August 24, 2016

Chu Chi Tunnels (Vietnam) - Part 4

Assalamualaikum...

Kembali lagi kita ke entry seterusnya mengenai Ho Chi Minh City, Vietnam. Sifat peramah Anne membuatkan kami berminat untuk joined Chu Chi Tunnels Tour. Awalnya kami hanya menggunakan service Anne untuk naik cruise saja. Bila tengok Anne ni bagus sangat, kami terus book untuk ke Chu Chi Tunnels. Berminat sangat lah bila tgk agency Anne ni adalah muslim. Tapi saya tak rasa Anne ni muslim lah. Kami nak cuba rasai tour dengan muslim travel agent.

Awal pagi selepas breakfast, kami terus bergerak ke office Anne. Ada mini bus sedia dah menunggu kami. Walaupun kami orang terakhir naik, nasib baik seat depan takde orang duduk. Bila time sekolah syok sangat duduk belakang sebab nanti cikgu tak nampak saya buat apa...hahahaha.. bila travel saya prefer kat depan supaya nampak view dari depan. Hehehehe.

Dalam mini bus tu ada 1 group perempuan melayu dalam 4-5 orang jugak lah dan 1 keluarga Brunei. Baru jer kami duduk, yang 1 group hakak-hakak ni punya la kecoh sesama dorang. Cakap kuat bergema satu bus. Mereka betul2 belakang seat kami. Time tu kami dah start bengang lah. Yang keluarga Brunei lebih kurang 6-7 orang tu cakap slow-slow jer.

Tour guide kami merupakan mamat Vietnam. Bila dia bagi penerangan..geng hakak-hakak tu asyik lah nak menyampuk dan tergelak-gelak. Suasana dalam bus tu langsung tak best. Tak cukup dari tu....asyik lah bercakap lucah sesama dorang. Bernanah telinga saya mendengar. Nak lelap pun tak dapat sebab bisingnya dorang tu mengatasi semuanya. Nak sound pulak takut sebab dorang ramai..nampak macam kasar..tak pasal-pasal kena ganyang pulak..hahahahaha. Kekadang kami fikir..dorang ni tak malu ke kat kami dan 1 family Brunei yang ada lelaki 2-3 orang tu. Kalau driver dan tour guide maybe dorang tu tak paham apa hakak-hakak ni cakap. Tapi...orang Brunei tu pasti lah paham kan.

Kami di stop di sebuah souvenir shop yang sangat besar. Kagum betul saya tengok hasil kesenian orang Vietnam. Ada pasu ceramic setinggi saya pun...isk isk isk. Banyak barang cantik yang boleh dijadikan perhiasan di dalam rumah. Harga mahal tuh!!!


Ni lah model yang jadi duta product2 di sini...hehehehe. I nak ramping macam pasu ni la uolss...hehehe


Kalau ada banglo memang sesuai lah pasu2 ni sebagai hiasan.


Pasu ni kalau letak orang pun muat..hahahaha


Kami meneruskan perjalanan yang penuh perasaan annoying untuk ke Chu Chi Tunnel. Agak jauh jugak trip ke sana. Kami seolah-olah masuk kawasan kampung pun ada. Memang jauh nun ke dalam hutan. Yelahhh..namapun terowong kan. Dengan maksud lain..terowong yang digunakan untuk bersembunyi. Saya cerita sikit kisah tunnel ni. Dulu-dulu perang dunia ke-2, tentara US datang menyerang Vietnam. Untuk keselamatan, orang Vietnam membina terowong bawah tanah. Tunnels yang dibina memang tidak menyelesakan. Apa boleh buat..nak survive terpaksalah duduk dalam tunnels yang sempit dan gelap.


Inilah laluan akan dilalui oleh pengunjung. Jika hujan sure becak. Keadaan di sini seolah-olah dikekalkan keadaannya sejak dulu lagi.


Bangsal begini disediakan untuk kita tengok video mengenai kisah-kisah yang berlaku pada zaman perang di Vietnam


Entrance fee memang dah masuk sekali dalam package. Tempat bakal kami visit bukanlah taman tema untuk bergembira. Kami bakal berjalan di atas tunnel yang bawahnya penuh dengan ruang kosong. Tanah yang kami pijak sudah sebati dengan tulang-temulang mayat tentera dan juga orang biasa. Dikatakan 10,000 orang meninggal di tempat ni. Tiada view yang boleh dianggap cantik. Keliling kami hanya pokok yang menghijau dan juga pohon buluh menjulang tinggi. Nyamuk menjadi teman. Panas menjadi sahabat, Tiada apa yang menyelesakan diri kita disini.


Pekerja di Chu Chi Tunnel


Orang memang ramai sangat. Demo macam mana tentera Vietnam menyorok dalam lubang kecik di tunjuk. Menyiksakan rupanya. Ruang yang hanya boleh duduk bercangkung muat-muat badan. Kekadangan orang duduk dalam tu berhari-hari bagi tujuan memerhati. Dia akan menjadi orang pertama beri warning jika ada pelawat tidak diingini.


Boleh imagine macam mana dorang boleh tinggal dalam tanah?? 



Tour guide kami..


Gerun jugak saya time kat situ. Yelahh...ramai orang mati area tu. Boleh dikatakan kubur tanpa tanda. Menyesal pun ada datang ke situ...hahahaha. Ohh ye...pasal hakak-hakak tu. Tetiba dorang jerit bila tengok something kat pokok..sayapun tengok lah jugak..benda apa sampai jerit terkeluar tekak tu. Hekkkelehh...ulat beb!!! Salah sorang orang Brunei gi tengok  jugak..kami sama-sama cakap..ingat ke ular tadi..rupanya ulattttttt!!! Bukan saya saja annoying hakak-hakak tu..dorang pun sama rupanya. Ehh kau Zila..cam joyah!!!


Replika tentera Vietnam


Kami sampai area untuk berjamu selera ubi kayu rebus. Saya suka apa-apa makanan berasaskan ubi kayu. Terus saya hadap satu piring ubi kayu ni...hahahahah. Sekali hakak-hakak tu ramai kan...nak hadap 1 piring memang tak cukup. My sis hulur la piring kami tu utk dorang ambil sikit. Sekali di ambil piring tu oleh salah sorang daripada mereka tanpa fikir kami pun nak makan. Tanpa kata terima kasih ke apa ke. Hakak...kenapa perangai gini?? Kejadian itu disaksikan oleh tour guide kami dan keluarga Brunei. Saya pandang my sis..kenapa bg hakak tu beb?? Zila nak makan gak. Sambil air mata saya bergenang...hahahaha. Memang saya sedih sangat...dah tahap kempunan dah time tu.

Tour guide kami nampak kejadian tu..terus dia masuk dapur dan bawa 2 piring lagi untuk kami. Ucapan terima kasih memang tak cukup untuk saya cakap kat dia. Dia macam memahami sangat. Dia duduk dengan kami sambil chit chat. Saya makan sampai kenyang. Orang lain datang makan untuk rasa jer...hahahahaha. Kena pula dia baru ambik dari dapur...panas-panas pulak tu. Syukur.


Happy sungguh boleh makan ubi rebus panas-panas. Macam di kampung, mak saya akan gaul kelapa parut bersama garam dan gula untuk di makan bersama ubi kayu. Di sini, kacang goreng tumbuk dicampur serbuk cili, garam dan gula digunakan. Sedap jugak..lain dari lain. Yang kat belakang tu la hakak-hakak tu.


Sebenarnya, pengunjung boleh merasa pengalaman masuk dalam tunnel. Tapi saya dah gerun walaupun diluar tunnel..nikan nak masuk pulak...memang tak lah...hahahaha. Bukan tunnel boleh jalan lenggang-kangkung yee...kena tunduk tau. Mau sakit pulak pinggang nanti..hahahhaa. Isk..banyak sangat gelak.

Dah setel semua..kami pun masuk lah bus. Syukur hakak-hakak tu tired kut. Pakat diam dah dalam bus. Hahahhaha. Kami bukannya balik lagi ye. Singgah pulak bershopping...adoiii. Persinggahan itu membuatkan hakak-hakak tu excited la. Shopping..memang serah kat dorang la. Kami dibawa ke sebuat banglo 3 tingkat. Nampak macam bukan rumah orang islam pun. Tapi dari ground floor to 3rd floor semuanya pakaian muslimah. Boleh dikatakan kami dibawa di warehouse lah. Pakaian disitu langsung tak menarik perhatian saya. Nak masuk bus pun tak boleh sebab driver dah lock. Nganga la kami depan banglo tu bersama keluarga Brunei. Yang pulun shoppping adalah hakak-hakak tu.

Dan siap dorang shopping..mak aii..berplastic2 sorang pegang. Fuhhh. Dan sepanjang sampai ke area hotel..pot pet pot pet lagi lah. Macam nak sekeh pala sorang-sorang saya rasa. Tutup telinga pun tak jadi apa...tembus jugak. Huarghhhhhh...jerit dalam hati jerlah..hahahaha...

Sampai jer HCM, terus kami ke restoran Daun. Dah tahap kebulur dah time tu. Jom tengok kami order apa pula.


Sup sayur tu ntah kali keberapa dah kami order..memang sangat sedap. Yang lagi satu lauk tu kalau tak salah saya ayam goreng kunyit..lupa dah hehehehe.

Selesai jer makan, kami balik bilik untuk berehat. That day adalah last day kami di Vietnam. Awal pagi kami akan bertolak balik ke Malaysia. Ikut perkiraan kami, dah tak dah tempat untuk kami explore kecuali post office. Lepas dah puas rest, kami terus ambil cab untuk ke post office.

Post office ni sedikit unik. Senibinanya adalah senibina dari France kalau tak salah saya.


Bahagian dalam pun cantik. Lepas dah tulis postcard untuk diri sendiri, kami pun keluar berjalan-jalan kawasan sekitar.


Terjumpa board ni di tepi jalan..macam menarik.

Di Vietnam ni memang memberi pengalaman yang menyedihkan. Orang-orangnya kasar, scam sana-sini, jumpa orang Malaysia pulak perangai menyakitkan hati. Pengalaman sebegini rupa memberi kesedaran untuk saya peka apa yang berlaku di keliling saya tak kira ketika travel ataupun ketika hari-hari saya diluar. Malang tak berbau. Terleka sikit pasti akan berlaku perkara tidak diingini. Handphone yang ada sekarang asyik lah saya check ada ke tidak dalam handbag. Bila berada di kelayak ramai, tak berani nak keluarkan handphone. Orang yang meluru dari balakang sayapun buat saya cuak. Walaupun dah setahun berlalu, peristiwa handphone dicuri dari tangan takkan saya lupakan sampai bila-bila. Biar jadi peringatan untuk diri saya dan juga pembaca semua.



Ok lah...berakhir sudah kisah saya di Vietnam. Terima kasih bagi yang mengikuti kisah saya ye. Untuk next entry..saya akan share kisah di 1 tempat yang lain pulak. Saya baru jer pulang 2 hari lepas. Saya belanja dulu satu gambar ye. Nantikan kisahnya ye...bai. 

4 comments:

  1. tak pegi chu chi tunnel sbb seriau nk jln2 dlm terowong sempit..

    kita pun naik segan tengok perangai orang Malaysia mcm tu..

    ReplyDelete
  2. sy akui org vietnam ni kasar2 dan kdg2 mcm menakutkan plak!huhuhu

    ReplyDelete
  3. aku nak kena pikiaq 10 kali gak kalau nak p sana

    ReplyDelete
  4. Nohas --> Saya rasa chu chi tunnel ni tak pergi pun takpe..tu lah...segan tgk perangai gitu

    Norharyani --> Ada org vietnam saya kenal di malaysia elok2 jer. Perempuan lah. tapi kt sana x kira pompuan ke laki memang kasar2

    Firdaus --> pergi la rasa sekali..hehehe

    ReplyDelete