November 10, 2025

Autumn in Beijing, China (Part 3)

Assalamualaikum..

Kena cepat-cepat habiskan kisah Beijing ni sebab bakal ada new trip...InsyaAllah. 20 October 2025, kami bakal menyaksikan great wall dengan mata sendiri. Adakah terlalu hebat? Jom saya ceritakan. 

Kami beli online speed train ticket malam 19 October 2025. Just guna trip.com. Begitu juga entrance ticket dan cable car ke great wall. Saya berkobar-kobar nak pergi sebab nak tengok sangat autumn trees daun keemasan yang indah. Train kami bakal naik adalah pada pukul 8.13am. Ikut info selepas beli ticket online, kami perlu ada di train station pada 1 hour before. Dari hotel kami stay tu lebih kurang 45 minit nak ke train station. Kami gunakan DIDI. Traffic agak slow. Tak senang duduk dalam kereta tu. Bila dah sampai, driver DIDI stop agak jauh dari entrance. Tercangak kami nak ke arah mana. Dengan sepantas kilat taip di translate apps dan show kepada yang saya agak adalah security guard. Dia tunjuk arah ke station. 2-3 minit jugak menapak.  

Ketika ni dah 7.50am.  

Kami perlu ke gate 5, tapi depan ni tiada gate 5. Oh nooo. Ada orang beratur di side kiri, kami main agak jer itu gate kami. Sebab tak berapa nak yakin, terpaksa tanya amoi depan kami. Sah kami salah gate. Amoi tu show gate belakang kami. Laaa...tak sangka ada gate dekat situ. Adoiii. Gate 5 tu sebelah jer tempat security check tu.  

Kami tiada digital ticket atau printed. Agak blur camner lah nak lalui ticket machine ni. Ada info tulis yang foreigner perlu manual ticket machine. Alamak, blur lagi. Kami decide beratur jer machine yang ada pekerja train station berdiri. Ohhh, just scan passport...hahaha. 

 Alhamdulillah kami tidak terlepas train. 

My sis booked 1st class coach. Tak lah mahal. Tak salah saya around RM60. Perjalanan ke Badaling great wall around 45 minit. Oh ye, kenapa kami tak pilih private tour atau apa-apa tour ke great wall selain Badaling yang terkenal dengan sesaknya? Ada pernah check harga driver sampai cecah RM700 ke RM900. Mahal kan? Kalau follow tour pulak, malas lah. Ketika ni saya tak dapat image sesak bagaimanakah Badaling great wall.  

 Kami pilih seat side kiri ketika ni. MasyaAllah boleh layan mountains view. Dan Allah tak beri rezeki untuk saya saksikan golden trees sepanjang train ride ni. Takpe-takpe, macam-macam sangat nikmat Allah dah bagi, kena bersyukur. Dapat naik speed train nipun adalah rahmat Allah.

 Saya tak sure di mountain inikah terletaknya great wall. Alhamdulillah toilet dalam train ni bersih dan wangi.

 Speed train ni tak salah saya bukan ending di sini. Tapi saya tengok semunya turun sama-sama dengan kami.

 Kami semua yang keluar dari speed train ni menuju ke arah yang sama. Ramai giler lah. Saya masih tak dapat imagine kesesakkan great wall ketika ini. Escalator tu, mak aii giler panjang lah. Time berdiri atas escalator tu, chiness Malaysia tegur di belakang. Boleh imagine kami sempat berbual dengan depa?? Hahaha. Dalam satu family tu ada perempuan akhir 40an yang tegur kami, anak perempuan dia dan mak yang bagi saya umur around 70an. Kami sempat share macam mana explore Beijing la apa la..kami dah abis sembang pun perjalanan escalator tu belum berakhir la..hahaha. 

 
Tak perlu blur bila keluar station ni sebab semua orang menuju same destination. 
 
Dari sini pun belum nampak rupa great wall. Harapan autumn trees pun tiada. Saya redha.  
 
 
Masuk lah kami dalam building tu. Kena ke counter untuk dapatkan printed ticket. 

 Tak jauh dari counter, beratur sini untuk naik cable car.

Tak sure mana satu ticket untuk cable car mana satu entrance. Nanti penjaga ticket gate tu akan tengokkan. 

Cable car ni sekejap betul sampai ke atas. Laju giler pulak tu. Tak sempat nak layan view. 
 
Dari cable car jenuh kalut nak record video la...nak snap photo la. Memang sungguh laju dia bergerak. Nasib baik saya terer...cable car tu laju...saya lagi laju snap..hahaha.

Dah turun cable car kena melalui tunnel ni pula. Saya agak around 100m - 200m panjang dan sikit berslope.

Dah keluar tunnel..

Kami ada dua pilihan untuk explore tempat ni. panjat tangga yang giler bertangganya ataupun berjalan ke sini. Saya agak gerun tengok tangga bertangga-tangga tu..ada sloppy dan crowded. So saya ajak my sis ke arah sini jer..nampak sikit bertenang.

See?? Inilah option yang saya tak recommend kami pergi. 

Ok, clear sikit yang ni. Maybe view dari atas ni amat cun kut, sebab tu orang bersesak ke atas ni. Ada sorang mamat ni non-stop bercakap dengan gunakan speaker...giler kuat dan merimaskan. Dia duduk di kaki tangga arah nak mendaki ke atas ni. Saya agak dia macam remind orang hati-hati dan jangan tolak..hahaha.

Tiada satu spot pun untuk saya relax bergambar....hahaha. Giler ramai orang. 

Memang indah mountains dekat sini..dan tak sangka begitu tinggi kedudukan saya sekarang ni. Tapi tidak berasa aman damai sebab orang ramai giler. Dorang ni bercakap sesama dorang pun dah macam bergaduh keadaannya. Rimas sangat...hahaha.

Akhirnya kami decide makan nasi goreng walaupun dalam keadaan kacau bilau...hahaha.

Kami perlu panjat tangga yang luar biasa ketinggian anak tangganya untuk sampai ke area ni. Keadaan saya ketika itu bak anak kecil yang baru pandai nak naik tangga...hahaha. 

Untuk snap photo lawa tanpa orang, maybe kena berjalan jauh sikit. Kami berdua tidak lah setabah itu untuk berjalan lagi. Saya percaya tiadalah laluan flat..mesti bertangga begini walaupun tak tinggi. 

Kami decide burn train ticket untuk balik pukul 5pm. Macam tiada apa lagi untuk kami explore tempat ni. My sis book train yang lebih kurang kami sempat sampai ke Badaling train station selepas turun dari great wall ni. Kami tiada pilihan, terpaksa beli ticket yang ke Qinghe Railway Station yang perjalanannya lebih kurang 20 minit.

Baii great wall.

Ketika di dalam train station, lawa pokok menjalar ni...so colorful. Kami terpisah bila dalam train. My sis di coach 1 dan saya 8...hahaha. Nasib baik Qinghe Railway Station tu adalah last stop, tidak lah saya gabra sangat. 

Sempat layan gingko trees di Qinghe Railway Station. Kami terus book DIDI dan balik ke hotel. . DIDI yang kami book tunggu di tempat lain, jenuh menunggu. Guard di station ni baik-baik betul, concern kami tunggu lama. 2pm dah ada dekat hotel..hehe. Kami hanya minum petang di hotel. 

Satu-satunya golden tree di depan hotel. Kami nak dinner di turkish restaurant.

Sebelah kanan ni lift ke subway dan building tinggi depan ni adalah hotel kami. 

Dekat Sanlitun SOHO ni ada bahagian bawah halal restaurant dan turkish di bahagian atas.

Meriah dengan customer dalam restaurant ni. Kami diberi free appetizer dan tea. Yang bestnya tea tu dia akan refill bila dah minum habis. Appetizer ni seperti bubur kacang kuda.

Ini 2nd time kami ke sini. Cantik interior restaurant ini.

Saya order turkish pizza..lembut rotinya. Asalnya saya order just cheese dan spinach..tapi kenapa ada sikit-sikit rasa lamb? Kuat baunya.

My sis order samosa ayam...malangnya bau lamb juga. Kami complaint..waitress cakap samosa ni digoreng dalam makanan bekas lamb. Tengok menu pun 80% adalah berasaskan lamb.

Nasib baik dessert sedap. Lupa dah namanya. 

So, apa pendapat saya pasal great wall? Ya great wall tu memang hebat...cumanya saya jer lemah tak mampu nak explore lebih...hahaha. Saya impress tengok makcik dan pakcik bertongkat kuat dari saya. Dan maybe sebab faktor usia saya macam dah dah enjoy bila terlalu crowded. Oklah...nantikan kisah seterusnya.

Bai..

No comments:

Post a Comment