November 17, 2025

Autumn in Beijing, China (Part 4)

Assalamualaikum..

Sambungan kisah seterusnya. Dari Malaysia saya teringin saya nak visit Hutong. Saya rasa Hutong ni adalah old town. Adakah betul? Jom ikuti kisah ini. 

Indah betul sunrise pagi ni. Maybe disebabkan agak cloudy, matahari pagi ni clear bentuknya. Kami tak rush nak keluar pagi tu. Dah breakfast roti dan sunny eggs, kami pun keluar.  

 Satu-satunya pohon autumn yang menghiasi di depan hotel. Kami decide nak cuba habiskan duit yang ada dalam subway card. 

Tak berapa nak busy sebab kami keluar around 9.30am.

Untuk ke Hutong kami perlu turun di Shichahai station. Hutong around 2 -3 minit berjalan. Bila keluar dari station, boleh nampak deretan building ni. Syok pulak dok sebut Hutong Hutong hehe.

Wall lawa yang menghiasi building deretan kedai.

  Inilah Hutong. Dah sampai sini kita akan di approach oleh pakcik-pakcik pengayuh beca. Kami decide nak explore dulu tempat ni dan lepas ni baru naik rickshaw ni. Saya ni tau sikit-sikit mandarin..hehe. Saya cakap dekat sorang pakcik ni lu tanchee tanchee...wa..sambil saya buat isyarat jari pusing-pusing area tu...hahaha. Terus dia faham. 

 Saya suka suhu sepanjang di Beijing..sedap yang menyelesakan. Di waktu pagi around 1 deg dan tengahari around 8 deg. 

 Saya hanya nampak tasik tapi tidak nampak rupa old town pun. Keadaan dan suasana di sini lebih kurang di Beihai park. 

 Windbreaker saya beli di Bairong mall around RM70 ni selesa sangat. Jom layan view di Hutong

 Alhamdulillah kami dapat menikmati langin biru indah selama tiga hari dan hari ini serta esok adalah cloudy. Syukur juga sebab tak hujan.
 
Akhirnya kami decide nak naik rickshaw. Hope pakcik tadi tak tunggu kami...hahaha.

 Pakcik rickshaw ni bawa kami di celah building. Ketika ni saya excited lah sebab akan jumpa old town. Malangnya hanya building begini jer. 

 
Ramai orang area ni, saya agak adalah temple. 

Antara view ketika naik rickshaw. Tak salah saya around RM100 for half and hour. 
 
 Kami ditinggalkan pakcik rickshaw di sini.  

 Ada halal stall dekat sini.
 
 
 Kami perlu cari area kami mula-mula sampai sebab nak ke subway. Sebelum tu layan dulu landscape dekat sini.

 Pakcik rickshaw tinggalkan kami jauh dari area asal kami sampai. Menapak jugak lah.

 
Sambil menapak sambil lawan view lawa dekat sini. Teratai dekat sini rupa-rupanya ditanam dalam pasu dasar tasik. 

 Tak boleh makan ni.  

Dari Hutong kami naik subway untuk mencuba nasib untuk cari autumn trees di Olympic park. Bila keluar jer dalam subway station, kami terus dapat masuk ke mall. Olympic park terletak di atas building mall ni. Perlu naik lift untuk ke atas. Saya agak mall ni macam underground level.

Park ni selapang lapangnya. Ada banyak kerusi disediakan. Kami decide duduk dulu dekat sini.

Inilah lunch kami...hahaha. 

Hasil tangkapan dari mall tadi. Saya pilih choux vanilla. Ketika nak beli ni saya dan my sis terpisah dalam jarak lebih kurang 50m - 100m macam tu. Portable wifi dalam bag my sis. Know what, ketika saya nak bayar guna alipay, internet still boleh connect. So lepas ni boleh lah guna roaming man ni ketika travel. Choux ni mengenyangkan kami.

Ketika terpisah tu my sis tengah beli pistachios. Alaa macam kita dekat sini yang jual timbang tu. Macam-macam snack ada.

Dah kenyang jom explore tempat ni.

Belum peak autumn area ni.

Awan biru ditutup sepenuhnya oleh awan.

Semuanya pokok dekat sini alah gingko.

Ginkgo leaves

Ada part yang sangat golden warnanya. Kami duduk layan suasana dekat sini. Nothing to rush. 
 
Tetiba datang mamat dan amoi nak promote barang. Depa jual sejenis pencuci comel jer sizenya. Si amoi terus gunakan pencuci itu dan gosot/ tenyeh ke jacket saya yang ada kotor sikit. Wahh macam magic hilang sekejap jer. 
 
Terus dia lap ke kasut saya yang bertahun-tahun pakai tu..hahaha. Jenuh dok halang sebab saya segan lah kasut saya ni dah buruk. Saya sejenis pakai kasut dan handbag sampai dah hampir nyawa-nyawa ikan then baru beli baru...hahaha. Oh ya kasut saya yang kelabu asap jadi putih. Impress lah kan. So terbeli lah satu pack, ada 2 pcs dan dapat free botol yang dia guna sebagai tester. Harganya adalam RM30. Product tu memang boleh puji sangat. Titik sikit jer dekat tempat kotor dan gosot/ tenyeh...nahh hilang.

Kami dah takde tempat nak ditujui. My sis ajak ke Bairong Mall lagi.Yelah belum sempat pusing kan mall ni hari tu. Kami naik DIDI. Di sini lah berlaku incident saya sesat. Saya bukak jacket bagi my sis pegang. Semua handbag dia pegang. Sehelai sepinggang saya ke toilet. Nah ambik, saya lupa lorong mana saya datang ke toilet. 3-5 lorong saya keluar masuk masih tak jumpa my sis. Memang hampir menangis....hahaha. Nasib baik selepas berdebar tahap maximum akhirnya jumpa my sis. Tempat ni memang besar giler. 

Ketika nak balik ke hotel kami baru sedar subway station just depan mall ni. Laaaa. Hahahah. Memang mahal DIDI pergi balik mall ni. Tak salah saya 1 way around RM50. So kami naik lah subway. Macam biasa lah kena berdiri. Untuk duduk tu ada lah sesekali sepanjang di Beijing. Sampai satu station mamat ni masuk dan tengok kami. Dia tanya dalam bahasa dia. Kami agak tanya kami ni dari mana lah. Dah jawab dia tanya lagi. Sampaikan saya cakap wa puchitaw mandarin. Dia faham. Then dia buat isyarat dua tapak tangan tutup buka. Then my sis cakap dekat saya...dia tanya kita study sini kut. Then saya reply dekat dia sambil isyarat bukan. Sambil guna dua jari cucuk depan mata sambil cakap sightseeing dan isyarat take photo. Pappp dia faham. Fuhh nasib baik 1 station jer dia naik. Kalau tidak jenuh saya nak fikir macam mana reply...hahaha.  Ok, jumpa di kisah terakhir Beijing.

Bai....

 

1 comment:

  1. Slm zila..lawa tasik tu mcm vibe tasik hoan kiem Hanoi..silent reader before..suka baca blog u

    ReplyDelete