo di dinding restaurant...rasanya menunjukkan etnik di China.


Dah kenyang..kamipun nak gerak ke hotel untuk ambik bag. Kami tanya kepada waitress tu tempat yang sesuai untuk naik cab. Dia beriringan dengan kami ke main road untuk tahan cab. Disebabkan time tu peak hour, memang susah nak dapat cab. Kemudiannya hujan turun. Dia still bersama kami ditepi jalan tu. Akhirnya my sis tanya jauh tak kalau nak berjalan. Dia cakap tak berapa jauh...maybe 5 - 10 minutes jer. So kami decided nak berjalan sebab takut bazirkan masa ditambah menyusahkan dia. Sebenarnya tak terasa jauhpun berjalan..hehehe.

Lepas ambik bus kami naik cab untuk ke train station. Location hotel kami stay tu agak ok sebab dekat dengan main road dan tak crowded. Tak susah nak dapatkan cab. Ketika dalam cab, boleh jugaklah sightseeing untuk kali terakhir. Kelihatan Guilin City ni nampak menarik diwaktu malam disebabkan lampu-lampu berwarna-warni yang dipasang di keliling tasik dah juga pokok. Bandaraya pun bersih dan rasa selamat kalau berjalan waktu malam. Jika dibandingkan Yangshuo dan Guilin, sudah pastinya Guilin lebih maju serta penuh dengan facility, public transport ect, Yanghuo pulak lebih tenang. Jika dibanding dari segi penduduknya, penduduk Yangshuo lebih polite. Jika berkesempatan pergi lagi, saya ingin lebih lama di Yanghuo.

Berbalik hal train ke Shenzen ye..kami ditinggalkan oleh cab driver jauh dari train station entrance. Time tu suspend la..takut kena tipu atau driver tu silap hantar. Dah la cakap macam ayam dan itik. Nak pasti lagi kami tanya orang ramai yang macam nak menuju ke tempat yang dikatakan train station tu. Akhirnya kami yakin tempat tu adalah betul. Nak masuk station tu, dari entrance lagi dah kena lalu imegresen serta scan bag semua. Dah lepas imegresen, terus boleh ke gate macam tertera di ticket. Manusia ramai giler. Kami agak was-was ketika berada di satu tempat menunggu tu. Bila tanya staff station tu..langsung dia tak paham. Sampai la saya terjumpa sorang mamat China yang seolah-olah tour guide 3-4 orang mat salleh. Memang betullah tempat kami tunggu tu, just tunggu pintu dibukak jer untuk ke gate yang tertera di ticket. Nasib baik sangat..risau betul. 

1st time nak naik train untuk jangka masa yang lama..sehingga 12 jam....fuhhh. My sis dah booked dari Malaysia lagi. Bila masuk jer bilik kami..fuhh...memang puas hatilah. Setiap bilik ada 2 double decker bed. Kami share bersama couple warga emas orang China. Asalnya saya duduk bahagian bawah and my sis katil atas. Disebabkan couple tu warga emas, macam mana dia nak naik kan. So saya offer untuk tukar..kena la panjat atas..hahahaha. Tapi lebih selesa di bahagian atas. Perasaan saya time tu? Syok la..hehehe..cadar serta selimut sangat bersih..sejuk pun okok jer.

Train slow jer..kekadang bunyi bising datang dari rail..saya agak dia lalu simpang kut..hehehe. Time tu saya asyik jerit jer…hahahaha. Apa-apapun boleh jer tido sampai siang…hahahaha. Setiap orang disediakan sliper. Boleh ke toilet guna sliper tu. Toiletnya memang teruk lah...busuk. Ada orang akan datang jual snack dan air...boleh la beli.


Seharian berjalan-jalan...memang penat...tak sabar betul nak tido..hehee



Sleeper train
From google photo : triple bed (hard sleeper) cam gini pulak agak tak berapa selesa kerana tilamnya lebih nipis dan tak berapa ada privacy. Hanya curtain untuk cover setiap compartment yang mempunyai 6 beds. Maybe tak sesuai untuk kita perempuan duduk di tempat ni. Kalau tidor bed paling atas...jatuh sure koma :P


Bilik kami pulak ada pintu dan boleh dilock dari dalam. Lebih privacy dan selamat untuk berada sepanjang malam dalam train. Kalau dah penat baring...boleh duduk2 diluar bilik sampai layan view. 

Aduhh...banyak lagi entry perlu saya tulis. Baru-baru ni saya ada ke Vietnam. Penuh dengan dugaan betul ke negara tu dan membuatkan saya give up untuk ke negara-negara dunia ke-3. Tapi bila difikir-fikirkan balik...perlulah yang baik tu dijadikan teladan yang buruk tu dijadikan sempadan. Tetapi emosi saya masih belum stabil dengan peristiwa yang berlaku atas kelalaian sendiri. Terlaku leka dan ambil kira semuanya mudah dan akhirnya padah yang diterima. Kalau barang kesayangan dirampas orang...siapa boleh tahan?? Apa-apapun saya kena belajar redha dengan ketentuan Allah..pasti ada hikmahnya. Doakan saya sabar dan redha ye :)

1 comment:

  1. Memang menarik dan ternanti nanti akan kisah selanjutnya !!!

    Terima kasih berkongsi !

    ReplyDelete