Gigih menaip entry sambil terbatuk-batuk dan demam. Sedih betul trip kali ni..saya demam sepanjang di Bangkok. Kesian my sis sebab tak dapat nak cover semua tempat yang dia teringin nak pegi kat Bangkok. Ada a few tempat menarik terpaksa skip sebab saya tak mampu nak pegi. Tempat-tempat yang sempat cover pun disebabkan saya memaksa diri untuk bertahan dan tak fikir sangat kesihatan diri. Rasanya saya demam dan batuk disebabkan cuaca Bangkok yang amat panas. Sepanjang di sana Alhamdulillah cuaca sangat-sangat ok. Langit biru..cuaca cerah..perjalanan mudah dan nak cari makanan halalpun senang, sampaikan sambal ikan bilis tersimpan rapi dalam beg..hahaha.
Flight ke Bangkok ni kami beli 2 bulan lepas dengan harga RM344 termasuk pilih seat. Dapat seat sebelah tingkap dan duduk sebelah menyebelah antara satu sama lain adalah wajib. Asalnya kami nak guna bus dari One Utama ke KLIA2...tapi cab service semua refuse. Akhirnya kena la terus naik cab ke KLIA2. Pandai driver cab ni...dekat-dekat taknak anta. Hangus duit tambang bus yang kami dah beli online awal-awal tu.
Sampai jer kat KLIA2..bermulalah operasi melihat-lihat new airport. Mengagumkan jugak. Memang jauh lebih bagus dari LCCT. Restauranpun banyak dan menarik. Kami memilih restaurant Nyonya untuk breakfast. Flight kami adalah pada pukul 1.15pm.
View KLIA2 dari atas flight
Takut susah nak cari makanan kat Bangkok, kami makan siap-siap atas flight. Daging masak kicap tu sedap tapi beriani vegie tu amatlah tak sedap.
Selepas lebih kurang 2 jam lebih..kelihatanlah tanah Thailand dari atas. Padat kan??
Yang bahagian tengah-tengah ni tak salah saya adalah temple.
Bumbung yang berwarna-warni...i like :)
Sebenarnya ketibaan kami di Don Muang Airport akan disambut oleh Samart. Samart adalah warga Thai yang fasih berbahasa Melayu. My sis dapat contact no beliau dari blog http://mamaayahaman.blogspot.com/. Malangnya dia terpaksa cancel last minute. Tapi dia advise untuk naik dan exit di pintu departure hall dan ambik cab yang baru hantar passenger. Dari situ menurut beliau, tambang cab akan murah sikit. Kamipun x sure murah ke tak sebab 1st time ke Bangkok lah katakan...hahahha.
Ketika kami naik 1 cab ni.driver cab tu masukkan bag kami dalam bonet semua...pastu dia mcm nak ambik payment dari passenger yang dia antar tu. Si mat salleh ni macam dok tawar-menawar dengan driver cab tu...tetiba driver cab tu angkat tangan nak bagi penumbuk kat mat salleh tu. Tapi tak kena la..driver cab tu macam ala-ala je. Menggelabah la kami..my sis siap bukak pintu tanya wife mat salleh tu driver tu kenapa. Kami nak lari keluarpun dah terlambat sebab bag dah dalam bonet. My sis tak sempat nak tanya lebih kat wife mat salleh tu sebab driver tu dah suruh tutup pintu. Kami baca Ayat Kursi sepanjang perjalanan ke hotel.
View ketika on the way ke hotel. Tak sangka building yang paling tinggi itu dalah Baiyoke Hotel yang bakal kami naik...haahah...nantikan next entry untuk pengalaman kami kat building ni.
Susah betul dapat driver tak paham english langsung...hahaa. Dia tak tau mana hotel kami. Adoiii..berpusing-pusing dia wat macam tahu. 1st dia nak anta hotel sebelah MKB sebab kami bagitau hotel kami dekat dengan MBK Plaza dan sebut Ibis Hotel. Sayapun cakap la kat staff hotel tu suruh bagau driver cab tu camner nak ke Ibis Hotel. Diapun cakap la bahasa thai dengan driver tu. Happy giler dah driver tu bila dia macam dah tahu...hahaha. Sekali sampai hotel apa ntah...salah jugak. Chef hotel tu kebetulan ada area luar hotel tu...sayapun explain la kat chef tu kami nak ke Ibis Hotel. Syukur sangat chef tu explain direction kat driver tu...akhirnya kami sampai...hahaha. Saya isau kena penumbuk jer dengan driver cab tu sebab asyik-asyik tak betul jer dia bawak...hahaha. My sis pulak lupa nak save no fon hotel. Call Samartpun tak dapat-dapat.
Tapi nasib baik driver cab tu ok...dia ada kesungguhan nak bawak kami ke hotel. Sebabkan banyak sangat berpusing...kami terpaksa bayar 300 Baht dan 50 Baht untuk toll. Kalo cepat sampai sure dalam 250 Baht gitu jer.
Inilah hotel kami selama 5 malam di Bangkok. Totally dibelanjai oleh my sis...hahaha. Ini percutian kami untuk release tension selepas sibuk dengan career sepanjang tahun. Hotel ini adalah Ibis Hotel Siam yang kedudukannya beberapa kaki dari tangga nak menuju ke BTS station, Really good location and really recommended.
Building hotel ni share dengan satu lagi hotel yang namanya Mercure Bangkok. See?? Floor yang ada kat lift ni adalah floor milik Ibis Hotel...dan floor yang takde adalah milik Mercure Bangkok. My sis booked floor paling atas dan city view. Waktu malam dan waktu sunrise...anda dapat tengok view yang amat cantik.
Bilik airnya memang terbaik...disediakan body liquid and handwash.
Bilik yang luas
Bahagian untuk meletakkan bag dan sebagainya...hahaha. My space adalah half of table..and my sis adalah sofa...half lagi table, untuk my sis record segala expenses sepanjang di Bangkok..hahaha. Cabinet bawah tu adalah fridge ye. Tak gunapun.
Setiap hari mineral water akan diberi. Kalau instant drink habispun..dorang top up kan
Diseberang jalan sebelah hotel kami...ada National Stadium..punya la bising sebab ada function apa ntah.
1st day kami di Bangkok, kami just shopping sikit-sikit di MBK yang tak jauh dari hotel. Best sangat dapat 1 sport shoes dengan harga just 500 Baht....selesa sangat sport shoes tu.
Dari pemerhatian saya, MKB ni banyak menjual barang-barang yang dicopy dari barangan branded. Kasut, bag, baju, jam serta barangan kulit semuanya dicopy. MBK ni juga ada tempat shopping yang dipanggil Tokyu. Kalo kt kampung saya, tokyu tu refer kepada kicap...hahaha. Tokyu ni ala-ala Jusco la.
Dah penat jalan-jalan...kamipun singgah kat Yana Restaurant. Restaurant ni terletak di Tingkat 5 MBK Plaza. Makanan kat sini murah sikit nak berbanding dengan Absolute Thai kt Malaysia. Makanan kami ni kalo tak salah dalam 600 lebih Baht. Agak-agak dalam RM60 lebih la.
Untuk next entry saya akan ceritakan pengalaman saya melawat sunflower farm dan juga Ayutthaya.
nk berjalan2 time badan xbrapa sihat jadi xbest sgt kn..byk tempat akan termiss
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..
ReplyDeletetak bestnye kan time jalan2 tetiba demam lak ... aku plak jenis seminggu sebelum nak berjalan jauh mesti demam la, selsema la, batuk la... demam excited hehehe
ReplyDeletePergi ladang bunga matahari yg luas terbentang tu ke? Nanti update gambar banyak-banyak ya please
ReplyDeleteAgak lama juga Zila tak jalan2 kan... bila dapat berjalan demam pulak...haish
ReplyDeletemesti sedap tom yam tu.... jadi lapar tiba2... berapa harga hotel yg zila duduk ni...? kesian zila demmam time jalan... x pa..bangkok dekat, thn depn dtg lg...
ReplyDeleteok...ok...baru tau kisah jejak kaki di bangkok
ReplyDeletedan bole ternampak...akak dalam ramai-ramai umat di pasar?
hahahah
eagle eyes indeed dik!
Tom Yam Bangkok... Perghhh! Sampai sekarang tak boleh lupe... Sedap menusuk ke tekak ku... He He He...
ReplyDeletePanas sangat agaknya Zila tu yang menjadi2 demam tu. Hopefully Zila dah sihat. Hihi kita duk hotel yang sama. Best kan Ibis ni. Dah lah murah.
ReplyDeletebestnya jalan bangkok. bilik hotel pun nampak selesa.
ReplyDeleteLawanya hotel
ReplyDeleteZaulfarhana --> Betul tu :(
ReplyDeleteJue --> Terima kasih :)
Azra --> Tudiaa....excited sampai demam2..hahaha
Travelog --> A'a...InsyaAllah
Mie --> Saya ni kalo travel in one yr target 1 kali atau 2 kali jer travel..mana mampu nak travel nonstop mcm orang lain..hehehe. Tu lah..demam pulak
Farikica --> Lupa pulak nak komen hal tomyam..hahaha. Time tu tekak saya dah start perit2. rasa semua payau jer. Tapi my sis siap hirup2 lagi kuah tomyam tu..sedap lah kut..hahaha. Hotel tu 1 mlm RM210 kut. A'a plan nak gi lagi..hehehe
ReplyDeleteKak coconut --> Itulah akak..sepontan tui rasa time tu..sepintas lalu jer terus saya tau akak sebelah saya..hahaha. Tak sangka tui seramai2 umat kt market tu kita terjumpa.
SS --> Fulamakkk....heehehe
Bibie --> Kt Bangkok ritu awk tukar2 hotel ek?? Kalo awk ckp murah..saya lg lah rasa berganda2 murah sebab my sis lanjer..hahaha.
Nieda --> :)
Ren --> a'a betul :)
Alahaiiii x sabar nak tunggu cerita bunga matahari ni...
ReplyDeleteCerita bunga matahari dh ada...hehehe
ReplyDeleteIbis Hotel Siam - really good location and really recommended? nampaknya akan stay kat sini nanti
ReplyDeleteaksi driver cab tu mmg menyeramkan...si baik korang berdua sampai dengan selamat
ReplyDeleteJM --> Betul tu JM...really good location. Driver cab tu sesaja tu nak menakutkan mat salleh tu. Dengan kami dia ok je
ReplyDelete