December 24, 2014

Thailand (Ayutthaya) Day 2 - Part 3

Assalamualaikum...

Ubat sakit tekak yang diberi oleh Samart langsung tak berkesan..dah sekotak saya habiskan sampaikan dia beri sekotak lagi yang berperisa lemon pulak. Bila minum air, perit sangat rasa tekak. Bila sampai Ayutthaya, takde rasa excited sangat pun sebab yang bakal kami visit adalah wat atau candi Buddha yang dibina dahulu kala. 


Photo ini diambil ketika sampai di bandar Ayatthuya


salah satu lampu jalan yang dipasang sepanjang bandar Ayutthaya


Wat pertama kami visit adalah Thanon Si Sanphet. Untuk ke wat tersebut, kami melalui sebuah market kecik. Dan kebetulan sangat, kat sebuah gerai menjual snack thai, kami terjumpa orang malaysia. Kak ni namanya kak K. Excited betul kak K jumpa kami. Bercoleteh panjang lah kami..hahaha. Siap duduk makan bekalan yang kami bawak iaitu roti dan sambal ikan bilis. Makan sikit jer tepi sembang jer banyak...hahaha. Kak K ni buat tour service sambil niaga. Tapi tour service dia banyak untuk mat salleh. Siap suruh kami datang lagi keesokan hari sebab area wat tu akan ada show menarik. Kawan berniaga dia org thai offer nak bawak kami jalan-jalan esok. Kami just cakap yang kami tak janji sebab ada lagi tempat lain yang perlu kami terjah. Selepas tinggalkan barang-barang kat gerai kak K, kamipun start explore tempat tu.

Jom tengok apa yang dijual kat sana. 


Kak K cakap kedua-dua jenis makanan di combine dimakan bersama...dia cakap makanan ni ala-ala kuih ketayap.


Pelbagai jenis makanan..ada juga beberapa gerai orang islam


Cantik kan?

Anjing memang banyak betul area ni. Geli betul melihatnya..macam sejak lahir tak mandi. Cuaca memang cerah..tapi panas lah teramat..dengan angin yang membawa pelbagai habuk. Naik pening saya dengan keadaan tu. Sampai jer area wat tersebut kami decide taknak masuk..just nak snap photo dari luar jer. Saya bagi idea kat my sis, dah alang-alang ada monopod snap jerlah dari luar. Tembokpun tak berapa tinggi sangat. Saya tengok mat salleh semua pakat snap dari luar. So, kat bawah nilah hasilnya. Semuanya photo dari hp my sis. Quality photo dari Xperia Z3 memang best.




See?? Monopod boleh menjangkau ketinggian tembok batu. Save entrance fee 50 Baht/person..hehehehe.



Saya cakap kat my sis..panas sangat kalo masuk..saya tak tahan. Dalam wat ni takde langsung kawasan teduh. Jalan-jalan tepi tembok batu ada jugak pokok-pokok yang menjadikan keadaan redup. Demam saya makin terasa kesannya...jijak tanahpun macam keawang-awangan jer. My sis berminat sangat nak explore tempat ni...disebabkan keadaan saya, dia terpaksa lupakan niat tu...kesian dia. 


Tak lama pastu kamipun bergerak balik ke gerai kak K. Selepas bersalam-salaman semua, kami kembali cari Samart. Samart bawak kami ke tempat terakhir di Ayutthaya..ianya juga wat. Memang membosankan visit wat-wat ni. Untuk wat ke-2 ni, kami decide nak masuk. Kena la bayar 50 Baht/person. 



Boleh dikatakan semua wat berbentuk camni 




Me with patung-patung tanpa kepala



Saya bgtau my sis…atas ni la raja dulu-dulu duduk pastu rakyat jelata kat bahagian bawah-bawah…angguk-anguk paham diapun…hahaha..sesaja kenakan dia. Sayapun tak tahu apa function tempat yang tinggi ni. Ada org panjat naik sampai atas..bila nak turun terkial-kial sebab tangga ni agak curam..hahaha.

Sebenarnya kami ajak Samart untuk ketempat lain lagi, tapi dia cakap 2 tempat yang dia bawak tu jer antara yang paling menarik. Ntah betul ntah dia malas ke tak tau lah. Kami pulak tak study betul-betul apa yang lagi yang menarik kt Ayutthaya ni. Rasanya kalau drive sendiri lagi senang nak kemana saja ikut suka kita.

Berakhirlah trip kami ke Lopburi dan Ayutthaya for that day. Sebelum Samart hantar kami ke hotel, kami minta dia bawak kami makan dulu. Next entry saya akan share apa yang kami makan untuk lunch dan juga activity kami explore shopping complex di Bangkok selepas saya tido 2 jam...hahahha.

10 comments:

  1. kalau tk melawat wat ada tak tempat lain yg menarik dilawati?

    Buah2 jeli tu yg saya cari semasa di Floating market Hadyai baru2 ni. tapi tak ada pula.

    Rasanya tak berapa best tapi cantik sgt buah2 tu

    ReplyDelete
  2. kalau tk melawat wat ada tak tempat lain yg menarik dilawati?

    Buah2 jeli tu yg saya cari semasa di Floating market Hadyai baru2 ni. tapi tak ada pula.

    Rasanya tak berapa best tapi cantik sgt buah2 tu

    ReplyDelete
  3. Baguslah tu tak masuk... Rasanya kita tak perlu berlebih-lebih kat tempat macam ni...

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak idea guna monopod tu kan..? boleh dipraktikkan ni... he..he...

    ReplyDelete
  5. kualiti pic cantik gak...
    cianya makin teruk sakitnya ek

    ReplyDelete
  6. Souvenir orang dalam sampan ngan jualan buah2 tulah saya beli kat Asiatique haritu. Lawa kan. Xbest kan Zila kalau sakit time berjalan. Mood pun ke laut jadinye.

    ReplyDelete
  7. Nieda --> Ada tempat boleh naik gajah pusing-pusing. Saya tahu buah jeli apa nieda maksudkan..buah tu cantik jer, tapi tak sedap..hehehe

    Mie --> Tu arr..just tengok-tengok kejap pastu keluar arr...takde apa yang menarikpun :)

    Farikica --> aa..heehhe...

    ReplyDelete
  8. SS --> Wow..hebat..hehehe

    Bibie --> Nyesal tak beli..memang cantik sampan tu. Betul tu...memang takde mood :(

    ReplyDelete