Assalamualaikum...
30 January..our last day in Saariselka. Malam tu dah nak fly ke Helsinki. Disebabkan flight lewat malam for that day kami kena bayar dua accommodations yang berlainan...iaitu di Saariselka dan di Helsinki. Pagi tu kami decide nak join mana-mana snowmobile activity. Kami tengoklah snowmobile bersusun dekat 1 area ni. Rupa-rupanya snowmobile tu milik Safari Tour. Kami terus lah ke office tu. Ramai orang dah berkumpul nak buat snowmobile activity tu. Kami terlambat rupanya. Saya tak berapa nak suka layanan staff office tu..tak join dorang pun tak kisahlah. Saya bukak balik comparison table saya...Husky and Co lebih murah rupanya. Kami pergi lah nak book activity tu. Ahamdulillah dorang ada slot pukul 1pm. Sempatlah nak lunch semua kan. Nak menunggu 1pm tu kami pun pusing-pusing lagi area yang belum cover di Saariselka tu. Jom tengok rumah-rumah cute yang kami jumpa.
The whole day cuaca begini..then snowing.
Sepanjang di Saariselka, kami tak berkesempatan pun nak try heavy meal..asyik masak jer..hehe.
Comel building ni
Comel jer bus stand ni. Macam agak jauh dari pernempatan kut-kut nak berjalan dan tunggu bus dekat sini.
Kedudukan satu rumah ke rumah yang lain pun bukan main jauh.
Menarik design rumah macam ni. Snowpun tak lah tebal sangat atas bumbung tu.
My sis sabar je kejap-kejap stop untuk saya snap photo. Suka sangat rumah color biru macam ni. Bestnya depa dapat stay tempat aman tenteram begini.
Saya dah lupa nama tempat ni. Bestnya duduk relax dekat balcony tu. Yang ni tak berapa jauh dah dari pekan Saariselka.
Yang ni pulak amat dasyat sebab guna batang pokok.
Dah puas pusing luar sikit dari pekan Saariselka, kami kembali semula area rumah kami stay. Saya keluar dari kereta suka-suka jer lah nak gongcang pokok-pokok yang penuh snow ni...hahaha. Tak sangka betul saya kesejukan. Jenuh berlari masuk kereta. Tangan saya merah. My sis buka heater kuat pun tak nak ok. Sampailah dia pegang dengan tangan dia baru saya ok. Cari nahas betul la..hahahhaha
View ni lah hari-hari saya tengok dari tingkap rumah kami stay tu. Snow tu dan macam sabun.
Kami lunch dengan ikan bilis goreng bawang..hehe.
Ikan bilis bawang dan sambal tempoyak..nyummeh
Tengok keadaan kami akan menempuhi snowing ketika snowmobile. Saya time tu tak rasa pape pun nak join activity ni sebab my sis offer nak drive. So saya just plan nak snap dan record sana sini time activity tu. Alhamdulillah ahli yang join just 6 orang dan sorang guide. Kami diberi winter suit boleh masuk 2 orang tu. Lama jugak guide tu nak cari yang sesuai untu saya...haha. Akhirnya ada. Very comfortable. Diberi juga glove, boots dan head cover serta helmet. Saya nasihatkan bawa mask sendiri sebab head cover tu akan cover hingga ke hidung..hanya mata kelihatan. Sure dah bekas orang lain kan...haha. Kalau bawa sendiri head cover lagi bagus. Jacket dan boots kita boleh tinggal begitu saja..InsyaAllah tak hilang.
I'm ready...hehehe.
Bermulalah activity yang dinantikan. Kami perlu berjalan ke tempat snowmobile di park. Rupa-rupanya di belakang rumah kami stay tu jer terletaknya snowmobile...hahaha.
My sis inform lah guide tu untuk kami di bahagian belakang takut-takut nanti kami slow tak syok orang belakang kan. Sekali kami kena duduk belakang guide...hahhaha. Sebabnya adalah 2 snowmobile drivernya adalah lelaki. Dia macam nak protect kami lah. Dan dengar briefing dari guide. Dok dengar briefing, bulu mata saya dah mula terbentuk ice...hahaha
Bentuk snowmobile ni adalah di bahagian depan adalah macam ski tu..ada 2 pcs. Yang belakang pulak macam tyre kereta kebal tu. Boleh imagine? Hehe. My sis mula bergerak. Baru 10m dia stop...hahaha. Rupanya dia tak reti nak control. Maybe sebab dia dah lama tak naik motor. Semua orang terpaksa stop lah. Guide tu tanya nak ke dia heret kami dengan sled attached ke snowmobile dia. Then saya offer nak try. Bila try..ok boleh la tahan.
My sis dok puji-puji saya terer bawak snowmobile tu. Apa perasaan saya? Saya tak pernah terlintas naik benda ni...hahaha. Tak pernah berimpi pun. Untuk control snowmobile ni bagi saya agak susah. Saya berpeluh walaupun ketika tu saya buka cover muka helmet tu dan snow menyucuk-nyucuk muka. Tapi saya tak sejuk...hahaha. Kenapa saya buka? Sebab snowing agak heavy dan pandangan saya agak terbatas. Tangan dalam glove pun berpeluh. Bila part corner tu...haaaa...seksa. Memula tu ok lagilah dok turn dan turn. Dan bila sampai satu tahap tangan saya dah longlai dan akhirnya saya terbabas ke timbunan snow yang tebal. Nasib baik snowmobile ni tidak dicipta untuk buatkan kami tergolek hahaha. Dan nasib baik area yang kami lalui bukan bergunung-ganang dan bergaung. Guide tu nampaklah kejadian tu. Dia pun datang untuk tolong. Ahli lain pun terpaksa stop lah. Dia reverse kan snowmobile tu. Untuk button reverse saya nampak dia guna lock untuk buka. Maybe untuk safety lah kut-kut yang naik tertekan.
Activity ni adalah 2 hours. 2 kali saya tak dapat control dan terbabas. Saya agak ahli group yang lain maybe benganglah. Depa kena paham lah...saya ni kudrat perempuan dan 2 snowmobile lain tu laki yang control. Bukan saja part turn tu susah...part berslope pun tak kurang mengerunkan...hahaha. Bersyukur kami join group ni sebab ada company lain group berganda ramai. Tak salah saya more than 10 snowmobiles. Bagi saya experience snowmobile ni buat saya stress....ahahah. Apa taknya, gerun bila part slope..tangan longlai bila part turn dan lagi stress bila fikir ada 2 snowmobile kat belakang yang entah-entah bengang saya bawa slow. Kalau tahu lah begini keadaannya pasti saya ambil private package...hahahhaa.
Ice yang terbentuk di bulu mata saya dah beku...hahaha. Rasa berat jer kelopak mata tu.
Antara view sepanjang activity snowmobile ni
View sepanjang snowmobile ni memang menakjubkan. My sis dekat belakang yang snap semua photo ni.
Stop kejap sambil minum hot berries.
Kalau ada group snowmobile arah bertentangan, kami atau mereka akan stop bagi laluan. Macam dalam photo ni group kami stop. Time nilah setiap orang termasuk saya akan lambai tangan...hehehe.
Conclusion untuk activity ni..hmmm..enjoy 50% seksa 50% lah...hahaha. Lepas dah siap activity snowmobile kami pun pulang ke rumah nak packing. Disebabkan hazab heret luggage ke atas rumah tu, kami plan nak packing dalam kereta jer...hahaha. Nasib baik kami ada packing cube...mudah lah. My sis kat bawah, saya baling dari balcony packing cube tu. Dengan heavy snownya kami berpacking..hahaha. Sorang guna seat belakang sorang guna bonet. Kemudian saya vacuum satu rumah. Rumah tu kemas seperti asal. Lepas rest kejap dan gunakan moment tu untuk say good bai dekat rumah tu. Sangat best stay dekat situ selama 5 malam. Rasa sedih nak tinggalkan rumah tu.
Kami perlu return kereta around 7pm. Sebelum tu kami isi minyak dulu. Pump station hanya di simpang jalan. Memang mudah. Agak mencabar untuk my sis drive ketika itu. Jalan ke airport memang tiada street lighting. Tetiba, eh lupa nak buang sampah..hahaha. Sampah kami ikat rapi ada di bahagian seat belakang. Terpaksa patah balik cari tong sampah.
Snowing agak heavy. Part orang potong atau kenderaan dari jalan bertentangan sungguh menakutkan sebab snow berterbangan hingga menghalang pandangan. Sepanjang perjalanan ada beberapa kereta serta lorry hon. Kami ingat dorang nak potong, so my sis slow lah. Tapi tak potong. Pelik lah kan. Dan bila sampai aiport, dekat parking baru sedar yang kami tak tutup cover petrol tu. Concern betul lah pemandu-pemandu sepanjang jalan tu. Saya agak lebih dari 5 kenderaan nak tolong alert kami tu.
Dah sampai airport, kami drop lah kunci kereta. Sunyi betul airport tu. Kami terpaksa berlama di airport tu sebab flight kami adalah pada pukul 11pm. Saya tak lah bosan sangat sebab ada tamil movie baru di Netflix...hahahaa. Pushpa 2....hahaha. Dah lah movie tu jenis lawan sana sini. best!!!
Beberapa jam berlalu. Hanya kami dalam airport tu. Cafe pun tak bukak. Pekerja airport pun tak nampak. Nasib baik movie tu menarik hingga buatkan saya tak fikir apa sangat....hahaha. Kami cuba nak drop luggage. Makcik yang entertain kami. Bila dah boleh drop luggage tu means kami boleh lah fly malam tu kan. Kemudian nak lalui imigresen. Masih kami berdua jer. Di imigresen sorang ni siap cakap nak random check handbag saya...hahaha. Macam lah ada ramai orang..hahaha.

Dah masuk area boarding tu ada cafe. Pekenalah saya bagel dan coffee sambil layan Pushpa 2. Sesekali saya jengok ke arah imigresen nak tengok kut2 ada penumpang lain. Oh ye ketika tu ada mamat sorang. So kami bertiga lah.
Dah abis Pushpa 2 saya dok ulang alik ke area imigresen tu...hahaha. Memang sah takde dah orang lain. Bila flight sampai, para penumpang pun keluar. Makcik yang kami drop luggage tu macam tergelak-gelak dengan staff traffic tu. Bila nampak kami sambung gelak sambil cakap kami VIP malam tu sebab kami bertiga dalam flight besar tu....hahahha. Saya agak flight ni macam manapun kena balik ke Helsinki sebab esok nak fly bawak orang dari Helsinki ke Saariselka. Saya agak lah...hahaha.

Kami bertiga bersama cabin krew kalau tak salah saya dalam 5 orang. Disebabkan flight tu kosong, kami kena duduk berasingan dan setiap cabin crew pun duduk merata-rata untuk bagi balance. Dalam flight tu saya tidur jer.
Dah sampai Helsinki airport kami pun ambil luggage dan nak book uber. Bila nak book uber tak tahu pulak gate mana satu. Kami pun tanya dekat sorang mamat ni. Dia cakap jom lah naik dengan dia sebab dia pun uber. Kami macam 50-50 lah. Dia cakap dia nak cash. Then kami pun cakap lah kami hanya ada card. Dia pun pujuk lah yang dia ada machine card tu. Entah kenapa kami berani naik uber dia. Dalam Uber tu saya di seat depan sebab seat belakang ada my sis dan luggage. Banyaklah kami sembang. Muslim rupanya dia. Dari Iran kalau tak salah. Time perang mak ayah dia lari ke Finland. Dia lahir di Finland. Uber tu partime katanya. Dia cikgu ajar agama islam. Sambil drive sambil dia dok check card machine dia. Tengok gaya macam tak function jer machine tu. Dia tak cakap pape.
Tetiba dia turn ke jalan lain. Tak sama route dari waze tu. Saya tak tak sedap hati. Jam dah pukul 1am. Dia stop di depan K Market. Luas area tu. Seluas Lotus. Dia suruh kami guna card kami withdraw cash. Kami cakap tak boleh. Kami tak activate card untuk withdraw duit. Kami dah cakap dari airport lagi kami tak boleh withdraw duit. Akhirnya kami berkeras suruh dia tinggalkan kami kat situ. Rasa takut pun ada. Dia pun agree kami tak nak teruskan dengan dia. Semua luggage dah dikeluarkan. Terus tolak masuk ke building K Market tu. Walaupun dah 1am K Market tu masih buka dan orang pun ada jer keluar masuk. Kami berdua ni berani betul percaya mamat Iran tu. Pengajaran untuk kami lebih berhati-hati. Sebenarnya kami boleh jer withdraw duit, dia macam tak jujur takut pulak nak teruskan.
My sis cuba cari Uber...Alhamdulillah Uber sejenis Mercedes van datang. Perjalanan ke City Box Hotel agak jauh. Saya agak dalam 45 minutes. Rasa lega dengan keadaan bilik kami. Bilik luas dan toilet pun luas. Malam tu kami tidur selepas pekena hot drinks.

Dari entrance. Kiri tu pintu toilet. Lantai hotel ni texture dia macam netball atau basketball tu.
Cun lah bilik ni, banyak tempat boleh hang baju. Cermin pun besar.
Syukur Alhamdulillah bilik ni best. Nyeyak betul tidur.
Untuk yang follow kisah saya ni, saya minta maaf sebab slow sikit update. Banyak hal berlaku sebulan dua ni. InsyaAllah saya akan habiskan kisah ni secepatnya. Jumpa lagi...
Bai...