October 29, 2025

Autumn in Beijing, China (Part 1)

Assalamualaikum...

Jeng jeng jeng...akulovetravel dah ada new trip untuk share. Trip kali ni adalah untuk melepaskan gian tak travel since January. Walaupun bulan september ada banyak public holidays, me and my sis rasa macam time tu takde musim menarik ditambah my sis busy pindah rumah baru. Mahu tak mahu kami mesti terjah ke tempat yang mana musimnya adalah autumn. Pappp kami pilih Beijing. Book lah flight ke Beijing selama 6 hari 6 malam. Study pun ala kadar sebab saya jenis suka street view dekat google map, malangnya di Beijing ni tak berapa banyak street view. Trip ni bermula pada 18 October sehingga 24 October. Bila nak dekat-dekat trip, mak aii suhu makin drop di Beijing. 2 deg to 8 deg. Time ni saya terfikir, eh dah nak masuk winter ke? Habis lah nanti daun-daun kering..hahaha. Rupa-rupanya saya salah. Pokok-pokok baru nak kekuningan. 

Dipendekkan kisah, kami landed di Beijing Daxing International Airport around 1am. Jauh giler lah berjalan. Nasib baik ada pelbagai painting di dinding airport tu boleh dilayan. Lepas tu lama giler pulak beratur nak lepas immigration. Maybe nasib tak baik sebab ada satu lagi flight baru landed. Dah settle collect luggage, kami follow signboard untuk ke area boleh naik DIDI. Area naik DIDI ni macam ke satu building parking. Sambil-sambil jalan, my sis terus book. Nasib tak baik kami tersilap floor. Punya ramai service kereta sapu area tu. Ramai kerumun kami untuk kami guna service dorang. Then sampai satu tahap salah sorang kereta sapu ni dengan frustnya bagi tahu kami perlu turun ke bawah untuk naik DIDI yang dah booked tu. Suhu ketika itu adalah 2 deg. Sebabkan panic saya tak rasa sejuk..hahaha. Akhirnya kami berjaya naik DIDI untuk ke hotel. Malang seterusnya DIDI kami naik tu bau rokok kuat giler. Sesak betul nafas. Nasib baik my sis ada standby mask. 

Selepas 45 mins kami sampai di hotel yang kami stay selama 6 malam..iaitu Stey Sanlitun Boutique Hotel. Dalam satu building terdapat 3 jenis hotel yang menggunakan entrance yang sama. Stey Sanlitun ni adalah dari tingkat 3 ke tingkat 8. Sudah hampir 4am ketika kami check-in. Means 2 jam kami berada di airport dan 1 jam perjalanan ke hotel...fuhh. Mamat yang handle check-in asyik guna translate apps untuk communicate dengan kami. Hotel yang brand STEY ni ada beberapa di Bejing. Yang paling sesuai dan berbaloi harganya adalah di area Sanlitun. Hotel ni menggunakan product dari IKEA. Sambil tunggu my sis settle hal check-in, saya dengan tak sabarnya terus ke rest area hotel tu. Dekat situ giler best. Ada tea dan coffee 24/7 dan paling penting adalah free..hehe. Lepas dah settle down, kami berjamu selera dengan cokodok pisang dan jagung kami kami beli dekat Ahh-Yum di KLIA..hehehe. Jom tengok bilik for 6 nights kami.

Hotel ni berkonsepkan studio. Punya luaslah bilik ni. Facing katil ni ada hooks yang lebih dari cukup untuk kami hang baju etc. Blind 2 layers tu pulak kena guna switch untuk on off. Kami diberi slipper juga. Nak masuk bilik kena key-in password. Best bilik ni sebab lift 2-3 langkah saja..hehe.

Kitchen pun complete everything. Pots, pans, plate etc semuanya IKEA products. Saya lagi suka guna peralatan kami sendiri.

Toilet pun ok. Glass partition bahagian bawah tu jer patutnya kena tukar. Macam tak berapa sempurna rupanya. Fuction dia masih ok jer. Water pressure terbaik. Segala shower gel, shampoo...wangiiii. dan 1st time masuk hotel dapat lotion..bau serai...sedapppp.

Mineral water macam dijual di IKEA.

Nak cerita sikit pasal portable wifi kami. Baru tahu benda ni wujud hahaha. Kami spent lebih kurang RM116 untuk unlimited internet data..4G. Memula kita kena book dari website, kena terus bayar lah termasuk RM100 refundable deposit. Nanti boleh ambil dekat departure Gate 1 di KLIA 1. Tak salah saya boleh guna sampai 5 devices. Semua sedia maklumkan kalau ke China kita tak boleh nak access google, whatapps etc kalau guna wifi depa ataupun simcard. Pakai roaming man ni boleh access semua yang kita nak. Perfect sangat.

Pagi menjelma. Saya dah plan tak nak explore banyak sangat untuk hari pertama kami. Saya dah list down mana-mana tempat yang tak jauh dari hotel. Semangat membara nak tengok autumn trees..haha. Kami brunch nasi bersama sambal ready to eat saya beli di shopee. 

Benda-benda free memang saya pantang melihat....hahaha. Tea tu saya suka english breakfast. Sepanjang dekat sini, semua jenis coffee tu saya try...hahaha.

Dah benda free...2 capsules terus lah.

Petang-petang kami lepak sini sambil minum petang. 

Dipendekkan cerita lagi...dah brunch kami terus book DIDI untuk ke Chaoyang Park. Nak ke sini around 2km dari hotel. Memandangkan hari ahad, penuh lah park ni dengan local. Menenangkan dengan pokok-pokok, angin menderu laju, sejuk yang syok. Tetiba feeling tu hancur. Orang Beijing ni suka meludah. Meludah biasa yang tak dengar bunyi maybe takpe lah..takpe sebab tak dengar dan tak sedar kan..ini tidak...siap bunyi..haaaaqqq. Sambung sendiri lah..hahaha.

Matahari memancar indah ketika ni. 8 deg...saya just pakai thermal t-shirt dan baju ni. Sepatutnya kena pakai jacket...sejuk menggigil jugak lah time ni. Untuk trip ni saya terlalu pandang ringan..tiada apa-apa preparation seperti beli body butter, jacket baru, pakaian baru etc..semuanya pakai apa yang ada...hahaha. Bila kulit kering, jadi gatal. Nasib baik dalam bilik ada lotion. 

Chaoyang Park ni hanya ada gingko leaves yang menguning. 

Ini buah dari gingko tree..saya asyik lah pijak, then dia akan bunyi meletup. Lagi syok lah pijak-pijak...hahaha. Dan natijahnya, ketika naik DIDI ke location seterusnya, satu kereta bau busuk macam tahi kucing...adoiii. Pakcik DIDI tu terpaksa buka tingkap. Apa ke bodohnya saya ni...

Pakcik tu give up hantar sampai ke destination disebabkan jem dan bau buah gingko, dia suruh kami turun dan jalan sikit untuk ke Taiko Li mall ni. Jenuh mencari rumput nak buang sisa buah saya pijak tu...hahahha.

Sanlitun area ni memang moden betul. Masa masih awal. My sis bila cukup makan, memang dia active. Dia ajak cari halal food di Niujie iaitu kawasan orang islam. Dia ok, saya pun ok lah. Bermulalah untuk experience naik subway di Beijing. Ini adalah kali ke-2 saya jejak China. Untuk kali pertama tu saya pergi Guilin dan Shenzhen. Sama seperti Shenzhen, setiap kali masuk subway station kita perlu scan handbag dan diri sendiri. Tengok muka sorang-sorang dekat station untuk scan tu macam lemau jer. Memang membosankan kut seharian duduk begitu. Bagaimana dengan ticket? Ada seorang pekerja station ajar kami beli, malangnya takde daypass. Walaupun communication problem, pakcik tu try the best bantu kami. Saya hentam jer cakap nak ke line 2. Murah betul 1 way ticket. Seingat saya dalam 2 yuan.

Saya dah save PDF subway map ni. Dan siap-siap tanda setiap station untuk setiap attraction yang bakal nak terjah. Station terdekat dengan hotel kami stay adalah Tuanjiehu Line 3 & 10..rasanya berjalan dalam 2-3 minit dah sampai station tu.  Kalau tengok dari map ni, line 2 blue line yang paling best lah sebab boleh connect pelbagai jenis line. Nak ke Niujie ni dari Sanlitun memang menguji ketabahan lah. Dah lah kena tukar ke beberapa line lepas tu berjalan dalam setiap station nak tukar line punya lah jauh. Perasaan ketika itu seperti never ending journey. Bila dah masuk train, mak aiii straight kena berdiri. Sampaikan akhirnya saya berjaya berdiri tanpa pegang apa-apa lah. Sampai terer sebegitu rupa..hahaha.

Dan sampai Niujie station, banyak pula exitnya. Oh ya, berbalik kepada kes subway ticket. Sebelum sampai station ni, kami di satu station, lupa dah nama station tu. Kami cuba tanya di counter, ada tak subway card. Ok, ada. Semua kena pakai apps bila nak communicate dengan depa ni. 20 yuan refundable deposit dan kami top up 30 yuan untuk guna.  Bila nak exit, kami tak boleh guna lagi card tu. Bila touch ticket, tak cukup duit. Kena ke counter sebelah exit tu. Staff tu suruh bayar dalam 1 yuan macam tu lah. Ada masalah time nak bayar, so dia tak charge dan tolong kami exit. 

Dengan bantuan translate apps, kami berjaya tanya local exit mana nak ke Niujie. Kena berjalan dalam 200m macam tu, then kita akan sampai ke kawasan syurga makanan gitu. Agak terkejut melihat keadaan dekat situ. Orang ramai beratur depan kedai untuk beli satay dan pelbagai jenis snack. Setiap orang dok gigit satay yang dicucuk di batang besi lebih kurang 2 kaki panjang. Ada yang makan mee, semuanya jenis berdiri. Masuk satu restaurant, alamak chef semua tidur. 

Lalu jer depan kedai ni, terus cakap dekat my sis nak beli pau goreng. Saya tak sure namanya apa, saya panggil pau goreng jer lah. Dan my sis pula beli sejenis kuih lain tak sure juga nama apa. Semua jenis kedai-kedai snack dekat sini kena beli depan kedai yang ruangnya agak kecik untuk berurusan dengan penjual. Busy betul lah kedai ni. Pelik betul, mana restaurant yang boleh duduk? Penat berjalan, kami terpaksa jamah snack ni. Pau goreng saya tu sedap giler. Dalam tu tak sure ayam ke daging tapi siap bersup. Dan my sis punya snack berintikan red bean, dia mana makan red bean. Akhirnya jadi milik saya..hahaha. Punya lah sedap. Jenis macam pau jugak tapi digoreng dengan salutan bread crumb. Oh ye, untuk bayar apa-apa 95% mesti by Alipay atau wechat. Kami guna Alipay jer dari ewallet tngo.

Kami dah try the best cari restaurant untuk settle down. Kaki, lutut, betis semua dah makin sakit. Masuklah satu restaurant ni, sekali meal dia semua mee dan lamb. Kami tak suka lamb dan tak rasa nak makan mee. Moodpun dah kemana-mana, akhirnya saya cakap dekat my sis, jom kita balik makan nasi dekat bilik jer lah. So, kami masuk pula satu supermarket. Ada 2 level. Nasib baik ada escalator. 1st level tu underground. Senang cari product halal dekat supermarket ni. Makcik-makcik promoter sikit menjerit dok promote food product. Depa takde tester pun. Saya jumpa udang geragau putih bersih warnanya. Disebabkan tak bawa garam, udang tu lah masinkan nasi goreng. Sedap giler. Bila goreng wangi. Jom tengok kami borong apa.

 Macik promoter recommend saya beli roti buah. Dia cakap mandarin saya cakap melayu. Dalam sebuku roti ada buah apple, melon, strawberry, dan pisang. Roti nilah saya buat breakfast hari-hari..haha. Seriously murah gila barang-barang kami borong tu. Lupa nak cerita satu lagi kisah. Dari luar supermarket tu saya bertembung dengan makcik islam yang saya tak sure bangsa apa. Lepas tu bertembung lagi dalam supermarket. Selepas bertembung kali ketiga kami berdua ketawa bersama-sama hahaha. Dia cakap bahasa dia saya cakap melayu...hahaha. Comel makcik tu.

Telur di pack begini ye. Bertelur dadar lah kami malam tu. Saya goreng dulu udang geragau tu then masukkan telur..per sedap giler. Saya cari susu kotak, tiada. Cuma pack begini jer. Yang kanan tu saya try lah buat latte esok tu...adoiii susu kambing la. Pelik giler rasanya. 

Hasil tangkapan yang lainnya. Dumpling segera. Just letak air panas.
Beginilah rupa gingko leaf. 

1st day yang amat dasyat kami berjalan. Ikut weather forecast langit akan biru sampai lusa. Dan hari-hari selepas itu akan gloomy. Ikutkan my sis dia nak ajak ke great wall esok. Disebabkan kaki kami macam tiada harapan untuk active esok, kami decide pergi the next day, tuesday. Jumpa lagi untuk kisah seterusnya...

Bai..

1 comment:

  1. Wahh best jalan2 Beijing. Nak sangat pergi tapi tak ada respon kat rumah ni. Free flow coffee best nya. Cantik weather dan semuanya sebab masih autumn.

    ReplyDelete