September 29, 2024

Maldives ~ Heaven on Earth (Part 1)

Assalamualaikum...

Perkongsian latest trip saya and my sis....Maldives. 

Boleh dikatakan saya ni tak berapa nak teringin ke Maldives. Saya ingat tempat ni sesuai untuk orang honeymoon atau orang nak OOTD jer...rupa-rupanya salah!! Maldives ni amat sesuai untuk relaxkan minda dan buat pelbagai jenis water activity. There are so much fun!!

Kisahnya begini. Saya dan my sis tercari-carilah mana-mana tempat yang sesuai untuk relax. Selepas discuss punya discuss kami decide nak pilih Maldives. Bila dah beli flight ticket, saya mula study. Setiap island di Madives saya belek di google map...haha. Dan kemudiannya saya bagi idea kepada my sis untuk memilih island yang agak jauh dari perjalanannya dari jetty. Island yang menarik perhatian saya tu adalah Mathiveri. Saya cerita sikit mengenai island tersebut. Kecik jer saiz island tu. Hotel price pun boleh consider murah. Nak tengok nurse shark pun dari tepi island tu jer. Tengok review dari youtube pun menarik. Dan malangnya bila lagi 2 hari nak ke Maldives, dikejutkan dengan kes taufan di beberapa negara. Dan kebetulan di Maldives di khabarkan adalah low season sebab monsoon. Macam risau pulak nak dekat 3 jam dalam speedboat. Akhirnya kami sepakat pergi sajalah island yang mostly orang pergi...Maafushi. 

Mulalah mencari hotel yang sesuai. Di Maafushi ni ada 2-3 hotel yang bagi saya lawa dan ada lift access...Kaani, Arean and Triton Prestige. Dan malangnya ketiga-tiga hotel tu fully booked. Dan akhirnya kami memilih Lagoona Sunset. Apa perasaan kami stay di sini? Teruskan membaca.

Trip kami ni adalah pada 12/9/2024 - 17/9/2024. Kami stay 4 malam di Maafushi dan 1 malam di Hulumale. Terpaksa stay malam terakhir di Hulumale sebab flight kami balik Malaysia adalah waktu pagi.

Sampai di Velana International Airport lebih kurang 10am local time. Perbezaan masa antara Malaysia dan Maldives adalah 3 hours. Kecik jer airport tu. Speedboat kami ke Maafushi adalah pada pukul 11.30am dan booked by our hotel. So, kami kena tunggu lah dalam 1 hour macam tu. Nak ke jetty pun mudah betul...just depan entrance airport..beberapa langkah jer nak ke jetty tu...hahaha. Selama saya study saya hanya tahu Icom sajer yang ada speedboat service, rupa-rupanya ada lagi satu company...Maafushi tour. Speedboat Maafushi tourlah nak bawa kami ke Maafushi. Selesa sebab ada fan....tak lah panas. Macam speedboat Icom kami naik time nak meninggalkan Maafushi...takde fan. 

Tak banyak photo cun saya snap sebab duduk di seat tengah. Nanti di entry final saya share yang cun sikit sebab saya di window seat. Memang menakjubkan view dari atas flight!!




Jelas kelihatan Male city
Ada banyak kiosk kecik-kecik macam ni dalam airport. Maybe wakil dari luxury resort yang nak arrange transport.
Inilah rupa jetty yang berselahan dengan airport building tu. Oh ya..ada deretan taxi di sebelah kanan. Mudah lah kami nanti untuk ke Hulumale.
Pekerja speedboat sedang simpan luggage kami.
Bermulalah pengalaman naik speedboat di Maldives. Speedboat ni akan stop di Male sebelum ke Maafushi. Pejalanan ke Maafushi sekitar 45 minit.
Setelah beberapa kali dilambung ombak, akhirnya kami sampai di tempat tujuan.
Alhamdulillah kami dijemput oleh pekerja Lagoona Sunset. Tak perlulah kami tarik luggage di jalan berpasir.
Dalam 2-3 minit berjalan akhirnya kami sampai. Alhamdulillah kami dapat bilik seperti kami booked. Bilik kami berada di 1st floor ketiga dari kiri.
Sampai jer, kami di serve dengan jus sambil dengar sedikit explanation dari pekerja hotel
Puas hati dengan keadaan bilik kami. Luas dan bersih. Bed sheet dan duvet cover is so soft.
View dari balcony. Depan ni salah satu area segala speed boat parking. Nak dekat malam sikit penuh lah speed boat kat sini. Bawah pokok tu pulak tempat makcik-makcik Maafushi lepak waktu petang. Waktu malam pulak boleh tengok orang jual ikan. Dah relax kejap, kami decide nak cari lunch.
Saya ajak my sis masuk ke restaurant ni. Tak jauh dari hotel. My sis order grilled fish dan saya pulak octopus. Waitress sini ramah. Sorang dari Tamil Nadu dan sorang lagi dari Sri Lanka. Bila salah sorang dari waitress tanya how is food? saya complaint lah octopus saya tu liat. Jenuh nak mengunyah...hahaha. Then dia reply..octopus memang macam tu. Adoii...hahaha. Ikan my sis sedap. Dah biasa makan nasi putih mesti ada kuah, ni nasi putih kosong macam ni bila makan rasa tercekik...hahaha.  
Inilah restaurantnya, tapi tak sure pulak nama. Dorang pun ada offer water activity. 
Dah kenyang so nak jalan-jalan cari water activity untuk esok.
Nampak tenang..tapi nak dekat senja orang bukan main ramai berlegar area ni. Laluan ni berhadapan jetty dan menghala ke area sedikit happening di depan sana.
Kesian burung-burung kakak tua ni.
Ada 1 ke 2 company kami survey water activity, dan belum habis lain-lain company nak pergi, terus tertarik dengan mamat dari company ni punya offer. Tengok layanan pun macam menarik perhatian kami. Saya ceritalah hal nak snorkeling pun tak berapa nak confidence sebab takut dan air asyik masuk mulut...hahaha. Sekali dia cakap nak tak personal trainner? Just naik jetski. Dan jetski tu boleh naik 3 orang. Means, trainer dan juga kami berdua. Dan activity boleh buat ketika dan saat itu. Bukan main excited lah kami..hahaha. Kami terus deal semua water activity dengan dia. Untuk jetski with snorkeling, halfday snorkeling dan sunset fishing untuk esok dan 1 day snorkeling with shark untuk lusa. Lepas siap deal, cepat-cepat kami balik ke hotel untuk tukar swimming suit.

Dah siap tukar baju, kami berjumpa semula dengan mamat kami deal tu. Dia dah ready dengan makanan ikan, gopro dan life jacket. Kami di bawa ke beach berdepan dengan kiosk company tu. Tunggu kejap mamat jetski sampai. Debar mula terasa bila mamat jetski sampai. Inilah 1st time saya nak naik jetski. Saya terus cakap kat mamat tu, please go slow. Then dia jawab how to go slow? Terus saya rasa tak syok. Saya di tengah dan my sis dibelakang. Ya Allah..menyesal tak habis..hahaha. Laju giler. Dengan laut tak bertenang. Menjerit-jerit kami berdua...hahaha. Gerun bila sampai di tengah-tengah lautan dan island tu nampak kecik. Suara macam hampir hilang sebab asyik jerit. Dalam 15 minit kut, kami sampai di satu island. Terus berlaku arguement dengan mamat jetski tu. Si mamat kami deal tu cakap kami akan dibawa ke shallow area. Dia siap show photo betapa shallownya. Selepas seketika ber argue barulah saya perasan maybe kedua-dua mamat ni tak communicate. Then saya explain lah one by one. Then dia pun explain situation dia...dia tak boleh bawa jetski tu terlalu dekat dengan beach sebab tersangkut coral.

Di pendekkan cerita, mamat tu terjun ke laut untuk ikat tali jetski ke coral. Dan lepas tu dia standby nak tunggu kami terjun. Memang cuak lah saya bila fikir perangai mamat ni yang entah ya entah tidak nak jadi personal trainer..hahaha. Macam lawak pulak snorkling perlu personal trainer...hahaha. 

Lawa sangat tempat ni. Saya minta dia bawa ke beach tu, dia cakap tak boleh sebab private island.

My sis terjun dulu. Sebelum ni dia pandai jer snorkeling. Tak tahu kenapa dia panic. Dia cakap sebab life jacket dia something wrong. Mamat tu betulkan life jacket dia then start ajar cara yang betul. Arus ketika tu agak kuat. My sis sarung mask, mamat tu suruh nafas dari mulut. Dia picit hidung my sis. Barulah saya faham kenapa mask saya selalu berwap ketika snorkling...sebab saya nafas guna hidung..hahaha. Kemudian turn saya pulak dia ajar.

Hasil photo dari gopro mamat tu. Alhamdulillah saya selesa snorkling. Cantik coral kat situ. Cuma mamat tu tak pandai nak record ikan bersama coral. Ada area yang kami boleh pijak coral. Indah betul matahari yang menembusi permukaan laut. Cahayanya sehingga ke dasar laut.
Comel ikan hidung mancung ni...hehe.

Dah puas snorkling, kami pun naik semula ke jetski. Sembang-sembang kejap dengan mamat tu. Dia advise jangan ambil halfday snorkling sebab akan pergi tempat yang sama fullday snorkeling tu. So kami decide nak minta baliklah duit. 

 

Dah sampai ke Maafushi, kami relax kejap di beach. Ketika ni kami berborak dengan pelancong dari Jakarta. Dia datang sorang. Baguslah boleh rasa enjoy walaupun sorang. Macam-macamlah dia share. Nampak kapal tu?? Tiap-tiap malam saya nampak dari bilik hotel kapal ni penuh dengan lampu. Nampak happening. Dan sebenarnya kapal ni orang boleh minum alcohol. Di Maafushi diharamkan alcohol dan pork. Hanya private island atau luxury resort sajer sediakan makanan dan minuman haram tersebut. Saya tahu info ni dari driver cab yang bawa kami round Male.
Malam tu kami dinner di Sultan Mahal. Recommended la restaurant ni. Macam-macam ada..indian, japanese, thai, arab etc. Menu kami order malam tu pun menarik. Roti nan pun lembut. 
Lorong terletaknya Sultan Mahal. 
Buah ni nampak macam olok-olok...

Dah settle makan, kami berjalan ke arah kiosk water activity tadi. Kedua-dua orang mamat tu ada kat situ. Mamat yang kami deal tu agree untuk return duit untuk halfday snorkeling. Ohh ye, gambar snorkeling saya share kat atas tadi kami dapat malam tu. 

Habis tired satu badan sebab naik jetski...hahaha. Kami decide esok nak relax jer dan buat sunset fishing di waktu petang. Saya terus cerita our 2nd day in Maafushi. Pagi tu saya excited lah nak breakfast. Dok imagine buffet dan boleh makan local breakfast. Jom tengok breakfast kami...hehe.

Depan ni si owner hotel ni nak buat cafe rasanya. Frust saya bila tengok takde pun buffet..hahaha.
Lepas jer kami duduk, pekerja hotel ni datang serve cake dan juice. Saya tengok rupa cake ni macam kenal...haha. Sayapun rasa...eh...cake appollo rupanya...haha. Kami berdua kehairanan..ni jer ke breakfast kami?? Hahaha. 
Ni paling saya suka sepanjang breakfast kat sini...fresh milk bersama instant coffee..rasa macam real hot latte.
Tak lama lepas tu datanglah american breakfast...kami dah tersalah sangka rupanya...hahaha. Nampak simple tapi menyelerakan sebab ada baked beans yang mixed bersama tuna. Lupa nak snap.
Dah kenyang, kami mula explore small island tu. 
Kami stay another side of island, dan that day kami mula explore the other side. Air laut side ni tak berapa nak bersih. Ada lah jumpa 2-3 ekor stingray berenang-renang di persisiran pantai.
Kami berjalan makin menuju ke hujung island. Pantai makin kelihatan bersih dan tiada sisa-sisa sampah dalam laut.
Ada beberapa orang sedang snorkeling dan berenang. Saya tanya mat salleh yang snorkeling, ada coral ke tak? Dia cakap ada sea grass jer. Saya approach dua orang mamat bangla yang berenang..pass hp saya suruh dia record. Pulun sungguh lah dia merecord...hahaha. Si abang record guna hp saya dan si adik guna hp my sis. Dan hasilnya MasyaAllah the water is so clear. Sea grass is beautiful. Lupa nak minta dia snap. Photo ni saya screen shot dari video.
Area yang saya cloud tu lah terletaknya sea grass yang lawa tu. Area air laut hijau gelap tu boleh dikatakan air lautnya agak kotor. Side terletaknya hotel kami stay tu..Lagoona Sunset, warna air laut lawa tapi tak sesuai nak swimming sebab speed boat park. Area yang sesuai swimming hanyalah tempat saya cloud tu dan juga bikini beach.
Semakin menghampiri bikini beach, keadaan pantai makin cantik. Rasa menyesal tak pakai swimming suit.
Berjalan di celah-celah building kat sini kena hati-hati sebab motorcycle kat sini bukan main banyak. 
One the way ke hotel kami singgah souvenir shop ni. Pekerjanya adalah orang bangla...ramai betul orang bangla kat island ni. Pekerja hotel, restaurant, souvenir shop, guide for water activity..tak terkira ramainya dorang. Nak tahu beza antara local dan bangla, yang rambut panjang ketak2 tu..local lah...haha. Berbalik hal souvenir shop...saya jumpa souvenir yang saya suka. Lawa kan miniature tulisan Maldives ni? Sekali pandang dah suka..hehe. Harganya 10 USD. My sis beli t-shirt. And know what? Dua souvenir tu kami tertinggal di atas kerusi tepi pantai. Bila pergi cari dah hilang. Dan esok tu kami terpaksa beli lagi sekali...hahaha.
Dahaga giler time ni...kami singgah stall kedai runcit ni. Ni lah satu-satunya mini stall depan jetty. Sepanjang di Maafushi entah berapa kali kami singgah sini...hahaha.
Sebelum balik bilik, kami singgah pula cafe di depan Icom hotel. Kami just tapau nasi goreng untuk lunch. Time menjamu selera kat bilik tetiba takde electric. Ingat ke sekejap jer, sekali lama jugak lah. Saya terpaksa lah turun tanya owner hotel yang sedang urus renovation cafe tu...dia cakap the whole island takde electric. Kamchong lah kami berdua...siap discuss untuk berpindah island...hahaha. Alhamdulillah ada jer electric tak lama lepas tu. Eh lupa nak cerita hal nasi goreng ni...MasyaAllah lazat betul. Akhirnya cafe depan Icom ni jadi favourite kami berdua.
Lepas relax sampailah pukul 4.30pm gitu, kami keluar menuju ke kiosk yang kami booked sunset fishing. Sebelum tu singgah jap minum petang dekat kedai runcit. Rupanya kedai runcit tu function sebagai mini cafe. Sekecik-kecik kedai runcit tu, boleh pulak dok grilled ayam la..sosej la..jagung lah. Kami order cinnamon roll ni dari cafe sebelah dan order air dari kedai runcit tu sebab kami rasa lagi best lepak kat kedai runcit tu. Ohh ye, cinnamon roll ni sedap giler. Bila gigit...terasa seperti berada di Sweden...hahaha.
Bermula lah activity fishing...excited lah saya hahaha. Pakcik ni dan assistant dia bakal mengajar kami fishing. Time nak naik boat ni, kami di welcome oleh minah Tamil Nadu dari restaurant yang kami lunch semalam tu. So tahu lah saya yang dinner ni akan di masak dari restaurant tu. Sebenarnya saya dah black list restaurant tu..tapi what to do..no choice. Oh ye, lepas siap fishing ni, kami boleh dinner ikan bakar ye.
Ahli group yang lain. Adalah dalam 10 orang semuanya.
Makin meninggalkan Maafushi.
The sunset is so beautiful..love the view and the freshness of the air.
Assistant pakcik tu sedang potong umpan ikan. Untuk activity ni kita tak perlupun nak pegang umpan atau ikan yang kita dapat tangkap tu. Time nak letak umpan ni, sua jer tali yang terikan mata kail tu.
Tiada pancing yang digunakan. Hanyalah tali dan holder begini. Tunggu punya tunggu sekor pun tak dapat..hahaha. Tapi saya suka suasana ketika tu..tengok air laut dan hirup udara segar..best sangat. Pakcik tu pesan jangan biar tali turun panjang sangat takut tersangkut coral. Memang penat lah tengok pakcik tu nak uruskan ahli group tu bila mata kail asyik tersangkut coral. Ada part tersangkut sampai kesudah tak boleh nak tanggal..akhirnya pakcik tu kena potong tali dan ikat mata kail baru. Ada lah beberapa ahli group dapat ikan. Ada mamat chiness ni, dia punya gaya tu macam nelayan expert..tapi hampeh tak dapat..hahaha. Yang best amoi chinese berdress yang dapat kerapu...hahaha. Masa 3 jam berakhir. Nasihat saya, kalau join activity ni just chile chile dah lah...jangan beria sangat nanti frust hahaha. But it's still fun.
Ada hikmah jugak kami dinner kat restaurant ni sebab tak jauh dari hotel. Sementara nak tunggu ikan siap di grilled, saya boleh balik hotel untuk ke toilet. Tiada satu pun ikan rupanya seperti dipancing oleh ahli group...hahaha. Bila kami sampai kat restaurant ni, dalam 5 minit macam tu ikan-ikan yang siap diperap ni dibawa keluar dan di grilled.
Kami memilih untuk duduk di luar restaurant. Bila duduk di island sure kita akan rasa angin menderu kan? Seriously, sepanjang stay di Maafushi takde pun angin menderu.
Kami di serve nasi goreng bersama salad dan fries. Nak tunggu ikan tu siap grilled punya lah lama.
Selepas siap di grilled. Besar betul ikan kami ni.

Maka berakhirlah hari kedua kami di Maafushi, Maldives. Tak sabar nak tunggu water activity untuk esok. Nantikan kisah seterusnya...

Bai..