May 6, 2025

Frozen in Arctic (Finland) - Helsinki Part 7

Assalamualaikum..

Berakhir sudah moment di winter wonderland yang snow memutih indah. Dan bermula sudah moment di bandar pesat membangun. Pagi tu kami tak lah awal sangat nak explore Helsinki ni. Kami breakfast di cafe depan City Box Hotel. Ownernya adalah Bangladesh. Sambil menikmati breakfast uncle tu sembang lah dengan kami. Saya tanya lah macam mana boleh stay di Finland sekian lama. Dia cakap sekian-sekian umur setiap anak-anak perlu join army. Maybe macam PLKN lah. Wife dia tak nak anak-anak dorang teruk-teruk join army dan akhirnya mereka tinggalkan Bangladesh. Uncle ni dekat Bangladesh adalah developer. Anak-anak dia pun semua dah besar-besar. Semua kerja hebat-hebat. Dari cara pakcik tu saya dapat katakan yang dia suka cerita hal dia dan tak suka nak tahu menahu hal orang yang sedang sembang dengan dia...hahahaha. Tapi nasib baik lah dia tak tanya...kalau dia tanya ntah-ntah saya punya cerita sampailah ke lunch...hahahaha..takde lah...gurau jer..

  

Our breakfast.

 Dah siap breakfast kami bergerak ke area tram. Kami plan nak beli 1 day ticket. Tak jumpa pulak ticket machine. Masuk lah kami dalam satu building. Nampak ATM machine dan seorang akak sedang makeup sambil duduk dekat depan ATM machine tu. Dia tegur kami nak guna ATM ke? Kami cakap tak. Saya tengok dia macam tak betul jer. Tup tup my sis tanya dia mana nak ticket machine....hahaha. Dia sungguh-sungguh lah nak tolong. My sis marah saya lah sebab fikir -ve pasal akak tu...hahaha. Kami pun keluarlah hala ke tempat akak tu tunjuk. Alamak nak kena turun ke underground tapi tangga pulak. Saya cakap kat my sis kita cross jalan ke entrance the other side, nampak macam ada escalator. Baru jer nak cross akak tu berlari-lari keluar dari building tu. Dia tinggal semua bag dan alat makeup dia...hahahaha. Dia nak kami turun jugak guna tangga tu...hahaa. Nak tak nak turun jer lah...hahaha. Dia macam puas hati betul tolong kami. TQ akak pandai makeup. Dah beli ticket tempat 1st kami nak tuju adalah Somalina Island. Kami guna google map untuk make sure nak kena ke tram stand mana satu dan tram no mana satu...so easy.

Inilah rupa 1 day pass ticket
Inilah keadaan Helsinki..tiada sikit pun timbunan snow. Sejukpun bagi saya ok..Alhamdulillah saya boleh tahan. Suhu lebih kurang -3 to -1 degree celsius.

Untuk ke Suomenlinna Island, kami perlu tukar 1 tram. Best lah system tram dekat sini, cepat nak faham dan bila nak tukar tram tu tak perlu jalan jauh pun....just cross rail tram ni. Laluan tram dan kenderaan lain ada di laluan yang sama.

Nampak ferry putih tu? Itulah ferry yang bakal bawa kami ke Suomenlinna Island. 1 day pass ticket tu boleh guna pakai untuk ferry ke island tu.
 
Laluan nak masuk ke ferry. Ada small waiting building. Boleh lah berteduh dari kesejukan.

Dalam ferry ni bukan saja manusia boleh masuk, malahan kenderaan. Kami memilih duduk di open space ferry ni. 

Ferry slowly meninggalkan Helsinki. Kalau suhu terlalu rendah akan ada lapisan ice di permukaan laut ni. 

Ada jua kisah kami di atas cruise ni...nantikan ye...hehe.

Agak berkabus..tapi ini bukan penghalang untuk saya menikmati moment naik ferry ni. 

Kecik betul island ni, entah building apa dekat sini

Tak lama mana pun nak sampai Suomenlinna Island ni.

Saya pun tak sure ada apa dekat island ni...hahaha. Motif saya nak kesini sebab nak bagi burung makan kuaci...hahaha.

Embun pagi. Kami just jalan-jalan sambil nikmati keindahan pokok-pokok serta kicauan burung. Agak bosan dekat island ni. Kami balik semula ke Helsinki. 

Kabus dah tiada tapi suasana macam biasalah gloomy.

View sekitar Helsinki. 

Dah sampai ke Helsinki, kami terus menghala ke old market untuk lunch. Saya ke toilet, aduhai orang beratur sampai keluar. Sabar jer lah. Bila turn saya, saya pun masuk. Ada 2 cubicle jer kalau tak salah. Mak aii kecik giler lah cubicle tu. Nasib baik saya dah buang jacket dan serah serah ke my sis. Kalau tidak mana muat nak masuk...hahaha. Yang bestnya ada bidet...hahaha.

Beginilah keadaan dalam old market ni. The food haven. Walllaaaahhh.

Gluppp....tak sabar nak makan ni. Tidak lah my sis nak layan. Dia ajak makan heavy dulu.

Satu-satunya halal food dekat sini. Akak baju grey tu active betul mengajak orang masuk kedai ni. 

Tak salah saya dorang ni Turkish. Pelbagai jenis ready foods.

My sis pilih salmon soup dan saya pilih reindeer with rice. Soup tu tak se creamy kami makan di Santa Claus Village. Dan reindeer tu macam dah mixed dengan tepung etc. Roti untuk cicah dengan soup pun alahai kecik betul. Hahahaha. Patutnya kami round dulu market tu then baru decide nak makan apa. Dah kenyang kami pun round tempat tu. Jom tempat ada apa lagi dekat sini.

Bear meat?? Erkk. 

Mahal betul ni...hahahaha.

Sekali masuk mulut dah nak dekat RM50 - RM100...hahaha.

Macam sedap ni .

Raw salmon

My sis beli ikan kecik-kecik goreng tu..tak sedap.

Yang ni nampak sedap tapi kami agak kenyang. 

Saya agak ni smoked salmon.

Coklat pun ada

Kemudian kami jumpa kedai jual salmon soup yang nampak lagi lazat...sedapnya makan salmon soup dengan roti ni. 

Akhirnya kami sampai di Robert Coffee. Punya macam-macam dessert lah kat sini. Saya teringin sangat macam roti bercream ni.

Comel. Apa kita panggil ni? meringue

 Tak keruan saya nak pilih mana satu. Akhirnya saya sticked to roti bercream tu.

MasyaAllah punya sedap tak terkata. Cream tu sedap sangat dan tak berapa manis. Yang maniskan dessert ni adalah strawberry sauce. Bun ni pulak bukan jenis yang lembut penyet tu. So perfect dessert.

After my sis finished her coffee. Nice kan? hehehe.

Bila dah ada 1 day pass, kami berdua main stop jer mana-mana kami suka. Kami stop di sebuah mall yang opposite ada railway station. Just cuci mata dekat mall tu. Photo kat atas ni adalah Railway Square. 

Kemudian kami balik ke hotel. Inilah lobby hotel ye. Untuk process check-in atau check-out semua buat sendiri. Ada machine khas untuk process tu. Dah rehat kejap, kami keluar semula untuk pergi K Market. Just nak beli kudap-kudapan.

Pelbagai jenis roti ada. Saya just tengok-tengok dulu. Malam terakhir baru nak beli pelbagai jenis roti nak bawak balik.

Bestnya kalau stay terus di Finland...hahahha. Giler berjenis roti depa.

Yang ni sedap. Dah puas belek-belek segala roti, kami bergerak untuk dinner. Ohh ye, kami hanya berjalan ye. Saya ajak my sis pergi makan thai food. Bila dah sampai restaurant, belek lah menu. Alamak ada khinzir. Kami pun hampa lah. Time berjalan balik ke hotel tu, saya perasan satu signboard kecik. Saya amati. Eh...Uyghur Noodle House restaurant. Dekat signboard tu ada rupa cartoon tarik mee gitu. Apa lagi terus saya ajak my sis. Rupanya restaurant tu sebelah hotel kami stay. Agak tersorok sebab ada renovation dekat situ.

Kedatangan kami disambut mesra oleh akak pembuat mee dan pakcik sedang menggoreng-goreng. Lagi suka kami sebab pakcik tu bagi salam. Kami make sure betul-betul makanan semua halal. Adik laki yang ambil order pun sopan jer. Semuanya warga Uyghur. Saya sangat suka makanan depa ni time saya di Germany beberapa tahun lepas. Alhamdulillah berjumpa semula makanan depa ni.

Bersih tempat ni. 

My sis order nasi goreng tiger prawn. Banyak giler lah.

Saya pulak order mee with beef. Kenyal mee ni. Cepat kenyang. Beef pulak giler banyak. Kami berdua tak mampu nak habiskan sebab terlalu banyak. Mintak tapau lah nak sambung makan kat bilik...


Malam tu kami berdiscuss lah nak buat apa esok. Kami hanya ada 2 hari jer lagi di Helsinki. Hari ketiga kami bakal tinggalkan tempat ni. Discuss punya discuss akhirnya kami sepakat untuk naik cruise ke Estonia. Terus my sis beli ticket. Alhamdulillah masih boleh beli. Dah beli ticket kami study pulak cara nak ke 
port. 

Nantikan kisah seterusnya ya. 

Baiii...