September 24, 2025

Road Trip Tanpa Tujuan

Assalamualaikum..

Kisah kali ni adalah holiday biasa-biasa taanpa tujuan dalam Malaysia. Asalnya nak selit sikit apa-apa trip sempena cuti banyak di bulan September. Tapinya terpaksa dilupakan sebab my sis masuk rumah baru. Banyak lah renovation dia buat dari bulan July. Cozy betul rumah my sis. Untuk saya share memang mimpilah... hahaha. My sis punya life betul-betul private. Dia tak share langsung satu bendapun hal diri dia ataupun apa-apa milik dia, which is good. Kadang-kadang dia tanya, dapat apa share story makan apa, pi mana, buat apa semua tu? Sayapun blur nak jawab..hahaha.   

Road trip ni saya pilih tempat yang InsyaAllah orang pun tak terjah..hahaha. 30/8/2025, ikut plan saya nak start road trip tu lepas subuh. Tiba harinya kami berdua bermalasan di rumah yang cozy. Tengok gaya my sis pulak tidak berapa nak ada feel ikut idea saya road trip..haha. Tujuan saya ajak road trip ini adalah nak elak tempat orang selalu terjah disebabkan cuti weekend tu direct 3 days. Saya fikir logic yang tempat saya nak pergi tu tak mungkin orang lain pun pergi. 

Lepas breakfast kami decide jom lah pergi dari tak buat apa weekend tu. My sis separuh hati tu setuju. Route kami adalah, dari Elmina kami menghala ke Kuala Kubu Bharu. Start dari Kuala Kubu Bharu kami mula melalui jalan biasa dan bukannya highway. Sayalah drivernya. Sampai jer pekan Kuala Kubu Bharu saya terdetik nak penuhkan tank kereta saya walaupun masih ada half. Syukur sangat sebab perjalanan ke Rauh amatlah panjang dan tiada petrol station. Perjalanan tu bukan amat panjang malah jalan bengkang-bengkok, kecik, bergaung, kadang-kadang jumpa jalan separuh dah runtuh dan kadang-kadang tanah hakis. Manakutkan betul sepanjang perjalanan tu. 1st time in my life lah drive jalan sedasyat tu. Hilang segala mengantuk. Nak jumpa kenderaan lain tu jarang sekali. Tapi ada ramai orang berbasikal. Rasanya sesuailah untuk berbasikal sebab jalan tu sepi...hahaha. 

Alhamdulillah boleh singgah dekat sini. 
MayshaAllah bestnya lepak sini. Nak picnic pun sesuai tempat ni. 

Perjalanan tanpa tujuan diteruskan. Mission kami nak pastikan jalan menakutkan ni berakhir. Rasanya saya drive selama 2 jam. Memang slow habis. Nak patah balik pun macam mustahil...hahaha. Dan akhirnya kami sampai Raub, Pahang. Kiri dan kanan jalan penuh dengan dusun durian. Malangnya kami datang ni tiada musim durian. Alaaa....sayangnya. Kami cari cafe untuk makan dan tumpang toilet. Terjumpa Labu Labi Restaurant & Cafe. Jom tengok kami order apa.

Saya pantang nampak scone. So order lah 1 set. Boleh tahan rasa scone ni. Takde clotted cream pun takpe asalkan butter tu unsalted. This one cun...unsalted butter. Latte dekat sini terbaik...my standard..hehe.
Saya order nasi goreng chicken chop dan my sis chicken grill. Sedap makanan dekat sini cumanya lalat banyak sangat. Nasib baik adik perempuan tu tolong lap meja dengan sabun serai wangi, terus tiada lalat datang. Masa masih ada untuk kami teruskan perjalanan ke Sungai Koyan. Asalnya saya nak pe Kuala Lipis tapi macam malas pulak. So saya decide kami overnight di Sungai Koyan. 1st time saya tahu ada nama tempat Sungai Koyan...haha.
Perjalanan ke Sungai Koyan sangat bertenang. Jalan dia straight jer. Tiba-tiba lalu 1 kampung ni. Kami singgah nak layan Sungai Lipis. Kalau tahu saya bawa baju mandi, boleh swimming hingga ke kampung sebelah...hahaha.
Akhirnya kami sampai Sungai Koyan. Satunya hotel di tempat ni...Jelai Inn Boutique Hotel. Siap ada free breakfast. Kalau tak salah 1 night RM150 kut. Pekerja dia sorang mamat. Dia macam kerja 24 hours dekat sini. Saya biasa duduk kampung, so bunyi cengkerik waktu malam tu adalah biasa bagi saya. Tapi for my sis adalah luar biasa..hahaha. Belakang bilik ni ada belukar sikit jer tapi bunyi cengkerik giler kuat. Kuat dari cengkerik kampung saya. Boleh pula my sis mimpi benda bergolek dekat ceiling. Apa lagi, agak susah lah saya nak pejam mata takut benda bergolek tu muncul diri. Agak scary lah stay dekat sini...hahaha.

Pagi tu bila keluar dari bilik nak breakfast, baru kami tahu yang menghuni hotel tu hanya kami dan satu bilik lagi. Breakfast yang disajikan adalah bihun goreng dan kuih mueh. Dah breakfast, seawal 7.30am kami teruskan perjalanan untuk balik. Mission kami nak singgah kejap di Cameron Highland. Tengok map Cameron Highland tak jauh dari Ringlet yang bakal kami lalu. Perjalanan dari Sungai Koyan ke Ringlet lebih kurang 1 hour++. Keadaan jalan nampak ok. Bersimpang siur jugak tapinya jalan agak luas. Kenderaan pun tak berapa banyak. Sepanjang jalan jumpalah orang asli naik motor tanpa helmet. My sis take over drive sebab saya mengantuk. 

Dah sampai Cameron Highland. Saya tak recommend dekat my sis untuk masuk dalam Tanah Rata Brincang semua tu, takut jem. Saya agak mesti orang ramai sangat. 
Kami singgah The Lakehouse sebab nampak menarik. Saya dah angan-angan boleh breakfast kali kedua dekat sini...hehe. The Lakehouse ni tak jauh pun dari simpang Ringlet tu. Kalau nak shopping dekat deretan kedai tepi hotel ni pun dah ok. Semua product ada dekat sini.
Lawa betul design building ni. Rate dekat sini start from RM800/night.
Boleh buffet breakfast dekat sini. Malangnya dah nak dekat 10am dan staff hotel ni cakap dah tak boleh nak breakfast. Ada high tea pukul 3pm kalau tak salah. 1 day nak try high tea scone dekat sini.
 
Tanpa rasa segan dan malu saya snap sana sini dan tumpang toilet...hahaha. Admire betul dekat hotel ni. 
Dah alang-alang terlanjur di sini, kami visit pulak garden depa. Nak stay 1 night dekat sini kirim salam jerlah..mahal...hahaha. Saya tak rasa bilik dekat sini sound proof sebab dari luar dengar bising betul orang naik tangga, budak lompat-lompat, orang bercakap-cakap.
MasyaAllah...everything is so beautiful.
Lawa sangat.
Kami sambung perjalanan ke dalam sikit. Eh..ada Bharat Tea. Parking pun ada. Alhamdulillah boleh lah makan scone. Akhirnya saya jumpa scone yang bagi saya adalah my standard..hahaha. My sis tak habis 1 scone saya siap tapau bawak balik. Bila panaskan masih kekal sedap. Service pun cepat dekat sini. Tak jauh dari sini ada market kami boleh shopping sayur dan strawberry. Alhamdulillah kami terelak stuck dalam jem.  
Saya shopping sikit-sikit jer. Bertenang betul nak shopping sini sebab orang tak ramai dan tempat ini tak sebesar Kea Farm. Maybe 20% dari Kea Farm.
Sebelum balik, kami singgah deretan stall depan The Lakehouse. Owner stall suruh saya rasa tomato cherry ni...MasyaAllah manis dari strawberry. Dah la murah giler.  
On the way balik, kami singgah beli petai. Banyak betul stall petai. Kami beli di stall pertama kami jumpa. Rupa-rupanya makin ke depan ada lagi dan lagi. Dah nama stall pertama ramai lah stop beli. Kalau tahu ada banyak lagi di depan sure saya stop dekat sana. Kesian tengok stall yang takde orang stop. Penjual petai dan hasil hutan yang lain adalah orang asli. 

Berakhir sudah road trip kami yang tak seberapa ni..hahaha. InsyaAllah kalau ada lagi road trip yang akan datang, akan saya share lagi.

Baii...

2 comments:

  1. Kalau tak salah chef wan pernah dok Kg koyan tu. Bunga bedah tu kalau banyak cantik

    ReplyDelete
  2. Kawan2 sekolah ramai asal Sg Koyan. Seronok baca road trip ni.

    ReplyDelete