September 1, 2025

Things I Love About Traveling

Assalamualaikum..

I love this blog dan saya tak nak blog ni diam tanpa bicara. Saya menulis di AkuLoveTravel since 2011, means dah 14 years. Ramai blogger yang selalu saya follow dah tak menulis and I miss them so much. Saya doakan mereka semua sihat sejahtera. Ada blogger yang dah setup travel company, tahniah saya ucapkan. Kepada blogger yang stop menulis dan juga stop travel, saya percaya mereka sedang buat sesuatu yang lebih bermakna dari traveling dan syabas saya ucapkan. Tak lupa juga kepada yang suka membaca blog saya ataupun accidently terjumpa blog saya, saya harap blog saya ni memberi manfaat kepada semua. 

Tujuan saya berblog sebab saya suka bercerita yang mana takde pun orang yang suka nak dengar, so saya gunakan blog AkuLoveTravel untuk cerita travel experience saya. Lagi satu sebab saya tak nak lupa segala kisah saya lalui sepanjang traveling. Segala memories...good and bad..its so meaningful. Sementara nak tunggu new trips yang tak kunjung tiba, apa salahnya saya berceloteh sikit. Jom kita berceloteh pasal kesukaan saya ketika travel.


1. Planning
Planning a trip is so fun. Kadang-kadang rasa macam main jigsaw puzzle...haha. For example kalau me and my sis plan nak ke beberapa tempat in 1 trip, untuk ngamkan the flow dari sini ke sini cukup mengujakan. We are not stress or confuse or urge, we discuss dan try and error untuk create the flow. Consider untuk tidak over tired is a must. Saya suka my sis punya style, setiap planning dia akan make sure tidak menyusahkan kami. Biarlah berbelanja sikit untuk kemudahan. Our itinerary sangat simple. Let say kami nak ke UK, 1st sampai check-in area A. Esok pi area B stay 4 nights. Untuk explore 4 nights tu kami just list down attraction places. Bila sampai sana ikut mood nak pi mana satu. Kami tak susun ini dulu itu kemudian etc. So, trip akan jadi santai dan tak stress. Nak planning boleh tapi don't over planning sampai terikat dengan planning tu. Cara kami buat itinerary, kami guna google sheet yang mana kami berdua boleh edit anytime or same time and anywhere. Bila tiba masa dah sampai ke destination, kami just refer offline pun boleh. Bila waktu malam sebelum tidur, my sis akan guna google sheet yang sama untuk record expenses dan juga go through our budget.

2. Journey
We go to another fun thing during travelling...journey. Tengah dalam airport pun dah best. Best tengok orang...hahaha. Saya sejenis melihat ragam orang with no reason...haha. Process for the journey kadang-kadang agak malas nak laluinya. Macam drop luggage, lalui imigresen, tunggu nak boarding, Q nak masuk flight, berhimpit di seat yang sempit, dah sampai nak collect luggage asyik la nasib luggage lambat muncul dan semua ni kena la hadap sebab part of journey. Tanpa kita sedar, experience ni antara yang ajar kita bersifat sabar dan disiplin. Kalau journey drive kereta paling best. Lalu pulak countryside berdouble best. Along the journey tak lain tak bukan boleh lah saya nak try makanan macam-macam.

3. Food
Saya suka sangat try macam-macam jenis makanan yang halal lah of course. Kalau ada makanan serve dalam flight saya dah tergedik tak sabar. Dengar jer bunyi chicken or fish, siap-siap dah standby folding table. Kadang-kadang my sis punya meal saya pilihkan sebab dia tidur...haha. Bila depa serve warm bread MasyaAllah nikmat bagi saya. Spread with unsalted butter then cream cheese...waaaalllahhh. Pernah satu meal ni depa serve ravioli..chef kissed sangat!!! I love it so much. Disebabkan kegilaan saya dengan makanan, sampaikan burung merpati comel pun saya makan...hahahaha. Di Egypt merpati ni dah macam burung puyuh kita makan dekat Malaysia...ni kata-kata nak pujuk diri sendiri ketika makan burung merpati..haha. Bila menulis blog saya suka sangat cerita setiap makanan saya makan. Dengan cara ni memori saya makan setiap makanan di overseas akan sentiasa kekal diingatan bila saya baca balik blog saya. Bak kata orang food is happiness and that is true.

4. Masak-masak
Dah ke negara orang mesti nak try makanan dari negara tu kan? Mesti tu mesti jugak try tapi saya suka juga masak-masak. Bila masak dengan limited perkakas nak masak, haaaa mencabar kan? Tapi best jugak. Boleh beli sayur dekat sana untuk buat sup sayur, telur dadar, beli seafood dan masak then baru ada energy nak explore negara orang. Kadang-kadang boleh save masa jugak contohnya dinner, tak perlu keluar dari hotel nak cari makanan. Waktu malam kan untuk relax. Contohnya kami perlu journey from A to B in the whole day ataupun halfday, sebelum keluar accommodation saya akan masak untuk bekal. 

5. Exploring
Exploring is the best part of traveling. Suka sangat kalau tempat tu peaceful. Bagi saya winter sangat peaceful sebab bukan peak season. Melihat timbunan snow dan snow yang terlekat di dahan-dahan pokok pun happy tak terkira. Along the exploring tu macam-macam kita dapat. Communicate with stranger, admire the scenery, belajar benda baru, menganggumi ciptaan Allah SWT dan macam-macam lagi. Punya teruja bila explore tu sampaikan lupa diri tired..hahaha. Saya dah lama tak travel in spring. Rindu sangat nak tengok pelbagai jenis bunga.

6. Tulis blog
This is a must lah kalau dah siap balik Malaysia. Tak sabar nak bercerita panjang lebar. Seriously nobody interested nak dengar cerita saya, baik family ataupun kawan-kawan. My story is so precious, its ok lah takde orang minat. So, here we are...aku love travel blog. Thanks kepada yang berminat membaca kisah saya selama 14 years. Saya received a lot emails yang appreciate my sharing dan ada yang ucap thanks sebab berjaya guna pakai experience saya..saya sangat happy membaca email-email tu. Setiap email minta saya halal, ya saya halalkan. Kepada silent reader yang guna pakaipun saya halalkan. I will keep writing walaupun tiada trip baru..hahaha.
 
7. Dreams
Travelling boleh buatkan saya dare to dreams more and more. Tak salah nak berangan sebab angan-angan lah penyebab kita melakukan sesuatu. Kadang-kadang during the journey pun dah berangan untuk trip seterusnya..haha. Berangan pun akan buatkan kita discipline in money saving. I will keep dreaming, dreaming and dreaming because i have right to dream and i have right to happy..InsyaAllah.

Bai....


17 comments:

  1. Setuju sangat.. Travelling ini bukan sekadar suka suka.. tapi banyak asam garam sebelum dan ketika travel.. dan memori itulah yg paling mahal.. Saya masih lagi menulis walau tak sehebat dulu.. masih travel tapi tak banyak yg ditulis.. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes memori yang paling mahal. Good or bad yang berlaku ketika travel tu adalah lumrah sebagai traveler. Teruskan menulis, TT masih hebat menulis. Kdg2 saya ada baca cuma jarang komen.

      Delete
  2. Dan menulis di blog adalah kenangan kita.. utk kita baca di hari akan datang.. dan mungkin ia berfaedah kepada org lain yg sedang mencari info..

    ReplyDelete
  3. love reading your blog. Keep on writing dan memberi inspirasi.

    ReplyDelete
  4. terus kan menulis...dapat info pasal travell...

    ReplyDelete
  5. Assalam.. Pleaseee Sis Zila...teruskan mengembara dan teruskan menulis blog.. saya dah tiru sebiji2 cara Norway in the nut shell, saya dah pergi Salzburg, Hallstatt, Scandi, Istanbul, UK.. Allahuakhbar banyak saya dpt info dari blog sis.. terima kasih bebanyakkkk.. semoga sis dan kakak sis sentiasa sihat, murah rezeki terus mengembara dan menulis di sini untuk panduan traveller lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..Allahuakbar..MasyaAllah. Thanks for the doa. Boleh share TT atau IG untuk saya pi tengok...i miss all that places. Sis/bro saya doakan dapat travel dan terus travel menikmati dunia ciptaan Allah. Your comment really really touched my heart..thanks ya..i will keep wrinting and writing!!!

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    terima kasih berkongsi cerita, pengalaman mengembara di sini, boleh memberi inspirasi, di kala ramai penulis blog yang dulu2 beransur2 meninggalkan dunia penulisan blog mereka, awak masih bertahan..tahniah..teruskan menulis.
    merancang untuk ke Salzburg, Hallstatt March 2026, blog ni di jadikan panduan.
    terima kasih sekali lagi.
    semoga Allah mempermudahkan setiap urusan sis Zila dan kekanda sis Zila..
    Tolong doakan semoga saya dapat ke Austria tahun depan ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis/bro. Thanks for the doa...means a lot for me and my sis. InsyaAllah saya akan bertahan untuk menulis from time to time. Kalau tak keberatan nak minta share TT atau IG atau FB untuk saya melepakan rindu dekat dua-dua tempat tu. Hope sharing saya untuk dua tempat tu membantu tak banyak, sikit pun takpe..hehe. Saya doakan semoga trip sis/bro smooth dan dapat menghayati keindahan tempat itu semaximumnya. Enjoy yaaa...Dan sekali kali, both me and my sis ucapkan thank you for the doa :)

      Delete
  7. bestnya wisata.. jauh berjalan sarat pengalaman dan melebarkan jaringan persahabatan.. moga dipermudah semua urusan perjalanan.. teringin juga nak around the world tapi hehe

    ReplyDelete
  8. semuga zila terus menulis dan Allah rezekikan dapat travel seluruh dunia. Ahkak kadang berangan kalau dapat pi hollywood bestnya. Berangan kan tak payah bayar mana tahu Allah rezekikan sampai. Terima kasih cerita travel yang bagaikan ikut sama walaupun kaki di malaysia. hehehe

    ReplyDelete