December 26, 2014

Thailand (Bangkok) Day 2 - Part 4

Assalamualaikum...

Entry untuk day 2 lagi. Dalam sejam perjalanan dari Ayutthaya kamipun sampai di Bangkok. Time tu tak salah saya dalam pukul 2pm gitu. Jammed bukan main teruk untuk masuk tengah-tengah Bangkok. Ketika on the way nak pergi Farida Fatornee tu, dapatlah kami tengok kedudukan shopping complex area Bangkok...ternyata semuanya dekat-dekat sekali. Ada beberapa shopping complex dihubungkan dengan sky bridge untuk memudahkan orang ramai keluar masuk. 

Sampai restoran Farida, kami terus order makanan panas. Ada juga pelbagai lauk campur. Yang best makan sini, suami tokey restorant tu (saya agak Farida tu adalah tokey restorant tu) peramah. Dua laki bini ni boleh cakap melayu slang Kelantan. Kami memilih untuk makan sayur campur dan ikan siakap goreng ala apa ntah..lupa pulak. Kedua-dua lauk pilihan kami tu punya la sedap. Memang puas lah makan. Komen kesedapan itu adalah dari my sis sebab deria rasa saya terhadap makanan sudah takde...sedih tul!!!



Sayur ni bila kunyah rangup jer


habis sekor kami dua orang makan...hahaha


Jemput makan semua :)


Sepanjang masa kami tunggu makanan sampai dan juga menikmati makanan, si Samart ni tetiba dok melayan pelanggan dalam restoran tu. Dia dah lagak anak tokey kedai tu...hahahahha. Kejap ambik order...kejap angkat pinggan mangkuk ke dapur. Sampaikan 1 family melayu ni bercakap-cakap sesama dorang yang Samart ni anak tokey restoran tu..hahahha. Lepas dah settle dia layan pelanggan semua. Nampak dia sangat biasa dengan owner restoran tu.

Tetiba si Samart ni dok tunjuk watsup message dari orang Malaysia. Dia kan tak reti nak baca bahasa melayu ataupun english..so my sis pulak jadi translator..hahaha. Siap my sis taipkan message. Rupa-rupanya ada sorang doktor nak guna tour service dari Samart ni. 

Lepas jer Samart hantar kami ke hotel, saya telan panadol dan terus pengsan sampai ke petang. Bangun dari tido, saya terus gi mandi air sejuk untuk kurangkan panas badan. Disebabkan keinginan yang kuat nak jalan-jalan, saya gagahkan jugak diri. Saya cakap kat my sis, saya nak makan dessert di Mango Tango @ Siam Square, Soi 5. Saya hanya ada alamat gitu jer...Siam Square, Soi 5...hahaha.


Sebelum memulakan pencarian, bergambar dulu..hehehe. Inilah rupa sky bridge yang menghubungkan BTS serta beberapa. shopping complex.


Jammed. Perasan tak, laluan jalan bahagian kiri dan kanan adalah bukan 1 way. 


Building kiri tempat kami sering gi makan dan disebelah kanan adalah tempat kami tinggal sepanjang di Bangkok.



Saya bayangkan Mango Tango adalah di dalam complex, tapi bukan rupanya. Di atas jasa budak-budak sekolah thai, kami akhirnya jumpa Mango Tango...yeeee!!! See?? Cafe ni just dalam cabin jer..hhaaha. Ada dua cabin yang diubahsuai. Satu untuk kitchen dan satu lagi untuk tempat makan.


Saya tahu pasal Mango Tango ni ketika search dari google untuk mencari pulut mangga...dah lupa dah blog apa yang saya refer. Menurut penulis blog tu, tempat ni sentiasa penuh sampaikan orang kena Q. Kami dapat layanan yang baik dari waitress cafe tu..dia rekemen untuk menu yang dia tunjuk tu...saya terus agree..hehehe


Perlu order dan bayar dulu ye...manggapun boleh dikeringkan.


Kami dapat meja yang best. Sambil makan boleh tengok orang lalu-lalang.


Zoom skit....glupppp. Komen saya...sangatlah sedap, terutamanya pulut bila dimakan bersama mangga. Tapiiiiii....alahai...sikit sangat pulut tu. Tak puas saya makan. Semua atas plate ni berasaskan mangga. Lepas makan aiskrem tu...kong kong kong la saya semalaman..sebab tekak dah sakit lagi menambahkan sakit...teruk teruk...hahahha


My sis order yang ni. 


Saya suka konsep cafe camni....unik dan menarik. Boleh google untuk tahu cara nak ke sini.

Kemudiannya, kami decide nak visit satu shopping complex yang famous dengan setiap floor shopping complex tu bertemakan bandar-bandar besar di dunia. Nama shopping complex tu adalah Terminal 21. 1st time untuk kami gunakan BTS service. Senang jugak nak paham konsep BTS ni. BTS ni systemnya macam naik underground tube kat London. Sangat mudah nak ke sana sebab kami time tu dekat dengan station BTS Siam, tanpa perlu tukar2 train kami terus turun ke station Asoke/Sukhumvit. Keluar jer dari train, terus leh masuk Terminal 21. Sangat mudah. Yang payahnya, bersedialah untuk panjat atau turun tangga. Sebab station ni berlapis2 ye. Escalator adalah kurang ye!!!


Inilah floor bertemakan London. Datang sini bukannya berminat nak bershopping, tapi lebih berminat nak tengok decoration tema bandar-bandar didunia...hahaha



Ni laluan nak ke toilet...siap ada underground tube di lorong ke toilet ni...hehehe. 


Ini ala-ala underground station pulak...hehehe...dalam toilet pula, semua toilet cubicle ada lukisan map underground tube ni...memang menarik :)



 Bersumo tengah-tengah shopping complex..hahahha - di Level Tokyo


Floor ala-ala turki pulak...saya paling berminat dengan lampu ceiling ni...menarik...


Golden Gate Bridge ni pulak gah merentasi tengah-tengah Terminal 21 ni. Floor ni plak ala-ala San Francisco la.


Unik betul cafe ala-ala dalam train ni...tergantung pulak tu...creative tul orang yang reka semua ni


Lepas dah penat explore Terminal 21, kami balik ke area National Stadium untuk dinner. Pilihan restoran yang senang untuk diterjah adalah Yana Restaurant again. Kali ni kami order personal dish jer, jom tengok kami makan apa.




Saya order prawn fried rice...tak berapa kena selera.



My sis order pad thai...sedap sangat. Saya tolong habiskan bila my sis dah tak larat makan...nasi goreng tu terus letak tepi.


kerabu mangga ni aduhaiii...masam sangat...saya hanya mampu makan kacang jer...

Ok semua, kat sini dulu ye...untuk day 3 saya akan share pengalaman pusing-pusing Bangkok. 



11 comments:

  1. Sangat menarik...seriuss..sdap pulak tgk pulut mangga tuh..

    ReplyDelete
  2. memang sangat best shopping complex kat Bangkok, especially yg 4 serangkai tu..Siam Paragon/Centre/Discovery & MBK..

    ReplyDelete
  3. bila baca entry zila rasa meronta2 nak gi bangkok ...huhuhu
    menariksekali manggo tanggo tu. mall tu pun happening , mmg kreatif dan berimaginasi tinggi org yng reka tempat mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Rasanya kitorang ada lalu Mango Tango tu masa last day tapi still tutup sebab awal pagi sangat. Menu dinner Zila kat Yana Resto sama dengan menu saya haritu. Saya bungkus; makan kat bilik. Memang sedap!

    ReplyDelete
  5. Memang best JJCM kat tempat orang ni... sesekali tukar selera...

    ReplyDelete
  6. Adoiiii terliur tengok pulut mangga tu...

    ReplyDelete
  7. Aiseh Zila.. aku terlepas lah Mango Tango tu. Telan air liur tengok tpi betullah kata kau, pulut dia sikit sangat. Aku kena makan dua baru kenyang

    ReplyDelete
  8. Sedapnya pulut mangga tu.. kena gi BAngkok ni, nak cari pulut mangga kat MAngo TAngo..

    ReplyDelete
  9. Soping terminal21 tu menarik laa . ..

    ReplyDelete
  10. Makanannya saya sangat ingin mencobanya...sedappppppppp

    ReplyDelete