May 24, 2022

Umrah Pertamaku (Mekah) - Part 2

 Assalamualaikum...

2nd day kami di bumi penuh barakah. Ganjaran 100,000 pahala solat di Masjidil Haram tak kami lepaskan subuh tu. That day semua jemaah group kami akan melakukan activity ziarah dan umrah ke-2. Kami berdua decide supaya tak join. Di Masjidil Haram area untuk solat adalah limited betul. Pihak askar asyik halau jer. Ada ruang solat perempuan dibentangkan carpet hijau tebal yang cukup indah pembuatannya. Jika solat di area tu, ada tiang sikit menghalang pandangan ke arah Kaabah. Setiap ruang dikawal oleh seorang perempuan yang berselubung hitam. Tah tahu mana belakang mana depan..hahaha. 

Lupa nak cerita pasal air zam-zam. Dalam Masjidi Haram banyak disediakan tong air zam-zam. Mudah betul nak minum. Saya siap letak dalam tupperware bawak balik hotel. Tak pernah puas nak minum air zam-zam. Asyik nak dan nak jer. Bila telan air yang penuh diberkati ini, rasa senang jer melalui tekak tanpa rasa payau atau seperti air biasa yang lain.

Syukur pagi tu kami berkesempatan solat di depan Kaabah dan berhadapan Hajarul Aswad. Tiada carpet tebal dan hanya berlapikkan sejadah kecil untuk kami berdua sujud ketika solat. Tapi nikmat solat di situ tak terkata seronoknya. Kaum lelaki lebih untung. Mereka dapat solat betul-betul paling hadapan Kaabah. Time saya kat sini, orang lelaki yang berihram saja boleh berada solat dekat dengan Kaabah. Saat menulis ni rasa sungguh rindu nak berjemaah kat sana. Merdu sungguh suara imam yang mengalunkan surah-surah. Getaran dalam hati hanya Allah SWT yang tahu. Solat sikit terganggu dengan rintihan sorang makcik. Bergema suara dia dok berdoa. Orang solat dia berdoa pulak...hahahahah. Macam-macam.

Selesai solat saya ajak my sis tawaf sunat. Jemaah tawaf time tu lebih ramai dari time kami tawaf sehari sebelum tu. Asyik tolak-menolak jer. Bila ada jemaah belakang saya yang menolak, saya akan warning don't push....then dorang pun tak tolak lah..hahaha. Wuduk saya terbatal ketika nak masuk pusingan ke-6. Time tu orang tolak then muka saya tersembab di belakang sorang lelaki. Lelaki tu khusyuk tawaf sampai tak sedar wuduk dia dah terbatal. Nak inform pun dia cepat sangat dah hilang dalam crowd.

My sis ajak berwuduk semula. Agak mencabar tawaf that day. Setelah berwuduk dan berdoa semoga dapat selesaikan lagi 2 pusingan, kami mula tertawaf. Laungan zikir dari seorang ustaz ni dengan bergema dan menarik perhatian kami. Ketika itulah kami perasan 1 group dari negara Turki sedang bertawaf. Ustaz di depan dan jemaah wanita dikepung oleh jemaah lelaki. Bagaimana kami tahu. Sebab kesemua jemaah tu laungkan zikir yang sama. Terus kami masuk dalam group tu. Sama-sama ikut zikir yang dilaungkan ustaz group tu. 2 pusingan terakhir tu terasa singkat, mudah dan penuh menyeronokan.

Saya menyaksikan satu group dari negara India bertawaf. Menakutkan hahahaha...mereka akan berpegangan tangan memanjang..keadaan dah macam bulldozer. Depan mereka clear..maybe semua orang gerun kena rempuh...hahahahaha. 

Pagi yang sunggu nyaman. Kekadang angin sepoi bahasa menyentuh tubuh.
Permandangan yang tidak pernah puas untuk dipandang

Melihat keadaan ini ataupun ketika solat berjemaah dan keadaan crowd di luar Majidil Haram menyebabkan saya berfikir...Subhanaallah hebatnya Allah SWT, umat islam berpusu-pusu datang ke sini untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan dariNya. Semua yang datang bukan dipaksa atau terpaksa...Subhanallah.

Sebelum balik ke bilik, kami singgah breakfast di hotel. Ramai jugak jemaah dari agency yang berlainan breakfast kat situ. Nasi lemak disajikan bersama sosej sambal. Ada telur yang perlu dikupas sendiri dan ada juga pelbagai jenis pastries dan salad. Kami hanya boleh breakfast sahaja di Mekah sebab pakej yang kami ambil tu adalah half board. Selesai breakfast kami bersiap-siap nak explore Mekah tanah penuh berkah.

Kagum tengok building yang tinggi-tinggi dan penuh dengan architecture yang rumit.


Saya terpandang gunung nun dihujung sana...hati ni melonjak-lonjak nak tengok lebih dekat.

King Abdul Aziz gate yang dalam construction

Kami masuk ke Clock Tower untuk tengok view dari atas tower tu. Malangnya observation deck tu tak bukak...so sad. Teringin sangat nak tengok Masjidil Haram dari atas. Akhirnya kami singgah supermarket yang bernama Bin Dawood. Macam-macam sungguh jual kat sini. Ala....macam Jaya Grocery. Sebelum datang saya nak sangat rasa buah fig fresh...akhirnya tercapai. Dalam bilik kami ada fridge..so boleh simpan.

Rasanya ni kurma fresh..mahal betul.

Pelbagai jenis buah

Nape kat Malaysia takde butter camgini..best kut

Kami singgah kedai kurma yang tak jauh dari Bin Dawood. Boleh beli kurma yang dipack dalam plastic, nak sedekah kat orang senang...kalau orang tu puasa, dia boleh simpan dulu. Saya suka kurma amber...kurma ni jenis besar dan lembut. 




Saya pernah tengok documentary pasal Clock Tower ni. Terkejut saya bila tahu yang orang Malaysia adalah Structure Engineer untuk project ni. Mamat (Tuan Wan Nazri Wan Aria) ni study degree di uitm dan kemudiannya further Master di Germany. Kemudian dapat peluang kerja di Germany. Dan company tu dapat tender Clock Tower project tu disebabkan design yang dibuat oleh mamat ni..makanya, company tu bagi peluang untuk mamat ni menjadi ketua consultant project tu dari A-Z. Very impressive....tepuk tangan.  

Standard dalam bulding ni adalah...ground floor and basement kedai-kedai...tingkat 2 atau 3 foodcourt dan seterusnya hingga atas adalah hotel.

Part of Masjidil Haram. Di sebalik barrier putih tu ada carpet hijau...tempat solat.

Walking tour kami diteruskan. My sis dari Malaysia lagi nak sangat saya try ice cream yang sedap kat sini. Bila nampak jer kedai jual ice cream terus diajaknya beli. Bila saya try..manis sungguh. My sis pulak dah lupa rasa sebenar ice cream yang sedap tu hahahha.

Perjalanan diteruskan. Merpati ni merata-rata ada...kena pulak ada orang jual makanannya..lagi ramai lah datang.

Tiba-tiba saya nampak cab. Terus saya ajak my sis pusing Mekah dengan cab pulak. Driver cab tu charge 150 rial..lupa nak nego..hahahha. Kami ingat dia nak bawa pusing-pusing town jer...rupa-rupanya dia bawa ke tempat-tempat seperti Jabal Rahmah, Jabal Al-Nour, Mina, Arafah dan sebagainya. Ada jugak rezeki sangat nak tengok tempat-tempat sejarah tersebut walaupun tak join agency.

Pokok tamar. Tak jumpa taman perumahan pun..tak tau penduduk Mekah ni tinggal kat mana...hahaha

Building kat sini dinding takde yang jenis glass..maybe selalu berhabuk so tak sesuai dinding berglass. Warna pun sejenis jer.
Banyak kedai saya tengok jenis ditepi-tepi gunung begini. Maybe jarang hujan so tak risau berlaku tanah runtuh.

Driver cab tu ada bagitau building ni adalah apa..tapi lupa hehehe

Di Jabal Rahmah. Takde lah nak panjat bukit ni. Dikatakan ada kisah di Jabal Rahmah ni. Yang pertamannya di sinilah tempat pertemuan pertama Nabi Adam AS dan Siti Hawa sejak di turunkan dari syurga. Yang keduanya inilah tempat yang mana Nabi Ibrahim bebrapa kali mimpi menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Dan kisah terakhir adalah tempat dimana wahyu diturunkan kepada Rasullullah SAW yang mana ayat yang diturunkan memberi maksud tersirat yang Rasulullah SAW akan meniggalkan umatnya dan akan menemui Allah SWT.

Akhirnya niat my sis nak suruh rasa ice cream yang sedap tu tercapai. Memang sedap sangat lah hai. Susah nak explain kesedapan ice cream ni. Tak pernah jumpa ice cream yg texture nyer selembut ni..manispun ala-ala saja.

Kemudian driver cab ni bawa kami tengok keadaan khemah di Arafah. Saya pernah baca kisah menulis kesukaan saya Norhafsah Hamid dalam bukunya bertajuk Traying to be a Muslim. Beliau ceritakan satu per satu kisah beliau ketika menunaikan haji. Ketika beliau berada di Arafah, tempat tidurnya betul-betul tengah antara dua khemah yang mana khemah tersebut ada gap. Time tu dijangka akan hujan. Syukur tak hujan, so dapatlah beliau tidur bertemankan bintang bertaburan di atas langit. Banyak lagi kisah beliau yang menarik. Ada part kita akan menangis bila membacanya. Semua collection buku beliau saya dah ada..yang latest baru published tak sempat beli lagi...Time to Heal.

Keadaan di Arafah.

Sesekali akan jumpa rumput.

Tempat terakhir kami dibawa adakah Jabal Al-Nour. Di sinilah terletaknya Gua Hira. Gua yang merupakan wahyu pertama di turunkan kepada Rasulullah SAW...Subhanallah.

Tak salah malam tu jugak group dari agency saya hiking untuk tengok Gua Hira.
Cuci mata
Sorry..ni tempat terakhir sebenarnya...saya dah lupa ni perkuburan untuk siapa.
Di sebelah perkuburan tersebut ada stall coffee...my sis lanjer driver cab tu.

Our lunch. Satu meal dalam RM30 lebih boleh makan berdua. Portion memang banyak. Setiap kali beli makanan kat sini, akan diberi plastic besar bertujuan untuk lapik jika makan ramai-ramai.

Our dessert..nyum nyum.


Berakhir sudah hari ke-dua kami di bumi penuh barakah. Bumi penuh sejarah. Nantikan entry saya seterusnya....bai.

April 24, 2022

Umrah Pertamaku (Mekah) - Part 1

 Assalamualaikum semua..

Masih ada lagi ke pembaca di blog saya ni? Hehehe. Ada kisah terbaru untuk saya share. Trip baru-baru ni berbeza sedikit dari trip2 yang sebelum2 ni. Apa yang bezanya?? Kali ni trip saya adalah ziarah atau umrah. Alhamdulillah me and my sis berkesempatan melaksanakan melaksanakan ibadah umrah bersama. 

Kisah untuk saya melaksanakan ibadah umrah ni agak tragis. Semua orang mesti terkesan disebabkan pendemik kan? Sama juga kepada kami berdua. Sebenarnya kami berdua dah fully paid umrah cost kepada agent A ni. Dan kami bakal fly ke Madinah 13/3/2020. Dan malang sekali terpaksa postpone disebabkan MCO di Malaysia. Kami redha. Paling kasihan adalah saya, sebab itu merupakan umrah pertama saya. My sis dah berkesempatan melaksanakan umrah tahun 2019.

Masa berlalu ke tahun 2021.

Kerap jua kami contact agent A ni untuk minta refund. Yalah, duit tu kalau letak dalam ASB kan akan bertambah dengan jayanya. Kami risau jugak agent tu bankrupt ke apa kan. 

Penghujung tahun 2021...pembukaan semula ibadah umrah. Agent tak contact pun. Masuklah dalam fb agency A ni. Dah buat promotion besar-besaran dalam fb dia. Saya buat-buat contact agency A tu seolah-olah saya ni customer baru. Saya whatapps tanya bila trip paling cepat. Terkejut bila dia ckp haritu pun dah ada 1 group baru fly. Apakah?? Saya terus explain saya saper dan kekecewaan saya. Dipendekkan cerita, agent tu inform dari payment kami tu, 60% dah burn. 60% tu adalah flight, visa dan insurance. 

Selepas argue semua, agency owner still berkeras takkan bayar full amount. Akhirnya kami terpaksa redha dan terima 40% tu. My sis terus deal dengan agency lain. Kami dijangka fly bulan January 2022. Sekali lagi kami diuji. Kerajaan Malaysia stop penghantaran jemaah disebabkan omicron yang banyak dijangkiti oleh jemaah umrah. 

Penutupan itu tak lama. Setelah dibuka semula, sekali lagi ujian. Slip dics my sis makin teruk. Semuanya gara-gara dia jogging sambil berlari. Keadaan my sis memang tak membenarkannya travel. Semua ujian ni langsung tak menghalang saya untuk giveup. My sis pernah cuti 3 bulan disebabkan slip disc 10 year ago. Dalam sebulan lepas tu my sis decide nak on. Dia macam ok sikit. Maybe jugak dia kesian kat saya yang tak senang duduk sebab tak sabar nak pegi.

22/3/2022...bermulalah perjalanan kami ke Tanah Haram. Preparation kami mudah jer...semua persiapan 90% dah tersedia since tahun 2020...hahaha. Oh ye...dalam beberapa hari nak berangkat tu, kami telah diberitahu yang kami akan ke Mekah dulu dan kemudiannya Madinah yang mana sebelum ni adalah sebaliknya. Kalau tak salah disebabkan issue hotel di Madinah. Apa-apapun saya bersyukurlah kalau ke Mekah dulu. Maklum lah orang perempuan...paham-paham jerlah ye. Flight kami that day adalah pada pukul 6.30pm. Pukul 1.30pm kami dah dikenakan berada di KLIA. 

 

Sebab semua jemaah bag yang sama, so perlu letak ribbon untuk senang trace.
 

Ketika driver Grab nak ambil luggage kami masuk kereta, dia bagi salam kat saya dan saya jawab. Sekali pandang...eh chinese lah. Bila masuk kereta saya perasan dia gantung Allah dan Muhammad di kereta. Rupa-rupanya dia muaalaf. Dia dah 20 tahun masuk islam. Sembang-sembanglah sekejap dengan dia.

Bila dah sampai KLIA, kami berkumpul di tempat yang dijanjikan. Group yang saya join ni ramai giler. 74 orang. Asalnya 25 orang jer satu group. Tak sangka seramai tu. Ini antara perkara yang kami agak frust mulanya....kemudian punya saya cerita kemudian yer...hehehe. Ketika ustaz ni nak bagi briefing dan boarding pass & passport, jenuh nak teka apa yang dia cakap. Ada speaker dan mic, tapi tak dengar. Saya dok imagine, nanti mutawif nak bagi tazkirah ke apa ke...boleh ke saya nak hayati?? Macam-macam lah yang saya imagine.

Kami minta izin mutawif untuk kami bergerak ke boarding gate. Dan dia benarkan. Tempat paling tak suka adalah flight. Bosan betul. Flight kami smooth jer. Flight selama 8 jam lebih tu melalui waktu malam sahaja. Kami tiba di Jeddah airport lebih kurang pukul 11pm waktu Saudi Arabia. 

 

Jemaah umrah....hehe

Senja nan indah di bumi Malaysia

Bila nak ke immigration, fuhh...ramai giler. berebut-rebut nak naik train. Dah keluar train, satu group dengan mutawif sekali dok nganga tak nak jalan. Kami nak pandai-pandai kang orang cakap apa pulak kan. Sampai kena halau dengan staff airport Jeddah tu, baru lah nak bergerak. Dah settle immigration, kami pun nak collect luggage. Lepas ambil luggage, kat area yang sama mutawif tu nak asing jemaah dalam 2 group. 1 group satu bus. Agency kami join ni ada sorang mutawif dan 3 orang staff. Bila sampai Jeddah, 2 orang student Mesir akan assist dia jugak. Oh yee...walaupun duduk lama dalam flight, keadaan my sis agak ok...syukur.

Bila dalam bus, beberapa orang arab naik untuk edarkan simcard. 90 rial ye. Tak salah saya lebih dari dua jam dalam bus tu. Tired giler. Bus bergerak. Bila sampai Mekah, student Mesir ajak bertalbiah. Malangnya kejap jer. Tak menusuk dalam hati langsung. Dulu my sis citer, time talbiah..mostly jemaah menangis. Time tu....ala apa ni...nak moment macam my sis. Sebenarnya my sis tergerak jugak nak buat umrah DIY dengan saya. Tapi dia kesiankan saya kut tak berkesempatan seperti pengalaman dia. Nampaknya niat my sis tak kesampaian...hahahah.

King Abdul Aziz Jeddah Airport ni lawa giler, nanti last entry saya share banyak-banyak ye photo airport ni.

Menunggu lagi kami lepas tu dekat lobby nak tunggu dapat  kunci bilik. Tengok jam time tu nak dekat 5am. Fikir-fikir balik, jarak dari airport ke Mekah dalam sejam lebih jer. Bila dihitung-hitung, masa dah berlalu 6 jam sejak kami landing. Oh ye, hotel kami di dalam building Safwah Tower jer. Royal Dal Al Eiman nama hotelnya. Seperti di janji, luggage akan dihantar depan pintu bilik. Kami pun bergerak ke bilik lepas dapat kunci. Tunggu nyer tunggu takde pun luggage. Nasib baik ada telekung, boleh lah solat subuh. Subuh time kat sana adalah 5am.

Kami perlu mandi. Tak tahan menunggu, saya whatapps student Mesir. Laaaa...suruh ambil di level 8. Time kami gi ambil tu, banyak giler luggage lain. Dalam group whatapps takde inform apa-apapun. Agak terkilan dengan incident tu. Kami ada beberapa jam lagi nak menunaikan umrah. Tak mampu nak lelapkan mata time tu. Tak sabar. Masa yang ada saya pasangkan tali ampaian...nasib baik ada floor lamp yang agak heavy duty, boleh la nak ikat. Nanti pakaian ringan, boleh hang..hehe.

Lampu kiri dan kanan tulah saya hang ampaian hehheh


Overall bilik kami memang selesa dan luas

Seperti masa yang ditetapkan iaitu 8.30am kami dah berada di lobby. Semua jemaah berpakaian serba putih memenuhi lobby. Semua assistant mutawif mengedarkan receiver yang mana jemaah boleh dengar instruction mutawif time menunaikan ibadah umrah. Dah semua siap pasang earfon kat telinga, mic pulak hilang...laaaaaa. So terpaksa pulak return receiver tu. Time tulah mutawif tu divide 3 group jemaah. Kiranya 1 group dia akan guide, dan dua group lagi by student Mesir. So...bersedia nak bergerak ke Masjidil Haram.

Keluar jer dari building, SubhanaAllah...sejuk. Leka saya dengan sejuk yang menyenangkan tu. Talbiah kedengaran. Saya ikut sekali. Tapi kejap jer tak dengar dah...hahaha. Saya and my sis bertalbiah bersendirian. Perasaan bercampur baur time tu. Saya sampai dataran Masjidilharam yang my sis pernah cerita tu. Bersih...tiles putih dan bersih. Tak jauh pun untuk masuk ke Masjidil Haram. Saya kira-kira dalam 2-3 minit berjalan saja. 

Saat jejak kaki di Masjidil Haram, debaran makin terasa. Ketika turun escalator, Kaabah kiblatku dah kelihatan dengan di halang sedikit oleh tiang-tiang. Saat itu tanpa disangka air mata berjujuran. My sis kuat gengam tangan saya. Mutawif entah ke mana. Bila Kaabah dah di depan mata. Makin berjujuran air mata. Building empat segi di cover dengan kain hitam tu cukup indah. Syukur sangat time tu sebab Allah hadirkan my sis dalam hidup saya. Dialah yang guide saya satu persatu. Seperti mana dia guide saya dalam hidup saya sebelum-sebelum ini...macam tu juga dia guide saya melaksana ibadah umrah. Saya masih ingat time kursus para jemaah takde diajar amali umrah. Semuanya diberitahu akan cerita time dah sampai. Saya berharap jemaah lain dapat laksanakan ibadah umrah dengan sempurna. 

Bermulalah ibadah tawaf saya..my sis langsung tak lepaskan tangan saya. Dari niat, zikir berlainan untuk setiap pusingan, apa yang perlu disebut ketika melalui Rukun Yamani serta Hajarul Aswad semuanya saya mengikut my sis. Bacaan semuanya dia baca kuat-kuat untuk bertujuan saya dapat mendengar dan mengikut sekali. 

Setelah selesai tawaf, my sis cari port terbaik untuk kami tunaikan solat sunat. Berkali-kali saya sedarkan diri saya yang saya bukannya bermimpi dapat ke sini. Lama kami duduk berdoa di tempat kami solat. Saya memandang Kaabah di depan saya. Kelambu hitam yang menyelimuti Kaabah berwarna hitam pekat. Saya yakin kainnya jenis baldu. Seluruh permukaan kain itu ditekap dengan ayat-ayat Al-Quran. Di bahagian keliling pula terdapat ayat A-Quran yang di sulam dengan benang emas. Timbulnya benang emas itu sampai membuatkan burung kecil boleh hinggap..Subhanaallah. Dari jauh kain itu seperti tiada sambungan benang. Sehinggalah ketika saya tawaf wida (last day) baru saya nampak kesan cantuman kain. Kemas betul pembuatan kelambu Kaabah. Keunikkan ini susah nak dirasai jika kita hanya melihat dari gambar atau video. Mesti tengok dengan mata sendiri. Berkali-kali my sis pesan, jangan snap photo atau video ketika melakukan ibadah tawaf. Saya ingat pesanan tu. Ketika habis berdoa baru dia benarnya saya snap dan bergambar. 

Saya pandang pula ke atas..terbayang-bayang masjid di mana terletaknya Baitul Makmul. Dikatakan para malaikat tawaf di situ. Baitul Makmur terletak di langit ketujuh. Rasulullah SAW pernah menyaksikan tempat ini ketika berlakunya israj mikraj. Menurut Baginda SAW, terdapat 70,000 malaikat bertawaf dalam satu masa. Bila dah siap, para malaikat itu takkan kembali lagi. Kemudiannya diganti dengan 70,000 lagi malaikat untuk bertawaf dan seterusnya.

Saya pernah menyaksikan pelbagai building hebat di negara-negara yang saya dah jejak. Tapi Kaabah paling hebat. Setelah minum beberapa cup air zamzam, kami bergerak untuk menunaikan saie. Disebabkan takut slip disc my sis makin teruk, kami memilih melakukan saie dengan menaiki skuter. Setelah complete saie dari Safwa ke Marwah 7 kali, kami melaksanakan perkara terakhir iaitu tahalul atau bergunting. Penghargaan kepada My sis tak terhingga banyaknya. Umrah pertama saya yang sungguh bermakna.

Photo Kaabah ni saya snap time selesai solat sunat dan berdoa. Ramai tentera berkawal dalam Masjidil Haram. Tali dipasang mengelilingi Kaabah untuk menghalang jemaah menghampiri Kaabah.

 Kemudian my sis ajak tengok tapak kaki Nabi Ibrahim AS. Saya cukup suka kisah-kisah para nabi. Sejarah pembinaan Kaabah juga cukup menarik. Nak diceritakan di sini, panjang pulak entry saya...hehehe

Saya perhatikan ada jemaah yang merayu-rayu pihak askar untuk dorang mendekati Kaabah. Malangnya tidak dipedulikan oleh pihak askar. Sejak pandemik, jemaah tidak dapat lagi mendekati Kaabah. Mungkin juga nak hindari keadaan berebut-rebut yang mana virus lagi cepat spread.
Pancuran emas yang mana merupakan juga tempat mustajab doa. Ketika my sis tunaikan umrah, dia berpeluang solat sunat di dalam Hijir Ismail.

Ada kisah menarik mengenai menara jam yang mana jua dikenali Zam Zam Tower.

Ruang untuk jemaah menunaikan ibadah Saie.

 Ruang mengerjakan ibadah Saie dengan menggunakan skuter. Skuter ni slow jer hahaha. Harga untuk Saie saja 115 Rial untuk 2 seater. Kalau single maybe half price kut.

 Saya snap dari pintu keluar Masjidi Haram. Hotel yang kami stay tu di sebelah kiri.

My sis familiar benar dengan Safwah Tower. Dia bawa saya tapau makanan. Kami belum breakfast proper. Lepas jer brunch dan solat Zohor, dua-dua pengsan. Di bilik, kita boleh tengok live Masjidil Haram dari tv secara live. Ada juga speaker mengalunkan azan serta solat jemaah dari Masjidil Haram.



Silalah ke tingkat 3 di Safwah Tower tu...Ada food court. Pelbagai jenis makanan sampaikan pening nak pilih...hahhaa. Mostly yang harga atas 30 Rial...makan dua oraang pun tak tentu habis. Sampai boleh simpan sampai ke malam hahaha. Pekerja di setiap stall semuanya pandai cakap melayu ye...hehehe

Ayam terbaring sebelah pun ada

Kami memilih ikan grill, kebab, roti canai dan humus. Oh ye, saya ada beli jus oren..MasyaAllah sedap giler. Humus tu memang favourite saya, tapi tak ngam cicah dengan roti canai. Ngam bila cicah dengan roti arab. Ikan grill tu terbaik!!!


Setelah re-charged, kami menuju Masjidil Haram untuk menunaikan solat mahgrib. Itulah solat jemaah saya pertama di Masjidil Haram. Subhanallah...syoknya solat berjemaah di sana. Bacaan imam sungguh menusuk dada. Asyik betul bacaannya. Alunan surah yang agak panjang pun terasa singkat. Rindu sungguh bila diingat kembali.   

Kami balik ke hotel dengan tenang. Manusia berpusu-pusupun takde beri apa2 kesan ke atas ketenangan kami. Angin malam tu agak sejuk dan segar. Segalanya indah.

Selepas isyak kami kembali ke bilik, kami sempat komen-mengomen pasal mutawif yang tak cekap uruskan jemaah. Dan time tu lah saya batuk dan bila berlari masuk toilet kami tersepak besi penahan pintu dalam toilet. Ngam-ngam kena dekat ibu jari kaki dan sikit berdarah. My sis cepat2 letakkan plaster. Start dari incident tu saya taknak dah komen-komen pasal mutawif tu dan kami juga decide takkan join apa-apa ziarah...istighfar banyak saya time tu. 

Nantikan entry seterusnya dari saya...ada moment yang cukup mengasyikkan...

Bai..