Assalamualaikum...
Saya nak cerita sikit kisah sebelum saya ke China. Ceritanya gini....ramai opismate saya tanya saya nak kemana cuti panjang. Bila bagitau jer China...ada yang terkejut...lagi terkejut bila tau saya tak guna mana-mana tour service...hehehhe. Menurut opismate saya yang berbangsa cina..dorang kalau ke China pun tak pandai jalan-jalan sendiri..semuanya guna tour agent 100%. Setelah berpengalaman di Thailand, sikit sebanyak meyakinkan saya serta my sis survive especially di Yangshuo. Best pulak bila balik office, ramai opismate cina nak dengar citer saya..hehehe
Okok....sambungan citer day 2 di Yangshuo. Selepas kami balik dari Xingping, macam tak berapa nak larat dah. Patutnya kami nak ke Silver Cave seperti yang di advise oleh mamat Taiwan yang kami jumpa kat Xingping tu...bila tengok map macam jauh pulak. Lagipun kami dah banyak habis duit untuk transport di Yangshuo..ada beberapa tempat perlu kami pergi sebelum balik Malaysia. Bila fikir-fikir balik..macam risk berhabis banyak duit di Yangshuo. So..kami just nak tengok sunset jer.....again kami ke Yulong Bridge. Jom tengok photo...
Panorama yang sangat indah
bestnya boleh berakit gini bersama keluarga :)
Tak berapa nak nampak sunset sebab kabus kut. Waktu ni dah around 6pm gitu.
Tempat ni betul-betul dijaga dari berlaku pencemaran
Tak tahu bunga apa ni...cantik sangat. Pokoknya sebesar pokok sakura
Taraaaa...inilah pokoknya
Yulong Bridge tu agak jauh nak ke hotel kami..nasib baik ada akak-akak naik moto skuter. Setelah agree dengan harga..kamipun mintak hantar ke West Street Night Market. Kami terpaksa naik asing-asing sebab motor akak-akak tu kecik. Kalau bukan skuter..dah boleh naik 3 orang macam moto yang kami pernah naik sebelum-sebelum tu...Jom tengok photo di night market..
2nd time kami di sini..1st day tu tak sempat jalan-jalan sangat.
Cam sedap jer tengok tauhu ni....
Yang ni lagi nampak sedap...mampu tengok jerlah...tak berani nak beli...hehehe
Tengok yang ni pakat telan air liur kami dua orang...hahahhahaha. Segala macam seafood grill..glupppp...pun tak berani nak beli sebab nampak macam diletak sos something
Saya rasa akak ni tengah tetak cili jeruk gitu sebab bau masam-masam.
Gini rupanya nak gilap mutiara supanya licin dan bersinar.sinar. Benda tengah-tengah tu berpusing-pusing.
Lepas dah penat jalan-jalan....kami terus balik ke hotel..akhirnya makan nasi goreng jer lah kami malam tu...nothing we can eat dekat night market tu. Sepanjang di China..product Brahim paling saya suka adalah nasi goreng kampung ni...sedap sangat. Lauk-lauk lain tu saya tak berapa sangat sebab ada rasa pelik pada kuah. Next time nak beli banyak-banyak nasi goreng ni...
Entry kali ni just pendek jer ye...next entry akan saya ceritakan perjalanan kami ke Guilin City dan juga apa yang kami buat di Guilin...bai :)
Mana gambor naik skuter ngan akak2 tu ?
ReplyDeleteCantik view " ayor rakit dan gunong".
Mana nak beli produk brahim ni ?
Akak saya ada snap dari belakang time bonceng skuter..tapi xclear sangat. Saya beli product tu kt giant. Kalau lauk jer dalam harga rm7-8 gitu....kalau nasi goreng mahal skit...belas2 ringgit. Senang lg nasi goreng...xyah masak nasik lagi..hehehe
ReplyDeleteSepatutnya org China takde masalah di sana sbb boleh berbahasa Mandarin...
ReplyDeleteMaknanya zila, ASP lebih tera dari dia orang...hehe
Cantik gak Yangshuo ni...
tauhu tu dah macam pizza pula saya tengok hehehe
ReplyDeletezila, next time try jenama Kathy's Kitchen..jauh lebih sedp dari Pak Berahim tau..
Cantiknyer zila pemandangan kat sana.. semalam pon baru bca blog post pasal yongshou.
ReplyDeletebest..udara yg bersih, view yg cantik...
ReplyDeletecantiknya view kat sana...makanan halal senang tak...sedap tak masakan diaorang...
ReplyDeleteMemang terrer Zila dengan kakak Zila dapat jalan-jalan di China tanpa guide, kan.
ReplyDeleteAda masalah bahasa tak?
Mie --> Tak lah tera mana..biasa2 ja...haahaha
ReplyDeleteZilla --> Ok Zilla..next time nak try
Farikica --> Pasni boleh la ke sana pulak..canti sangat tempat ni
Nohas --> Betul tu
Cik anne --> Amboii...bertahun dah tak nampak...hehehe. Makanan halal agak susah...saya jumpa 1 jer. Saya xberapa nak suka sangat makanan dorang
Prof --> Prof pun terer gak..dulu kan berbulan kat China. Memang ada masalah bahasa..tapi still boleh buat bahasa isyarat dan dorang paham :)
hehehe betul.. nasi goreng brahim yang sedap pun.. kalo lauk tu leceh la..
ReplyDeletetapi CT penah rendam paket tu dalam heater.. nak panaskan..
jahanam la heater tu hehe..
cantiknya view kat sini.. serious cantik..
ReplyDeleteYa Allah cantik nya pemandangan waktu senja tu....
ReplyDelete