August 7, 2016

Mekong River (Vietnam) - Part 3

Assalamualaikum..


Tak sangka betul ingatan saya masih segar mengenai Vietnam. Satu persatu peristiwa saya masih boleh ingat. Suasana semua masih saya dapat ingat..hehehe. Bukan setakat Vietnam jer..semua negara la yang dah saya pernah terjah. Suasana berbeza memberi pengalaman yang berbeza ye. Dan tak dapat nak dilupakan

HCM ni cerah awal betul..tak salah saya lah ye.dalam pukul 6 dah dengar hon-hon di luar. Jenguk dari tingkap..wahh dah cerah. Cerah yang macam pukul 8am. Penunggang motosikal berderu-deru menuju entah kemana. Kami bakal mengikuti tour ke Mekong River pagi tu. Tak salah saya tour tu bermula pukul 8am. Office tour tu pun tak jauh dari hotel kami. Kami sudah sedia maklum tiada halal food disediakan. Memandangkan tour itu mengambil masa 1 hari, nak tak nak kami perlu bungkus makanan. Syukur ada restoran halal buka awal pagi tu. Boleh la bungkus nasi goreng.

Ketika di tour office dan menunggu di pick-up, tetiba pasangan melayu dari Malaysia macam bergegas nak masuk tour office tu. Saya agak pasangan tu dalam lingkungan awal 50an. Yang si isteri berjubah dan bertudung labuh. Si suami biasa-biasa saja. Rupa-rupanya trip mereka ke Mekong River ada masalah. Kalau tak salah tour dari company lain tu macam dibatalkan.

2 hari sebelum tu my sis dah bayar tour kami ni. Dia dapat special price sebab dia pandai nego. Si lelaki melayu tanya my sis bayar berapa..bila my sis dah bagitau, dia desak staff tour tu bagi dia sama harga. Kena pulak time tu staff yang entertain kami hari tu belum datang. Last-last dia dapat juga la harga macam kami tu. Tak lama lepas tu van kami sampai. Tour guide datang jemput kami dari seberang jalan. 

Ok..kisah sepanjang hari ni sikit berkisar mengenai pasangan melayu tu lah ye. Saya namakan perempuan tu kakak dan lelaki tu abang ye. Ok kita sambung..ketika cross jalan tu, kakak tu sedang melayan OKU. OKU tu seorang peminta sedekah. Dia sedekahkan sedikit duit kepada OKU tu. Kiranya kakak tu lambat sikitlah cross sebab melayan OKU. Kami masuk jer van...wahhh dh hampir full. Semuanya mat dan minah salleh di belakang. Hanya tinggal seat di belakang driver. Abang tu naik belakanglah sebab ada 1 seat lagi dan kami berdua duduk sekali dengan kakak tu.

Saya ni jenis ringan mulut bercakap, saya tanya la kakak tu yang dia alert tak pasal makanan. Sebabnya mereka kelihatan lenggang kangkung tanpa bawa apa-apa bekalan. Macam endah tak endah jer dia. Sampaikan suami dia pulak menjawab yang mereka dah siap-siap makan. Tetiba tour guide kami bersuara..."Next time, don't give him money. He will go and drink alcohol." Kata tour guide kami kepada kakak tu. Excited pulak kakak tu menjawab..dah lupa dah jawapannya. Berbeza pulak cara dia reply tour guide tu dgn reply saya. Sepanjang jalan tour guide kami bercerita. Menurutnya, hampir semua penduduk di HCM memiliki motosikal berbanding kereta. Oooohh...patutlah sesak dengan motosikal di jalan raya.



Kesesakan disebab oleh penungang yang beribu lemon nihh



Area sini senibina bangunannya banyak bercirikan senibina Perancis. Yang ramai giler bergambar depan bangunan ni adalah rakyat Malaysia. Maybe company trip kut.



Ada la masa tour guide tu tak bercakap saya akan terlelap. Tetiba saya tersedar kepala saya dipegang. Rupa-rupanya kakak tu tegakkan kepala yang asyik tersengguk-sengguk. Punya lah saya rasa kakak tu lain macam. Lalu saya lentukkan kepala condong ke arah my sis yang tengah tidur. Entah kenapa saya rasa ada yang tak kena ada kakak tu...hahaha. Rupanya kami bukan saja akan ke Mekong River. Kami di bawa ke tempat menghasilkan cenderahati. Persinggahan ini memberi peluang untuk kami semua ke toilet.




Gigih menggunakan kulit telur sebagai hasil seni dan dijual. Process ini nampak rumit. Alahai boboi tu...cutenya...hahahaha


Sangat berseni


Banyak betul ceramic yang dihiasi oleh lukisan amoi Vietnam


Saya ada beli sebungkus biskut di Ben Thahn Market, cute jer biskut tu…sebesar syiling 20 sen. Rasa cheese..lemak-lemak masin gitu. 1 USD jer..punya lah banyak. Jadi snack kami sepanjang di HCM. Dalam van, kami asyik layan biskut tu lah. Van kami stop lagi di suatu tempat ni. Macam masuk kampung. Kami tak pernah tahu pun ada stop-stop ke tempat lain tu. Sekali stop di buddha temple..iskk.

Patung buddha kat situ makkkkk aiiii...besar giler lah. Berwarna-warni lagi jah. Semua ahli rombongan masuk..tapi kami dan couple melayu tu tak masuk. Kami hanya ronda-ronda area luar. Masuk kedai beli air sambil makan biskut. Couple melayu dah nampak berjalan asing-asing. Pelik betul tengok dorang tu. Tour guide kami macam perasaan juga pasal couple melayu tu. Dia cakap.."Husband here, the wife there." Dia geleng kepala sambil senyum. Kami hanya senyum sajalah.

Sekali si suami datang kat kami. Tanya la kami ni berdua jer ke. Dah kami bagitau memang berdua dia terkejut lah. Cakap kami berani semua. Then saya cakap la..encik ni pun berdua. The dia jawab, dorang takpe sebab dia lelaki...ohhhh. Saya tanya la...suka ke travel. Then dia jawab..saya suka..isteri saya tak suka. Dia lagi suka jadi surirumah. Tapi dia tu ada masalah sikit. Tak sempat nak dia nak habiskan ayat dia tu...tour guide dah nak gerak. So, tergantung di situ lah kisah dorang tu.



Kami sampai di jeti tak lama lepas tu. Kami bakal menaiki boat untuk keseberang


Suasana dalam boat. Berangin jer. Menurut tour guide, lebar Mekong River ni dalam 2 - 5 km kalau tak salah saya. Memang sangat luas. 



Aktiviti mengambil pasir sungai giat di jalankan. Pasir sungai akan digunakan di dalam construction. Setiap bancuhan concrete memerlukan pasir untuk building construction. Apa akan jadi jika berlaku hakisan? 



Sampai jer keseberang, tour guide kami membersihkan laluan untuk ke darat. Kemungkinan air sungai ni sudah mencecah permukaan jeti ni..sebab tulah pokok-pokok sungai ni tersangkut.




Dari jeti kami berjalan beramai-ramai melalui souvenir shop. Macam-macam dijual.


Kami dipersilakan duduk sambil menikmati buah-buahan tempatan. Nothing special...di negara kitapun boleh rasa buah-buahan ni. Cost makanan ni dah termasuk dalam tour.




Sambil-sambil makan buah..kami dihiburkan dengan nyanyian amoi-amoi ni. Kemudian dorang akan edarkan bakul untuk kami letak duit. Boleh dikatakan semua ahli rombongan tak letak duit.

Kami meneruskan perjalanan berjalan kaki ke tempat lain pula. Concrete walkway disediakan untuk memudahkan berjalan kaki. Bau lumpur memenuhi ruang area kami lalu tu. Saya pernah bau lumpur area pokok nipah di kampung atok saya. Saya tak menyukainya. Bau tu menunjukkan area tu sangat lembab. Hanya berjalan 5 minit macam tu....kami tiba di satu tempat. Manusia punya ramai dok berehat di buaian gantung. Boleh dikatakan ada 10-20 buah buaian gantung. Then baru lah saya, dorang tu adalah pekerja mengayuh sampan. Sampan apa?? Baca kisah seterusnya


Kami sampai pula ke kilang buat gula-gula berasaskan kelapa. Ada sekor anjing dalam kilang ni. Berlari-lari saya sebab geli tengok anjing tu jalan merata-rata. Iskk...tak sesuai lah buat kilang gula-gula ada anjing. Saya langsung tak rasa gula-gula yang diberi free. Rasa nak cepat-cepat jer tinggalkan tempat tu.


Inilah sungai kecik yang bakal saya susuri. Dari tebing untuk turun ke bawah dan naik sampan, sungguh menggerunkan. Nak tak nak kena lah juga turun. Bau lumpur menusuk hidung. Air sungai ni keruh jer. Kiri kanan sungai dipenuhi pokok nipah. Traffic dalam sungai ni dah macam atas jalan raya..padat. 


Dipaksa senyum oleh my sis...hahahaha. Pengayuh sampan kayuh punyalah laju...kejap sangat dah sampai next hentian. Hahahaha...



Dah sampai next hentian..kami di jemput dengan kereta kuda pulak..hahahaha. Macam-macam betul lah..hahaha. Boleh pulak kuda dari kuda di bahagian depan asyik nak serang kami yang duduk dibahagian hujung. Menakutkan betul. Naik kereta kuda tak sampai 5 minit...kami berjalan pula ke restoran. Rupanya restoran tulah tempat terakhir.


Kami dibenarkan duduk di meja restoran tu untuk kami makan makanan yang kami beli sendiri di restoran halal. Sedap betul nasi goreng saya ni..my sis makan nasi lemak. 


Pokok teratai yang tinggi...

Dalam sejam juga la kami lepak di restoran tepi sungai tu. Rupa-rupanya boat yang hantar kami memula tadi, jemput kami di jeti restoran tu. Wahhh..saya hampir fikir yang kami perlu patah balik melalui kilang gula-gula..naik sampan..kedai souvenir dan sebagainya. Hahahaha...part ni saya puji...tak menyusahkan kami untuk patah balik...heheheh




Dah penat seharian berjalan sana-sini...kami diberi kelapa muda free. Wahh....so fresh!!!!


Sepanjang perjalanan kami keletihan. Disebabkan kami dah sampai di HCM lewat petang, terus kami menuju ke restoran kesukaan kami sepanjang di HCM...iaitu DAUN


Makan wajib cuba bila dah ke Vietnam...ini dinamakan Pho. Sebenarnya rasa macam kuey teow sup. Lagi sekali owner dari Singapore tu explain cara memasak pho ni. Yang saya ingat cumanya...daging perlu direbus dalam masa yang sangat lama. 3-4 jam kut. Perlu dimakan bersama ulam. Saya ni tak gemar ulam. My sis memang suka ulam. Dia cakap sedap sangat jika makan bersama ulam.


Ini pula popiah vietnam. Kalau di Malaysia, saya pernah makan kulit popiah yang lembut dan dibuat dari tepung. Di Vietnam ni..mereka menggunakan kulit popiah tepung beras. Kulit popiah tepung beras ni nampak macam plastic. Perlu basahkan sikit permukaan kulit popiah ni. Kemudian letakkan salad..beberapa keping ulam dan udang. Pencicahnya macam rasa kuah rojak. Sedap sangat. Kacang tanah ditumbuk kasar memberi rasa yang lagi sedap. Disebabkan ada ulam di dalam popiah ni, saya tak berapa nak boleh habiskan semua popiah ni. Next time nak try lah..heehe



Waktu petang di HCM...


Penjaja makanan..


Malam tu kami keluar lagi...kami borong tudung murah dan t-shirt. Kemudian jumpa amoi ni jual air dari moto. Ohhh sedapnya coffee vietnam. Saya tak berapa suka Vietnam...tapi saya sukakan makan dan minuman di Vietnam..

Untuk next entry...saya nak share pengalaman kami di Chu Chi Tunnel. Saya akan ceritakan betapa terseksanya kami 1 tour dengan 1 group melayu yang asyik cakap lucah sesama dorang. Ok...bai semua

9 comments:

  1. cantik seramik nya. suka pasu gambar gadis2 tu.. sy belum pernah sampai sini. insyaallah boleh plan satu hari nanti.. kalau pergi sini nanti nak cari juga pasu2 mcm tu.hehe.

    ReplyDelete
  2. Pho tu kegemaran saya. Sangat-sangat sedap. Lebih-lebih lagi dimakan dengan ulamnya...
    Popia basah tu pun sedap.
    Saya suka naik sampan tu dan menyusuri sungai pokok nipah tu.
    Saya pun dapat ke tempat ini dan melihat perempuan-perempuan Vietnam menyanyi sambil kita makan di kedainya. Masa saya pergi dulu mereka ada nyanyi lagu Melayu. Masa Zila pi, ada tak mereka nyanyi lagu Melayu?

    ReplyDelete
  3. Memang wajib posing atas sampan.. he he he...

    ReplyDelete
  4. Nur --> A'a cantik..saya pun suka tapi tak reti nak letak mana kalau bawak balik..hehehehe. Saya doakan Nur berkesempatan ke Vietnam. Rasa sendiri pengalaman di sana.

    Prof Naramas --> Pho ni saya sesuai makan gitu jer tanpa ulam. Popiah tu memang berbeza daripada yang saya pernah makan. Saya pernah baca experience prof susuri sungai pokok nipah tu..saya tengok experience prof lagi menarik daripada saya punya..hehehe. A'a baru teringat..amoi2 tu ada nyanyi lagi gelang si paku gelang..gelang si rama-rama..hehehe

    MKL --> :)

    SS --> yeee wajib walaupun terasa sampan tu tak stabil..hehehe

    ReplyDelete
  5. mcm best plak cerita pasangn laki isteri tu if ada sambungan...hahahaha. masalahnya tergantung. kna balik siasat tu..haha. stress. nasib baib x mengganggu trip. kalo ada ahli trip yg x best, kita pon jd x best nk berjalan kan. hahaha. x sabar nk dgr cerita yg group yg ckp x sopan tu plak...hahaha.

    ReplyDelete
  6. Ninie --> Tu lah..pelik betul la couple tu. Saya belum ada masa lagi nak smabung next entry..tunggu ye..hehehe

    ReplyDelete
  7. Nak tanya masa shopping di pasar masih terima RM

    ReplyDelete