March 13, 2018

Balkan Trip - (Bosnia and Herzegovina - Blagaj & Počitelj) Part 3

Assalamualaikum....


Setelah kami tiba di Mostar train station, kami terus berjalan menuju ke hotel kami di Vila Park. Kalau tengok google map, dalam 500m dah boleh sampai. Malang sekali internet Flexiroam takde coverage di Bosnia. Kami agak-agak jer arah kami tu betul sebab sebelum ni kami search google map, Neretva river sebelah kanan..then just jalan terus jer. Jalan yang kami lalu tu penuh dengan bangunan 2 tingkat kiri dan kanan. Jalan raya sepanjang jalan tu muat untuk sebuah kereta lalu. Laluan jalan kaki pulak kecik jer...agak seksa nak tarik luggage. Sesekali nak kena turun ke jalan raya sebab laluan jalan kaki terhalang..kena hati-hati dengan kereta. Sepanjang berjalan kaki tu kami jumpa banyak accommodation dengan menggunakan 'room.....'..contohnya Room ABC. Rasanya dari rumah convert menjadi accommodation. Vila Park pun macam tu jugak.


Bila dah berjalan sampai agak tired, kami tanya oranglah kat mana Vila Park. Nasib baik saya ada simpan map Vila Park dalam handphone saya. Alhamdulillah kami sampai jua di Vila Park. Panik pertama bila tengok gate berkunci. Panik kedua bila tengok pintu jauh dari gate dan tertutup...macam mana nak ketuk. Panik ke dua tu berakhir bila saya jumpa machine intercom. Panik ke dua datang kembali bila intercom takde orang menyahut. My sis cuba call guna hp, takde orang jawab...panik ketiga pulak datang. Isk macam mana ni...kami perlu bergerak tanpa luggage. Luggage mesti tinggal di Vila Park!!! Alhamdulillah ada sorang pompuan muncul dari sebelah belakang bangunan 3 tingkat tu. Semua panik berakhir...hahahahaha.


Perempuan tu menyerahkan sehelai kertas. Rupa-rupanya dia tak boleh berbahasa english. Owner Vila Park tu dah siap-siap tulis note untuk kami. Dari note yang ditinggalkan oleh owner, kami just boleh tinggalkan bag dan check-in pada pukul 1.30pm. Memang no hal lah sebab kami ada tempat nak ditujui lepas tu. Lepas tinggalkan luggage, kami terus bergerak ke taxi station. Tak jauh pun dari Vila Park, tak sampai seminit berjalan dah sampai.

Tujuan kami time tu adalah untuk sewa cab selama 2-3 jam. Ada sikit masalah bahasa antara kami dan driver cab. Nasib baik ada pekerja yang menjaga parking time tu. Dia lah perantara antara kami dan cab driver. Saya nak driver tu bagi jer harga lump sum untuk dua tempat kami nak pergi tu, tapi...dia nak ikut meter. Susah hati jugak lah kan..kalau ikut meter, ntah berapa harga nanti. Dah la dia kena tunggu kami lagi. My sis cool jer..dia confident harga takkan melambung tinggi. So, saya follow jer decision my sis.

Cab yang kami naik tu adalah Mercedes. Drivernya adalah pakcik umur around 50 - 60an. Sepanjang jalan mata saya pandang view sekali sekala tengok meter yang berjalan...hahahaha. Suspend juga tengok meter tu berjalan laju. Tempat pertama kami tuju adalah Blagaj Tekija. Bila dah sampai Mostar, wajib ke  Blagaj Tekija. Apakah Bagaj Tekija ni? untuk lebih jelas, boleh click website ni http://tekijablagaj.ba/en/history/. Blagaj (kalau nak sebut....sebut Blagai) ni tak jauh pun dari Mostar, dalam 10 minit gitu dah sampai. View sepanjang perjalanan takde lah menarik sangat.




 
 Nampak building kecik ni? dekat sinilah kena beli entrance ticket. Harga ticket adalah 4 BAM



 
Perlu melalui pintu belakang saya tu untuk saksikan sesuatu yang special. Kita akan melalui souvenir shop dulu sebelum sampai ke tempat special tu. Pakcik cab tu ikut jer kami..sesekali dia offer snap photo kami berdua. 



 
Taraaa...inilah tempat special tu. Di bawah gua tu lah di mana asalnya punca air Buna river ataupun Buna Spring. Damai betul keadaan di sini. Punca air yang keluar dari gua ni laju betul walaupun nampak permukaan air tenang. Hijau zamrud air sungai tu sangat cantik.



 
Time ni kami berdua dengan pakcik cab jer...winter memang orang tak ramai. Di seberang sungai ni ada restaurant, perutpun lapar dah...kami berlalu ke seberang.



 
Aliran air sungai nampak laju kat sini. Saya snap ni time cross bridge untuk ke restaurant. Bridge yang kami cross tu tak besar mana, tapi ada la railing. Bila tengok air mengalir laju ni, saya gerun pulak kalau jatuh...hahahaha.



 
 Tengok warna airnya...Subhanallah...indah betul ciptaanMu Ya Allah. Terima kasih beri hambaMu ini kesempatan untuk menikmati keindahan ini.



 
Itulah bridge kami cross ke seberang tu...railing bridge tu dibuat dari besi halus jer. Nasib kami agak malang. Niat nak makan ikan trout grill terkubur. Semua restaurant ni tutup. Pakcik cab yang sikit-sikit boleh speaking tu cakap, dia akan bawa ke restaurant yang best. 



Bai bai Blagaj...saya sangat enjoy kat sini. Langsung tak semak fikiran dengan orang ramai. Aman damai betul...rasa tak nak balik...hahaha. Deruan air sungai mengalir sangat mengasyikkan..warna air pulak sungguh menakjubkan. Indahnya dunia niiiii!!!!


Berakhir sudah exploration kami di Blagai. Maka tibalah masa untuk ke Počitelj (dengan sebutan pocitelai). Saya teringin betul nak ke Počitelj ni. Saya pernah tengok di Youtube. Teringin sangat nak tengok dengan mata sendiri. Jarak dari Blagaj ke Počitelj around setengah jam. Susah betul hati saya tengok meter berjalan.



 
Sampai jer di Počitelj, pakcik cab terus park depan sebuah restaurant. Dan restaurant tu betul-betul di kaki bukit tempat yang bakal kami explore. Pakcik tu asyik ulang "good restaurant". Kami masuk restaurant tu dengan hati was-was. Setelah diyakini oleh pemilik restaurant yang tempat tu halal, barulah kami order. Hajat hati nak rasalah ikan trout yang kami tak dapat makan time kat Blagaj tu, malangnya takde ikan disajikan. Jom tengok apa kami order.



 
Saya order grilled chicken yang lazat ini. Ayam ni di marinate sepenuhnya. Saya tak pasti apa herbs yang digunakan..rasanya sungguh enak. Gluuppp...opppss tertelan air liur pulak..hehehe



 
My sis pula order omelette...diapun suka menu saya order.  



 
Roti pita ini diberi free.

Dalam restaurant yang tak berapa besar tu, tak berapa ramai orang pun. Pakcik cab gi sembang dengan customer lain...kenal agaknya. Pakcik ni langsung tak nampak macam nak ambil kesempatan untuk kami belanja dia. 



 
Ok...perut dan full..energy dah recharge..time tu hiking...hahahah. My sis panic tengok ketinggian yg bakal kami panjat....hahaha. Dia turutkan juga sebab taknak biar saya naik seorang. Oh ye...Počitelj ni dulunya adalah kubu lama.



Tidak lah susah untuk mendaki kerana lauan bertangga batu begini disediakan. Makin ke atas, laluan makin sempit dan jarak step ke satu step agak tinggi.



Laluan, tembok serta dinding rumah semuanya diperbuat dari batu. Kalau dalam construction, gabungan batu dan motar akan menjadi rubble wall.


Masjid Sisman Ibrahim Pasina dzamija...masjid ni antara masjid tertua di Bosnia.



Photo ni diambil berdekatan dengan masjid



Suasana mendung tetapi tak hujan..sejuk pun boleh tahan. Suasana sangat lah sunyi, sesekali bunyi kenderaan yang lalu di jalan raya. Oh ye, Počitelj betul-betul tepi jalan. Saya panjat lagi tangga berbatu tajam sebab nak tengok Neretva river dengan lebih jelas.




Unik betul keadaan rumah-rumah di lereng-lereng bukit. Walaupun kelihatan macam takde orang, kekadang ada juga bunyi curahan air dan suara orang di dalam rumah.



Yang berkesempatan ke Mostar, silalah ke sini. Rasailah kelainan perasaan anda di sini.


Inilah view yang saya teringin sangat nak tengok...betapa indahnya view ni. Sebenarnya kami belum sampai ke puncakpun. Saya cakap kat my sis, takat sini jer lah..kubu kat atas tu macam haunted...hahahaha. Nanti kang dua-dua orang kena sampuk...hahaaha. Lagi pun tangga makin tinggi stepnya..tak mampu kut nak panjat sampai atas walaupun tak jauh dah

Another side of Počitelj....memikirkan meter cab berjalan, kami meninggalkan tempat penuh bermakna ni.



Kubu di puncak bukit tu mampu dilihat jer...hahahha. Kalau orang agak ramai, maybe kami dah sampai ke atas tu. Apa-apapun bersyukur dengan kesempatan yang diberi.

Pakcik cab tu hantar kami di tempat sama kami naik. Nasib baik takde additional charges dari dia. Untuk 3 jam sewa cab, kami perlu membayar 120 BAM. Tak salah saya kami start journey dengan pakcik tu dari pukul 11am sehinggalah pukul 2pm. Elok-elok lah untuk kami check-in. Check-in di Vila Park ini adalah selepas pukul 1.30pm. Di Mostar kami hanya akan explore Old Bridge di Mostar Old Town. So, ada masa untuk rehat. Perutpun dah kenyang...so jom tengok accomodation untuk that day.



Cross jalan dari tempat kami turun cab, nampak view ni. Neretva river ni laju betul arus airnya. Kalau jatuh ntah-ntah dibawa arus ke negara sebelah..isk isk isk. Nampak bukit tersergam indah tu?? Ada palang salib di puncak bukit tu. Macam betul-betul di tengah bukit. Sebenarnya Old Town tu ke depan sikit lagi.



Mostar Town...Lebih kurang macam Sarajevo jer.

Kami bergerak ke Vila Park. Tak jauh pun dari situ, tak sampai 1 minit berjalan. Kebetulan time kami sampai tu, owner Vila Park tu ada. Dia bagi kami welcome drink time kami nak buat payment tu. Hanya cash saja diterima ye. Kemudian dia bawa kami ke bilik dan explain itu ini sikit. Di sebabkan kami akan check-out awal pagi buta esok tu, kami hanya perlu tinggalkan kunci dalam post box. Owner tu baik betul.



Syoknya...time tu rehatkan tubuh badan akibat hiking tadi...hehehehe. Opppss...cancel dulu lah. Apa taknya..ada surprise outside the balcony. 

 
Tanpa berstokin dan berjacket saya meluru keluar ke balcony. Aduhai sejuk giler. Lantai tu macam pijak ice. Air yang mengalir kat luar tu aduhaiii...geram macam nak gigit-gigit. Katil arus dilupakan...cepat2 saya masuk pakai jacket dan stokin. 


Saya spend sikit masa hayati keindahan dari balkony bilik ni. Petang nanti bila dah habis explore Old Town, sure tak berkesempatan lagi nak layan view ni sebab dah gelap.



Thank you to my sis sebab pilih hotel yang best ni. Arus air Neretva river ni menghasilkan bunyi yang cukup indah...the sound of nature. 



Ohhh..rasa bertuah betul dapat merasai pengalaman yang tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya saya.



Alangkah bestnya kalau belakang rumah saya ada sungai begini..hehehe



15 minit berposing sakan kami berdua...hahaha

Untuk next entry, saya akan share keunikkan Mostar Old Town dan Old Bridge. Banyakkan bersabar untuk next entry sebab masa saya sangat terhad nak menulis.


15 comments:

  1. Banyak bangunan lama yang cantik... kesan perang pun dah tak berapa nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak building yang nampak kesan tembakan akibat perang..dalam entry Sarajevo saya ada share

      Delete
  2. subhanallahhhh cantiknya alam ciptaan Allah..tak dapat tengok sendiri, dlm blog ni pun dah bersyukur dahhh... semoga dimurahkan rezeki sis nak travel sana sini..blh tumpang tengok dlm blog..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Juls..terima kasih atas doa sis. Moga2 perkongsian saya ni memberi mamfaat kepada semua :)

      Delete
  3. Akak pernah tgk program Mat Dan ke sini. duduk2 santai tepi sungai. perhhhh. bestnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum sampai sinipun saya ada tengok program tu..sedikit sebanyak memberi reference untuk trip kami ni

      Delete
  4. Bestnya seronok baca.. Semua foto cantik Zila..

    ReplyDelete
  5. Salaam sis.. saya plan nak ke Blagaj, maybe in April 2019. Found yr blog very informative. Saya xpernah travel jauh, so this is 1st time. Sis travel direct dari KLIA ke Sarajevo ke?

    ReplyDelete
  6. Wsalam..wahh pegi time sping..best tuuu!!! saya pergi Istanbul dulu..dari istanbul baru ke Sarajevo

    ReplyDelete
  7. Salam...

    NK tnye.. Agak2 bape spending money nk kene bwk ye? Minus accomodation.. Roughly la...

    And ATM service sng x nk jmpe..Ingt klau sng nk withdraw masa kt sana je...

    Nk pegi next month :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      Kalau tak salah saya dalam 1-2k camtu termasuk shopping. ATM senang jumpa.

      Enjoy yr trip sis

      Delete
    2. Means 1-2k MYR la kan kan? Hihihih

      Best baca ur blog.. byk info...

      Delete
  8. Means 1-2k MYR la kan kan? Hihihih

    Best baca ur blog.. byk info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a sis MYR

      hehehe..tq sis spent masa sis membaca blog saya ni :)

      Delete