March 4, 2018

Balkan Trip - (Bosnia and Herzegovina - Sarajevo to Mostar) Part 2

Assalamualaikum..

Sambungan kisah di Bosnia and Herzegovina.


Pagi tu kami bangun seawal 5am untuk bersiap nak ke Mostar. Nyenyak betul saya tidur di Pigeon Hostel tu. Ikut planning my sis, kami perlu berada di train station setengah jam sebelum train bergerak. Train akan bergerak around 7.10am, means kami kena ada di station around 6.40am. Tapi entah apa yang lambatkan kamipun tak tahulah..dlm pukul 6.15am camgitu kami baru nak keluar dari hostel. Terkedek-kedek lah bawak luggage berbelas kilo turun tangga. Nasib baik satu level sajer. Perpeluh-peluh dalam kedinginan winter...hahaha.


Suasana di luar walaupun masih gelap, manusia dah memenuhi tram station. Menurut pekerja hostel, ada banyak cab depan hostel tu. Malangnya cab jarang-jarang lalu. Ada sebuah kereta sapu..tapi kami tak berminat nak naik. Most of the cab dah ada penumpang. Gelisah dah saya..sejuk menggigil pun tak saya peduli. 6.30am kami masih menunggu cab. Ada yang stop tapi ketuk harga semahu-mahunya. Kalau tak salah, driver cab tu nak ketuk sampai 50 Euro, dia cakap harga standard semua cab. My sis taknak lah. Berkat kesabaran kami, ada cab stop..dia cakap fare ikut meter dan lebih kurang 7-8KM gitu. Jauh betul dengan harga 50 Euro...fuhhh.Alhamdulillah kami sampai ke train station around 6.45am. Untuk beli ticket pun tak perlu beratur panjang.



Bahagian luar train station di Sarajevo

Dan bahagian dalam...ada cafe yang dah buka time ni



Counter membeli ticket.


Dah siap beli ticket, kami berjalan menghala ke platform..laluan ke platform menggerunkan...hahahha. Dah la sikit gelap, dinding pulak diconteng-conteng. Time tu kami berdua jer...menakutkan. Takde lift untuk naik ke platform ye...lagi sekali berpeluh bawak luggage naik...hahahah



Train ke Mostar ni memang selesa. Saya bayangkan train di Sarajevo ni buruk. Cuma tak bestnya, bila snap photo terbias dari cermin tingkap. 5 minit gitu, train ni bergerak...syukur sempat naik train ni.


Kami memang tak sempat nak breakfast. Nasib baik my sis still simpan roti yang saya beli di Old Town tu. Kami breakfast roti tu bersama hot coffee yang saya beli di cafe train. Dalam coach tu hanya kami dua orang jer galak snap view sana-sini. Penumpang lain relax jer....hahaha. Kena pulak kiri kanan seat kosong. Bila view lawa sebelah kanan..dua meluru ke kanan..bila view cun sebelah kiri, lari pulak ke kiri...hahaha. Lantaklah orang nak pandang pelik-pelik..hahahaha.


Rasa tenang melihat country side Bosnia ni. Amat tenteram jer keadaannya. Sesekali train ni berada di atas gunung dan view penempatan di bawah gunung jauhari mata memandang. Malang sekali saya tak dapat merakam view tu dengan perfect. Di kejauhan nampak pula gunung bersnow...aduhh indah sungguh. Rasa beruntung sungguh time tu...Allah bagi kesempatan kepada saya melihat dunia yang sangat indah. Tak terungkap dengan kata-kata. Makin mendekati Mostar, makin jelas kelihatan sungai berwarna hijau zamrud. Tak sabar nak tengok sungai berwarna gitu dekat-dekat. 


 
 Ada disediakan free wifi dalam train ni...tapi takde masalah nak berinternet....3 jam perjalanan melayan view lagi best...hehehe


 Tenang melihat langit bercahaya indah di pagi yang dingin....nampak tak persilangan laluan flight??

 
 
 Penempatan yang dikelilingin nature...ohh indahnya


 Semakin mendekati Mostar, dapatkan saya tengok keajaiban Neretva river di sepanjang perjalanan.


 
Neretva river yang dikekalkan sifat semulajadinya dan juga berfungsi sebagai sumber menjana tenaga. 


 Warna hijau zamrud yang cukup indah sekali...


 
 Gunung, lembah dan sungai....

 
 Semakin menghampiri Mostar, kelihatan penempatan semakin padat.

Safely arrived Mostar lebih kurang pukul 10am. 3 jam itu bukan setakat journey, tetapi juga sebagai sightseeing...untungkan?? 2 in 1...heheehe. Macam panoramic train gitu.

Sorry ye pembaca semua...entry ni sikit jer. Saya terlalu sibuk dengan kerja kat office...takde masa nak menulis. Hanya ada weekend untuk menulis. Di sini dulu ye...bai




12 comments:

  1. cantiknya gambar2 ni
    teringin sangaat nak melancong ke sana
    harap tercapai impian

    ReplyDelete
  2. Wow..bestnya. tak sangka ada jugak org kita berani ke sana. Boleh laa jgk nnti kita ke sana suatu masa nnti..aminnn. nanti citerlaa lagi..up la byk byk byk pic ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ok jer negara ni...selamat kalau berdua jer travel. Saya ada banyak nak cerita, tapi masa sangat limited sbb bz dengan kerja

      Delete
  3. Woaoaahhh best trip ni Zila.. Masya Allah cantiknya Neretva River tu dgn warna zamrudnya.. Thanks for sharing. Moga kami sampai sana nnti In syaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...memang best sangat. Pengalaman tak dapat nak dilupakan. Moga2 mulan sekeluarga ke sini pulak yeeee.

      Delete
  4. Ada saya check masa train dia; cuma dua masa kah? Jam 7 pagi dan 4.26 petang. Terlampau awal pagi dan kalau ambil second train, tiba Mostar dah lewat petang pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana cuba check bus pula...tapi kena check juga bus station di sarajevo tu sebab ada 2 tempat. Saya dah lupa namanya. Yg risk naik bus ni, kadang-kadang lambat bergerak..sebab tu saya lagi suka naik train.

      Delete
  5. Replies
    1. tak kut..ke tempat lain lah pulak..hehehe

      Delete
    2. Jom follow. Nak rent car to mostar & kotor. Flight dari istanbul rm160 ke sarajevo

      Delete
  6. Sangat menarik! Kalau tak keberatan, mohon share itenerary Bosnia Part 1 dan 2 dengan saya melalui sanootapa@rocketmail.com TQVM.

    ReplyDelete