February 28, 2023

Winter in Switzerland (Mount Titlis) - Part 2

Assalamualaikum...

2nd day kami di bumi Switzerland. That day bermulalah exploration kami yang betul-betul. Kami akan conquer puncak gunung....amboi conquer ye...haha. 

Subuh di sini adalah around 6.30am. Pagi tu saya tak sabar dah nak breakfast. terbayang-bayang dah roti dan hot coffee...haha. Sebelum breakfast, saya masak nasi dulu. Just letak perencah nasi goreng bersama beras dan air....jadilah nasi goreng hehe. 

Banyak jugak pilihan kat sini
Wahhh...i'm so happy!!!

Spread pun ada macam-macam. Raspberry paling sedap
Nyum nyum nyum!!! ni baru 1st round...then 2nd round makan cereal. 
3rd round pulak ni...hehehe
Makan macam ni..hehehe
Lepas dah kenyang kami lepak jap dalam bilik sambil layan view kat luar. Oh ye....pasal nasi goreng segera siap tu...buka jer pintu bilik...fuhhh...bau semerbak. Dah banyak trip saya masak dalam bilik...syukur....belum ada kes kena sound atau kena denda. Dan suka sangat masak-masak time travel, kenapa tak stay jer di air B&B? Jawapan saya ataupun my  sis, kami prefer hotel dari air B&B. Sebabnya kami boleh breakfast macam-macam, lepas keluar jalan-jalan..bilik akan kemas.Selalunya hotel akan berada tidak jauh dari train station berbanding air B&B. Dan saya rasa kalau duduk hotel baru rasa macam kita tengah travel...hahaha. Lain orang, lain cita rasanya.
Zoom sikit. 
View dari luar hotel. Aman tenteram jer pun area ni.
Kami mula berjalan menghala ke Lucerne HB. Kami bakal ke Engelberg. Di Engelberg kami bakal conquer puncak Mount Titlis. Amboiii....hahaha. 
Suasana di Lucerne BH. Kami memilih train ke Engelberg pada pukul 9am kalau tak salah. Train ini akan bermula di sini dan berakhir di Engelberg. Time ni rasa macam dejavu. Perasaan time ni sama macam perasaan saya nak ke Fussen untuk tengok Neuschwanstein Castle. Perjalanan dari Lucerne ke Engelberg tak sampai 1 jam pun. Around 40 minutes macam tu.
Disebabkan train ini bermula di Lucerne BH, kami boleh naik awal. Dengan adanya Swiss Travel Pass (STP)...tak perlu beli ticket lain. Dah included dalam STP. Sepanjang di Switzerland, setiap kali nak train..akan ada jer ticket conductor akan check ticket kita...kalau tak beli ticket, dia akan suruh beli dari dia.
Train bergerak keluar dari platform...terus teruja tengok gunung bersnow tu. Time ni tak tau lagi view bakal terhidang lagi lawa dari ni...hahahaha!!

Refer weather forecast...that day weather cun. Tapi time ni masih cloudy.
Makin jauh meninggalkan Lucerne...makin banyak kelihatan tempat penuh dengan snow.
Love the view so much. Disebabkan coach tak ramai orang...galak lah snap..kejap duduk seat kanan kejap seat kiri....hahahaha.
Macam buih sabun

Small stream
Clear blue sky...love it!!!
Macam fairy tale movie.
Masyaallah....puji-pujian hanya untukMu wahai Ya Allah!!!
Akhirnya kami sampai Engelberg train station. Small town ni surrounded by mountains. Tenang betul tempat ni. Bila dah sampai sini jangan lenggang kangkung..sebabnya ada free bus tengah tunggu untuk bawa kita ke tempat seterusnya. Bus yang kami naik tupun adalah 2-3 minutes dah sampai cable car station. Kami queue untuk beli ticket ke Mount Titlis
1st time in my life nak sampai ke summit dengan ketinggian 3000m ++ dari atas laut. Tinggi tu....3km kalau jarak on ground. Now...how can we reach the summit?? Hehehe..Dengan adanya STP, kami boleh dapat 50% discount ticket ke Mount Titlis. Nak tahu dalam RM, lebih mudah times dengan 5. Sepanjang di Switzerland, my sis akan gunakan Big Pay card untuk semua payment...makan, hotel, souvenir and etc.
Taraaa...inilah tempat bermulanya perjalanan ke summit. Kena pandai naik sendiri yer...takde orang nak monitor pun. 
Beriaya nak menuju summit bagai..duduk saja dan sampai..hahaha. Saya ni seorang yang gayat. Kecut perut tau. Punya best lah boleh conquer satu cable car tu kami berdua jer. Baru jer beberapa saat cable car ni bergerak...tudiaaa view lawa sungguh!!! Kami menduga suasana gloomy..syukur Alhamdulillah...dengan izin Allah...matarahari bersinar indah.
Kami dua-dua blur-blur jugalah kat mana summit...hahaha....stop kat sini. Pastu terperasan cable car tu bergerak ke depan lagi...baru lah sedar summit belum sampai lagi...hahaha!!!
Dah terlanjur turut kat situ. Kami keluar jap tengok apa yang ada.
Zoom sikit. Kami naik semula cable car. 
Cable car ni lalu di celah-celah pokok gini...MasyaAllah cantik sangat!!!
Pandang belakang...makin tinggi...arrghh..gayat
Kami akhirnya sampai di last station untuk cable car. Bila dan turun..belum lagi sampai summit. Kena pulak naik rotair yang merupakan cable car jenis berpusing. 
Parking utk rotair tu. Satu side untuk orang keluar dan satu side untuk orang masuk. Ada 2 bijik jer rotair ni. 
Saya agak rotair ni boleh muatkan dalam 20 - 30 orang. Rotair ni akan bawa kita ke last station untuk ke summit. Tak lama pun...maybe around 5 - 10 minit.

Rotair ni memberi peluang untuk kita hayati 360 deg view. Dia berpusing tanpa kita terasapun dia tengah berpusing....hahaha. 
3 cables ni mampu menanggung rotair yang berpusing serta manusia di dalamnya...menakjubkan.
Indah betul view gunung-ganang kat sini.
Dan sampai station rotair ni....ada 5 level building. Kat sini ada macam-macam jugak. Cafe, souvenir shop, glacier cave dan banyak lagi.
Glacier cave ni dari lantai...ceiling certa dinding adalah ice. Agak licin untuk berjalan. Tak besar mana pun...boleh la.
Fridge magnet mahal betul. 
View dari souvenir shop.
Kami terus menuju ke level 5...Dekat sini boleh ke cliff walk. Saya agak dalam 500m nak berjalan ke situ. Sayapun berjalanlah dari sini ke arah cliff walk tu. Ditakdirkan Allah saya tak boleh nak bernafas dengan betul. Dah la sejuk...berangin lagi. Kaki di dalam yang hanya beralas 2 layer sock dan juga sport shoes dah macam beku...hahaha. Akhirnya saya give up nak meneruskan niat. Patah balik masuk ke building.
Rasanya tak naik cliff walk pun takpe. Dah cukup puas view saya saksikan. 
I miss this moment so much
Betapa tingginya level saya berdiri ketika itu sampaikan boleh nampak puncak gunung-ganang ni.
Inilah area yang saya tak cukup nafas tu
Berjalan balik masuk ke bulding. Ada satu area dalam building ni kita boleh lepak sambil layan view. Ada meja dan kerusi. Ramai budak sekolah kat situ sambil makan bekal mereka. Kami pun ada bekal..tapinya kami nak makan sambil minum hot coffee.
Kami beli coklat sorang satu kat sini.
Akhirnya kami jumpa port boleh buka bekal kami. Cafe ni ada coffee dan ice cream. Pekerja cafe ni orang chinese Malaysia dari Penang. Nasi goreng kami ni berlaukkan telur rebus dari hotel..hehehe.
Coklat ni saya mampu makan sikit jer...sebab manis. My sis habiskan. Dah kenyang, kami decide nak balik ke Lucerne. Bila check train terawal kami boleh naik...alamak sempat ke tak? Tak salah saya dalam setengah jam lagi kut. Kami perlu naik rotair kemudian cable car dan kemudian lagi adalah bus untuk sampai ke train station Engelberg. Kalau tak salah saya train dari Engelberg ke Lucerne every 1 hour. 
Pine tree di kaki gunung...yang ni view dari dalam cable car.
Rasa masa berlalu dengan cepat bila berada kat sini. Tak sedar pun yang kami dah berada di sini around 10am hingga ke 2pm. Tak buat papepun...just tengok keindahan alam ciptaan Allah.

Gunung menghalang cahaya matahari...MasyaAllah!!!
Tasik agaknya tu.
Makin nak mendekati cable car station.
Berakhir sudah mountain exploration. Kami keluar dari building untuk tunggu bus ke train station. Dalam gambar ni adalah parking area. Baru tunggu 2-3 minit dah risau bus tak sampai-sampai....hahaha. Hampir nak ajak my sis jalan jer ke train station. Lagi 10 atau 15 minutes macam tu untuk kami kejar train ke Lucerne. Syukur dah nampak bus. Bus tu pusing town tu pulak. Alaaaa...kalau kami terlambat jenuh nak tunggu next train. Syukur akhirnya kami sempat. Ngam-ngam train nak jalan!!! Jom tengok photo sepanjang perjalanan ke Lucerne.







Sampai jer Lucerne, kami decide taknak balik bilik dulu. Dengan cuaca yang sangat cun, kami taknak lepaskan peluang explore Lucerne di waktu siang pula. Tak sangka sungguh, suasana di Lucerne tak jauh beza dari Salzburg. Nantikan next entry saya ye..kita sama-sama hayati keindahan Lucerne yang disimbahi cahaya matahari yang indah.

Bai....




February 19, 2023

Winter in Switzerland (Lucerne) - Part 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Allah SWT beri peluang untuk saya and my sis explore negara baru..Switzerland. Beberapa Europe trip kami selalu skip Switzerland sebab kami berdua berimpian bila ada rezeki, kami nak concentrate negara itu sahaja. Last year kami confuse nak pilih Egypt atau Switzerland. Malangnya ketika tu ada news pasal monkey pox. So, kami memilih Egypt. Bila memilih Switzerland di waktu winter...kami berdua agree untuk accept suasana gloomy di sana. Sebabnya rasa tak sabar nak ke sana...hahaha. Untuk tahu gloomy atau tidak winter di Switzerland..silalah follow entry saya sampai habis...hehe.

Flight kami ke Switzerland adalah pada 18/1/2023...pukul 1am. Biarlah pukul berapapun flight...saya macam biasalah...makan apa saja yang disajikan....hahaha. Kali ni saya berpeluang naik Emirate. Ada dua deck flight ni. Upper deck untuk business class...dan lower deck economy class. Kagumlah saya bila tahu pasal 2 deck tu. Plane sebesar tu mampu terbang di udara...Kehebatan Allah SWT menganugerahkan manusia kecerdikan akal fikiran. Semua nampak baru. Space antara seat pun luas..boleh lah nak duduk silang kaki...hahaha.

Kali ni saya bawa sarung cushion sediri...haha. Masukan cushion kecik emirate dalam ni...baru selesa nak peluk....lemmbuiit.

Kami transit di Dubai selama 3 jam. Bagus lah waktu flight pukul 1am tu...sempat nak solat subuh di Dubai. Time dalam surau kami sempat bertegur sapa dengan beberapa akak yang nak attend convocation anak-anak di Cairo.

Suasana Dubai Airport. Dalam fligt kami naik tu ada group umrah pun. Maybe transit di sini.

2nd flight pun double deck...entah kenapa saya terasa impress betul naik double deck aircraft ni...hahaha. Semoga satu hari nanti saya berpeluang duduk di upper deck..aminnn...hihihi. Time ni my sis lena dibuai mimpi. Saya pula sibuk layan view Dubai. Sayup-sayup kelihatan Burj Khalifa.


Lunch kami sebelum touch down ke bumi Switzerland. Cukup menyelerakan. Roti tu dua-dua saya ngap..hehe.

Masyaallah..puji-pujian hanya untukMu Ya Allah
Kelihatan sudah bumi Switzerland.

Syukur Alhamdulillah..setelah macam-macam style tidur dalam flight akhirnya  kami bakal nak touch down. Excited bila tengok bumbung bangunan dan rumah memutih covered with snow. Ketibaan kami di sambut dengan light snow.

Agak jauh berjalan nak menghala ke immigration. Time kami Q untuk melepasi immigration, kelihatan para pegawai seolah-olah new staff yang sedang di trained oleh senior. Ada 4-5 counter. Saya ni jenis memerhati orang...so saya menyaksikan incident yang menyedihkan. Seorang pakcik dari India dilayan dengan amat kasar sekali oleh pegawai senior immigration. Kalau saya di tempat pakcik tu..maybe saya berasa ngeri dan taknak travel lagi...hahahaha.

Bila dah collect luggage, kami berjalan menghala ke train station. My sis dah beli Swiss Tavel Pass (STP) dari Klook. STP ni hanya untuk tourist. STP ni available untuk 3, 4, 6, 8 & 15 days. Kami pulak akan berada di Switzerland selama 10 hari. So, which STP sesuai untuk kami? Discuss punya discuss, kami memilih 8 days STP yang berharga lebih kurang RM1,810/per pax. STP kami bermula pada 2nd day kami di Switzerland. So that day kami terpaksa membeli train tix untuk ke 1st destination, iaitu Lucerne atau Luzern.

Dari airport ke Lucerne kami spent CHF30/pax untuk train tix. Jangan risau, mudah jer process nak beli tix dari machine. Signboard pun jelas untuk ke train station. Urusan sayapun mudah betul sebab my sis yang urus semua dari beli train tix hinggalah nak tunggu ke platform mana satu...just melenggang tarik luggage....hahahha.

Suasana di dalam airport untuk menghala ke train platform.

Train kami naik tu direct ke Lucerne. Train ke Lucerne agak kerap, tapi kena make sure yang direct. kalau tukar-tukar...agak menyusahkan lah. Train tu just stop di Zurich HB (main station di Zurich) dan kemudian terus ke Lucerne.

Coach kami tak banyak seat. Ruang nak letak luggage pun takde. Nasib baik orang tak ramai. So, bolehlah letak luggage di depan seat.

My first impression tentang Switzerland time layan view sepanjang perjalanan...hmmm Switzerland ni tak jauh beza suasananya dengan Germany dan Austria. Design rumah-rumah pun tak jauh beza dari Austria. Feel di Switzerland belum sampai time tu...hahaha. Makin mendekati Lucerne makin jelas kelihatan snow yang lebat sebab train tu makin slow. Indah betul bila snowing.

Nice to see you again....winter.
Tak sempat nak hayati rupa bentuk Lucerne HB, kami terus bergerak ke hotel. Distance ke Hotel Central Lucerne dalam 2-3 minit berjalan. Tak dapat nak menahan diri stop depan sebuah hotel mewah untuk snap area tu. Lawa betul lah. Tak sabar nak explore Lucerne. Disebabkan winter, pukul 5pm dah gelap. Time kami sampai hotel dah nak dekat pukul 4pm.

Layanan staff Hotel Central Lucerne tip top betul. Dia siap highlight dia sediakan kami bilik yang the best. Sampai jer bilik...fuhhh....keluar lift selangkah terus sampai depan pintu bilik. Betul-betul sebelah lift. Masuk pulak bilik...wahhh...helokkk. Sebelum buat apa-apa, saya terus masak nasi dulu. Agak lapar time tu.

Sebelum kami masuk bilik, staff hotel bawa kami ke sini. Kami akan breakfast di sini sepanjang stay di hotel ni . Dan yang paling best, kami boleh minum coffee anytime. Ada coffee machine di hujung sana. Happy giler lah saya. Save duit coffee....hahaha. Dan yang bestnya jugak...kami boleh bawa outside food untuk makan kat sini.
View dari bilik.
Luas bilik ni.
Ada meja..senanglah nak masak-masak...hehe.
Agaknya ni rupa Lucerne zaman dulu-dulu.
Toilet pun bersih.

Walaupun hari dah gelap, kami decide nak keluar jalan-jalan sekitar Lucerne. Energy pun dah ada selepas sepinggan nasi dan secawan coffee...hahaha. Kami ada info pasal light festival sekitar Lucerne. Lighting takde lah gah..biasa-biasa jer. Indah betul Lucerne waktu malam ditambah dengan snow yang turun halus-halus. Kami just jalan menghala ke Lucerne HB. Ada bridge dekat situ. Kami cross untuk ke seberang..ada Old Town.

Lalu di depan sebuah cafe...aduhaiii tak menahan tengok roti. Saya sabarkan diri dengan harapan breakfast esok pasti ada roti.


Jalan punya jalan...ehh...kenapa macam ada feeling macam dekat Salzburg, Austria? Takpe takpe..tunggu siang pulak...adakah perasaan itu sama?
Kami sampai di Old Town selepas cross satu bridge. Walaupun time ni belum pukul 7pm, keadaan town ni sangat lengang. Tak lama kami di Old Town, just nikmati keindahan snowing.
See?? Crystal snow!!!
Just strolling sekitar Old Town street. Feeling nak explore tempat ni belum rasa sepenuhnya. Maklumlah badan tired time ni.
Wahhh...lawa betul part ni.
I love this view so much. Terasa seperti berada di zaman lain.
Comel stall ni.
Kami decide ke seberang dengan melalui Chapel Bridge. Hebat lah bridge ni sebab diperbuat daripada kayu.
Snow yang halus-halus tu terlekat di atas bermukaan bridge.
Ternampak building bercahaya di atas bukit. Cahaya lampu building tersebut bertukar-tukar warnanya. Cantik.
Church berdekatan pun unik sekali lighting show. Warnanya dan corak bertukar jugak.

Berakhir sudah 1st day kami di Lucerne. Tak sabar untuk activity kami keesokan hari. Jangan lupa follow kisah seterusnya di bumi Switzerland..

Bai..