January 12, 2015

Thailand (Bangkok) Day 3 - Part 5

Assalamualaikum...


This is my 1st entry for this year, 2015. Happy new year kepada semua reader dan juga blogger2. This year...azam untuk travel mana-mana..saya serahkan kepada keadaan. Kalau keadaan time tu berduit..boleh la pilih nak kemana-mana. Berdebar-debar tunggu bonus tahun ni...kalau bonus ok..InsyaAllah boleh la kemana-mana. Kalau tak ok, kena lah penuhkan tabung bencana travel tu. Ada 1 tempat yang saya and my sis teringin sangat nak pegi..harap-harap tercapailah hendaknya....Aminnn!!!

Sorrylah ambik masa yang lama nak habiskan entry Bangkok ni. Sejak balik Bangkok ni...demam saya tak menentu..malu dah asyik MC. Teringat lagi...3rd day di Bangkok, demam saya teruk sangat...rasa membahang jer badan. Memang tak larat sangat. Plan kami pagi tu nak pusing-pusing Bangkok sambil naik boat susuri Sungai Chao Phraya. Tanpa breakfast, kamipun keluar menghala ke BTS National Stadium. 1st sekali yang kami buat adalah...membeli ticket untuk 1 day pass. Pass tu boleh digunakan sampai tengah malam dan bukannya dikira sebagai 24 hours. Adalah rugi kalo kita beli day pass ni waktu petang...seelok-eloknya adalah waktu awal pagi...baru lah berbaloi. Harga pass tu adalah 130 Baht. Boleh dibeli di counter dimana-mana BTS station.



 
 Destination kami that day adalah Saphan Taksin...nampak tak sungai sebelah station tu...itulah Sungai Chao Phraya. Ada lega sebab kami tak perlu nak tukar train..dari National Stadium boleh direct jer sampai ke Saphan Taksin.



 Suasana sekitar National Stadium


Suasana di dalam train

Sampai jer Saphan Taksin Station, kami pun jalan la ikut signboard..tetiba terjumpa 1 tempat jual ticket untuk boat. Rasa macam selamat beli kat situ sebab office tu nampak macam boleh dipercayai. Pernah terbaca ada pelancong yang tertipu pegi beli ticket ntah apa-apa yang melampau sangat harganya. Harga river boat day pass itu adalah 150 Baht.


 
Nilah rupa 1 day pass tu.


 
 Nilah rupa boatnya...time ni mood memang ke Sungai Chao Phraya. Kesian my sis...sikit sebanyak effect dia jugak...diapun turut tak enjoy. Kami turun di Tha Thien Pier yang dikatakan location untuk Wat Pho dan juga Grand Palace. Berduyun-duyun pelancong termasuk kami turun kat boat tu. Stop tu bukan saja sekadar station untuk boat tu...malahan ada market yang menjual makan dan juga souvenir. 



 
Tak sangka betul kami terjumpa gerai orang Islam. Apa lagi...pekena la breakfast kat sini. Saya dengar cerita air kelapa muda boleh sejukkan badan..so saya order la. My sis punya la suka black tea ice tu..cukup rasa dia kata..


 
Ini adalah nasi goreng udang yang saya jamah sikit jer.


 
Kalau anda ke Bangkok...boleh saksikan penjual-penjual tepi jalan jual buah-buahan dan juga jus buah delima. Memang nampak menarik. Saya pernah rasa jus delima tu...rasanya sikit-sikit jer buah delima..maybe air lebih pastu letak pewarna merah...hahahha.


 Tak jauh dari market tersebut...sampailah kami di Wat Pho. Dalam wat ni dikatakan adalah patung buddha yang terbaring dan diperbuat dari emas. Saya terpaksa suruh my sis sorang jer masuk sebab saya gerun nak masuk...hahahaha. Dia pun masuk lah sorang dan saya duduk sorang-sorang kat luar. Time tu rasa nak landing jer kat kerusi panjang yang disediakan di luar wat tersebut.


 
Saya just round bahagian luar jer..terjumpalah bunga teratai ni sekumtum...dalamnya ada lebah menghisap madu...



 
Kalau tengok wat-wat dahulu kala..bentuk begini diperbuat dari batu bata..bila zaman moden skit..diperbuat warna-warni begini pulak. Ntah apa maksudpun tak tau.


 
Saya share photo dari camera my sis...inilah rupa patung buddha yang terbaring dan diperbuat daripada emas.



 
Siap ada bantal tu haa..

Lepas my sis keluar dari wat tersebut, kamipun beriringan ke Grand Palace yang tak jauh dari situ. Sebenarnya bersebelahan jer..tapi entrancenya jauh dari Wat Pho. Kami plan nak guna tuk-tuk sebab saya tak larat nak jalan dengan keadaan panas terik tu. Bila tanya driver tuk-tuk...dia siap offer nak bawak kami shopping bagai. Dan dia cakap Grand Palace tu tutup dan dibuka semula pada pukul 2pm. Bila kami taknak gi shopping, dia suggest kami ke wat yang patung buddha berdiri dan duduk bagai..haish. Last-last kami terpaksa lah berjalan sebab tuk-tuk tersebut taknak hantar. Tahan cabpun dia taknak hantar. Sepanjang kami berjalan, asyiklah kena approch dengan driver tuk-tuk...scam dorang sama jer...Grand Palace ditutup sempena itu ini. Dengan keyakinan bahawa Grand Palace itu dibukak...kami teruskan juga perjalanan.


Ada orang buat show di bus stop.


 
Grand Palace ni takdepun di tutup. Rasanya inilah tempat tumpuan pelancong paling ramai. Bila tengok jer keadaan ni...aduh...berpinar mata. Keadaan memang panas giler. 


  
Tak tahu bagaimanalah rupa Grand Palace tu...kami cuma dibahagian entrance. Saya memang give up time tu..badan rasa memang totally weak. My sis tengok keadaan saya makin teruk..dia decide kami balik. Dia korbankan kesempatan nak masuk Grand Palace disebabkan saya. Berapa kali saya say sorry sebab saya dah spoilkan our vacation. Dia cakap xper..next time nak datang lagi.



 
Kami tak perlu nak berjalan sampai ke jetty mula-mula kami turun tu...sebab Grand Palace ni berdekatan dengan Maharaj Pier yang mana ada juga jetty untuk boat yang bakal kami naik. Nasib baik sangat.


 
View di tepi Sungai Chao Phraya. Rasanya kami dah bazirkan duit beli 1 daypass untuk boat tu.



 
Saya perlu makan ubat...dan roti ni yang boleh lapik perut saya before makan ubat. Sepanjang di Bangkok...roti nilah kegemaran saya...simple but sedap. Just roti yang disapu butter dan ditabur gula...1 slice per pack. Boleh beli dimana-mana 7Eleven.

December 26, 2014

Thailand (Bangkok) Day 2 - Part 4

Assalamualaikum...

Entry untuk day 2 lagi. Dalam sejam perjalanan dari Ayutthaya kamipun sampai di Bangkok. Time tu tak salah saya dalam pukul 2pm gitu. Jammed bukan main teruk untuk masuk tengah-tengah Bangkok. Ketika on the way nak pergi Farida Fatornee tu, dapatlah kami tengok kedudukan shopping complex area Bangkok...ternyata semuanya dekat-dekat sekali. Ada beberapa shopping complex dihubungkan dengan sky bridge untuk memudahkan orang ramai keluar masuk. 

Sampai restoran Farida, kami terus order makanan panas. Ada juga pelbagai lauk campur. Yang best makan sini, suami tokey restorant tu (saya agak Farida tu adalah tokey restorant tu) peramah. Dua laki bini ni boleh cakap melayu slang Kelantan. Kami memilih untuk makan sayur campur dan ikan siakap goreng ala apa ntah..lupa pulak. Kedua-dua lauk pilihan kami tu punya la sedap. Memang puas lah makan. Komen kesedapan itu adalah dari my sis sebab deria rasa saya terhadap makanan sudah takde...sedih tul!!!



Sayur ni bila kunyah rangup jer


habis sekor kami dua orang makan...hahaha


Jemput makan semua :)


Sepanjang masa kami tunggu makanan sampai dan juga menikmati makanan, si Samart ni tetiba dok melayan pelanggan dalam restoran tu. Dia dah lagak anak tokey kedai tu...hahahahha. Kejap ambik order...kejap angkat pinggan mangkuk ke dapur. Sampaikan 1 family melayu ni bercakap-cakap sesama dorang yang Samart ni anak tokey restoran tu..hahahha. Lepas dah settle dia layan pelanggan semua. Nampak dia sangat biasa dengan owner restoran tu.

Tetiba si Samart ni dok tunjuk watsup message dari orang Malaysia. Dia kan tak reti nak baca bahasa melayu ataupun english..so my sis pulak jadi translator..hahaha. Siap my sis taipkan message. Rupa-rupanya ada sorang doktor nak guna tour service dari Samart ni. 

Lepas jer Samart hantar kami ke hotel, saya telan panadol dan terus pengsan sampai ke petang. Bangun dari tido, saya terus gi mandi air sejuk untuk kurangkan panas badan. Disebabkan keinginan yang kuat nak jalan-jalan, saya gagahkan jugak diri. Saya cakap kat my sis, saya nak makan dessert di Mango Tango @ Siam Square, Soi 5. Saya hanya ada alamat gitu jer...Siam Square, Soi 5...hahaha.


Sebelum memulakan pencarian, bergambar dulu..hehehe. Inilah rupa sky bridge yang menghubungkan BTS serta beberapa. shopping complex.


Jammed. Perasan tak, laluan jalan bahagian kiri dan kanan adalah bukan 1 way. 


Building kiri tempat kami sering gi makan dan disebelah kanan adalah tempat kami tinggal sepanjang di Bangkok.



Saya bayangkan Mango Tango adalah di dalam complex, tapi bukan rupanya. Di atas jasa budak-budak sekolah thai, kami akhirnya jumpa Mango Tango...yeeee!!! See?? Cafe ni just dalam cabin jer..hhaaha. Ada dua cabin yang diubahsuai. Satu untuk kitchen dan satu lagi untuk tempat makan.


Saya tahu pasal Mango Tango ni ketika search dari google untuk mencari pulut mangga...dah lupa dah blog apa yang saya refer. Menurut penulis blog tu, tempat ni sentiasa penuh sampaikan orang kena Q. Kami dapat layanan yang baik dari waitress cafe tu..dia rekemen untuk menu yang dia tunjuk tu...saya terus agree..hehehe


Perlu order dan bayar dulu ye...manggapun boleh dikeringkan.


Kami dapat meja yang best. Sambil makan boleh tengok orang lalu-lalang.


Zoom skit....glupppp. Komen saya...sangatlah sedap, terutamanya pulut bila dimakan bersama mangga. Tapiiiiii....alahai...sikit sangat pulut tu. Tak puas saya makan. Semua atas plate ni berasaskan mangga. Lepas makan aiskrem tu...kong kong kong la saya semalaman..sebab tekak dah sakit lagi menambahkan sakit...teruk teruk...hahahha


My sis order yang ni. 


Saya suka konsep cafe camni....unik dan menarik. Boleh google untuk tahu cara nak ke sini.

Kemudiannya, kami decide nak visit satu shopping complex yang famous dengan setiap floor shopping complex tu bertemakan bandar-bandar besar di dunia. Nama shopping complex tu adalah Terminal 21. 1st time untuk kami gunakan BTS service. Senang jugak nak paham konsep BTS ni. BTS ni systemnya macam naik underground tube kat London. Sangat mudah nak ke sana sebab kami time tu dekat dengan station BTS Siam, tanpa perlu tukar2 train kami terus turun ke station Asoke/Sukhumvit. Keluar jer dari train, terus leh masuk Terminal 21. Sangat mudah. Yang payahnya, bersedialah untuk panjat atau turun tangga. Sebab station ni berlapis2 ye. Escalator adalah kurang ye!!!


Inilah floor bertemakan London. Datang sini bukannya berminat nak bershopping, tapi lebih berminat nak tengok decoration tema bandar-bandar didunia...hahaha



Ni laluan nak ke toilet...siap ada underground tube di lorong ke toilet ni...hehehe. 


Ini ala-ala underground station pulak...hehehe...dalam toilet pula, semua toilet cubicle ada lukisan map underground tube ni...memang menarik :)



 Bersumo tengah-tengah shopping complex..hahahha - di Level Tokyo


Floor ala-ala turki pulak...saya paling berminat dengan lampu ceiling ni...menarik...


Golden Gate Bridge ni pulak gah merentasi tengah-tengah Terminal 21 ni. Floor ni plak ala-ala San Francisco la.


Unik betul cafe ala-ala dalam train ni...tergantung pulak tu...creative tul orang yang reka semua ni


Lepas dah penat explore Terminal 21, kami balik ke area National Stadium untuk dinner. Pilihan restoran yang senang untuk diterjah adalah Yana Restaurant again. Kali ni kami order personal dish jer, jom tengok kami makan apa.




Saya order prawn fried rice...tak berapa kena selera.



My sis order pad thai...sedap sangat. Saya tolong habiskan bila my sis dah tak larat makan...nasi goreng tu terus letak tepi.


kerabu mangga ni aduhaiii...masam sangat...saya hanya mampu makan kacang jer...

Ok semua, kat sini dulu ye...untuk day 3 saya akan share pengalaman pusing-pusing Bangkok. 



December 24, 2014

Thailand (Ayutthaya) Day 2 - Part 3

Assalamualaikum...

Ubat sakit tekak yang diberi oleh Samart langsung tak berkesan..dah sekotak saya habiskan sampaikan dia beri sekotak lagi yang berperisa lemon pulak. Bila minum air, perit sangat rasa tekak. Bila sampai Ayutthaya, takde rasa excited sangat pun sebab yang bakal kami visit adalah wat atau candi Buddha yang dibina dahulu kala. 


Photo ini diambil ketika sampai di bandar Ayatthuya


salah satu lampu jalan yang dipasang sepanjang bandar Ayutthaya


Wat pertama kami visit adalah Thanon Si Sanphet. Untuk ke wat tersebut, kami melalui sebuah market kecik. Dan kebetulan sangat, kat sebuah gerai menjual snack thai, kami terjumpa orang malaysia. Kak ni namanya kak K. Excited betul kak K jumpa kami. Bercoleteh panjang lah kami..hahaha. Siap duduk makan bekalan yang kami bawak iaitu roti dan sambal ikan bilis. Makan sikit jer tepi sembang jer banyak...hahaha. Kak K ni buat tour service sambil niaga. Tapi tour service dia banyak untuk mat salleh. Siap suruh kami datang lagi keesokan hari sebab area wat tu akan ada show menarik. Kawan berniaga dia org thai offer nak bawak kami jalan-jalan esok. Kami just cakap yang kami tak janji sebab ada lagi tempat lain yang perlu kami terjah. Selepas tinggalkan barang-barang kat gerai kak K, kamipun start explore tempat tu.

Jom tengok apa yang dijual kat sana. 


Kak K cakap kedua-dua jenis makanan di combine dimakan bersama...dia cakap makanan ni ala-ala kuih ketayap.


Pelbagai jenis makanan..ada juga beberapa gerai orang islam


Cantik kan?

Anjing memang banyak betul area ni. Geli betul melihatnya..macam sejak lahir tak mandi. Cuaca memang cerah..tapi panas lah teramat..dengan angin yang membawa pelbagai habuk. Naik pening saya dengan keadaan tu. Sampai jer area wat tersebut kami decide taknak masuk..just nak snap photo dari luar jer. Saya bagi idea kat my sis, dah alang-alang ada monopod snap jerlah dari luar. Tembokpun tak berapa tinggi sangat. Saya tengok mat salleh semua pakat snap dari luar. So, kat bawah nilah hasilnya. Semuanya photo dari hp my sis. Quality photo dari Xperia Z3 memang best.




See?? Monopod boleh menjangkau ketinggian tembok batu. Save entrance fee 50 Baht/person..hehehehe.



Saya cakap kat my sis..panas sangat kalo masuk..saya tak tahan. Dalam wat ni takde langsung kawasan teduh. Jalan-jalan tepi tembok batu ada jugak pokok-pokok yang menjadikan keadaan redup. Demam saya makin terasa kesannya...jijak tanahpun macam keawang-awangan jer. My sis berminat sangat nak explore tempat ni...disebabkan keadaan saya, dia terpaksa lupakan niat tu...kesian dia. 


Tak lama pastu kamipun bergerak balik ke gerai kak K. Selepas bersalam-salaman semua, kami kembali cari Samart. Samart bawak kami ke tempat terakhir di Ayutthaya..ianya juga wat. Memang membosankan visit wat-wat ni. Untuk wat ke-2 ni, kami decide nak masuk. Kena la bayar 50 Baht/person. 



Boleh dikatakan semua wat berbentuk camni 




Me with patung-patung tanpa kepala



Saya bgtau my sis…atas ni la raja dulu-dulu duduk pastu rakyat jelata kat bahagian bawah-bawah…angguk-anguk paham diapun…hahaha..sesaja kenakan dia. Sayapun tak tahu apa function tempat yang tinggi ni. Ada org panjat naik sampai atas..bila nak turun terkial-kial sebab tangga ni agak curam..hahaha.

Sebenarnya kami ajak Samart untuk ketempat lain lagi, tapi dia cakap 2 tempat yang dia bawak tu jer antara yang paling menarik. Ntah betul ntah dia malas ke tak tau lah. Kami pulak tak study betul-betul apa yang lagi yang menarik kt Ayutthaya ni. Rasanya kalau drive sendiri lagi senang nak kemana saja ikut suka kita.

Berakhirlah trip kami ke Lopburi dan Ayutthaya for that day. Sebelum Samart hantar kami ke hotel, kami minta dia bawak kami makan dulu. Next entry saya akan share apa yang kami makan untuk lunch dan juga activity kami explore shopping complex di Bangkok selepas saya tido 2 jam...hahahha.