November 10, 2025

Autumn in Beijing, China (Part 3)

Assalamualaikum..

Kena cepat-cepat habiskan kisah Beijing ni sebab bakal ada new trip...InsyaAllah. 20 October 2025, kami bakal menyaksikan great wall dengan mata sendiri. Adakah terlalu hebat? Jom saya ceritakan. 

Kami beli online speed train ticket malam 19 October 2025. Just guna trip.com. Begitu juga entrance ticket dan cable car ke great wall. Saya berkobar-kobar nak pergi sebab nak tengok sangat autumn trees daun keemasan yang indah. Train kami bakal naik adalah pada pukul 8.13am. Ikut info selepas beli ticket online, kami perlu ada di train station pada 1 hour before. Dari hotel kami stay tu lebih kurang 45 minit nak ke train station. Kami gunakan DIDI. Traffic agak slow. Tak senang duduk dalam kereta tu. Bila dah sampai, driver DIDI stop agak jauh dari entrance. Tercangak kami nak ke arah mana. Dengan sepantas kilat taip di translate apps dan show kepada yang saya agak adalah security guard. Dia tunjuk arah ke station. 2-3 minit jugak menapak.  

Ketika ni dah 7.50am.  

Kami perlu ke gate 5, tapi depan ni tiada gate 5. Oh nooo. Ada orang beratur di side kiri, kami main agak jer itu gate kami. Sebab tak berapa nak yakin, terpaksa tanya amoi depan kami. Sah kami salah gate. Amoi tu show gate belakang kami. Laaa...tak sangka ada gate dekat situ. Adoiii. Gate 5 tu sebelah jer tempat security check tu.  

Kami tiada digital ticket atau printed. Agak blur camner lah nak lalui ticket machine ni. Ada info tulis yang foreigner perlu manual ticket machine. Alamak, blur lagi. Kami decide beratur jer machine yang ada pekerja train station berdiri. Ohhh, just scan passport...hahaha. 

 Alhamdulillah kami tidak terlepas train. 

My sis booked 1st class coach. Tak lah mahal. Tak salah saya around RM60. Perjalanan ke Badaling great wall around 45 minit. Oh ye, kenapa kami tak pilih private tour atau apa-apa tour ke great wall selain Badaling yang terkenal dengan sesaknya? Ada pernah check harga driver sampai cecah RM700 ke RM900. Mahal kan? Kalau follow tour pulak, malas lah. Ketika ni saya tak dapat image sesak bagaimanakah Badaling great wall.  

 Kami pilih seat side kiri ketika ni. MasyaAllah boleh layan mountains view. Dan Allah tak beri rezeki untuk saya saksikan golden trees sepanjang train ride ni. Takpe-takpe, macam-macam sangat nikmat Allah dah bagi, kena bersyukur. Dapat naik speed train nipun adalah rahmat Allah.

 Saya tak sure di mountain inikah terletaknya great wall. Alhamdulillah toilet dalam train ni bersih dan wangi.

 Speed train ni tak salah saya bukan ending di sini. Tapi saya tengok semunya turun sama-sama dengan kami.

 Kami semua yang keluar dari speed train ni menuju ke arah yang sama. Ramai giler lah. Saya masih tak dapat imagine kesesakkan great wall ketika ini. Escalator tu, mak aii giler panjang lah. Time berdiri atas escalator tu, chiness Malaysia tegur di belakang. Boleh imagine kami sempat berbual dengan depa?? Hahaha. Dalam satu family tu ada perempuan akhir 40an yang tegur kami, anak perempuan dia dan mak yang bagi saya umur around 70an. Kami sempat share macam mana explore Beijing la apa la..kami dah abis sembang pun perjalanan escalator tu belum berakhir la..hahaha. 

 
Tak perlu blur bila keluar station ni sebab semua orang menuju same destination. 
 
Dari sini pun belum nampak rupa great wall. Harapan autumn trees pun tiada. Saya redha.  
 
 
Masuk lah kami dalam building tu. Kena ke counter untuk dapatkan printed ticket. 

 Tak jauh dari counter, beratur sini untuk naik cable car.

Tak sure mana satu ticket untuk cable car mana satu entrance. Nanti penjaga ticket gate tu akan tengokkan. 

Cable car ni sekejap betul sampai ke atas. Laju giler pulak tu. Tak sempat nak layan view. 
 
Dari cable car jenuh kalut nak record video la...nak snap photo la. Memang sungguh laju dia bergerak. Nasib baik saya terer...cable car tu laju...saya lagi laju snap..hahaha.

Dah turun cable car kena melalui tunnel ni pula. Saya agak around 100m - 200m panjang dan sikit berslope.

Dah keluar tunnel..

Kami ada dua pilihan untuk explore tempat ni. panjat tangga yang giler bertangganya ataupun berjalan ke sini. Saya agak gerun tengok tangga bertangga-tangga tu..ada sloppy dan crowded. So saya ajak my sis ke arah sini jer..nampak sikit bertenang.

See?? Inilah option yang saya tak recommend kami pergi. 

Ok, clear sikit yang ni. Maybe view dari atas ni amat cun kut, sebab tu orang bersesak ke atas ni. Ada sorang mamat ni non-stop bercakap dengan gunakan speaker...giler kuat dan merimaskan. Dia duduk di kaki tangga arah nak mendaki ke atas ni. Saya agak dia macam remind orang hati-hati dan jangan tolak..hahaha.

Tiada satu spot pun untuk saya relax bergambar....hahaha. Giler ramai orang. 

Memang indah mountains dekat sini..dan tak sangka begitu tinggi kedudukan saya sekarang ni. Tapi tidak berasa aman damai sebab orang ramai giler. Dorang ni bercakap sesama dorang pun dah macam bergaduh keadaannya. Rimas sangat...hahaha.

Akhirnya kami decide makan nasi goreng walaupun dalam keadaan kacau bilau...hahaha.

Kami perlu panjat tangga yang luar biasa ketinggian anak tangganya untuk sampai ke area ni. Keadaan saya ketika itu bak anak kecil yang baru pandai nak naik tangga...hahaha. 

Untuk snap photo lawa tanpa orang, maybe kena berjalan jauh sikit. Kami berdua tidak lah setabah itu untuk berjalan lagi. Saya percaya tiadalah laluan flat..mesti bertangga begini walaupun tak tinggi. 

Kami decide burn train ticket untuk balik pukul 5pm. Macam tiada apa lagi untuk kami explore tempat ni. My sis book train yang lebih kurang kami sempat sampai ke Badaling train station selepas turun dari great wall ni. Kami tiada pilihan, terpaksa beli ticket yang ke Qinghe Railway Station yang perjalanannya lebih kurang 20 minit.

Baii great wall.

Ketika di dalam train station, lawa pokok menjalar ni...so colorful. Kami terpisah bila dalam train. My sis di coach 1 dan saya 8...hahaha. Nasib baik Qinghe Railway Station tu adalah last stop, tidak lah saya gabra sangat. 

Sempat layan gingko trees di Qinghe Railway Station. Kami terus book DIDI dan balik ke hotel. . DIDI yang kami book tunggu di tempat lain, jenuh menunggu. Guard di station ni baik-baik betul, concern kami tunggu lama. 2pm dah ada dekat hotel..hehe. Kami hanya minum petang di hotel. 

Satu-satunya golden tree di depan hotel. Kami nak dinner di turkish restaurant.

Sebelah kanan ni lift ke subway dan building tinggi depan ni adalah hotel kami. 

Dekat Sanlitun SOHO ni ada bahagian bawah halal restaurant dan turkish di bahagian atas.

Meriah dengan customer dalam restaurant ni. Kami diberi free appetizer dan tea. Yang bestnya tea tu dia akan refill bila dah minum habis. Appetizer ni seperti bubur kacang kuda.

Ini 2nd time kami ke sini. Cantik interior restaurant ini.

Saya order turkish pizza..lembut rotinya. Asalnya saya order just cheese dan spinach..tapi kenapa ada sikit-sikit rasa lamb? Kuat baunya.

My sis order samosa ayam...malangnya bau lamb juga. Kami complaint..waitress cakap samosa ni digoreng dalam makanan bekas lamb. Tengok menu pun 80% adalah berasaskan lamb.

Nasib baik dessert sedap. Lupa dah namanya. 

So, apa pendapat saya pasal great wall? Ya great wall tu memang hebat...cumanya saya jer lemah tak mampu nak explore lebih...hahaha. Saya impress tengok makcik dan pakcik bertongkat kuat dari saya. Dan maybe sebab faktor usia saya macam dah dah enjoy bila terlalu crowded. Oklah...nantikan kisah seterusnya.

Bai..

November 5, 2025

Autumn in Beijing, China (Part 2)

Asslamualaikum...

Kisah di Beijing bersambung di day-2 iaitu 19 October 2025. Pagi tu saya berkobar-kobar nak tengok sunrise dari tingkap. Kami tak rush nak keluar explore Beijing sebab nak legakan kaki yang terasa seperti nak tercabut..hahahha. Semuanya gara-gara naik subway ke Nijiue. My sis request kami naik DIDI kalau nak kemana-mana that day. Mana mungkin saya tak agree. Seriously, subway station amatlah besar kalau kita jalan nak tukar line. 

Walaupun bilik ni facing jalan busy, kami berdua tidur lena jer..hahaha. 

I can see moon and star. Indah betul langit ketika ini. 

Bermulalah activity nak cari autumn trees. Kami ke Ditan Park dengan DIDI. Bagi saya cost naik DIDI ni ok lah, agak murah. Kalau perjalanan just 10 -15 minit, around belas-belas RM.

 Murah harga ticket park ni.

Gate ke park

Cantik sangat cuaca. Cun lah kalau jumpa autumn trees cuaca macam ni.

Malangnya tak nampak satupun autumn trees..yang banyak pokok-pokok macam usia ratus atau ribuan tahun.

Yang bestnya dekat sini, tiada orang nak sesuka hati haaqqqq...paham-paham sendiri...hahahah. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik ramai giler dalam park ni. Macam-macam activity depa buat. Taichi la, dancing la, main alat music la...happening betul. Saya suka berada dalam park tu...tenang. Yang penting tiada anjing. Photo di atas saya tengah join makcik-makcik dancing..hehe. 

So peaceful. Dekat sini macam kami berdua jer foreigner.

Sampai sini pula orang sport activity. Ada main pingpong tanpa meja, ada main shuttlecock guna kaki..hahahaha

Sini pulak orang main dragon with stick...saya agak lah itu namanya..hahaha. Dan akhirnya nun di hujung sana nampak beberapa pohon autumn trees.

Ni bukan gingko tree..daunnya panjang-panjang dan kecik. Saya suka sangat suhu ketika ini...sejuk yang menyegarkan. Bila angin lembut bertiup..aduhaiii syok sangat.

Dah settle satu park, kami ke park yang dengan harapan yang tinggi nak cari autumn trees. Inilah sebab utama kami ke Beijing. Naik DIDI lagi ke Beihai Park. Nak ke entrance kena lalu deretan belakang building begini. 

Harga ticket adalah 10 yuan. 

Tidak berapa selesa sebab dekat sini berbeza betul dengan Ditan Park yang tenang. Orang yang haaaaqqq (sambung sendiri) ramai giler. So disgusting. 

Keindahan tempat ni jadi kosong. Kami terus takde mood nak explore. Entah lah belakang-belakang sana ada autumn trees ke tidak. 

Baii Beihai Park. Dengan DIDI lagi kami nak lunch di restaurant terdekat. Traffic di Beijing ni agak busy. Yang dekat pun terasa lama.

Kami sampai di restaurant ni. Pakcik DIDI melalui lorong kecik dikiri kanan deretan building setingkat. Dia stop betul-betul depan restaurant ni.

Suasana di dalam restaurant.

Pelbagai kisah terjadi di sini...hahaha. Pertamanya kami belek lah menu. Macam-macam ada. Rasa nak makan besar sikit that day. Pilih lah udang dan beberapa menu lagi. Datang amoi nak ambil order..semua kami pilih not available. Tunjuk menu lain pulak still tak available. Dah skit rasa nak bengang lah..hahaha. Finally my sis cakap..all don't have then what you have? Then dia show lah spicy chicken. Saya pulak order sayur. Lepas dah order saya ke toilet. Kena keluar pintu belakang restaurant dan berjalan sikit di luar. Saya just pandang 2 saat dalam building toilet dan berlalu. Tahu apa saya tengok?? Ya Allah, squat toilet bowl bersusun tanpa cubicles. Depa ni membuang berjemaah gamaknya. My sis tak sedar perubahan rasa yang sedang ngeri tu. Saya agak flush pun takde dalam toilet tu. Bau jangan cakap lah. Saya buang sementara memori tu bila makanan sampai. Kami tunggu nak dekat sejam untuk 2 menu. Dan ketika itu hanya kami dalam restaurant tu. Dah la restaurant takde heater. 

Spicy chicken ni mak datok...pedas gila. Sampaikan lidah jadi kebas bila makan...hahaha. Saya kais-kais cili dalam ni..makk aiii ada lebih kurang 4-5 jenis cili. Tak nak bazir kami tapau..boleh letak dalam nasi goreng. Kalau nak tapau depa bagi container dan kita kena tapau sendiri. Sama macam kami di Guilin, kena tapau sendiri.

Sayur ni sedap. Sangat crunchy bila digigit. Saya agak dia masak bersama oyster sauce. 

Dah makan, saya ajak my sis jalan-jalan sikit sampai ke hujung simpang, then book DIDI. My sis teringat yang saya tercari-cari kedai runcit, then dia ajak masuk kedai runcit ni. Kami beli persimmon dekat sini...murah.

Inilah keadaan lorong pakcik DIDI lalu tadi. 

Sebab cuaca sejuk, 

Disebabkan saya nak ke toilet, saya cakap pusing dekat my sis yang esok kami nak ke great wall, so kena balik rest..hahaha. Dia ok. Kami balik hotel dan relax. Tak sempat nak relax lama-lama, perut dah minta makanan. So, kami berjalan ke arah Sanlitun SOHO. 

Berjalan dalam 5 minit, sampai lah sini. Ada beberapa halal restaurant dekat sini.

Ngada-ngada nak minum jus padahal penggemar latte. Watermelon saya agak depa tak buang part putih tu terus blend. Rasa dia macam berglue cair gitu.

Bahagian floor ni ada halal restaurant.

Saya ajak my sis masuk Taiba restaurant ni sebab nampak ada bakery dalam ni. Ini turkish restaurant. Deco dalam ni punya lah cantik. Kami di layan sorang akak sikit-sikit boleh speaking english. Akak tu ceria betul. Layanan dia macam kami pernah datang berkali-kali dekat situ..hahaha.

Butter cookies. Terlalu banyak sweets dekat sini. Dekat bakery pulak ada croissant, bun etc

Finally kena pekena jugak ice latte, rasa jus tu memang tak kena tekak. Bersabar lah my sis melayan kerenah saya. Lupa nak snap sweet saya makan. Seketul RM6 jugak lah. Salah seorang waitress recommend. 

Tetiba sampai mall ni....hahaha. Bila check google mall ni close pukul 10pm. Naik DIDI ke sini punya lah lama. Tak salah saya 1 hour ++. Jalan jammed giler. Sampai jer sini dah 6.30pm. Sedang my sis belek jacket saya tanya pekerja situ sambil tunjuk isyarat close. Dia tunjuk jari 7. Terus saya panic. Belek jacket sini tak bekenan...belek sana tak bekenan. Masa makin berlalu. Mesti beli jacket, kalau tidak membazir datang...hahaha. Lagi 5 minit nak 7pm, papppp sekali my sis capai satu wind breaker..ok my taste. Papppp try...papppp bayar. Ngam 7pm jacket di bayar. Dan pappp semua kedai pakat tutup. Sekelip mata tak boleh nak belek apa-apa dah. Fuhhh dah macam lipas kudung menyopping. Boleh imagine keluasan mall ni?? Memang tak terjalan. Kami sempat explore 10% jer...hahaha. Saya akan cerita dalam next post untuk mall ni sebab saya ada pergi lagi...hahaha. Keluar dari mall, makcik-makcik berdancing dekat luar mall. Siap ada 2 groups. Hebat la makcik-makcik dekat sini...full of activities.

Di sini dulu ye. Next post saya nak share experience ke great wall. Adakah kami berjaya menjejak kaki ke great wall? Adakah saya berjaya mengayakan wind breaker baru beli? Adakah kami jumpa autumn trees di great wall?? So many stories to tell...

Bai....